MENGGEMPARKAN: Ikan Ada Sepasang Tangan Ditemui!

Photo by: Fish Of Australia


PENEMUAN MENAKJUBKAN: Ikan ada sepasang tangan!. Penemuan menggemparkan itu ditemui di perairan di Tasmania, Australia. 

Pasukan saintis hidupan marin menemui sejenis ikan spesies baharu yang memiliki seolah-olah sepasang tangan ketika melakukan penyelidikan di sebuah perairan dekat sini.

Ikan spesies Red Handfish merupakan populasi kedua daripada salah satu ikan paling ganjil di dunia yang ditemui baru-baru ini, lapor AGENSI.

Sekumpulan penyelam dari Institut Kajian Antartik dan Marin (IMAS) melancarkan misi pencarian dengan menggunakan koordinat sistem kedudukan (GPS) sejagat selepas menerima laporan daripada orang ramai mengenai kewujudan ikan itu di luar pantai Apple Isle dekat sini.

Photo by: Newsweek

“Ikan yang berwarna merah itu turut memiliki sepasang kaki menyebabkan ia mampu berjalan di dasar laut. Ia merupakan sejenis ikan yang jarang ditemui,” kata seorang penyelam, Antonia Cooper.

Setakat ini, cuma terdapat antara 20 hingga 40 ikan spesies itu yang masih hidup di perairan Frederick Henry Bay menyebabkan institut berkenaan kini berhasrat untuk mengadakan program pembiakan bagi meningkatkan populasinya. 

SUMBER: AGENSI

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...