Malaysia Airlines Tawar Terbang Ke Kochi Serendah RM299 Dua Hala

Photo: MALAYSIA AIRLINES


Malaysia Airlines mengumumkan penyambungan semua penerbangan ke Kochi, India, mulai 31 Mac  berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Dalam kenyataan pada 14 Januari 2019, syarikat penerbangan negara itu berkata ia akan terbang setiap hari ke Kochi menggunakan pesawat B737-800.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail berkata India merupakan pasaran yang penting dan oleh itu penerbangan ke Kochi diperkenalkan semula atas kepentingan perniagaan.

“Kami juga meningkatkan kapasiti laluan Kuala Lumpur-Mumbai dengan menukar pesawat B737-800 kepada pesawat berangka besar A330-300 bagi membuktikan komitmen kami kepada pasaran India,” katanya.

Mulai sekarang hingga 20 Jan, pelanggan boleh menempah penerbangan ke Kochi daripada serendah RM299 dua hala (kelas ekonomi) dan serendah RM899 dua hala (kelas bisnes) bagi perjalanan dari 31 Mac dan 31 Ogos tahun ini.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...