Gambar Yuna & Adam Tersebar, Dipercayai Bernikah Di Sebuah Resort

Foto: Instagram @ bakers.33


SELEBRITI: Penularan foto pernikahan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna dan pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, tersebar di media sosial menguatkan khabar angin kononnya penyanyi itu telah melangsungkan pernikahan di sebuah resort di Bentong, Pahang pada Jumaat.

MSTAR ONLINE melaporkan menerusi gambar itu, majlis pernikahan pasangan itu bertemakan dalam taman dengan berlatarbelakangkan hutan semula jadi.

Keluarga pihak lelaki dilihat tampil sedondon dengan baju Melayu bertemakan warna coklat manakala pihak perempuan bewarna jingga.

Turut tersebar gambar Yuna, 32, duduk di atas pelamin diperbuat dari kayu dan dihiasi dengan bunga segar sambil ditemani ibunya, Datin Anum Wahab.

Gambar Adam menyarungkan cincin ke jari Yuna turut dimuat naik dipercayai oleh kenalan pasangan mempelai.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak pengurusan penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat itu tidak berjaya.

Yuna bakal mengadakan sebuah sidang akhbar di Putrajaya pada Sabtu dan difahamkan ia berhubung perkahwinannya dengan Adam.

Pasangan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu.

SUMBER: MSTAR ONLINE

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...