GAZA : Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.
Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.
Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.
Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.
Sheikh yang berusia lingkungan 40an itu mmeberitahu anggota Komando Qassam adalah pejuang terpilih di kalangan pemuda Islam Gaza yg mempunyai pengetahuan agama mendalam selain tidak gentar untuk mati syahid.
Menurutnya, pemilihan untuk menjadi Komando Qassam perlu melalui syarat ketat, antaranya mereka perlu solat subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan.
'Bakal pejuang juga diwajibkan menghafaz Al-Quran dan hadis, selain melakukan sembahyang tahajjud setiap awal pagi. Amalan berterusan ini bukan hanya menjadi bekal iman di medan perang tapi juga untuk memastikan setiap langkah kami sentiasa dirahmati Allah', katanya.
Setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti masing-masing berikutan ada antara mereka adalah golongan profesional, guru dan penuntut universiti.
'Setiap mereka yang mempunyai asas agama kukuh akan bekerja pada waktu siang dan menjaga keselamatan Gaza pada wkktu malam hingga pagi. Saya amat berharap rakyat Islam di Malaysia sentiasa mendoakan perjuangan suci kami. Doa kamu semua memberikan kami kekuatan untuk berdepan tentera Israel', katanya.
Sheikh berkata, Komando Qassam kini lebih yakin untuk berdepan tentera Israel apabila mereka kini memiliki ribuan roket model AM75, Fajar 5 dan roket Al-Qassam.
Pasukan komando itu juga dipecahkan kepada beberapa unit yang turut mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bom tangan bagi menghadapi tentera Israel.
Sheikh juga berkata, walaupun kelengkapan senjata api amat minimum tetapi mereka yakin Allah sentiasa memberi bantuan dan kekuatan tidak terhingga ketika berhadapan dengan zionis di medan pertempuran. Malah mereka optimis akan menghujani bandar Tel Aviv dengan roket lebih hebat dan berkuasa dan percaya pihak Israel akan lebih gerun dengan apa yang mereka sifatkan sebagai 'hadiah' itu.
FAKTA MENARIK BRIGED KOMANDO AL-QASSAM, HAMAS :

- Nama bersempena ulama Sheikh Izuddin al-Qassam yang dibunuh tentera British pada 1935.
- Ditubuhkan di Gaza sebagai briged sayap tentera Hamas pada 1987.
- Peraturan ketat dengan setiap anggota perlu berpuasa setiap Isnin dan Khamis, hafal hadis dan Al-Quran dan solat tahajjud setiap malam.
- Dianggap sering mendapat bantuan malaikat ketika bertempur hingga mampu tewaskan tentera zionis yang lebih ramai dan bersenjata lebih canggih.
- Berupaya menghasilkan bom tangan dan memiliki roket model Qassam, AM 75 dan Fajar 5.
- Jumlah anggota kini dianggarkan lebih 30,000 dengan kebanyakkannya berkawal di sempadan Gaza-Israel.
- Sering gunakan kaedah perang gerila termasuk melalui lubang bawah tanah untuk bergerak.
- Turut dianggotai wanita yang mampu kendalikan rifel AK-47 dan pelancar roket.
Sumber : Harian Metro