NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
COVID-19: Keputusan Saringan Seawal Lima Minit
WASHINGTON: Makmal berpusat di Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan kit ujian saringan COVID-19 mudah alih.
Ia membolehkan ujian dibuat untuk mengenal pasti status sama ada seseorang itu dijangkiti COVID-19 atau tidak, seawal lima minit.
Abbot Laboratories dalam kenyataan Jumaat berkata, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) memberikan kebenaran kecemasan supaya kit ujian itu dibekalkan kepada penyedia kesihatan seawal minggu depan.
Kit ujian menggunakan teknologi molekul itu membolehkan keputusan ujian negatif didapati dalam masa 13 minit.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Abbot, Robert Ford, berkata kit ujian yang dihasilkan itu adalah antara usaha penyelesaian diagnostik.
"Pandemik COVID-19 akan dilawan dalam pelbagai cara. Ujian molekular mudah alih dengan keputusan dalam beberapa minit dan menambah kepada keperluan dan penyelesaian diagnostik untuk memerangi virus ini.
"Kit ujian bersaiz kecil bermaksud ia boleh digunakan di luar hospital yang dilanda wabak itu.
"Abbot sedang bekerjasama dengan FDA untuk menghantar kit ujian itu ke pusat wabak," katanya.
Kit ujian itu belum mendapat kelulusan FDA dan hanya dibenarkan untuk kegunaan kecemasan oleh makmal yang diluluskan serta penyedia penjagaan kesihatan.
SUMBER: AFP
COVID-19: Amerika Syarikat Catat Kes Lebih 100,000
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan lebih 100,000 kes positif COVID-19, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University (Johns Hopkins) sehingga jam 9.45 malam tadi mengikut waktu tempatan.
Kluster tertinggi setakat ini adalah New York yang mencatatkan lebih separuh daripada kes.
AS merekodkan lebih 15,000 kes yang disahkan, diikuti Itali selain mencatatkan lebih 20,000 kes berbanding China, di mana penyakit ini pertama kali dikesan.
Kadar kematian AS berdasarkan kes yang disahkan adalah 1.5 peratus, berbanding 10.5 peratus di Itali. Bagaimanapun, kadar kematian itu mungkin berkurangan, berikutan ujian yang dilakukan menunjukkan ramai orang yang positif namun tidak mempunyai gejala.
Bagaimanapun ia mungkin terus meningkat jika bandar atau negeri lain mengalami catatan kes seperti New York, yang menyaksikan lebih 500 kematian dan mengalami kekurangan katil hospital, kelengkapan perlindungan diri peribadi (PPE) dan ventilator.
Profesor Dasar Kesihatan Havard, Thomas Tsai, berkata peningkatan kes dapat dilihat menerusi pertambahan bilangan pesakit dimasukkan ke hospital serta dipantau di unit rawatan rapi (ICU).
"Kita sedang melihat pertambahan kes, peningkatan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital, ke ICU serta pesakit yang diberikan bantuan mesin ventilator.
"Malangnya, kadar kematian itu semakin menyamai corak pertambahan kes New York, yang mungkin dicapai dalam beberapa hari atau minggu," katanya.
SUMBER: AFP
COVID-19: Lebih 20,000 Maut, 3 Bilion Penduduk Dunia Berkurung Di Rumah
![]() |
Pandemik Covid-19 |
MADRID: Lebih tiga bilion penduduk di seluruh dunia menjalani kehidupan berkurung, semalam, dengan rata-rata negara bergelut meningkatkan usaha memerangi pandemik COVID-19 yang kini sudah meragut lebih 20,000 nyawa.
Berdasarkan satu penjumlahan oleh AFP, lebih 20,800 kematian telah dilaporkan di 182 negara dan wilayah, setakat ini.
Seiring bilangan jangkitan disahkan melonjak melepasi 450,000 kes, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran hanya usaha bersepadu global mampu menghentikan penularan virus berkenaan.
Guterres menegaskan, dunia perlu bekerjasama untuk membanteras pandemik yang semakin menggusarkan itu.
“COVID-19 sedang mengancam seluruh manusia - dan seluruh manusia mesti melawan balik.
“Tindakan dan solidariti global adalah sangat penting. Tindak balas negara secara sendirian tidak akan mencukupi,” katanya ketika melancarkan rayuan sebanyak ASD2 bilion bagi membantu golongan miskin dunia.
Sepanyol merekodkan angka korban melepasi jumlah kematian di China di mana COVID-19 tercetus kira-kira tiga bulan lalu, sekali gus menjadi negara paling terkesan selepas Itali.
Jumlah kematian di Sepanyol kini mencecah lebih 3,400 selepas 738 lagi mangsa meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh 24 jam lalu.
Dalam tempoh sama, Itali mencatatkan 683 kematian baharu dan menjadikan jumlahnya 7,503 mangsa yang merupakan tertinggi berbanding negara lain, setakat ini.
Di Washington, Presiden Donald Trump berkata, New York yang juga pusat wabak itu di Amerika Syarikat (AS) dengan mencatatkan lebih 30,000 kes jangkitan, dilihat akan berdepan ‘beberapa minggu mendatang yang sukar’.
Bagaimanapun, beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi untuk menentukan sama ada kawasan yang tidak terjejas di negara itu boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
“Kita mahu menggerakkan semula negara kita. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terburu-buru atau tergesa-gesa.
“Menjelang sambutan Easter, kita akan mempunyai satu cadangan, dan mungkin sebelum Easter,” katanya yang sering memberi penekanan terhadap kekukuhan ekonomi AS dalam menghadapi saingan pemilihan presiden pada November depan.
Arahan India supaya 1.3 bilion rakyatnya menjalani perintah berkurung merupakan angka terbesar, menjadikan jumlah penduduk berdepan sekatan dalam kehidupan harian kini mencecah lebih tiga bilion di seluruh dunia.
SUMBER: AFP
New Zealand Isytihar Darurat, Laksana Perintah Kawalan Pergerakan
![]() |
New Zealand Covid-19 |
WELLINGTON: New Zealand mengisytiharkan darurat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negara itu.
Perdana menterinya Jacinda Ardern mengumumkan langkah itu bermula tengah malam Rabu dan berjalan selama empat minggu.
"Bermula tengah malam ini (Rabu), kita berkurung selama empat minggu untuk mengekang jangkitan virus ini, untuk memutuskan rantaiannya.
Semua perkhidmatan bukan kritikal, bar, restoran, kafe, gimnasium, pawagam, kolam renang, muzium, perustakaan, taman permainan dan lain-lain tempat berhimpun akan ditutup.
Walau bagaimanapun pasar raya, perkhidmatan perubatan, farmasi, stesen perkhidmatan dan perbankan akan terus dibuka.
Ardern memberi amaran bahawa langkah kawalan pergerakan itu akan dikuatkuasakan tanpa kompromi.
Menurutnya, semua warga kecuali mereka yang bertugas dalam perkhidmatan kritikal, akan diminta tinggal di rumah.
Orang ramai walau bagaimanapun dibenar keluar bersama rakan serumah namun perlu mengekalkan jarak sejauh 2 meter dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan dan membendung penularan koronavirus itu.
"Jika anda ada soalan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, guna prinsip mudah ini: 'Anggap yang anda dijangkiti COVID-19.
"Setiap langkah anda lakukan menjadi risiko kepada orang lain.
"Keadaan akan jadi lebih teruk sebelum ia kembali pulih. Jumlah kes akan meningkat dalam minggu-minggu mendatang. Kemudian kita akan tahu setakat mana usaha ini berjaya.
"Berbeza dengan negara lain yang tenat, kita mempunyai ruang untuk tinggal di rumah, memutuskan rantaian transmisi dan menyelamatkan nyawa," kata Ardern.
Kes jangkitan COVID-19 di New Zealand meningkat kepada 283, namun belum ada kematian direkodkan setakat ini.
SUMBER: AGENSI/26 MAC 2020
COVID-19: Jumlah Korban di Sepanyol Atasi China, Angka Kini 3,434 Kematian
![]() |
Spain COVID-19 |
MADRID: Sepanyol mencatatkan 738 kematian semalaman akibat COVID-19 hari ini, kali pertama mengatasi jumlah kematian yang dicatat oleh China, di mana penyakit itu berasal, tatkala negara itu bergelut untuk menangani sejumlah besar jangkitan.
Dengan 3,434 kematian, Sepanyol kini mempunyai angka kematian kedua tertinggi di dunia selepas Itali seramai 6,820, membabitkan wabak yang menyaksikan sebuah gelanggang luncur di Madrid bertukar menjadi rumah mayat sementara dan berpuluh-puluh orang mati di rumah penjagaan yang sesak di seluruh negara.
Kakitangan perubatan Sepanyol, yang diri mereka sendiri terbabit dalam beribu-ribu kes yang dijangkiti, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan, mengadu kekurangan peralatan perlindungan asas seperti topeng, lulur dan sarung tangan.
Tentera Sepanyol meminta bantuan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk alat ventilator, peralatan perlindungan dan pengujian, kata Ketua Angkatan Tentera, Miguel Villarroya, hari ini.
Sepanyol berada pada hari ke-11 dari 15 hari perintah berkurung di seluruh negara yang kemungkinan akan dilanjutkan hingga 30 hari.
Sekolah, bar, restoran dan kebanyakan kedai ditutup. Perhimpunan sosial diharamkan. Orang ramai terkurung di rumah mereka.
"Kami telah mencapai pengurangan hampir keseluruhan hubungan sosial," kata ketua kecemasan kesihatan, Fernando Simon memberitahu sidang akhbar, sambil menambah bahawa Sepanyol sedang mendekati puncak wabak itu.
Jumlah kes COVID-19 meningkat sebanyak lima hingga 47,610 hari ini.
Di Madrid, pihak berkuasa mula menjalankan ujian besar-besaran untuk COVID-19 di tapak pameran yang telah ditetapkan di sebuah taman bandar.
SUMBER: REUTERS/26 MAC 2020
COVID-19: Tokyo Jadi Pusat Penularan
![]() |
Tokyo: Getty Image |
TOKYO: Tokyo, ibu negara Jepun kini dilihat menjadi pusat kepada penyebaran wabak COVID-19 apabila semakin banyak kes dicatatkan dalam tempoh sehari berbanding kawasan lain.
Tokyo mencatatkan sejumlah 17 kes semalam, menjadikan ia meningkat sebanyak 171 kes, mendahului kawasan utara Pulau Hokkaido yang turut mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi.
COVID-19 sudah menjangkiti sekurang-kurangnya 1,214 orang di Jepun awal pagi ini, dengan 43 kematian, namun ia tidak termasuk 712 kes daripada kapal persiaran yang berlabuh berdekatan Tokyo pada bulan lalu, menurut agensi NHK.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan kerajaan Jepun semalam turut bersetuju untuk menangguhkan Olimpik Tokyo 2020 kepada tahun 2021.
Jangkitan baharu di Tokyo berlaku selepas Gabenor Yuriko Koike memberi amaran bahawa perintah berkurung boleh berlaku di ibu kota itu jika kes COVID-19 semakin meningkat.
Dalam pada itu, Koike turut menyeru penduduknya untuk berusaha mengikuti perintah bagi mengelakkan berlaku perintah berkurung.
Tempoh tiga minggu akan datang adalah masa kritikal sama ada Tokyo menyaksikan peningkatan kes virus itu.
Hokaido menyaksikan sebanyak 163 kes COVID-19 berlaku di kawasannya, manakala secara keseluruhannya ia sudah menjangkiti 420,000 orang di 196 negara dengan hampir 19,000 kematian.
- REUTERS
Latest On Covid-19 Spread As Death Toll Nears 19,000
COVID-19 | Nearly 421,000 people have been infected across the world and more than 18,800 have died, according to a Reuters tally.
- For an interactive graphic tracking the global spread, open tmsnrt.rs/3aIRuz7 in an external browser.
EUROPE
- The number of cases in Italy, which has more fatalities than any other country, is probably 10 times higher than the official tally, the head of the agency collating the data said.
- Nurses and doctors demanded action after Spain reported its sharpest daily increase in coronavirus cases on Tuesday and said about 14 percent of the nearly 40,000 infections were among health workers.
- French authorities reported 240 new deaths from coronavirus on Tuesday for a total of 1,100, making it the fifth country to cross the 1,000-fatalities threshold.
- German hospitals with spare capacity welcomed their first coronavirus patients from Italy.
- Coronavirus deaths in Britain jumped to 422 on the first day of a national lockdown, while the government called for 250,000 volunteers for the health service.
- Austria will massively expand testing in the coming days to locate and isolate infected people, its chancellor said on Tuesday.
- Poland’s government said it would expand restrictions on citizens, including a limit on the number of people taking part in masses, a drastic move in a deeply devout country.
- Russia’s president Vladimir Putin donned a hazmat suit and respirator during a hospital visit on Tuesday and Moscow’s mayor said the outbreak in the capital was much worse than official figures showed.
- Norway extended its restrictions until April 13. It has confirmed 2,566 virus cases, of whom 12 have died.
AMERICAS
- The Trump administration sowed confusion over the use of a 1950s-era emergency act to procure coronavirus test kits amid severe shortages of equipment for medical workers.
- The virus has killed more than 700 people in the US and sickened more than 53,000.
- An emergency aid package for Canadians facing economic harm from the coronavirus outbreak was stalled.
- Mexico will suspend all large public and private gatherings for a month and extend support to small businesses.
- Brazil’s President Jair Bolsonaro laid to rest a diplomatic spat with China in a call with President Xi Jinping on Tuesday, with the two agreeing to work together to fight coronavirus as Brazil’s largest city went into lockdown.
ASIA AND THE PACIFIC
- Australian officials warned an accelerating number of coronavirus infections could start overwhelming the country’s intensive care units.
- Mainland China reported a drop in new confirmed coronavirus cases on Wednesday as imported infections fell and no locally transmitted infections were reported.
- Indians crowded grocery stores and chemists in a struggle for essential items after Prime Minister Narendra Modi ordered a total lockdown for three weeks.
- Thailand has recorded 107 new coronavirus cases, bringing total to 934, while South Korea reported 100 new coronavirus cases on Wednesday, bringing its total infections to 9,137
MIDDLE EAST AND AFRICA
- About half of Iran’s government employees were staying at home on Tuesday as the country’s death toll exceeded 1,900.
- Turkey imposed restrictions on grocery store opening hours and numbers of shop customers and bus passengers, as its death toll rose to 37.
- Saudi Arabia on Tuesday reported its first death, while the United Arab Emirates’ main airports in Dubai and Abu Dhabi said they would temporarily suspend all passenger flights from Thursday.
- Egypt has declared a two-week curfew, and those who violate the measure will be penalized under emergency laws, the prime minister said.
- The Nigerian president’s chief of staff has tested positive, a source with direct knowledge said.
- South African businesses braced for a nationwide lockdown as the number of confirmed coronavirus cases jumped to 554.
- Congo’s president closed the country’s borders and imposed a state of emergency.
- Libya confirmed its first case of the new coronavirus, with years of violence leaving its healthcare system highly vulnerable.
ECONOMIC FALLOUT
- Asian shares extended their rally on Wednesday in the wake of Wall Street’s massive rebound as the US Congress appeared closer to passing a $2 trillion stimulus package.
- Senior Democrats and Republicans were close to reaching a deal on a $2 trillion stimulus package.
- Global airlines urged governments to speed up bailouts to rescue the air transport industry as they doubled their estimate of 2020 revenue losses from the coronavirus crisis to more than $250 billion.
- The coronavirus pandemic could plunge Japan into deep economic stagnation, the country’s central bankers warned at last week’s emergency monetary policy meeting.
- Norway’s unemployment rate soared five-fold this month to its highest level since the 1930s, as companies announced mass layoffs and shutdowns, data showed.
- Britain’s economy is shrinking at a record pace, faster than during the 2008-09 financial crisis, a survey showed on Tuesday.
EVENTS
- The Tokyo Olympics were postponed to 2021, the first such delay in the Games’ 124-year modern history.
- The Cannes Film Festival venue is opening its doors to the town’s homeless who have nowhere to go during the coronavirus lockdown.
- Australia’s A-league soccer season was suspended on Tuesday.
- Two Russian cosmonauts and a U.S. astronaut were spending their final weeks on Earth in quarantine before they are scheduled to blast off on April 9 for the International Space Station.
- Reuters
COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April 2020 - PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, keputusan perlanjutan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan awal.
“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.
“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya dalam perutusan khas, hari ini.
Muhyiddin berkata, tempoh lanjutan kuat kuasa PKP akan dikaji dari semasa ke semasa.
Perdana Menteri berkata, sebarang keperluan untuk melanjutkan tempoh PKP itu, yang setakat ini dijadual berakhir pada 14 April akan diumumkan kemudian.
“Yang penting, saya mohon supaya saudara saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.
“Saya juga mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.
“Paling penting, semua keperluan asas mestilah sentiasa tersedia dan mencukupi, termasuk bekalan makanan, elektrik serta air.
“Perkhidmatan kutipan sampah dan pembetungan, kemudahan komunikasi serta logistik, keselamatan dan ketenteraman awam juga termasuk dalam aspek ini,” katanya.
Mengulas mengenai status PKP setakat ini, Perdana Menteri berkata, masuk hari kelapan perintah itu berkuat kuasa tahap pematuhan mencapai 95 peratus.
Jalan-jalan raya lengang, pusat-pusat beli belah ditutup, pusat-pusat rekreasi awam juga lengang dan ramai yang telah mematuhi nasihat duduk diam-diam di rumah.
Hanya ada beberapa insiden kecil pelanggaran perintah ini di sana-sini. Pihak polis dan tentera telah dikerah untuk mengambil tindakan tegas bagi mengawal keadaan. Ini termasuk menutup tempat-tempat awam yang masih dikunjungi oleh ramai orang dan menahan individu-individu yang ingkar.
Tindakan tegas terpaksa diambil oleh pihak berkuasa demi memastikan perintah larangan pergerakan ini dipatuhi dan tindakan ini mencapai hasil yang dihasratkan, iaitu membendung penularan wabak COVID-19.
Muhyiddin berkata, penularan kes COVID-19 menunjukkan peningkatan. Daripada kes pertama jangkitan COVID-19 dikesan, hingga jam 12 tengah hari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.
Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID-19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.
Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang termasuk seorang doktor.
COVID: Usah Lakukan 'Pergerakan Panik' - PM
KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak perlu melakukan pergerakan panik susulan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menitipkan peringatan itu, Perdana Menteri berkata, mana-mana rakyat yang masih berada di kampung ketika ini dinasihatkan terus berada di sana sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.
“Tidak perlu bergegas pulang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini, duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana.
“Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tidak perlu balik ke asrama lagi, tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi.
“Jika ada perkara penting yang nak diuruskan dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.
“Jangan panik dan kekal tenang. Walaupun kita lanjutkan tempoh PKP, anda tidak perlu menambah bekalan makanan secara membuta-tuli.
“Saya beri jaminan, bekalan makanan adalah mencukupi untuk semua. Saya tahu anda semua terbeban, tapi kita tidak ada pilihan,” katanya pada perutusan khas, hari ini.
SUMBER: BH ONLINE
COVID-19: 1.3 Bilion Rakyat India Diarahkan Perintah Berkurung 21 Hari
![]() |
India Lockdown |
NEW DELHI: Perdana Menteri, Narendra Modi, semalam mengumumkan bahawa 1.3 bilion rakyat negara ini akan menjalani perintah berkurung sepenuhnya selama 21 hari bagi memerangi penularan COVID-19, sekali gus mencetuskan pembelian panik.
“Bermula jam 12 tengah malam ini (tadi), perintah berkurung akan dilaksanakan di seluruh negara, perintah berkurung sepenuhnya.
“Bagi menyelamatkan India, untuk menyelamatkan setiap rakyat, anda, keluarga anda... setiap jalan, setiap kejiranan diletakkan bawah perintah berkurung,” kata Modi dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen negara kedua paling padat penduduk di dunia ini.
India mencatatkan bilangan kes COVID-19 yang rendah berbanding sebilangan negara lain, namun menurut kerajaan, berlaku peningkatan mendadak dalam beberapa hari kebelakangan ini sehingga mencecah jumlah 519 jangkitan, termasuk 10 kematian.
Sebilangan negeri dan wilayah telahpun melaksanakan langkah perintah berkurung masing-masing, termasuk menutup sempadan dan menyekat pergerakan dengan mengehadkannya kepada perkhidmatan penting saja, dalam usaha membendung peningkatan kes tidak mampu ditampung sistem kesihatan awam yang lemah.
Modi memberi amaran, rakyatnya harus mematuhi perintah berkurung itu jika mahu menghentikan penularan virus berkenaan.
“Ini adalah darurat... Kita akan terpaksa menanggung kos ekonomi atas langkah ini tetapi untuk menyelamatkan setiap ahli keluarga, ia adalah tanggungjawab semua orang - keutamaan terbesar.
“Jika 21 hari ini tidak diuruskan, negara dan keluarga anda akan patah balik 21 tahun... Saya tidak menyatakan ini sebagai Perdana Menteri anda. Saya menyatakan ini sebagai warganegara, ahli keluarga,” katanya.
Bawah perintah berkurung itu, sesiapa yang melanggar peraturan berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun dan sejumlah denda tidak khusus.
Sejurus perintah berkurung terbesar dunia itu diumumkan Modi, pemberita AFP menyaksikan orang ramai menyerbu kedai untuk membeli barangan runcit.
Di ibu kota India ini, sejumlah penduduk berpakaian pijama dilihat berlari dalam cuaca hujan lebat ke kedai berhampiran untuk membeli barang, manakala di Mumbai, orang ramai berbaris panjang di luar farmasi dan pasar raya.
Susulan ucapannya itu, Modi menciap: ‘TIADA KEPERLUAN LANGSUNG UNTUK PANIK.’
“Komoditi penting, ubat-ubatan dan lain-lain akan disediakan. Kerajaan pusat dan negeri akan bekerjasama rapat bagi memastikan perkara ini,” katanya.
Media tempatan melaporkan pemimpin negeri akan mengumumkan ketetapan masa untuk orang ramai membeli barangan penting.
Menurut perintah berkurung itu, semua perhimpunan agama, sosial, politik, sukan, hiburan, akademik dan kebudayaan adalah dilarang.
Semua perkhidmatan pengangkutan, termasuk udara, kereta api dan jalan raya, turut digantung.
Bagi majlis pengebumian pula, hanya maksimum 20 orang dibenarkan menghadirinya.
Menurut pihak berkuasa, petugas dalam sektor perkhidmatan penting seperti hospital, polis dan media bagaimanapun dikecualikan daripada perintah berkenaan.
SUMBER: AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)
TERKINI
ANALISIS | Pilihan Pesawat Pejuang Baharu untuk Malaysia: Strategik, Teknologi dan Geopolitik
Foto : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bahagian 1: Pengenalan, Latar Belakang ...

-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pendahuluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini berada di persimpangan penting dalam memilih pesaw...