Logo: AirAsia X
AirAsia X Jamin Beri Kredit Kepada Penumpang
AirAsia X Bhd akan menawarkan keistimewaan perjalanan dalam bentuk kredit, yang boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan pada masa hadapan sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka semula.
AirAsia X dalam kenyataan media pada 15 November 2021/Isnin berkata, jaminan adalah untuk pelanggan yang terjejas oleh penstrukturan semula yang dilaksanakan syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia Group Bhd itu.
"Sila ambil maklum bahawa kelayakan dan kredit perjalanan ini hanya boleh berlaku jika AirAsia X berjaya dalam penstrukturan semula mengikut syarat skim pengaturan.
"Jika syarat skim ini tidak dipatuhi dan gagal dilaksanakan, AirAsia X akan dibubarkan dan pengguna tidak akan menerima sebarang kelayakan serta memilih untuk tidak meletakkan mereka dalam situasi ini," katanya.
Foto Sumber: AIR ASIA
Berikut adalah kenyataan penuh media:
Penjelasan AirAsia X mengenai klasifikasi pengguna sebagai pemiutang dan kelayakan mereka
SEPANG, 15 November 2021 - AirAsia X (AAX) ingin menjelaskan laporan media mengenai klasifikasi pengguna dan kelayakan mereka di bawah Skim Pengaturan (Skim) yang disokong oleh 99% daripada semua pemiutang.
Keutamaan kami adalah untuk penstrukturan semula dan permodalan semula AAX secara menyeluruh supaya ia boleh kembali beroperasi sebagai salah satu pengendali penerbangan tambang murah jarak sederhana terkemuka di dunia.
Justeru, fokus kami kepada pengumpulan modal baharu adalah penting kerana AAX tidak menerima sebarang sokongan kewangan daripada mana-mana pihak luar semasa pandemik ini atau pada bila-bila masa sebelum ini.
Oleh itu, syarikat penerbangan ini harus membina semula platform yang kukuh untuk masa depan yang mampan dan berdaya maju supaya pelabur baharu akan bersedia untuk menyuntik modal baharu.
Pemiutang kami yang terdiri daripada pemiutang yang besar, mengundi dengan hampir sebulat suara pada 12 November bagi memberi kami peluang untuk terus beroperasi dan pulih dengan lebih kukuh, kerana kami melakukannya demi kepentingan terbaik untuk mereka.
Begitu juga, adalah demi kepentingan terbaik para pengguna untuk membenarkan kami terbang semula supaya kami boleh kembali menawarkan kredit perjalanan mereka.
Secara ringkas, satu-satunya pilihan yang ada selain penstrukturan semula ini adalah penutupan syarikat yang merupakan kerugian bagi semua, tanpa sebarang peluang untuk mendapatkan semula sebarang hutang mereka sekiranya kami tidak berjaya dalam penstrukturan semula ini.
Kami juga mengambil maklum banyak laporan mengenai klasifikasi pengguna sebagai pemiutang. Dalam penyata kewangan, selain menjadi pemegang saham, hanya terdapat dua kategori lain. Mereka adalah penghutang jika mereka berhutang kepada syarikat atau pemiutang jika syarikat berhutang kepada mereka.
Adalah jelas bahawa syarikat ini berhutang kepada para pengguna yang mempunyai jumlah tertunggak yang terhutang kepada mereka. Justeru, mereka diklasifikasikan sebagai pemiutang.
Kami ingin memberi jaminan kepada para tetamu yang terjejas oleh penstrukturan semula ini bahawa AAX akan menawarkan keistimewaan perjalanan dalam bentuk kredit, yang boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan pada masa hadapan sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka semula selain nilai hutang sebanyak 0.5% dan kelayakan berasaskan tunai lain berdasarkan prestasi hasil tahunan selama tiga tahun seperti yang dinyatakan dalam Penyata Penjelasan yang dihantar kepada semua pemiutang baru-baru ini.
Sila ambil maklum bahawa kelayakan dan kredit perjalanan ini hanya boleh berlaku jika AAX berjaya dalam penstrukturan semula mengikut syarat-syarat Skim tersebut.
Jika syarat-syarat Skim tersebut tidak dipatuhi dan gagal dilaksanakan, AAX akan dibubarkan dan para pengguna tidak akan menerima sebarang kelayakan dan AAX memilih untuk tidak meletakkan mereka dalam situasi ini.
Dasar AAX adalah selaras dengan pengendali industri pelancongan di seluruh dunia dan mematuhi sepenuhnya semua keperluan kawal selia di setiap negara yang kami beroperasi.
Kami juga terus mengadakan dialog dengan semua pengawal selia pengguna di seluruh rantau ini untuk memastikan pematuhan dan perakuan ISO dalam pengurusan aduan pelanggan, yang merupakan penanda aras global untuk mengekalkan piawaian tertinggi.
BACA ISU SEBELUM INI >
'AirAsia X Mesti Bayar Balik Tiket Dibeli Pelanggan'
Clarification of AirAsia X passengers as creditors and their entitlements
SEPANG, 15 November 2021 - AirAsia X (AAX) wishes to clarify various media reports on passenger classification and their entitlements as classified under the Scheme of Arrangement (Scheme) that was supported by 99% of all creditors.
Our priority is to comprehensively restructure and recapitalise the airline so that it can operate again as one of the world’s leading low cost medium haul operators.
Our focus to raise new capital is necessary because the airline has not received any external financial support during this pandemic or any such time before. As such, the airline must reset and rebuild a solid platform for a sustainable and viable future so that new investors will be prepared to inject new capital into.
Our creditors, despite many being owed vast sums, voted overwhelmingly on 12 November, to give us the opportunity to survive and recover stronger, as it is in their best interest that we do.
Similarly, it is in the best interest of our passengers to allow us to fly again so that we are in a position to honour their travel credits with us. Put simply, the alternative is that everyone loses without any chance of recovery of what is owed if we are not successful in this restructuring.
A lot has also been written about the classification of passengers as creditors. In a financial statement, besides being a shareholder, there are only two categories. A party is either a debtor if they are owing money to the company or a creditor if the company owes them money. It is clear that the company owes the passengers who have outstanding amounts owed to them, and hence the classification as creditors.
We assure all passengers affected by the restructuring that it is the firm intention of AAX to put in place travelling privileges in the form of travel credits, which can be utilised for future purchases of flight tickets once international borders reopen on top of the 0.5% they will receive and other cash based entitlements based on annual revenue performance over three years as explained in the Explanatory Statement issued to all creditors recently.
Please note that these entitlements and the travel credits can only take place if AAX is successfully restructured pursuant to the terms of the Scheme. If the terms of the Scheme are not complied with and the Scheme fails, AAX will go into liquidation and the passengers will not receive anything in return. It is not the intention for AAX to place the passengers in this situation.
AirAsia X’s policies are in line with many operators in the travel industry worldwide and are fully compliant with all regulatory requirements in each of the regions we operate in.
The airline has ongoing dialogue with all consumer regulators across the region to ensure compliance and is ISO certified for customer complaint management, which is a global benchmark for maintaining the highest standards.