Tuesday, 8 November 2016

Hillary Clinton atau Donald J. Trump? Siapa menang 'Shadow Government' tetap kuasai dunia




OLEH MOHD EZLI MASHUT

Henry Ford :
''Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dalam sesebuah negara, anda akan dapati ia dari Yahudi-Freemason.''
(The International Jew, 1922)

KUASAI AMERIKA KUASAI DUNIA

Pemilihan Presiden Amerika Syarikat ke-45 sama ada Hillary Clinton atau Donald J Trump tidak memberikan harapan baru kepada dunia khususnya keamanan dunia dan nasib umat Islam.

Siapa yang bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 2017 ini peneraju White House bakal terjawab apabila rakyat Amerika mengundi pada 8 November.

Beliau juga menjadi 'pemegang kunci' yang boleh melancarkan senjata nuklear kepada mana-mana negara dan boleh mengarahkan perang bila-bila dan di mana sahaja.

Ketika ini terdapat kira-kira 16,300 senjata nuklear di seluruh dunia yang mana daripada jumlah itu, 7,300 milik Amerika Syarikat (AS), Rusia (8,000), China (240), Perancis (300), United Kingdom (225), Israel (80), India (80-100), Pakistan (90-110) dan Korea Utara (1).

Buku "Nuclear Weapons: The State of Play" menyatakan bahawa risiko perang nuklear semakin meningkat di sebalik jumlah senjata nuklear yang lebih kecil berbanding sewaktu Perang Dingin.

Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia, tanpa mengambil kira kekuatan nuklear yang dimiliki sesebuah negara, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.

Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri.

Amerika dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itulebih tinggi berbanding negara kuasa-kuasa besar yang lain.

Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat dan 6,665 helikopter.

Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.

DONALD TRUMP ATAU HILLARY CLINTON?

Donald Trump yang bertanding atas tiket Republican dan Hillary Clinton yang meneruskan tradisi suaminya dari parti Demokratik menarik perhatian seluruh dunia kepada pemilihan bakal peneraju negara uncle Sam kuasa dunia.

Kedua-duanya menawarkan rakyat dua jenis manifesto yang berbeza yang harus dinilai rakyat sewajarnya. 

Hillary Clinton adalah ikon tidak asing lagi di kalangan pengundi Demokratik dan bakal mencipta sejarah sebagai Presiden wanita pertama untuk Amerika Syarikat.

Calon Parti Republikan, Donald Trump tidak popular di kalangan masyarakat antarabangsa khususnya dasarnya terhadap orang Islam menarik perhatian puak pelampau di Amerika.

Keadaan itu boleh mencetuskan perang besar-besaran di seluruh dunia khususnya dunia Islam dengan menggunakan alasan menentang keganasan.

Pengaruh lobi Yahudi itu amat besar di kalangan pengundi di Amerika, maka setiap calon terpaksa jadi pro Israel. Akan tetapi Donald Trump jelas menyuarakan sikap anti Islam seperti ajaran agama Yahudi dan Nasrani.


'THE HIDDEN HAND'

Dunia perlu sedar ketika mana harapan dan perubahan disandarkan kepada Barack Obama untuk dunia lebih aman, stabil dan makmur namun pergolakan di Asia Barat terus berpanjangan dengan angka korban meningkat setiap hari khususnya krisis di Syria, Libya, Iraq, Palestin dan Afghanistan.

Obama tidak 'berkuasa' sebenarnya. Beliau adalah 'boneka' kepada percaturan politik dimainkan oleh ' The Hidden Hand'.

Kerajaan rahsia ini dipimpin oleh orang-orang misteri yang digelar para penyelidik konspirasi sebagai 'The Hidden Hand'.

Keluarga Rothschild 'sangat berkuasa' sehingga hari ini. Mereka menubuhkan pelbagai organisasi NGO yang berprofil tinggi di seluruh dunia dan menguasai pelbagai industri yang menjana teknologi tinggi.

Perencanaan konspirasi 'The Hidden Hand' ini bergerak dan menyelinap di seluruh dunia tanpa meninggalkan sejengkal tanah pun termasuk ruang seluruh rumah anda apatah lagi kehidupan seharian.

Golongan Hidden Hand ini juga tidak berperikemanusiaan dan sentiasa mengharapkan kehancuran masyarakat dunia khususnya masyarakat Islam.

Jadi siapapun menang sama ada Hillary atau Donald Trump umat Islam terus diganyang di seluruh dunia. Tak perlu diletakkan sebarang harapan kepada mereka untuk membawa kestabilan dunia.

Kegawatan ekonomi dunia, peperangan, kebuluran dan penularan wabak penyakit berbahaya dunia dijangka berterusan. Krisis demi krisis dirancang dan bakal berlaku di segenap penjuru.

"Tke world Government will not permit the establishment of peace' (Thomas R. Mashall, Timbalan Presiden Amerika 1913) 

Ringkasnya semua revolusi dan perang ynag berlaku di seluruh dunia 90 peratusnya berpunca dari percaturan ahli-ahli keluarga Rothschild.

KESIMPULAN

Semoga kita semua diberikan perlindungan Allah dan terbuka mata hati untuk dapat membezakan antara yang kebenaran dan penipuan. Hayati surah Al-Khahfi supaya kita selamat daripada huru-hara dicetus Yakjuj dan Makjuj dan Al-Masih Ad-Dajjal.