Keropok Udang Ini Nampak Sedap, Tetapi Rupa- Rupanya...





NASIONAL: Mahu mencari makanan dan produk halal memerlukan kesungguhan dan penelitian, sebabnya baharu ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di sebuah kilang pembungkusan keropok di Gopeng, dekat sini kerana menggunakan logo halal palsu.

Menurut laporan media serbuan pada jam 11 pagi itu dilakukan empat pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri yang turut dibantu tiga pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hasil maklumat orang awam dan risikan KPDNKK selama seminggu.

Hasil pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati syarikat terbabit menjalankan perniagaan menggoreng dan membungkus keropok udang yang mempamerkan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Kemajuan (JAKIM) pada pembungkus keropok berkenaan.



Siasatan awal mendapati premis berkenaan beroperasi sejak dua tahun lalu dan memperoleh keropok mentah dari Indonesia sebelum dipasarkan di sekitar sini.

Pemeriksaan pada bungkusan keropok berkenaan mendapati logo halal yang dipamerkan pada pembungkus keropok menggunakan penandaan tulisan rumi dan jawi.

Bagaimanapun, pengesahan awal oleh pegawai JAIPk menyatakan syarikat berkenaan tidak pernah membuat permohonan sijil halal terhadap pembungkusan keropok berkenaan.

Dalam serbuan itu pihaknya merampas 396 bungkus keropok yang siap dibungkus dan satu paket besar keropok yang belum digoreng.

Turut dirampas, 1,600 plastik pembungkusan yang mempunyai logo halal tulisan jawi dan rumi untuk siasatan lanjut dan nilai keseluruhan barang dirampas berjumlah RM1,786 dan pemilik premis turut ditahan bagi merakam percakapan bagi siasatan lanjut.

Siasatan diteruskan sama ada syarikat berkenaan turut memasarkan keropok berkenaan di lokasi lain dan kes disiasat mengikut Perenggan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011.

GAMBAR SUMBER: MSTAR/ BH ONLINE



TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...