Lagi kes hospital terbakar, kali ini HKL!



Foto Sumber: Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur

NASIONAL: Apabila kita mendengar khabar berita berkenaan kejadian hospital terbakar, tentunya ingatan kita masih lagi terimbau tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 yang meragut enam nyawa.

Dalam kejadian terbaharu pada 17 MAC 2018 (12.30 Tengah Hari), satu kejadian kebakaran berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) melibatkan sebuah bangunan dipercayai makmal patologi.

Media melaporkan Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC, Hang Tuah, Titiwangsa dan Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 40 kekuatan terdiri daripada pegawai dan anggota JBPM Kuala Lumpur terlibat dalam operasi itu.

Difahamkan, bilik rekod dan data di makmal patologi itu terlibat dalam kebakaran tersebut.


Foto Sumber: Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur
Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur

Sementara itu, Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr Nor Akma Yusuf, dalam satu kenyataan, memaklumkan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak dan seterusnya memadamkan kebakaran itu.

"Pengungsian atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan berdekatan dijalankan mengikut prosedur. Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

"Perkhidmatan di HKL tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Punca kebakaran serta kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib," katanya.


Tambah beliau, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan Dr Nor Akma turut meminta orang ramai jangan membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara itu.
Keadaan kebakaran di HKL. Foto Sumber: BERNAMA


Suasana di HKL. Foto Sumber: BH ONLINE


Bomba: Litar pintas dipercayai punca kebakaran stor IFPN HKL 

KUALA LUMPUR 17 MAC: Kebakaran di stor penyimpanan peralatan Makmal Jabatan Patologi di Institut Forensik Perubatan Negara (IFPN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata stor penyimpanan yang terbakar melibatkan peralatan bedah siasat yang diperbuat daripada plastik.

Beliau berkata kebakaran pada kira-kira 12.15 tengah hari itu menyebabkan dua petugas yang berada di dalam stor di tingkat bawah bangunan berkenaan terperangkap, namun kedua-duanya sempat naik ke tingkat atas sebelum diselamatkan anggota bomba.

“Susulan itu, pihak HKL telah mengambil tindakan dengan menutup suis elektrik di makmal itu termasuklah membawa keluar kira-kira 150 tong oksigen ke tempat selamat.

“Selain itu, bomba juga mengalihkan bahan kajian HKL yang diletakkan di dalam peti sejuk dan mengalihkan 19 mayat dari bilik mayat ekoran suis peti sejuk ditutup,” katanya pada sidang akhbar di IFPN di sini.

Khirudin berkata, stor berkenaan terbakar 100 peratus tetapi kebakaran tidak merebak ke bahagian lain kerana api berjaya dikawal pihak bomba dalam masa setengah jam.

“Pengoperasian HKL berjalan seperti  biasa kecuali di makmal stor penyimpanan itu yang ditutup sementara untuk siasatan forensik kebakaran.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 12.20 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian bersama lima jentera bomba antaranya dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan KLCC dengan jumlah keanggotaan sebanyak 31 anggota serta lapan pegawai,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada petugas HKL kerana memanggil pasukan Emergency Response Team HKL sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu. 

SUMBER: BERNAMA

HERO OF THE DAY

KUALA LUMPUR: The engineering team from Hospital Kuala Lumpur prevented a larger disaster from happening when they removed 163 oxygen tanks from storage close to the room where a fire had broken out.

The 12.20pm fire on Saturday, which was mainly contained to the National Institute of Forensic Medicine storage room where it started, could have been much worse if it had spread to 163 oxygen tanks stored in another room nearby.

City Fire and Rescue Department director Khirudin Drahman said the quick action of the hospital's engineering team to move the tanks and shut off the electricity and the oxygen pipelines avoided a larger disaster.

He added that a short circuit is believed to have sparked off the fire at the storeroom.

"It was fortunate that today is also Saturday so only two people were working in the building – a technician and a cleaner.

"During the fire, the two women, both in their 40s, went up to the roof as smoke was blocking their exit.

"We managed to get to them via an external staircase that was padlocked. They were not hurt," he said when met at the scene.

Patients and staff were evacuated from nearby buildings in an orderly fashion.

"The patients in these buildings are not critical so most were able to walk out. 

Some who couldn't were wheeled out on beds and wheelchairs," he said.

Normal hospital operations resumed shortly after the fire was put out at around 1.30pm.

"We are now working to restore electricity and oxygen supply.

"Some biochemical materials, including 19 cadavers were also moved during the fire as the storage freezers had been shut off," he said, adding that the morgue suffered some slight smoke and heat damage.

The fire is believed to have started in the storeroom on the ground floor where equipment such as surgical gloves and cotton used in post-mortems were kept.

"The materials are easily flammable so it spread quickly and the prayer room above the storeroom was also razed.

"However the rest of the building remained largely unscathed with some smoke and heat damage," he said.

The fire brought the main hospital in the city to a brief standstill as an alarm rang throughout the facility shortly after midday.

A total of 39 firefighters, including eight officers from four fire stations were involved in the operation, along with four fire engines and a hazmat vehicle.

A full investigation is underway to determine the cause of the fire.


THE STAR


SEJARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR

Hospital Besar Kuala Lumpur atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) ialah sebuah hospital besar utama di Kuala Lumpur, Malaysia.

Hospital ini mempunyai 38 buah jabatan dan unit-unit lain. Ini termasuk Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Farmaseutikal, Latihan dan Penyelidikan, 23 buah jabatan klinik dan 11 buah klinik perkhidmatan sokongan.

Hospital Kuala Lumpur kini ialah sebuah hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan dianggap salah satu yang terbesar di rantau Asia. 

Ia adalah sebuah hospital kerajaan berujukan tinggi, terletak di tanah perdana berkeluasan 150 ekar dengan 81 buah wad dan 2 502 buah katil.

HKL mempunyai pekerja besar dengan 7 000 orang pekerja dengan hampir 100 buah pekerjaan dalam pelbagai bidang dan disiplin-disiplin. 

Selain jumlah bilangan kakitangan, terdapat kira-kira 200 orang perunding dan pakar-pakar, 500 orang pegawai perubatan dan pendaftar, 10 orang matron, 100 orang saudara perempuan (pengurus-pengurus wad), 1 600 orang jururawat berdaftar, 750 orang pembantu jururawat terlatih dan 40 orang bidan-bidan terlatih. Baki kakitangan adalah ahli farmasi, tutor, penolong ahli farmasi, pembantu perubatan, kakitangan pentadbiran dan pengiring-pengiring hospital.

SEJARAH AWAL: 

1870: Ia dimajukan sebagai sebuah hospital daerah mengandungi 3 buah wad iaitu Wad Tai Wah, Wad Choudry dan Wad Melayu.

1920: Dinaik taraf kepada 25 buah wad (Kelas pertama di Bangsar, Kelas kedua dan kelas ketiga.

1962: Pembangunan HKL daripada Fasa I hingga fasa ke-IV. Pembangunan pelbagai fasa adalah seperti berikut:

Fasa I (1962-1968)- Hospital Bersalin, Blok Wad Utara, Jabatan Radioterapi dan asrama untuk pekerja-pekerja telah dibina.

1968-1972 (Fasa II): Blok Wad Selatan, Institiut Neurologi, Blok Pembedahan, Blok Radiologi, Pusat Pemindahan Darah Negara dan lebih banyak asrama dibina.

1972-1973 (Fasa III): Klinik-klinik pakar, Jabatan Pesakit Luar dan asrama doktor telah dibina.

1973-1974 (Fasa IV-A): Asrama pelatih jururawat dan rumah kelab ditambah.
1975 (Fasa IV-B): Institiut Ortopedik, Institiut Urologi, Pusat Anggota Tiruan dan Blok Radiologi dibina.

1973: HKL mula berfungsi sebagai hospital belajar untuk pelajar perubatan UKM.

1986-1988: Membaikan dan mengubahsuaikan bangunan lama (Blok Kayu) telah dijalankan.

1989-1992: Institiut Pediatrik telah dibina.

1994-1997 (Fasa II)- Menaik taraf Institiut Radioterapi dan Ubat Onkologi dan Nuklear.

PEMBANGUNAN: 

HKL telah dikurniakan Kualiti Status Akreditasi Kesihatan Rakyat Malaysia dari 23 Julai 2006 hingga 22 Julai 2008.

Menteri Kesihatan Malaysia berkata tidak mudah untuk HKL memenangi anugerah sebegini. Dengan 64 buah perkhidmatan dan 7,000 orang kakitangan, HKL menghadapi kekangan berlambak dengan struktur dan ruang.

HKL adalah hospital terbesar di rantau Asia Tenggara (ASEAN). Ia merakam 700 806 orang pesakit di klinik pesakit luar pada tahun 2006 dengan 124 570 orang pesakit dimasukkan ke dalam wad.


SUMBER:
1. ASTRO AWANI
2. BERNAMA
3. WIKIPEDIA
4. BERITA HARIAN



TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...