DISUSUN OLEH: MOHD EZLI MASHUT
Penganalisis Isu Antarabangsa
Merintis pembaharuan dan kegemilangan. Kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan seumpama mengembalikan imbauan sejarah pembukaan Kota Konstantinapol oleh Sultan Muhammad Al-Fatih 500 tahun dahulu.
Pada 2010, Turki meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Turki dari US614.55 billion pada tahun 2010 kepada US823.24 billion pada tahun 2013 yang juga merekodkan KDNK tertinggi dalam sejarah Republik Turki.
TRT News dalam laporannya menyatakan Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), mengumumkan bahawa walaupun wabak Covid-19, di antara negara-negara G20, pada suku pertama tahun ini Turki berjaya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
OECD menerbitkan laporan yang mengandungi data-data pertumbuhan sementara negara-negara G20 untuk suku pertama.
Menurutnya, Turki pada suku pertama tumbuh 0.6 peratus berbanding suku terakhir 2019, sedangkan India tumbuh 0.7 peratus.
Di samping itu, Turki juga ditentukan sebagai negara yang mencapai pertumbuhan ekonomi tertinggi di antara negara-negara G20 disesuaikan mengikut musim, dengan 4.4 peratus pada suku pertama setiap tahun.
Perkembangan Ekonomi Turki Menakjubkan
Ekonomi Turki berkembang lebih pantas berbanding China dan India pada 2017 didorong oleh perbelanjaan isi rumah dan kerajaan.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh 7.4 peratus tahun lepas dengan output suku keempat meningkat 7.3 peratus, demikian menurut Turkstat.
Turki berjaya pulih daripada kelembapan ekonomi selepas cubaan rampasan kuasa tentera pada Julai 2016 gagal dan seterusnya menjadi salah sebuah negara paling pantas berkembang dalam kelompok G20.
Trend tersebut dilihat berterusan pada 2018, kata Ketua Pakar Ekonomi Ozlem Yetkin, Aktif Yatirim Bankasi, isi rumah terus berbelanja untuk membeli peralatan, makanan sehinggalah penjagaan kesihatan.
Sebagai perbandingan, ekonomi China berkembang sebanyak 6.9 peratus manakala India 7.1 peratus pada 2017.
Keampuhan Ketenteraan Turki
Turki ada kekuatan tentera terbesar dalam kalangan dunia Islam. Menurut Global Firepower (GFP) Index, Turki adalah negara kesembilan dunia dalam kekuatan tentera. Maka, dalam kalangan negara Islam mengikut OIC, Turki adalah negara pertama terkuat tenteranya dalam dunia Islam.
Kekuatan pengaruh Turki melalui kekuatan “softpower” dan “smart power” sangat penting dalam membentuk landskap politik timur tengah dan negara Islam malah Barat sangat memerlukan pengaruh Turki di Timur Tengah.
Turki telah melancarkan pelbagai operasi ketenteraan dan keamanan di seluruh dunia seperti di Afghanistan, Bosnia, Kosovo, Cyprus, Perang Korea dan operasi menentang pengganas Parti Pekerja Kurdish (PKK) dan Islamic State of Iraq and Syria.
Terbaharu Turki memainkan peranan penting dalam perkembangan di Syria, Libya dan pertembungan antara Azerbaijan dan Armenia.
Dalam hal pertahanan Turki, ia sering membuat kejutan kepada dunia. Pada Julai 2019, Turki dah membeli dan menerima peluru berpandu canggih S-400 buatan Rusia.
Ini menimbulkan rasa sangsi Amerika Syarikat kerana peluru berpandu yang menggunakan sistem buatan Rusia tu berada dalam kawasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Presiden Recep Tayyip Erdogan, dalam satu kenyataan pada 27 Oktober 2020, bereaksi terhadap kenyataan Amerika Syarikat (AS) yang berkaitan dengan pengujian sistem peluru berpandu S-400 Turki.
''Kami tak akan menanyakan ini kepada AS.'' Katanya.
"Benar, memang ujian ini dilakukan, ia sedang dilakukan, dan pendekatan Amerika ini sama sekali tidak akan mengikat kami. Jika kami tidak akan melakukan ujian kemungkinan seperti ini, apa yang mesti kami lakukan? Kami tidak akan mungkin menanyakan hal ini kepada AS.'' Kata Presiden Erdogan.
Berbalik kepada GFP Index, Turki dilaporkan mempunyai kakitangan tentera seramai lebih kurang 735,000. Ini adalah 0.9% dari jumlah rakyat Turki yang berjumlah 81,257,239.
Bawah ni pula adalah senarai lainnya:
Jumlah kekuatan kapal terbang: 1,067 unit termasuk jet, helikopter, pengangkutan dan lain-lain
Jumlah kekuatan darat: 3,200 kereta kebal tempur, 9,500 kenderaan perang berperisai, 1,120 artileri yang digerakkan sendiri, 1,272 artileri menunda, 350 projektor roket
Jumlah aset tentera laut: 194 termasuk kapal, kapal selam dan lain-lain
Bajet ketenteraan: USD 8,600,000,000
Erdogan Gesa Boikot Perancis, 'Jangan Beli Barangan Perancis'
Ketika Program Pembukaan Minggu Maulid Nabi di Pusat Kongres dan Kebudayaan Nasional Bestepe di Ankara, Recep Tayyip Erdogan menggesa boikot Perancis.
Erdogan menambah kritikan pedas terhadap Emmanuel Macron dengan menyatakan Presiden Perancis itu perlu melakukan 'pemeriksaan mental' susulan kenyataan mengkritik Islam.
”Jangan beli barang-barang buatan Perancis,” kata Erdogan.
Malah, Erdogan menegaskan ‘pemimpin-pemimpin Eropah perlu memberitahu Presiden Perancis supaya menghentikan kempen kebenciannya”.
Perancis adalah sumber import ke-10 terbesar ke Turki dan pasaran ketujuh terbesar untuk eksport Turki, menurut institusi statistik.
SUMBER:
1. TRT NEWS
2. AGENSI
3. SOSCILI.MY
4. AGENSI