YUNA Kini Bergelar Isteri



Photo By: Instagram

SELEBRITI: Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, selamat bergelar isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, dengan sekali lafaz pada jam 7 malam tadi.

Pengurusan Yuna menerusi kenyataan media memaklumkan, pasangan itu dinikahkan Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang berwalikan ayahnya, Datuk Mat Zara'ai Alias, pada majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, lapor BH ONLINE.

Pada majlis yang dihadiri 300 jemputan itu, pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Za ra'ai, 31, membalas dengan sembilan dulang.

Jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

"Kami dengan rendah diri mengumumkan majlis pernikahan antara Adam Yousof Mohamed Sinclair dan Yunalis Mat Zara'ai pada 26 Januari di Puncak Rimba, Bentong Pahang.

"Majlis pernikahan itu selamat disempurnakan pada jam 7 malam.

"Kedua-dua mempelai ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada semua pihak," katanya.

Pasangan mempelai dijadualkan mengadakan sidang media khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang esok, disusuli majlis resepsi di lokasi sama Ahad ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu berkenalan dengan suaminya yang juga adik pelakon, Ashraf Sinclair, ketika menjayakan sebuah iklan pada awal 2013. Hubungan mereka mulai rapat pada 2015.

Keluarga Adam merisik Yuna pada 27 Mac, seterusnya menjalin pertunangan 5 Ogos lalu.

SUMBER: BH ONLINE

TAGS: YUNA KAHWIN

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...