COVID-19: WHO Bimbang Jumlah Kematian Berganda Dalam Seminggu



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapat kerjasama dari penyelidik seluruh dunia bagi mencari ubat yang berkesan bagi merawat COVID-19.

Tweeter rasmi WHO menyatakan, 74 negara menyertai ujian bagi membandingkan empat jenis ubat dan gabungan beberapa ubat.

“Kami bekerja keras dengan penyelidik seluruh dunia bagi mendapat bukti ubat yang berkesan merawat COVID-19,” katanya.

Dalam ciapan lain, badan itu juga menyatakan mereka mengeluarkan garis panduan baru supaya semua negara menyediakan tempat mencuci tangan di pintu masuk bangunan, pejabat, hentian bas dan stesen kereta api.

Sementara itu, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengajak warga dunia bersatu melawan COVID-19 kerana jumlah jangkitan hampir mencecah sejuta kes.

Katanya, ada peningkatan mendadak wabak itu dengan jumlah kematian berganda dalamm tempoh seminggu.

“Kita memasuki bulan keempat sejak wabak COVID-19 bermula, saya sangat bimbang dengan kadar jangkitan global,” katanya dalam sidang media virtual.


COVID-19: Perancis catat 509 lagi kematian

PARIS: Perancis mencatatkan angka tertinggi kematian COVID-19 sejak wabak itu bermula dengan 509 disahkan meninggal dunia di hospital, menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 4,032.

Jurucakap Kesihatannya, Jerome Salomon, berkata sehingga kini, 24,369 orang dirawat di hospital dengan 6,017 daripadanya menerima rawatan intensif.

Solomon turut memaklumkan angka kematian pada Selasa lalu meningkat kepada 499 orang.

Angka yang diumumkan itu hanya terhad kepada pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di hospital dan tidak termasuk kematian di rumah atau yang berada di rumah orang tua.

Katanya, angka kes baharu turut meningkat daripada 4,861 kes kepada 56,989 orang keseluruhannya.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak kes yang tidak didaftarkan disebabkan kekurangan kit saringan.

Solomon menambah, angka bagi pesakit yang menerima rawatan rapi sudah melebihi kapasiti sebelum daripada bermulanya krisis itu, iaitu kira-kira 5,000 orang.

Perancis menguatkuasakan perintah berkurung sejak 17 Mac lalu dalam usaha memperlahan penyebaran wabak itu.

Setakat ini, Perancis mejalankan ujian saringan kepada lebih 30,000 rakyatnya setiap hari, angka ini jauh lebih sedikit berbanding negara jirannya, Jerman. 

SUMBER: AFP

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...