Kenapa 11 Putera Raja Arab Saudi Ditahan?




GLOBAL: Pergolakan dalaman pemerintahan terkini di Arab Saudi nampaknya seperti ada yang tidak kena apabila terus mendapat perhatian media besar antarabangsa.

Terbaharu seramai 11 putera Arab Saudi ditahan pihak berkuasa selepas didapati berkumpul di istana raja di sini, bagi membantah beberapa langkah kerajaan termasuk menggantung pembayaran bil utiliti mereka.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi enggan mengulas mengenai laporan media tempatan negara itu.

Arab Saudi yang juga pengeksport minyak terbesar dunia, sudah melaksanakan pelbagai pembaharuan, termasuk memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT), memotong peruntukan subsidi, selain perbelanjaan kepada ahli keluarga diraja.

Langkah itu diambil susulan penurunan harga minyak mentah, yang menyebabkan negara itu dilanda bajet defisit tahun ini dianggarkan sebanyak 195 bilion riyal (RM207.85 bilion).

Sementara itu, laman web berita dalam talian, sabq.org melaporkan, semua putera terbabit berkumpul di istana, Qasr a-Hokm bagi mendesak pembatalan perintah diraja yang dikeluarkan sebelum ini.

Perintah itu mengarahkan supaya pembayaran bil elektrik dan air kepada semua ahli keluarga diraja dihentikan.

Selain itu, sabq.org turut melaporkan bahawa semua putera itu menuntut bayaran pampasan terhadap hukuman mati yang dikenakan terhadap seorang ahli keluarga mereka.

"Mereka sudah dimaklumkan mengenai kesilapan dalam tuntutan itu, tetapi mereka enggan meninggalkan Qasr al-Hokm.

"Berikutan itu, satu arahan diraja dikeluarkan kepada pengawal diraja untuk campur tangan dan semua putera itu ditahan.

"Mereka kini ditempatkan di penjara al-Hayer sebelum dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan," lapor sabq.org yang memetik sumber.

Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan identiti semua putera itu tetapi ia diketuai individu dengan tanda nama S.A.S. 

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...