MAS Tawar Tambang RM1,359 Ke Lima Destinasi di Australia

GRAFIK: MAS


INFO PENERBANGAN: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tiket penerbangan murah ke lima destinasi utama di Australia sempena ulang tahun ke-10 kerjasama syarikat penerbangan kebangsaan itu bersama Pelancongan Australia.

Tawaran menerusi kempen “Undiscover Australia With Malaysia Airlines”, MAS menawarkan berbaloi untuk tambang pergi balik ke Sydney, Melbourne, Perth, Adelaide dan Brisbane hanya RM1,359 bagi kelas ekonomi dan RM3,709 (perniagaan).

Ketua Pegawai Perolehan MAS, Ignatius Ong, berkata Australia menjadi rakan perniagaan penting sejak 2009 dan bagi menghargai kerjasama itu, pihaknya melancarkan promosi tambang hebat yang boleh ditempah mulai esok.

“Kerjasama pintar ini menyaksikan kedua-dua pihak terus komited dalam mempromosikan destinasi hebat untuk diterokai bersama.

“Penumpang berpeluang menikmati harga menarik ini selama 10 hari bermula esok yang berakhir 2 Februari ini. Tempoh penerbangan bagi promosi bermula 27 Januari hingga 30 Jun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, lapor BH ONLINE.

Ong berkata, bagi pemegang keahlian Enrich, kempen menawarkan ganjaran dua kali ganda mata Elite Miles bagi kelas ekonomi dan perniagaan.

“Jika penerbangan dengan kelas perniagaan dan penumpang tinggal di Australia minimum 10 hari pula, mereka berpeluang menikmati keahlian Enrich Gold. Manakala satu pemenang dipilih setiap hari sepanjang tempoh 10 hari promosi berlangsung.

“Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.malaysiaairlines.com,” katanya.

Undiscover Australia mensasarkan pengembara dari Malaysia dengan pengalaman pelancongan berbeza daripada kebiasaan sebelum ini. Terdapat banyak tempat dan aktiviti menarik diperkenalkan.

SUMBER: BH ONLINE

Hukum Guna Google Adsense & Google Admob

Foto Sumber: Marketing Land



Soalan:

Kalau pihak tuan tidak keberatan, bolehkah ambil tahu pasal Google Admob atau Google Adsense yang mana bila kita klik iklan dgn kriteria-kriteria tertentu kita akn dapat duit daripadanya. Hukum duit itu sendiri bagaimana? Saya tanya kerana ramai yang terlibat dgn perkara ini. Dan saya juga terlibat pada peringkat permulaaan. Terima kasih.

Jawapan:

AdMob merupakan platform pengiklanan yang berlandaskan penggunaan telefon mudah alih. Ia merupakan salah satu daripada anak syarikat Google. Manakala Google AdSense merupakan program pengiklanan berdasarkan laman web dan blog. 

Kedua-dua program ini merupakan program pengiklanan di antara pemilik iklan (google) dan pemilik laman web. Pemilik laman web dapat menjana pendapatan melalui bilangan pengunjung melayari dan meng “klik” iklan yang disiarkan di dalam laman web mereka. 

Pemilik laman web merupakan wakil syarikat Google untuk mempaparkan iklan di dalam laman webnya.
(Rujuk: https://ms.wikipedia.org/wiki/AdSense dan https://ms.wikipedia.org/wiki/AdMob)

Akad (Kontrak)

Akad merupakan faktor penting dalam urusan Muamalah ini kerana untuk menentukan halal haram di dalam hukum syarak. Selain itu akad merupakan urusan yang memerlukan keredhaan di antara keduanya. Ini seperti yang terdapat dalam kaedah fiqh:

الأصل في العقود هو التراضي
Hukum asal pada akad (kontrak) itu adalah keredhaan.

Selain itu seharusnya isi kandungan kontrak dan perjanjian itu tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan syarak dan juga boleh membatalkannya seperti terkandung di dalamnya riba, gharar dan lain-lain. Ibnu Taimiah menyatakan dalam kitabnya:

أَنَّ الأَصلَ فِي العُقُودِ وَالشُّرُوطِ الجَوَازُ وَالصِّحَّةُ، وَلَا يَحرُمُ وَيَبطُلُ مِنهَا إلّا مَا دَلَّ عَلَى تَحرِيمِهِ وَإِبطَالِهِ نَصٌّ أَو قِيَاسٌ
Sesungguhnya hukum asal Akad (kontrak) dan syarat adalah harus dan sah. Tidak diharam dan dibatalkan keduanya melainkan terdapat dalil yang mengharam dan membatalkannya sama ada dari segi Nas atau Qiyas.
(Majmuk Al-Fatawa Li Ibnu Taimiyyah: 17/65)

Isi kandungan kontrak perlu dititik beratkan bagi mengelak berlakunya sesuatu yang dilarang syarak. Tujuannya adalah untuk menjauhi perkara yang syubhah dan juga membantu kepada kemungkaran. Ini kerana Allah S.W.T melarang berkejasama dalam hal yang diharamkannya seperti firmanNya:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya. (Al-Maidah: 2)

Al-Wakalah Bil Ujrah (perwakilan menerima bayaran)

Definasi Al-Wakalah ialah “Seseorang yang mempunyai tanggungjawab yang banyak, lalu diwakilkan kepada yang lain untuk menunaikan tanggung jawabnya”.
(Al-Muktamad Fi Fiqh As-Syafie:3/325)

Dari segi hukum syarak Al-Wakalah Khatib Syarbini berkata: “Ulama telah besepakat bahawa Al-Wakalah diharuskan.”
(Al-Muktamad Fi Fiqh As-Syafie: 3/329)

Al-Wakalah pada asalnya adalah disunatkan ini seperti Hadis daripada Abu Hurairah R.A Nabi S.A.W bersabda:

والله في عون العبد ماكان العبد في عون أخيه
Dan Allah S.W.T menolong hambanya selama mana hamba itu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim: 1924)

Berkenaan dengan Al-Wakalah Bil Ujrah (Perwakilan menerima bayaran) Dr. Muhammad Zuhaili mengharuskannya ini kerana para sahabat pernah mewakili Rasulullah S.A.W untuk memungut zakat dan mengambil upah daripadanya. Hadis bersandarkan kepada hadis daripada sahl bin saadi dan Saidina Omar Al-Khattab R.A. Selain itu diantara syaratnya ialah bayaran di dalam akad dan kontrak diterangkan secara jelas. Memastikan kandungan barang tidak syuhbah dan haram di sisi syarak.
(Al-Muktamad Fi Fiqh As-Syafie: 3/349)


Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, penggunaan Google Adsense dan Google Mob ia termasuk di dalam Al-Wakalah Bil Ujrah. Ini kerana pemilik laman web mewakili Google untuk mensiarkan iklannya di dalam laman web. Berbalik kepada dalil yang didatangkan di atas hukumnya adalah diharuskan sekiranya:

Kandungan akad dan kontrak mestilah jelas sama ada dari segi pembayarannya serta terma dan syaratnya supaya tidak melanggarkan syariat.

Tidak terdapat unsur-unsur yang gharar, riba dan penindasan sebelah pihak seperti mengiklankan permainan judi dan lain-lain

Kandungan iklan mestilah tidak mempromosi perkara yang diharamkan syarak seperti iklan arak, pornografi dan lain-lain.

Selain itu ini kedua-dua pihak mesti menjaga amanah dan mengikuti kontrak yang ditandatangani. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah Al-Anfaal: 27)

Wallahualam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Scoot Tawar Penerbangan Serendah RM36 Sehala

Foto Sumber: Marketing Interactive


INFO PENERBANGAN: Syarikat penerbangan tambang rendah milik penuh Singapore Airlines Group, Scoot melancarkan jualan tiket penerbangan terus laluan Kota Kinabalu-Singapura yang dijadual bermula Disember depan.

Selain itu, Scoot juga bercadang melancarkan penerbangan terus tiga kali seminggu bagi laluan Kota Bharu-Singapura pada Julai depan, lapor BH ONLINE.

Kedua-dua bandar berkenaan adalah destinasi Scoot yang ketujuh dan kelapan di negara ini selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang.

Ketua Komersial Scoot, Vinod Kannan berkata pihaknya amat bersedia untuk mengembangkan lagi rangkaian operasi syarikat penerbangan berkenaan di negara ini kerana ia pasaran yang penting.

“Malaysia adalah negara yang indah untuk diterokai dan dengan dua tambahan destinasi ini, penumpang berpeluang merasai pengalaman unik yang kami tawarkan di sepanjang penerbangan.

“Laluan Kota Kinabalu-Singapura adalah satu daripada 17 laluan SilkAir yang akan diambil alih oleh Scoot secara berperingkat bermula dari 2019 sehingga 2020.

Foto Sumber: TripAdvisor

“Perancangan ini selaras dengan semakan rangkaian terperinci yang dibuat oleh Singapore Airlines Group dalam memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa berubah.

“Laluan Kota Bharu-Singapura pula bakal memberikan Scoot kelebihan sebagai pengendali tunggal dari Singapura yang menawarkan penerbangan terus ke bandar itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada masa ini, Scoot menawarkan penerbangan ke 66 destinasi merangkumi 18 negara dan wilayah, dengan 17 lagi destinasi tambahan ke Laos, India, China, Malaysia dan Indonesia yang akan dimulakan menjelang pertengahan kedua 2020.

Scoot mempunyai rangkaian pesawat campuran yang terdiri daripada 18 pesawat Boeing 787 Dreamliner badan lebar yang serba canggih serta 29 pesawat Airbus 320 yang baharu dan moden.

Bersempena dengan pelancaran jualan tiket ke Kota Kinabalu itu, Scoot menawarkan promosi tiket penerbangan sehala termasuk cukai Economy FLY pada harga serendah RM36 sahaja.

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi pautan https://www.flyscoot.com/my-letsfly sebelum promosi berakhir pada 11.59 malam esok.

SUMBER:  BH ONLINE

MALAYSIA AIRLINES WARNS PASSENGERS OF FAKE WEBSITES



Malaysia Airlines has advised customers to be cautious of social media posts and phishing websites that appear similar to its official website (malaysiaairlines.com).

In a statement, the national airline said these fake websites would lure customers by offering free air tickets as prizes, before proceeding to request personal data.

“The airline would like to advise customers to exercise caution when revealing personal data to unverified sources. These websites, emails and calls should be verified on the airline’s official social media sites if in doubt,” it added.

-- BERNAMA

Malaysia Airlines Tawar Terbang Ke Kochi Serendah RM299 Dua Hala

Photo: MALAYSIA AIRLINES


Malaysia Airlines mengumumkan penyambungan semua penerbangan ke Kochi, India, mulai 31 Mac  berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Dalam kenyataan pada 14 Januari 2019, syarikat penerbangan negara itu berkata ia akan terbang setiap hari ke Kochi menggunakan pesawat B737-800.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail berkata India merupakan pasaran yang penting dan oleh itu penerbangan ke Kochi diperkenalkan semula atas kepentingan perniagaan.

“Kami juga meningkatkan kapasiti laluan Kuala Lumpur-Mumbai dengan menukar pesawat B737-800 kepada pesawat berangka besar A330-300 bagi membuktikan komitmen kami kepada pasaran India,” katanya.

Mulai sekarang hingga 20 Jan, pelanggan boleh menempah penerbangan ke Kochi daripada serendah RM299 dua hala (kelas ekonomi) dan serendah RM899 dua hala (kelas bisnes) bagi perjalanan dari 31 Mac dan 31 Ogos tahun ini.

SUMBER: BERNAMA

Ribut Salji Badai Amerika: 1,624 Penerbangan Dibatalkan, 3,113 Ditangguhkan

Wrecked cars abandoned along roads near Sappington, Missouri. Roads in the area are a dense slush or packed with snow. (Photo/Alex Elmore)


WASHINGTON: Sebanyak 1,624 penerbangan terpaksa dibatalkan susulan ribut salji musim sejuk yang menyebabkan kematian tujuh orang dalam kemalangan jalan raya di seluruh negeri utara dan tengah Amerika Syarikat hingga memaksa operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dihentikan.

Menurut laman web pengesan penerbangan, Flightaware (FAA), pembatalan penerbangan itu membabit penerbangan yang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang AS, kebanyakannya di Lapangan Terbang Ronald Reagan dan Dulles, sebanyak 3,113, penerbangan ditangguhkan.

“FAA sudah menghentikan operasi di Lapangan Terbang Dulles, susulan keadaan cuaca yang memberi kesan kepada pelepasan dan pendaratan pesawat.

“Syarikat penerbangan akan memaklumkan maklumat terkini berhubung perubahan penerbangan. Terima kasih atas kesabaran anda,” kata pengurusan lapangan terbang terbabit di Twitter.

Beberapa syarikat penerbangan utama mengecualikan bayaran untuk penukaran atau tempahan semula penerbangan.

Jutaan rakyat Amerika di 10 negeri dan Washington berada di bawah peringatan ribut musim sejuk yang bermula dengan hujan di Mexico dan diramal bakal melanda kawasan seluas 2,900 kilometer bermula dari Colorado hingga ke pantai timur negara itu.

Pada Sabtu lalu, empat orang meninggal dunia di Missouri dan tiga di Kansas dalam kemalangan jalan raya seperti yang dilaporkan pihak berkuasa di dua negeri itu. 

SUMBER: REUTERS

AirAsia Upgrading Reservation Systems

Photo: The Business Journals

AirAsia will be upgrading its Navitaire New Skies reservation system this weekend as part of its continuous effort to provide guests an enhanced online experience.

Flight booking will be unavailable during this period from 2.00pm on Saturday, 19 January 2019 (GMT +8) to 3.00am on Sunday, 20 January 2019 on airasia.com, AirAsia mobile app, AirAsia sales offices, counters and call centres.

Guests will also not be able to perform self-check in via the web, mobile app and airport kiosks or manage their bookings until the upgrade is completed.

All guests flying during this period are strongly advised to check-in online ahead of the upgrade period and to print out their boarding pass, or use the E-Boarding pass where available. Web and mobile check-in are available from 14 days prior to departure for all AirAsia and AirAsia X flights.

Guests are also encouraged to be at the airport at least 3 hours before their flight to avoid any travel inconvenience.

Follow AirAsia on Twitter (@AirAsia) and Facebook (facebook.com/AirAsia) for the latest updates, or contact customer support on Twitter (@AirAsiaSupport) or at support.airasia.com for queries.

SOURCE: AIR ASIA

Rancangan Pembaharuan Visi 2030 Sasarkan Tarik Lebih 30 juta Jemaah Umrah



JEDDAH: Bilangan Visa Umrah dikeluarkan tahun ini telah mencapai 2,785,790, di mana Jemaah 2,346,429 telah tiba di Arab Saudi , mengikut data yang diberikan oleh Kementerian Umrah dan Haji .

Ada Jemaah 345,114 masih di dalam Arab Saudi , dengan 233,910 di Mekah dan 111,204 di Madinah.

Kebanyakan Jemaah Haji —,122,424 — datang ke Arab Saudi melalui udara, manakala 213,121 melalai darat dan 10,884 tiba melalau laut. 

Bilangan Jemaah yang terbesar adalah dari Pakistan (637,745) diikuti Indonesia (420,410), India (292,607), Malaysia (135,895), Yaman (128,618), Mesir (73,179), Turki (65,970), UAE (59,855) dan Bangladesh (57,701).

Rancangan pembaharuan visi 2030 bertujuan untuk menarik Jemaah Umrah lebih daripada 30 juta, dan menyediakan mereka dengan perkhidmatan yang cemerlang dan pengalaman yang luar biasa.

Tahun lepas, Kementerian telah melancarkan sebuah petunjuk mingguan di mana pihak berkuasa boleh mengesan bilangan Jemaah yang datang dan seterusnya memperkayakan pengalaman mereka dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi.


The Vision 2030 reform plan aims to attract more than 30 million Umrah pilgrims

JEDDAH: The number of Umrah visas issued this year has reached 2,785,790, of which 2,346,429 pilgrims have arrived in the Kingdom, according to data provided by the Hajj and Umrah Ministry.

There are 345,114 pilgrims still in the Kingdom, with 233,910 in Makkah and 111,204 in Madinah.

Most pilgrims — 2,122,424 — came to the Kingdom by air, while 213,121 entered by land and 10,884 arrived by sea.

The largest number of pilgrims are from Pakistan (637,745) followed by Indonesia (420,410), India (292,607), Malaysia (135,895), Yemen (128,618), Egypt (73,179), Turkey (65,970), the UAE (59,855) and Bangladesh (57,701).

The Vision 2030 reform plan aims to attract more than 30 million Umrah pilgrims, and provide them with excellent services and an outstanding experience.

Last year, the ministry launched a weekly indicator whereby authorities can track the number of pilgrims coming into the Kingdom, and in turn enrich their experiences by providing high-quality services.

AirAsia Tawar Penerbangan 14 Kali Laluan KK-Sibu & KK-Bintulu


Foto Sumber: The Edge Markets

INFO PENERBANGAN: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menawarkan kekerapan penerbangan 14 kali seminggu dengan 2,520 tempat duduk menerusi dua laluan baharu Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu bermula 1 Januari lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Sieww Fook berkata, perkembangan itu merupakan hasil perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Airsia yang ditandatangani hari ini.

“Bagi tujuan ini, AirAsia telah mengikat komitmen perjanjian yang merangkumi syarat dan terma bagi tempoh enam tahun.

“Dua laluan itu sebelum ini termaktub di bawah perjanjian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) bersama MASwings Sdn. Bhd. (MASwings), tetapi kerajaan memutuskan statusnya ditukar kepada komersial dan operasi dikendalikan AirAsia,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandantangani antara Kerajaan Malaysia bersama MASwings dan Airasia di sini hari ini.

Sementara itu, Anthony memaklumkan, kerajaan juga memeterai perjanjian bersama MASwings berhubung penerusan RAS di Sabah dan Sarawak bermula tahun ini sehingga 2024.

Katanya, berdasarkan perjanjian itu, syarikat berkenaan perlu menyediakan perkhidmatan bagi 39 laluan berbanding sebelum ini iaitu 49 laluan di Sabah dan Sarawak.

Beliau menambah, menerusi perjanjian baharu tersebut, mekanisme pemberian subsidi diubah daripada mekanisme berdasarkan kerugian operasi RAS dan insentif kewangan kepada terikat dengan prestasi operasi dan kewangan.

“Pada masa yang sama, MASwings juga akan menambah laluan bagi destinasi RAS sedia ada iaitu antara Limbang dan Kuching, Long Lellang ke Bario dan Long Seridan ke Bario.

“Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan kargo khas antara Miri dan Bario, Ba’kelalan, Long Seridan, Long Lellang, Long Akah dan Long Banga dengan penerbangan sekali seminggu bagi setiap laluan,” katanya.

Anthony berkata, penalti akan dikenakan kepada MASwings sekiranya perkhidmatan ditawarkan tidak memuaskan dan gagal mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama katanya, kerajaan juga akan meneliti penambahan empat destinasi baharu RAS iaitu Long Pasia di Sabah, Kapit/Bukit Mabong, Belaga dan Long Silat di Sarawak dalam masa terdekat. 

SUMBER: UTUSAN ONLINE



TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...