Pesaing Ali Baba, Lazada...Apa Kelebihan Shopee?

Photo BY: Geeky Pinas


OLEH: MOHD EZLI MASHUT

BISNES ONLINE: Kini platform eDagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan terus mengorak langkah dan mendepani arus persaingan sengit pasaran membeli belah atas talian.

Menggunakan potensi pasaran pembelian menggunakan aplikasi telefon berbanding menggunakan komputer menjadi sandaran terbaik kerana masa kini lebih ramai pengguna menggunakan telefon mencari maklumat dan pelbagai kegunaan lain berbanding komputer.

Sejak 2015, Shopee terus berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam serta Filipina.

BACA: Shopee Tawar Lebih RM1 Juta !

https://ezli007.blogspot.my/2018/01/wow-shopee-giving-out-more-than-rm1.html

Shopee melaporkan pembeli Malaysia telah membeli lebih 500,000 barangan melalui promosi besar-besaran merentasi enam juta produk semasa tawaran "Tawaran 12.12 Mega", "Jualan Mengejutkan" dan "Upsized Mall Highlights" yang merupakan sebahagian daripada perayaan jualan ulang tahunnya pada 2017 lalu.

Untuk rekod pada 2017, Shopee merekodkan dagangan kasar (GMV) bernilai AS$5 bilion (RM20.05 bilion) yang disumbangkan dari tujuh pasaran di rantau Asia Tenggara.

Sehingga kini (Januari 2018) lebih kurang lima juta pengguna memuat turun aplikasi Shopee.

Shopee juha hadir di tujuh pasaran, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Taiwan dengan 40 juta muat turun. 

Shopee adalah platform yang disesuaikan untuk Asia Tenggara, menggabungkan pasaran pelanggan kepada pelanggan dengan pembayaran dan sokongan logistik, membuat pembelian dalam talian.

Syarikat itu juga telah mencapai lebih daripada US $ 3 bilion (RM13 bilion) dalam GMV tahunan di tujuh pasaran pada separuh pertama tahun 2017.

Shopee juga dilihat sentiasa bekerjasama rapat dengan usahawan dan jenama yang memasarkan produk menggunakan platformnya.

Shopee dilihat sebagai aplikasi nombor satu yang sentiasa dimuat turun dan kami berharap perkembangan ini berterusan sekali gus memberi pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada masyarakat di negara ini.

Shopee berusaha meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan di rantau ini menerusi teknologi serta menyediakan pengalaman beli-belah yang mudah, pantas dan boleh dipercayai.

Sebelum ini, Nestle memilih Shopee, pasaran pertama yang pertama di Asia Tenggara dan Taiwan sebagai rakan kongsi membeli-belah dalam talian terbaharu.

TAGS: Shopee, E-Dagang, E-Commerce



TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...