AirAsia Tawar Harga Tiket Serendah RM85 Ke Singapura


   Sumber Grafik: Air Asia


AirAsia menawarkan harga tiket dari RM85 untuk perjalanan sehala ke Singapura antara 29 November 2021 dan 26 Mac 2022 dengan menekan ikon ‘Flights’ pada airasia Super App.


Syarikat penerbangan tambang murah dalam kenyataan media pada 20 November 2021/Sabtu berkata pelanggan boleh kikmati juga tawaran kombo penerbangan dan hotel bernilai hebat dengan menekan ikon ‘SNAP’ pada Super App dengan diskaun sehingga 30%.


AirAsia berkata, syarikat itu menyokongan penuh pengumuman Kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan Lorong Perjalanan Bervaksin (VTL) antara kedua-dua buah negara sekali gus menyambung semula perkhidmatan udara di salah satu laluan penerbangan paling sibuk di dunia.


AirAsia menyambung semula penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 November 2021 dengan tujuh penerbangan mingguan.


Berikut adalah kenyataan media penuh:


AirAsia tawar nilai hebat sempena pembukaan Lorong Perjalanan Bervaksin antara Malaysia dan Singapura


KUALA LUMPUR, 20 November 2021 - AirAsia menyatakan sokongan penuh terhadap pengumuman oleh kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan Lorong Perjalanan Bervaksin (VTL) antara kedua-dua buah negara dan sekaligus menyambung semula perkhidmatan udara di salah satu laluan penerbangan paling sibuk di dunia. 


AirAsia akan menyambung semula penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 November 2021. 


Sebagai permulaan, AirAsia akan mengendalikan sebanyak tujuh penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Singapura. Laluan ke bandar-bandar utama lain di Malaysia dan kekerapan penerbangan akan ditambah sejajar dengan peningkatan permintaan perjalanan sempena pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa. 


AirAsia akan mengendalikan penerbangan VTL seperti berikut:


Para tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Singapura daripada hanya RM85 sehala untuk perjalanan antara 29 November 2021 dan 26 Mac 2022 dengan menekan ikon 'Flights' pada airasia Super App. 


Nikmati juga tawaran kombo penerbangan dan hotel bernilai hebat dengan menekan ikon 'SNAP' pada Super App dengan diskaun sehingga 30%. Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menekan ikon ‘Hotels’ untuk menikmati diskaun tambahan 10% dengan kod promosi AAHOTEL10. 


Selain itu, tempah perjalanan pergi balik ke/dari lapangan terbang daripada hanya RM55 menggunakan airasia ride, dengan menekan ikon 'Ride' pada airasia Super App.


Para tetamu dari Malaysia yang telah divaksinasi sepenuhnya yang ingin melancong ke Singapura diingatkan untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Singapura sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan. 


Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Penyambungan semula perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura menandakan kemajuan besar dalam sektor perjalanan antarabangsa di rantau ini, berikutan sambutan yang menggalakkan untuk tempahan penerbangan ke Thailand dan Phuket dengan peningkatan kekerapan sebanyak 17 kali sejak ia diumumkan. 


Ini menunjukkan peningkatan permintaan untuk perjalanan antarabangsa, dan AirAsia bersedia untuk mengalu-alukan para tetamu dengan pelaksanaan protokol perjalanan yang ketat demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan. 


Semua penerbangan kami dikendalikan kakitangan yang telah divaksin sepenuhnya dan mereka akan terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia.”  


AirAsia amat bangga menyokong initiatif oleh kerajaan Malaysia dan Singapura ini, dan kami berharap dapat meningkatkan lebih banyak penerbangan ke sana.”


John Gregory Conceicao, Pengarah Eksekutif, Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Singapura berkata, “Skim VTL ini merupakan kejayaan penting dalam penyambungan semula perjalanan antara Singapura dan Malaysia secara beransur-ansur. 


Singapura bersedia untuk mengalu-alukan pelancong Malaysia ke bandar tersebut melalui rakan kongsi utama seperti AirAsia. 


Para pelancong boleh menantikan standard perjalanan baharu yang disesuaikan dengan keperluan mereka yang berubah-ubah dan pengalaman pelancongan baharu dengan tawaran lebih segar dan inovatif. Apabila anda sudah bersedia, nikmatilah pengalaman perjalanan baharu di Singapura.”


AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama 18 bulan yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. 


AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. 


Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital.


Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 18 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. 


AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. 


Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.


Untuk syarat-syarat perjalanan di bawah VTL ke Singapura sila rujuk di sini. 


Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.

      Sumber Grafik: AIRASIA






AirAsia offers amazing deals as Singapore & Malaysia jointly start Vaccinated Travel Lane


SINGAPORE, 20 November 2021 - AirAsia has expressed its full support towards the announcement by the governments of Singapore and Malaysia for the commencement of the Vaccinated Travel Lane (VTL) between the two countries paving the way for the resumption of flight services on one of the busiest shuttle routes in the world.


 AirAsia will be resuming flights between Changi Airport (Terminal 1) and Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) beginning 29 November 2021. 


To kickstart the resumption of VTL travel, AirAsia will operate a 7x weekly flight schedule from Singapore to Kuala Lumpur. 


More routes from other cities in Malaysia will be added and frequencies increased accordingly as  travel demand grows in line with the reopening of more leisure destinations in the near future, subject to approval from the authorities. 


AirAsia will operate designated VTL flights according to the following schedules:


Guests can book their flights to Kuala Lumpur from just SGD69 one way and travel between 29 November 2021 and 26 March 2022 through the ‘Flights’ icon on the airasia Super App. Guests can secure great value flights+hotel deals through the ‘SNAP’ icon on the Super App with savings up to 30% off. 


Those who prefer to book their hotels separately may check the ‘Hotels’ icon in the app and get an extra 10% off with the promo code AAHOTEL10. Guests can also book their rides to and fro klia2 from just SGS18 by using airasia ride, by clicking on the ‘Ride’ icon on the airasia Super App. 


Fully vaccinated travellers from Singapore who wish to travel to Malaysia must meet the requirements set by the Malaysia Government prior to purchasing their flights and upon arrival. 


Riad Asmat, CEO AirAsia Malaysia said: “The resumption of travel from Singapore to Malaysia signifies great progress of international travel in the region, as we have seen an overwhelming response for flight booking to Thailand and Phuket with a 17x increase since our announcement last week. 


This shows huge pent-up demand for international travel, and AirAsia is ready to serve our guests with stringent health and safety protocols enforced on all of our flights, combined with our highly trained and fully vaccinated crew continuing to deliver the world’s best service during the pandemic.”


“AirAsia is proud to support the initiative by the governments of Malaysia and Singapore, and we look forward to mounting more flights across the straits.”



John Gregory Conceicao, Executive Director, Southeast Asia, Singapore Tourism Board said, "The VTL scheme is a significant milestone to allow for the gradual resumption of travel between Singapore and Malaysia. 


Singapore stands ready to welcome the return of Malaysian travellers to the city through key partners like AirAsia. 


Travellers can look forward to a new standard of travel tailored to your changing needs and new experiences filled with reinvented, fresh and innovative offerings that ignite your passion. When you're ready, come reimagine your travel experience in Singapore."


AirAsia has spent the period of downtime in flights over the past 18 months to further enhance and revamp its flight procedures and processes. In the highest interest of safety and wellbeing of all its guests and employees, only fully-vaccinated cabin crew and ground staff will operate flights and be on-duty at airport terminals. 


Furthermore, AirAsia assures the highest safety standards are in place as part of its robust Covid-19 mitigation plan including by accepting only fully-vaccinated guests onboard, making it mandatory to check-in via the airasia Super App, and rolling out the FACES facial recognition boarding system that will make the entire travel journey fully digital and contactless.


Despite the flight hibernation for a good part of the past 18 months, all AirAsia’s aircraft are properly maintained according to procedures set by the manufacturer. 


AirAsia has set up an in-house maintenance, repair and operations (MRO) unit called Asia Digital Engineering that provides services not only to AirAsia but also other airlines. 


Moreover, all its pilots and cabin crew are regularly trained for mandatory refresher courses and ongoing retraining so that they are on top of their job.


For travel requirements under the VTL to Malaysia please click here.


Stay up to date with everything e-commerce from the airasia super app by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook for the latest updates on airasia super app’s e-commerce offerings! 








AirAsia Lancar FACES, Teknologi Cam Wajah Pertama Dunia Mudahkan Pengguna Alami Perjalanan Digital

   Sumber Grafik: AirAsia


Airasia Super App melancarkan FACES, teknologi pengecaman wajah pertama di rantau ini yang mengenal pasti pelanggan melalui pengecaman wajah segera, untuk memesan dan membayar banyak tawaran perjalanan dan gaya hidup dalam satu aplikasi.


Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Super App berkata pada mulanya dilancarkan untuk perjalanan udara, FACES memudahkan pengesahan pembayaran, mengesahkan penunggang penghantar makanan dan penerima serta berpotensi mengesahkan pemandu dan penumpang dalam perjalanan dan daftar masuk hotel yang bergabung dengan AirAsia.


"Teknologi pengecaman wajah ini juga membolehkan kami memudahkan pengguna untuk mengakses produk dan perkhidmatan dengan mudah dan selamat, serta membantu usaha kami untuk menambah baik perkhidmatan dan pengalaman pengguna.


"Semua pengguna airasia Super App di seluruh rantau ini boleh mendaftar untuk FACES dengan mudah pada aplikasi ini dan tidak lama lagi bukan sahaja untuk perjalanan tetapi juga untuk semua tawaran gaya hidup dalam ekosistem kami yang berkembang pesat," kata Amanda Woo.

    Sumber Grafik: AirAsia

Berikut adalah kenyataan media penuh:


airasia Super App lancar FACES - revolusi pengalaman perjalanan dan gaya hidup tanpa sentuh sepenuhnya


KUALA LUMPUR, 18 November 2021 - airasia Super App hari ini melancarkan teknologi pengecaman wajah yang pertama di dunia, menawarkan para tetamu dan berjuta-juta pengguna airasia Super App pengalaman perjalanan digital dan tanpa sentuhan sepenuhnya dalam penerbangan AirAsia, serta meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan dalam semua keperluan perjalanan dan gaya hidup mereka.


Mula dilancarkan untuk perjalanan udara, FACES akan menjadikan airasia Super App sebuah platform sehenti yang mengenal pasti para pengguna dengan serta-merta melalui pengecaman wajah segera, untuk memesan dan membayar tawaran perjalanan dan gaya hidup dengan lancar dalam satu aplikasi.


Inovasi terbaru ini dilancarkan di RedSation, KL Sentral hari ini oleh Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App; Pablo Sanz Salcedo, Ketua Pegawai Produk dan Teknologi airasia Super App; Javed Malik, Ketua Pegawai Operasi AirAsia Group; Mohamad Hafidz, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan airasia Super App; dan Kapten Chester Voo Chee Soon, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group berkata: “Teknologi pengecaman wajah telah mengubah kehidupan seharian kita, sebagai contoh pada telefon mudah alih kita. Walaupun terdapat teknologi yang hampir sama oleh syarikat lain, teknologi kami benar-benar pertama di dunia kerana ia dapat dimanfaatkan lebih daripada sekadar perjalanan udara.


“Sebagai syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan teknologi pengecaman wajah untuk platform perjalanan dan gaya hidup digital kami, inovasi ini adalah usaha berterusan kami yang bukan sahaja melancarkan pengalaman penerbangan dalam dunia baharu, malah menawarkan lebih kemudahan bagi keperluan gaya hidup seharian para pengguna.


“Kami telah menggantikan kad akses para kakitangan dengan teknologi FACES untuk mengakses kemudahan di seluruh syarikat AirAsia. Kini dengan hanya imbasan wajah, para tetamu boleh memesan, menempah, mengesahkan dan membayar semua produk dan perkhidmatan di airasia Super App.


“FACES adalah inovasi teknologi tanpa sentuhan baharu yang dibangunkan bersama-sama rakan teknologi kami Vision-Box sebagai sebahagian daripada prosedur mitigasi Covid-19 kami yang ketat, sebagai persediaan penyambungan semula perjalanan domestik dan antarabangsa dalam masa terdekat. 


Para tetamu yang terbang bersama kami kini boleh mendaftar masuk dalam talian di mana-mana, bila-bila masa dengan hanya menekan satu butang setelah mendaftar dengan FACES. Usaha ini juga adalah untuk memulihkan keyakinan bagi perjalanan udara melalui teknologi dan langkah keselamatan yang dipertingkatkan. 


Pelbagai laporan juga telah menunjukkan bahawa para tetamu berasa lebih selamat apabila menggunakan proses tanpa sentuhan di lapangan terbang.


“FACES akan dilaksanakan di semua lapangan terbang Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang dan keutamaan kami seterusnya ialah Thailand, Indonesia, Filipina dan semua pasaran utama lain yang kami beroperasi.”


Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata: “Inovasi digital dan menawarkan perkhidmatan kepada semua adalah sebahagian besar dalam DNA kami.


“Pelancaran FACES pada airasia Super App hari ini kami merupakan revolusi bersepadu untuk penyelesaian pembayaran terkemuka dalam industri sejajar dengan tawaran nilai hebat dalam perjalanan, gaya hidup dan teknologi kewangan kami. 


“Sistem ini akan menjadikan semua tawaran yang tersedia di airasia Super App, termasuk penerbangan, hotel, tempahan makanan, penghantaran, e-panggilan dan banyak lagi, lebih lancar dan mudah dengan hanya imbasan wajah.


“Ia juga memudahkan perjalanan di lapangan terbang dengan pengecaman wajah yang pantas bagi proses daftar masuk, pada bila-bila masa dan di mana-mana serta menyelaraskan perkhidmatan penghantaran melalui pengesahan masa nyata dan penghantaran tanpa sentuhan.


“Pada masa hadapan, visi kami adalah untuk menawarkan teknologi FACES kepada para tetamu untuk mendaftar masuk di hotel-hotel yang bekerjasama dengan AirAsia.


“Pasukan kami sedang berusaha untuk mengintegrasikan teknologi pengecaman wajah ini untuk mengakses keseluruhan teknologi kewangan kami dan ciri-ciri baharu di airasia Super App.


“Teknologi pengecaman wajah ini juga membolehkan kami memudahkan berjuta-juta pengguna untuk mengakses produk dan perkhidmatan dengan mudah dan selamat, serta membantu usaha kami untuk menambah baik perkhidmatan dan pengalaman pengguna. 


Semua pengguna airasia Super App di seluruh rantau ini boleh mendaftar untuk FACES dengan mudah pada aplikasi ini dan tidak lama lagi mereka dapat menggunakan ciri ini di seluruh perjalanan dan tawaran gaya hidup dalam ekosistem kami yang terus berkembang.”



  Sumber Grafik: AirAsia


airasia Super App launches FACES - a gamechanger for fully integrated contactless travel and lifestyle experiences


The future of travel and delivery is here with instant facial verification for everyday travel and lifestyle offerings within the airasia Super App


MANILA, 18 November 2021 - airasia Super App today launched a world first facial recognition technology, providing guests and millions of airasia Super App users with not only a fully digital and contactless journey on AirAsia flights, but also enhanced convenience, security and safety for all their travels and lifestyle needs.


Initially rolled out for air travel, FACES will now make the airasia Super App the one stop shop that immediately identifies customers via instant facial recognition, to order and pay for the many travel and lifestyle offerings seamlessly on the one app. 


The state-of-the-art technology was officially launched at RedSation, KL Sentral today by Bo Lingam, Group CEO of AirAsia Aviation Limited; Amanda Woo, CEO of airasia Super App; Pablo Sanz Salcedo, Chief Product & Technology Officer of AirAsia; Javed Malik, Chief Operating Officer of AirAsia Group; and Captain Chester Voo Chee Soon, CEO of Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM).


Bo Lingam, Group CEO of AirAsia Aviation Group said: “Facial technology is already  transforming our everyday lives, through the simple unlocking of our phones for example. While others may be launching similar technology, ours is truly a world first as it opens the door to much more than just air travel.


“As the first airline to introduce this facial recognition technology tailored to our digital travel and lifestyle platform, we are continuing to deploy innovations that not only take the hassle out of flying in the new world, but make a difference to everyday lifestyle needs. 


“FACES is the latest contactless technological innovation that we have developed in-house, as part of our strict Covid-19 mitigation procedures and as we welcome the resumption of interstate travel now and international travel in the near future. 


Importantly, guests flying with us can check in online anywhere, anytime in just a click of the button once registered with FACES, supporting our efforts to restore confidence in air travel through technology and enhanced safety measures. Research has shown travelers feel safer using touchless processing throughout the airport.


A simultaneous launch was also held at AirAsia RedPoint headquarters in NAIA T3. AirAsia CEO Ricky Isla and CFO Ray Berja led the Filipino Allstars during the FACES registration process. 


The rollout will initially cover employees who will pilot test the game changing technology while awaiting for the regulatory approval process in the Philippines. AirAsia Philippines guests and users of the airasia Super App meanwhile is set to experience FACES sometime Q1 of 2022.


AirAsia Philippines CEO Ricky Isla said, “We are very excited to share this latest innovation among Filipinos. This is the better normal in air travel that we are talking about. 


It’s convenient, contactless and inclusive. At AirAsia, we always think 2, 3 steps ahead, or more for the benefit of our guests. This is also our response to the unprecedented growth of e-commerce in the Philippines, ensuring safe and secured transactions online.”


Amanda Woo, CEO of airasia Super App said: “The launch of FACES today on our super app is truly a game changer, marking another major milestone which is in sync with our ongoing commitment to continuously enhance the customer experience through digital innovation. 


“The revolutionary system will soon unlock all the offerings available on the airasia Super App, including flights, hotels, ordering food, deliveries, ride hailing and so much more with just a quick facial scan process. 


“We continue to lead the way as an industry digital innovator. Importantly, what this means for guests is enhanced speed for instant recognition and payment across our ecosystem, including fast check-in anytime anywhere and revolutionary contactless facial recognition delivery services.


“In the future we even envisage enabling guests to be able to check in for hotels affiliated with AirAsia using FACES for real time verification and check in. 


“Our teams are already working to fully integrate facial recognition technology into our overall Fintech capabilities accessing new and exciting features within the super app.


“Facial recognition technology allows us to make it more convenient for our millions of users to access our products and services simply and securely, which will assist in our quest for continual improvement in all that we do and deliver a greater user experience. 


All airasia Super App users around the region can now register for FACES easily on the app and soon they will be able to use the feature not just for travel but also for all of our lifestyle offerings in our rapidly expanding ecosystem.”


Tune Protect, AirAsia Perkenal Insurans Covid Travel Pass

    Sumber Foto: AirAsia


Tune Protect Group Bhd (Tune Protect) dan AirAsia Group Bhd (AirAsia) memperkenalkan Covid Travel Pass, pelan perlindungan insurans untuk pelancong, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited.


Bo Lingam dalam kenyataan media pada 17 November 2021/Raby berkata pelan Covid Travel Pass adalah lengkap dengan perlindungan COVID-19 yang dipertingkatkan untuk memenuhi syarat kerajaan Malaysia bagi pelancong antarabangsa yang datang ke Langkawi untuk mempunyai perlindungan insurans mandatori sebanyak AS$80,000 manakala untuk Thailand, perlindungan mandatori yang diperlukan adalah sebanyak AS$50,000.


Beliau berkata, buat ketika ini pelan perlindungan itu dimulakan di Langkawi serta beberapa destinasi di Thailand sebelum diperluaskan ke destinasi lain seluruh dunia.


Katanya, penumpang AirAsia ke Langkawi dan beberapa destinasi di Thailand boleh melanggan Covid Travel Pass ketika menempah tiket penerbangan melalui airasia Super App, selain pilihan langganan selepas pembelian tiket penerbangan sebelum berlepas.


Berikut adalah kenyataan media penuh:


Tune Protect dan AirAsia menerajui pelancaran perlindungan perjalanan bagi memenuhi perlindungan mandatori pelancong asing ke Langkawi dan Thailand


KUALA LUMPUR, 17 November 2021 - Tune Protect dan AirAsia menjadi pendahulu industri pada hari ini dengan pelancaran Covid Travel Pass sebagai kemudahan tambahan untuk pelancong penerbangan bagi memenuhi syarat perlindungan insurans mandatori yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada pelancong antarabangsa lengkap vaksin. 

Bermula dengan Langkawi, Malaysia dan pelbagai destinasi pelancongan di Thailand, tawaran ini akan diperluaskan ke negara dan destinasi lain pada masa akan datang.


Kini, tetamu AirAsia ke Langkawi, Malaysia dan pelbagai destinasi di Thailand boleh melanggan Covid Travel Pass semasa menempah tiket penerbangan di airasia Super App, selain pilihan langganan selepas pembelian tiket penerbangan sebelum pelancong berlepas.


Pelancaran pelan Covid Travel Pass adalah tepat pada masanya kerana ia memenuhi keperluan pelancongan hujung tahun para tetamu AirAsia yang tidak sabar untuk pergi bercuti dan jangkaan pembukaan sempadan serantau dan antarabangsa.


Pelan Covid Travel Pass adalah lengkap dengan perlindungan COVID-19 yang dipertingkatkan untuk memenuhi syarat kerajaan Malaysia bagi pelancong antarabangsa yang datang ke Langkawi untuk mempunyai perlindungan insurans mandatori sebanyak AS$80,000 manakala untuk Thailand, perlindungan mandatori yang diperlukan adalah sebanyak AS$50,000. 


“Selaras dengan pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia dan Thailand, AirAsia bersedia untuk memenuhi peningkatan permintaan pelancongan terutamanya menjelang akhir tahun, waktu kemuncak pelancongan. 


Dengan protokol baharu dalam sektor pelancongan, kami ingin meyakinkan para tetamu bahawa kami bersedia untuk mengalu-alukan mereka dengan produk perlindungan perjalanan yang tepat, disediakan oleh Tune Protect, selain mematuhi protokol yang tegas bagi memastikan keselamatan tetamu kami sepanjang penerbangan supaya mereka boleh menikmati ketenangan fikiran sepenuhnya,” kata Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AirAsia Aviation Limited.


AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama setahun setangah yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. 


AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.


Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 18 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. 


AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. 


Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.


“Kami teruja untuk kesemua para tetamu AirAsia yang bakal bercuti. Covid Travel Pass memenuhi keperluan di kedua-dua buah negara bagi memastikan para pelancong lebih bersedia dan dilindungi sepanjang percutian, sekaligus dapat menikmatinya tanpa kerisauan. 


Para tetamu boleh membeli Covid Travel Pass sewaktu membuat tempahan penerbangan AirAsia melalui platform tempahan penerbangan airasia Super App dengan sangat mudah,” kata Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect.


Bagi tetamu antarabangsa AirAsia yang akan ke Langkawi, Malaysia, Covid Travel Pass menyediakan perlindungan sehingga RM350,000 meliputi kos perubatan dan kemasukan ke hospital akibat kemalangan dan penyakit termasuk jangkitan COVID-19, serta elaun kuarantin sebanyak RM150 sehari. Premium bermula dari serendah RM170 setiap tetamu bagi setiap perjalanan.


Bagi tetamu AirAsia ke Thailand, Covid Travel Pass menyediakan perbelanjaan perubatan akibat kemalangan dan penyakit akibat COVID-19 sehingga THB1.8 juta. 


Covid Travel Pass boleh didapati melalui airasia Super App dan tidak lama lagi akan juga disediakan kepada pelanggan lain melalui laman web Tune Protect. 


Pelancong yang telah membeli penerbangan AirAsia sebelum 1 November 2021 akan dimaklumkan melalui mesej notifikasi automatik untuk menambah perlindungan insurans yang diperlukan dengan pilihan langganan selepas pembelian penerbangan yang berkaitan. 


Faedah sedia ada lain Covid Travel Pass termasuk kemalangan peribadi, kesulitan perjalanan seperti pemendekkan perjalanan, kelewatan penerbangan, kehilangan atau kerosakan pada bagasi yang didaftar masuk, kelewatan bagasi semasa ketibaan; faedah kesulitan darat akibat ragut, pemindahan perubatan kecemasan dan perkhidmatan bantuan perjalanan 24 jam. 


Pada bulan Febuari yang lalu, Tune Protect turut menambahbaik Perlindungan Perjalanan AirAsia Tune Protect untuk pengembara dari Malaysia yang memasuki Singapura meliputi perlindungan kos perubatan dan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 sebanyak RM100,000 bagi memenuhi keperluan perlindungan insurans mandatori sebanyak SGD30,000 oleh kerajaan Singapura.


Untuk maklumat lanjut berkenaan Tune Protect Covid Travel Pass, sila layari laman web rasmi di https://www.tuneprotect.com/airasia (bermula 19 November 2021). 


***


Mengenai Tune Protect Group Berhad 


Tune Protect Group Berhad (Tune Protect or the Group) is a financial holding company listed on the main market of Bursa Malaysia. Aspiring to be an ASEAN-based lifestyle insurer that everyone loves, Tune Protect aims to simplify consumer experience with best-in-class products and technology that complement their lifestyle needs. 


With its tagline “Insurance Simplified”, Tune Protect offers an array of affordable protection plans to suit individual, SME and corporate needs via its insurance, reinsurance and marketing arms in Malaysia, Thailand and the United Arab Emirates. Tune Protect has established a strong foothold in the travel, lifestyle, health and digital insurance space globally with presence across more than 60 countries through strategic partnerships with local underwriters in these markets.


For more information on Tune Protect, visit their website at https://www.tuneprotect.com


18 Virus Risiko Tinggi Ditemui Pengkaji Di China, Amaran Pakar Wabak Seterusnya Skala 'Black Death'

   Sumber Grafik: YouTube


GLOBAL | CHINA mungkin mencetuskan satu lagi wabak apabila penyelidik menemui lapan belas virus "berisiko tinggi" bersembunyi di pasar basah.


Sebelum ini pasar basah Wuhan tempat peniaga menjual mamalia hidup, reptilia dan ikan dikaitkan dengan wabak awal koronavirus pada 2019.


Akhbar The Sun pada 14 November 2021/Ahad melaporkan sekumpulan pakar menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan pandemik baharu bakal berlaku susulan penemuan 18 virus berisiko tinggi di beberapa buah pasar basah di China.


Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan pada 12 November 2021, sebanyak 18 virus itu dilaporkan berbahaya kepada manusia dan haiwan.


Menurut kumpulan penyelidik berkenaan, perkara paling membimbangkan adalah  virus yang terdapat pada musang. Ia merupakan medium yang membawa koronavirus SARS daripada kelawar kepada manusia di China pada 2002.


Kini, pakar-pakar memberi amaran bahawa spesies hidupan liar dijual dan dimakan di pasar-pasar basah China adalah berisiko mencetuskan pandemik.


Meskipun pasukan penyelidik tidak menemui sebarang elemen menyerupai Sars-CoV-2 iaitu virus Covid-19, mereka mendapati bahawa varian dibawa oleh kelawar boleh menjangkiti haiwan lain seterusnya berisiko menjangkiti manusia dan mencetuskan  wabak berbahaya.


Kajian Profesor Edward Holmes Dedah Bukti


Menurut penulis bersama kajian itu, Profesor Edward Holmes, penyelidikan tersebut mengetengahkan bukti mengapa aktiviti jual beli haiwan hidup di pasar basah  boleh diibaratkan seperti ‘pandemik  yang bakal berlaku’.


“Kertas kajian ini menunjukkan pada kebiasaannya manusia menularkan virus pada haiwan. Perkara sebaliknya turut berlaku melibatkan  virus,” katanya.


Sebelum ini, sebuah pasar basah di Wuhan  di mana spesies mamalia , reptilia dan ikan hidup dijual secara terbuka dilaporkan mempunyai hubung kait dengan permulaan wabak koronavirus pada 2019.


Menurut Dr. Eddie Holmes, pakar-pakar di China sebelum ini menyuarakan mengenai risiko virus yang didakwa akan dipindahkan daripada haiwan kepada manusia, lima tahun sebelum pandemik Covid-19 bermula. 


Para saintis juga mengenal pasti penghantaran silang spesies virus haiwan dengan yang paling membimbangkan ialah penularan coronavirus kelawar kepada musang.


Profesor Holmes menambah: "Spesies selanjutnya melompat dari musang ke dalam manusia dengan mudah boleh memulakan wabak besar.


"Haiwan yang dijual sebagai haiwan buruan di pasaran haiwan hidup membawa pelbagai jenis patogen virus.


"Virus yang betul pada haiwan yang betul pada masa yang tepat boleh mencetuskan wabak global dengan mudah."


Ia datang kerana pakar sebelum ini meramalkan wabak boleh dicetuskan setiap lima tahun oleh penyakit "zoonotik" - jangkitan yang melompat dari haiwan ke manusia.


Pakar Beri Amaran Wabak Seterusnya Skala 'Black Death'


Pakar memberi amaran bahawa wabak seterusnya mungkin pada skala Kematian Hitam (Black Death), yang dianggarkan telah membunuh 75 juta orang.


Penyakit yang tidak diketahui boleh menyebabkan pandemik seterusnya, fenomena yang dikenali sebagai Penyakit X dan berkemungkinan ini boleh dibawa oleh haiwan yang tidak dikenali, "Haiwan X".


Asal-usul Covid-19 masih belum dapat ditentukan.


Terdapat dua teori utama yang sedang diperiksa- virus itu sama ada melintasi manusia di Pasar Makanan Laut Huanan atau 'terlepas' dari Institut Virologi Wuhan.


Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai asal-usul wabak itu telah mencadangkan penularan daripada tenggiling dan kelawar adalah sumber yang paling mungkin.


Walau bagaimanapun, bukti baru yang muncul menunjukkan bahawa kedua-dua spesies tidak dijual di Wuhan sebelum Covid muncul.


Penyelidik mencadangkan bahawa Covid mungkin telah direka bentuk untuk menjadi hiper-jangkitan - tetapi China telah menafikan semua dakwaan salah laku.



Maklumat Lanjut: 


1- DISEASE X China may spark ANOTHER pandemic as 18 ‘high risk’ viruses that could be next Covid found lurking in wet markets

https://www.thesun.co.uk/news/16732838/china-another-pandemic-viruses-covid-found-wet-markets/


2- Professor Eddie Holmes is known for his work on the evolution and emergence of infectious diseases, particularly the mechanisms by which RNA viruses jump species boundaries to emerge in humans and other animals. He currently holds an ARC Australian Laureate Fellowship. 


He moved to the University of Sydney in 2012. He has studied the emergence and spread of such pathogens as SARS-CoV-2, influenza virus, dengue virus, HIV, hepatitis C virus, myxoma virus, RHDV and Yersinia pestis. His previous appointments include Verne M. Willaman Chair in the Life Sciences at the Pennsylvania State University, USA, and Affiliate Member of the Fogarty International Centre (2005-2012), National Institutes of Health, USA. 


From 1999-2004 he was Fellow of New College, Oxford. He is also an Honorary Visiting Professor at Fudan University, Shanghai

https://www.sydney.edu.au/science/about/our-people/academic-staff/edward-holmes.html


3. Edward C. Holmes

https://en.wikipedia.org/wiki/Edward_C._Holmes


Ini Jawapan AirAsia X Berkenaan Klasifikasi Pengguna Sebagai Pemiutang



Logo: AirAsia X


AirAsia X Jamin Beri Kredit Kepada Penumpang


AirAsia X Bhd akan menawarkan keistimewaan perjalanan dalam bentuk kredit, yang boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan pada masa hadapan sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka semula.


AirAsia X dalam kenyataan media pada 15 November 2021/Isnin berkata, jaminan adalah untuk pelanggan yang terjejas oleh penstrukturan semula yang dilaksanakan syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia Group Bhd itu.


"Sila ambil maklum bahawa kelayakan dan kredit perjalanan ini hanya boleh berlaku jika AirAsia X berjaya dalam penstrukturan semula mengikut syarat skim pengaturan.


"Jika syarat skim ini tidak dipatuhi dan gagal dilaksanakan, AirAsia X akan dibubarkan dan pengguna tidak akan menerima sebarang kelayakan serta memilih untuk tidak meletakkan mereka dalam situasi ini," katanya.


   Foto Sumber: AIR ASIA


Berikut adalah kenyataan penuh media:


Penjelasan AirAsia X mengenai klasifikasi pengguna sebagai pemiutang dan kelayakan mereka


SEPANG, 15 November 2021 - AirAsia X (AAX) ingin menjelaskan laporan media mengenai klasifikasi pengguna dan kelayakan mereka di bawah Skim Pengaturan (Skim) yang disokong oleh 99% daripada semua pemiutang.


Keutamaan kami adalah untuk penstrukturan semula dan permodalan semula AAX secara menyeluruh supaya ia boleh kembali beroperasi sebagai salah satu pengendali penerbangan tambang murah jarak sederhana terkemuka di dunia. 


Justeru, fokus kami kepada pengumpulan modal baharu adalah penting kerana AAX tidak menerima sebarang sokongan kewangan daripada mana-mana pihak luar semasa pandemik ini atau pada bila-bila masa sebelum ini. 


Oleh itu, syarikat penerbangan ini harus membina semula platform yang kukuh untuk masa depan yang mampan dan berdaya maju supaya pelabur baharu akan bersedia untuk menyuntik modal baharu.


Pemiutang kami yang terdiri daripada pemiutang yang besar, mengundi dengan hampir sebulat suara pada 12 November bagi memberi kami peluang untuk terus beroperasi dan pulih dengan lebih kukuh, kerana kami melakukannya demi kepentingan terbaik untuk mereka. 


Begitu juga, adalah demi kepentingan terbaik para pengguna untuk membenarkan kami terbang semula supaya kami boleh kembali menawarkan kredit perjalanan mereka. 


Secara ringkas, satu-satunya pilihan yang ada selain penstrukturan semula ini  adalah penutupan syarikat yang merupakan kerugian bagi semua, tanpa sebarang peluang untuk mendapatkan semula sebarang hutang mereka sekiranya kami tidak berjaya dalam penstrukturan semula ini.


Kami juga mengambil maklum banyak laporan mengenai klasifikasi pengguna sebagai pemiutang. Dalam penyata kewangan, selain menjadi pemegang saham, hanya terdapat dua kategori lain. Mereka adalah penghutang jika mereka berhutang kepada syarikat atau pemiutang jika syarikat berhutang kepada mereka. 


Adalah jelas bahawa syarikat ini berhutang kepada para pengguna yang mempunyai jumlah tertunggak yang terhutang kepada mereka. Justeru, mereka diklasifikasikan sebagai pemiutang. 


Kami ingin memberi jaminan kepada para tetamu yang terjejas oleh penstrukturan semula ini bahawa AAX akan menawarkan keistimewaan perjalanan dalam bentuk kredit, yang boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan pada masa hadapan sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka semula selain nilai hutang sebanyak 0.5% dan kelayakan berasaskan tunai lain berdasarkan prestasi hasil tahunan selama tiga tahun seperti yang dinyatakan dalam Penyata Penjelasan yang dihantar kepada semua pemiutang baru-baru ini. 


Sila ambil maklum bahawa kelayakan dan kredit perjalanan ini hanya boleh berlaku jika AAX berjaya dalam penstrukturan semula mengikut syarat-syarat Skim tersebut. 


Jika syarat-syarat Skim tersebut tidak dipatuhi dan gagal dilaksanakan, AAX akan dibubarkan dan para pengguna tidak akan menerima sebarang kelayakan dan AAX memilih untuk tidak meletakkan mereka dalam situasi ini.


Dasar AAX adalah selaras dengan pengendali industri pelancongan di seluruh dunia dan mematuhi sepenuhnya semua keperluan kawal selia di setiap negara yang kami beroperasi.


Kami juga terus mengadakan dialog dengan semua pengawal selia pengguna di seluruh rantau ini untuk memastikan pematuhan dan perakuan ISO dalam pengurusan aduan pelanggan, yang merupakan penanda aras global untuk mengekalkan piawaian tertinggi.


BACA ISU SEBELUM INI >  

'AirAsia X Mesti Bayar Balik Tiket Dibeli Pelanggan'


Clarification of AirAsia X passengers as creditors and their entitlements


SEPANG, 15 November 2021 - AirAsia X (AAX) wishes to clarify various media reports on passenger classification and their entitlements as classified under the Scheme of Arrangement (Scheme) that was supported by 99% of all creditors.


Our priority is to comprehensively restructure and recapitalise the airline so that it can operate again as one of the world’s leading low cost medium haul operators.


 Our focus to raise new capital is necessary because the airline has not received any external financial support during this pandemic or any such time before. As such, the airline must reset and rebuild a solid platform for a sustainable and viable future so that new investors will be prepared to inject new capital into.


Our creditors, despite many being owed vast sums, voted overwhelmingly on 12 November,  to give us the opportunity to survive and recover stronger, as it is in their best interest that we do. 


Similarly, it is in the best interest of our passengers to allow us to fly again so that we are in a position to honour their travel credits with us. Put simply, the alternative is that everyone loses without any chance of recovery of what is owed if we are not successful in this restructuring.


A lot has also been written about the classification of passengers as creditors. In a financial statement, besides being a shareholder, there are only two categories. A party is either a debtor if they are owing money to the company or a creditor if the company owes them money. It is clear that the company owes the passengers who have outstanding amounts owed to them, and hence the classification as creditors. 


We assure all passengers affected by the restructuring that it is the firm intention of AAX to put in place travelling privileges in the form of travel credits, which can be utilised for future purchases of flight tickets once international borders reopen on top of the 0.5% they will receive and other cash based entitlements based on annual revenue performance over three years as explained in the Explanatory Statement issued to all creditors recently. 


Please note that these entitlements and the travel credits can only take place if AAX is successfully restructured pursuant to the terms of the Scheme. If the terms of the Scheme are not complied with and the Scheme fails, AAX will go into liquidation and the passengers will not receive anything in return. It is not the intention for AAX to place the passengers in this situation.


AirAsia X’s policies are in line with many operators in the travel industry worldwide and are fully compliant with all regulatory requirements in each of the regions we operate in.


The airline has ongoing dialogue with all consumer regulators across the region to ensure compliance and is ISO certified for customer complaint management, which is a global benchmark for maintaining the highest standards.


TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...