Watanya Wongoposi tulang belakang Emas bola sepak Gajah Putih



OLEH: MOHD EZLI MASHUT

MENAKJUBKAN. Kejayaan pasukan bola sepak Thailand memenangi pingat emas merupakan detik bermakna kepada bekas wartawan yang dilantik menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Thailand Bawah 22 tahun.

Status wanita bukan halangan kepada beliau menguruskan pasukan emas gajah putih menjadi jaguh Asia Tenggara untuk pasukan bawah 22 tahun pada Sukan Sea KL2017.



Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan Watanya Wongoposi mengalirkan air mata kegembiraan pencapaian pasukannya yang penuh bermakna mengalahkan pasukan Malaysia 1-0.

Untuk rekod ini adalah kejayaan pertamanya yang cemerlang memimpin pasukan bola sepak Thailand bawah 22 tahun.

Watanya Wongopasi merupakan Naib Presiden stesen TV Spring News. Selain itu Watanya Wongopasi telah dilantik sebagai Presiden News Network Corporation Public Company Limited pada 1 April 2016 dan menjadi Pengarah News Network Corporation Public Company Limited pada 12 Mei 2016.



Sikap prihatin dan 'concern' kepada pasukan bola sepaknya adalah momentum yang merangsang kejayaan pasukan Thailand.

Watanya Wongopasi sentiasa memberikan perhatian kepada pasukannnya dalam setiap pertandingan, dia sentiasa mengiringi pemain ketika permainan. 

Tidak seperti pemimpin pasukan lain yang duduk di tempat duduk, lokasi terbaik untuk menonton pertandingan, namun pengurus bola sepak Thailand yang cantik selalu berada di kawasan teknikal untuk duduk bersama serta anggota pasukan bola sepaknya.



Ia boleh dikatakan, Watanya Wongopasi membawa perbezaan kepada bola sepak Thailand ke Sukan SEA tahun ini.

Kejayaan Thailand memenangi emas Sukan Sea KL2017 melebarkan kejayaan Thailand menjadi pasukan yang memenangi 16 kali merangkul pingat emas sepanjang sejarah.

Hebat bukan?...Pelajarilah dari kemenangan mereka, Kita bangkit bersama membina negara lebih gemilang!

OLEH: MOHD EZLI MASHUT
GAMBAR: DIPETIK: SIAM SPORT

Pegawai Perlindungan Planet NASA





Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menawarkan tugas untuk mempertahankan bumi daripada ancaman makhluk asing dan menawarkan gaji sebanyak enam angka.


Tugas sepenuh masa itu yang digelar sebagai 'pegawai perlindungan planet' akan melibatkan peranan untuk memastikan manusia yang menjalankan misi di angkasa tidak mencemarkan planet dan bulan.

Selain itu, pegawai tersebut perlu memastikan sebarang unsur makhluk asing tidak menjejaskan bumi.

Nasa sedia membayar gaji sehingga AS$187,000 (RM801,103) setahun termasuk manfaat lain.

Iklan jawatan itu bertulis," Perlindungan planet melibatkan pencegahan unsur organik dan biologi yang melekat pada manusia (angkasawan) dan robot penjelajahan angkasa."

"Nasa mengekalkan dasar untuk melindungi planet termaktub kepada semua misi penerbangan ke angkasa yang mungkin secara sengaja atau tidak membawa masuk unsur asing ke bumi."

Tempoh khidmat bagi tugas itu adalah selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan sehingga lima tahun.

Jawatan tersebut dicipta selepas AS menandatangani Perjanjian Luar Angasa pada 1967 dengan harapan mengkaji angkasa lepas dan mengendalikan penerokaan angkasa selain mengekang kemasukan sebarang unsur asing yang berbahaya.

Pegawai yang bakal dilantik itu akan terlibat dalam misi ekspedisi Nasa ke Europa, sebuah bulan Jupiter.

Misi ke bulan Jupiter itu menelan belanja AS$2.7 bilion dan telah diluluskan oleh Kongres dengan tugas mengkaji permukaan bulan sama ada boleh didiami atau tidak.

Calon perlu mengembara dengan kerap selain memiliki pengalaman sekurang-kurangnya setahun sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Dari segi kelayakan akademik pula, calon perlu memiliki kelulusan sains fizikal, kejuruteraan atau matematik.

Bagaimanapun, hanya penduduk AS sahaja dibenarkan memohon jawatan itu. 

Independent Uk

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...