Oleh : Mohd Ezli Mashut
Amerika Syarikat, Britain, Peranchis dan sekutunya sedang melakukan persiapan akhir untuk menyerang Syria dijangka akan dilakukan dalam tempoh terdekat dalam tempoh paling awal 48 jam ini.
Pihak pentadbiran Whita House dikatakan telah merangka pelan serangan itu disamping pihak perisikan mengumpulkan maklumat berkenaan serangan senjata kimia yang digunakan oleh Tentera Basyar Al-Assad ke atas rakyatnya.
Menurut laporan The Associated Press (AP) menyatakan Pegawai pentadbiran Barack Obama berkata tindakan Basyar Assad itu merupakan satu ancaman langsung kepada keselamatan negara Amerika Syarikat.
Ini menyebabkan Obama mengambil peluang ini untuk melancarkan serangan tanpa kebenaran daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Kongres.
"Membenarkan penggunaan senjata kimia pada skala yang lebih besar untuk mengambil tempat tanpa tindak balas yang akan membentangkan satu cabaran besar kepada, ancaman kepada Amerika Syarikat 'keselamatan negara," kata jurucakap White House ,Jay Carney.
Australia, sekutu rapat AS dan pengerusi seterusnya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu merestui kemungkinan serangan terhadap Syria walaupun majlis keselamatan tidak bersetuju.
Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel pada Selasa berkata, tentera AS di rantau itu "sedia bertindak" jika Presiden Barrack Obama memberikan arahan.
Ketika ini Free Syrian Army (FSA) mencapai kejayaan strategik menawan beberapa bandar dan lokasi penting di Syria yang memungkinkan pihak rejim Basyar Al-Assad semakin tertekan.
Namun pihak Assad masih mempunyai kekuatan dengan menggunakan serangan udara dan meriam kereta kebal untuk memusnahkan seluruh bahagian bandar-bandar yang dikuasai FSA.
Rusia, China dan Iran menentang keras hasrat Amerika Syarikat dan sekutunya sambil memberikan amaran perang akan lebih meluas dan merebak yang menggugat keamanan negara-negara teluk.
Disebalik kebimbangan berlakunya Perang Dunia Ketiga, harga minyak terus melonjak di pasaran dunia yang turut memberikan impak terhadap ekonomi dunia yang menghadapi kelembapan beberapa tahun mutakhir ini.
Amerika Syarikat sudah menambah kekuatan ketumbukan ketenteraannya di sekitar teluk dengan kehadiran kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear USS Nimitz dan beberapa kapal pemusnah yang dilengkapkan peluru berpandu darat ke laut.
Beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat juga di sekitar juga sudah diletakkan dalam keadaan siap siaga menunggu 'lampu hijau' daripada Obama yang bersedia melancarkan serangan udara pada bila-bila masa.
Majalah Foreign Policy (FP) melaporkan sumber perisikan Amerika berjaya memintas komunikasi yang didakwa bukti bahawa Tentera Basyar Al-Assad menggunakan senjata saraf dalam serangan masyarakat awam.
FP mendakwa selepas serangan senjata kimia itu pihak berkuasa di Kementerian Pertahanan Syria membuat panggilan dalam keadaan 'panik' antara ketua unit senjata kimia meminta laporan serangan senjata itu.
Pihak Rusia dilaporkan sudah mengarahkan warganya agar meninggalkan Syria segera sambil mengingatkan ketegangan di rantau teluk bakal meningkat ekoran serangan itu nanti.
Malahan Jordan juga sudah mengarahkan rakyatnya di sempadan Syria - Jordan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Terbaru, Ayatollah Ali Khamenei mengingatkan Amerika bahawa tindakan serangan itu merupakan malapetaka terhadap rantau itu.
"Campur tangan Amerika akan menjadi bencana bagi rantau ini. Rantau ini adalah seperti 'kedai ubat bedil' dan masa depan tidak boleh diramalkan," beliau dipetik sebagai berkata.