Selepas 26 Tahun Kereta Kabel Sarajevo Dibuka

Foto Sumber: The Guardian


INFO TRAVEL: Sebuah mercu tanda yang sangat terkenal di ibu negara Bosnia dan Herzegovina Sarajevo, kereta kabel itu dibuka semula pada 6 April 2018 selepas berehat selama 26 tahun.

Dianggap sebagai salah satu simbol paling penting di Sarajevo, kereta kabel itu pertama kali dibuka pada tahun 1959, tetapi ia menjadi terkenal di dunia dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang diselenggarakan oleh Sarajevo pada tahun 1984.

Walau bagaimanapun, ia telah dimusnahkan oleh pasukan Serb pada tahun 1992 pada peringkat awal pengepungan Sarajevo antara April 1992 dan Februari 1996, di mana hampir 14,000 orang terbunuh, hampir 5,500 daripada mereka adalah orang awam.

JADI TARIKAN UTAMA PENDUDUK

Ratusan penduduk kota itu menyerbu tarikan berkenaan bagi menikmati pemandangan menakjubkan dari gunung Trebevic pada hari pembukaannya yang cerah dan nyaman, awal bulan ini.

Malah, kunjungan mereka pada hari itu seolah-olah mengimbau kembali memori sebelum perang dingin negara tersebut.

"Ia membolehkan kita melihat keseluruhan pemandangan bandar ini," kata penyanyi Zijo Rizvanbegovic dari kumpulan rock Valentino yang popular ketika Bosnia masih lagi sebahagian dari Yugoslavia.

"Terdapat beberapa simbol penting di kota ini, tapi saya percaya, kereta kabel dan perpustakaan kebangsaan adalah yang paling penting.

"Saya tidak pernah menghantar satu pun poskad dari Sarajevo tanpa foto kereta kabel," katanya kepada AFP sebelum menaiki salah sebuah daripada 33 kabin baharu di situ.

Foto Sumber: ANADOLU AGENCY

KERETA KABEL TERJEJAS AKIBAT PERANG

Kereta kabel itu mula terjejas pada Mac 1992 apabila pengawalnya, Ramo Biber menjadi mangsa pembunuhan pertama perang Bosnia yang meletus dari tahun itu hingga 1995.

Konflik antara orang Croatia, penganut Islam dan Serbia dalam tempoh itu mengorbankan hampir 100,000 nyawa.

Kereta kabel itu yang dinamakan sebagai memperingati Biber, bermula pada ketinggian 538 meter (1,900 kaki) dan akan naik ke altitud 1,260 meter di stesen paling atas.

Ia terletak di pergunungan Trebevic yang mana menjadi lokasi pendudukan tentera Serbia Bosnia sewaktu pengepungan Sarajevo.

Edmond Offermann, seorang doktor Amerika Syarikat yang berasal dari Belanda dan berkahwin dengan seorang wanita Bosnia sebelum perang merupakan orang penting dalam projek kereta kabel itu.

"Pada 1998 saya datang semula ke Sarajevo, saya sedar betapa pentingnya untuk menghubungkan puncak gunung dengan bandar," katanya.

Ia sekali gus memberi motivasi kepadanya dalam usaha pembinaan semula simbol kota itu yang musnah.

Akhirnya, Offerman, 58, mendermakan sebanyak AS$4 juta (RM15 juta) untuk pembinaan semula kereta kabel itu.

Malah, jumlah yang didermakannya menjangkaui separuh dari harga keseluruhan pembinaan.

"Kita telah membina semula simbol Sarajevo yang musnah," kata Datuk Bandar Abdulah Skaka.

Foto Sumber:The Guardian

Katanya pembaikan semula kereta kabel itu tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa bantuan Offerman dan isterinya, Maja dan menyifatkan ia sebagai monumen cinta mereka berdua.

Pengepungan Sarajevo selama 44 bulan, yang paling lama dalam sejarah perang moden mengorbankan lebih 11,000 nyawa.

Mangsa termasuklah 1,600 kanak-kanak dan remaja.

SUMBER: AFP/ ANADOLO AGENCY/ MSTAR

Pesawat Terbesar Dunia Mendarat di Malaysia. Fakta Hebat Perlu Diketahui!

Dengan ukuran 84m panjang dan 18m tinggi, Antonov An-225 mampu membawa berat berlepas maksimum 640 tan. - Foto Bernama


INFO PENERBANGAN: Ia adalah 'burung besi' terbesar dunia. Pesawat Antonov An-225 Mriya membuat persinggahan ketiga pesawat itu apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia melakukan pendaratan pada jam 7.10 pagi 14 April 2018 dalam penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia setelah melalui kerja menaik taraf lebih setahun lepas.

Sebenarnya, pesawat kargo gergasi Ukraine itu sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat dua kali di sini iaitu pada 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

Juruterbangnya, Antonov Dmytrov, memberitahu Bernama bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Dmytrov, yang berpengalaman menerbangkan pesawat kargo selama 16 tahun berkata, pesawat bersama 24 anak kapal itu akan berada di sini selama tiga hari, sebelum terbang semula ke Arab Saudi.

"Pesawat ini direhatkan di Kiev selama lebih setahun (bagi tujuan menaik taraf) dan kami terbang semula untuk kali pertama pada 3 April. Ini kali kedua saya menerbangkan pesawat ini ke Malaysia," katanya.


Sementara itu, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo, yang hadir di KLIA bagi menyambut ketibaan anak kapal pesawat berkenaan berkata, beliau amat teruja apabila berpeluang melihat hasil hebat daripada teknologi penerbangan itu dari dekat.

"Inilah antara contoh hasil daripada teknologi yang dimiliki Ukraine. Ia menunjukkan bahawa dalam sesetengah bidang seperti aeroangkasa dan pembinaan kapal terbang, Ukraine menjadi antara peneraju di dunia.

"Saya sungguh gembira apabila pesawat ini kini berada di Malaysia dan dapatlah rakyat negara ini melihatnya sendiri," kata beliau.

Menurut eksekutif komersial Antonov Airlines, Dmytrii Dolhov, dengan ukuran 84m panjang dan 18m tinggi, Antonov An-225 mampu membawa berat berlepas maksimum 640 tan.

"Selalunya, kami mengangkut barangan super berat. Bagi pelanggan, adalah lebih cepat dan murah untuk menghantar kargo berat dengan menggunakan pesawat ini kerana ia bersamaan dengan lima pesawat lain," kata beliau.

Dolhov berkata Antonov An-225 menggunakan enam enjin dan memiliki sayap berukuran 88m panjang dan 32 tayar.

Direka bentuk oleh Antonov pada akhir 1980-an, Antonov An-225 adalah pesawat paling panjang dan paling berat yang pernah dibina setakat ini.

5 Fakta Mengenvai Antonov-AN225

1. Mriya jika diterjemahkan secara mudah bermaksud ‘Impian’, dan hanya ada sebuah ‘Impian’ di dunia pada masa ini. Ia dikuasakan oleh enam enjin turbofan dan merupakan pesawat paling berat yang pernah dibina.

Dengan berat berlepas maksimum 640 tan metrik (710 tan pendek). Ia juga mempunyai sayap terbesar bagi mana-mana pesawat dalam perkhidmatan operasi.



2. Pesawat ini dibina pembina kapal terbang Ukraine, Antonov ketika era Perang Dingin pada tahun 1980-an. Ia bertujuan mengangkut kapal angkasa lepas ‘Buran’ bagi program penerokaan angkasa Persekutuan Soviet.

3. Selepas tamatnya Perang Dingin, pesawat ini tidak bergerak selama lapan tahun akibat kekangan kewangan. Selepas itu, ia ‘lahir semula’ sebagai pengangkut kargo terbesar di dunia. Penerbangan pertamanya adalah pada 21 Disember 1988 dengan masa 74 minit penerbangan dari Kiev.

Pada 14 Mei 2016, Pesawat itu mendarat di KLIA Sepang buat kali kedua dalam sejarah pesawat itu ke Malaysia untuk mengisi minyak.

4. Kos operasinya sangat tinggi. Pada tahun 2004, kos menerbangkan sebuah serombong asap dari Billund, Denmark ke Kazakhstan mencecah USD300,000.

5. Ia mampu mengangkut 1,500 manusia pada satu masa – hampir tiga kali ganda kapasiti kapal terbang penumpang terbesar dunia. Mempunyai 32 tayar dan sayap selebar 88 meter.

SUMBER: BERNAMA/EZLEAKS

Balik Mengundi: AirAsia Tawar Penerbangan Serendah RM99

Foto Sumber: AIRASIA

INFO TRAVEL: Ini satu lagi tawaran memudahkan rakyat Malaysia yang mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundui melaksanakan tuntutan itu demi Malaysia.

Terbaharu, AirAsia menawarkan tambang tetap bagi semua laluan domestik serendah RM99 pada 8 dan 9 Mei ini untuk membantu rakyat Malaysia pulang mengundi di negeri masing-masing.

Menurut AirAsia, tambang sehala bagi semua laluan dalam Semenanjung serta Sabah dan Sarawak ditetapkan pada RM99, sementara tambang bagi laluan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak masing-masing berharga RM199 dan RM129.

Jelas syarikat penerbangan itu, tambang tersebut adalah termasuk cukai dan caj serta tertakluk kepada terma dan syarat bergantung kepada ke­tersediaan tiket.

“Para tetamu yang akan membuat perjalanan dalam tempoh pengundian dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, selain menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web atau aplikasi mudah alih untuk kemudahan.

“Perkhidmatan tersebut boleh didapati pada 14 hari sebelum waktu pelepasan dan sehingga 1 jam sebelum berlepas,” jelas AirAsia dalam kenyataan pada 13 April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 9 Mei depan sebagai tarikh pe­ngundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), manakala tarikh penamaan calon pula pada 28 April ini.

Tambah AirAsia, para tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk dinasihatkan untuk tiba lebih awal bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi sebelum ke pintu masuk.

“Kami ingin mengucapkan selamat jalan kepada semua tetamu untuk PRU-14 yang akan datang,” jelasnya.

Malaysia Airlines sedia 40 penerbangan tambahan untuk pengundi

Foto sumber: MAS


PUTRAJAYA: Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan mengadakan 40 penerbangan tambahan serta menaik taraf 10 penerbangan perkhidmatan pesawat badan lebar ke destinasti domestik terpilih antara 5 dan 10 Mei ini susulan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan hari ini, MAB berkata berkata penerbangan tambahan itu dibuat memandangkan syarikat menjangkakan berlaku lonjakan permintaan di beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi rakyat pulang mengundi pada 9 Mei ini.

MAB turut menggalakkan penumpang membuat tempahan awal serta memilih untuk menaiki penerbangan paling awal atau lewat bagi menikmati tambang yang kompetitif.

“Syarikat akan terus memantau trend pasaran dan menimbang menambah penerbangan ke lebih banyak bandar raya bagi memastikan keperluan ditampung.

“MAB bersama-sama Firefly dan MASwings juga akan mengetepikan fi pertukaran penerbangan bagi rakyat Malaysia yang mempunyai tempahan sedia dengan syarikat bagi membolehkan mereka balik kampung dan mengundi,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut penepian itu terpakai untuk semua tiket bagi tarikh penerbangan antara 8 dan 10 Mei bagi perjalanan masuk dan keluar.

Naik taraf perkhidmatan B737-800 kepada pesawat A333-300:

1. 5 Mei

MH2614 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu 12.55 tgh hari/3.30 ptg – seperti jadual asal

MH2607 Kota Kinabalu/Kuala Lumpur 4.30 mlm/7.00 mlm – Dijadualkan semula

2. 8 dan 9 Mei

Foto Sumber: MAS


MH1162 Kuala Lumpur/Pulau Pinang 7.30 mlm/8.25 mlm – Seperti jadual asal

MH1165 Pulau Pinang/Kuala Lumpur 9.25 mlm/10.25 mlm – Dijadualkan semula

3. 8 Mei

MH2640 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu 3.45 ptg/6.20 ptg – Seperti jadual asal

MH2631 Kota Kinabalu/Kuala Lumpur 7.20 mlm/9.50 mlm – Dijadualkan semula

MH2528 Kuala Lumpur/Kuching 5.00 ptg/6.45 ptg – Seperti jadual asal

MH2597 Kuching/Kuala Lumpur 8.00 mlm/9.40 mlm – Seperti jadual asal

4. 10 Mei

MH1152 Kuala Lumpur/Pulau Pinang 4.35 ptg/5.35 ptg – Seperti jadual asal


MH1155 Pulau Pinang/Kuala Lumpur 6.35 ptg/7.35 mlm – Dijadualkan semula

Penerbangan domestik tambahan menggunakan pesawat B737-800:

1. 8 Mei

MH7320 Kuala Lumpur/Kota Bharu 10.00 pg/10.55 pg

MH7321 Kota Bharu /Kuala Lumpur 11.35 pg/12.35 tgh hari

MH7325 Kuala Lumpur/Kota Bharu 12.45 tgh hari/1.40 tgh hari

MH7326 Kota Bharu/Kuala Lumpur 2.20 ptg/3.20 ptg

MH7334 Kuala Lumpur/ Kuala Terengganu 3.00 ptg/3.55 ptg

MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 4.35 ptg/5.30 ptg

MH7480 Kuala Lumpur/Sibu 5.20 ptg/7.15 mlm

MH7481 Sibu/Kuala Lumpur 7.55 ptg/9.50 mlm

MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 6.00 ptg/7.00 mlm

MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 7.40 mlm/8.40 mlm

MH7416 Kuala Lumpur/Labuan 6.00 ptg/8.25 mlm

MH7417 Labuan/Kuala Lumpur 9.05 mlm/11.25 mlm

MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 6.25 ptg/9.10 mlm

MH7429 Sandakan/Kuala Lumpur 9.50 mlm/12.30 tgh mlm +1

MH7371 Kuala Lumpur/Johor Bharu 7.05 mlm/8.00 mlm

MH7370 Johor Bharu/Kuala Lumpur 8.40 mlm/9.35 mlm

MH1286 Kuala Lumpur/Kuantan 9.30 mlm/10.20 mlm pada 8 Mei

MH1263 Kuantan/Kuala Lumpur 6.30 pagi/7.15 pagi pada 9 Mei

2. 9 Mei

MH7371 Kuala Lumpur/Johor Bharu 8.10 mlm/9.05 mlm

MH7370 Johor Bharu/Kuala Lumpur 9.40 mlm/10.35 mlm

MH7325 Kuala Lumpur/Kota Bharu 5.40 ptg/6.35 ptg

MH7326 Kota Bharu/Kuala Lumpur 7.15 mlm/8.15 mlm

MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 6.25 ptg/7.25 mlm

MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 8.00 mlm/9.00 mlm

MH7334 Kuala Lumpur/Kuala Terengganu 6.25 ptg/7.20 mlm

MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 7.55 mlm/8.50 mlm

MH7480 Kuala Lumpur/Sibu 7.05 mlm/9.00 mlm

MH7481 Sibu/Kuala Lumpur 9.40 mlm/11.30 mlm

MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 5.00 ptg/7.45 mlm

MH7427 Sandakan/Kuala Lumpur 8.25 mlm/11.10 mlm

3. 10 Mei

MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 8.00 pg/9.00 pg

MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 9.45 pg/10.45 pg

MH7334 Kuala Lumpur/Kuala Terengganu 2.20 ptg/3.15 ptg

MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 3.55 ptg/4.50 ptg

MH7320 Kuala Lumpur/Kota Bharu 6.25 ptg/7.20 mlm

MH7321 Kota Bharu/Kuala Lumpur 8.00 mlmm/9.00mlm

MH7486 Kuala Lumpur/Miri 6.30 ptg/8.45 mlm

MH7487 Miri/Kuala Lumpur 9.25 malam/pm/11.35 mlm

MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 5.00 ptg/7.45 mlm


MH7429 Sandakan/Kuala Lumpur 8.25p malam/11.10pml

SUMBER: AIR ASIA/ BERNAMA

Promosi 'Gila-Gila' AirAsia Dari Penang, RM99 ke Hanoi & RM79 ke Phuket

Foto Sumber: Skytrax

INFO TRAVEL:  Ini berita baik dan gembira buat pengguna dan pengembara. AirAsia menambah perkhidmatan penerbangan syarikat itu berlepas dari Pulau Pinang dengan harga yang begitu mengujakan.

Dalam perkembangan terkini, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bakal memulakan perkhidmatan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Hanoi dan Phuket bermula 1 Julai 2018.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee, berkata laluan kesembilan dan ke-10 syarikat penerbangan itu dari Pulau Pinang akan terus mengukuhkan hubungan antara negara ASEAN.

"Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang terbang ke semua 10 negara ASEAN, ini satu pencapaian kepada kami dalam meneruskan usaha menghubungkan ASEAN.

"Ia sekaligus membuka peluang kepada sektor pelancongan bagi ketiga negara dan menjadi tempat pelancongan utama di rantau ini.

Foto Sumber: niownhd.tk

"Penerbangan dari Pulau Pinang ke Hanoi akan beroperasi empat kali seminggu, manakala penerbangan ke Phuket akan beroperasi dengan penerbangan terus tujuh kali seminggu," katanya dalam satu kenyataan, pada 4 April 2018.


Sempena pelancaran laluan baharunya itu, AirAsia menawarkan tambang promosi dari RM99 (Penang-Hanoi) dan RM79 (Penang-Phuket) bagi satu perjalanan sehingga 15 April 2018 untuk tempoh penerbangan antara 1 Julai hingga 28 Oktober 2018.

Foto Sumber: Vietnam Travel Guide

"AirAsia kini mengendalikan 102 penerbangan mingguan ke Kuala Lumpur, termasuk Johor Bahru (31 kali seminggu), Kota Kinabalu (11 kali seminggu), Kuching, (10 kali seminggu), Langkawi (21 kali seminggu), Ho Chi Minh City (7 kali seminggu), Singapura (28 kali seminggu), 

Manakala Medan (28 kali seminggu), Surabaya (lima kali seminggu) dan Jakarta (14 kali seminggu) melalui AirAsia Indonesia dan Bangkok (14 kali seminggu melalui AirAsia Thailand)," katanya.

SUMBER: AIRASIA & BH ONLINE

KFC Bijak Ambil Peluang: NOT RENDANG

Foto Sumber; Facebook KFC


BISNES: Bijak mengambil dan melihat peluang dalam sesuatu isu viral. Begitulah yang berlaku dalam isu daging ayam rendang sejak ia menjadi perdebatan dan perbualan rakyat Malaysia dan dunia.

Segala-galanya bermula ekoran pertandingan MasterChef UK apabila kisah tukang masak, Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir daripada pertandingan itu kerana ayam rendangnya dikatakan oleh seorang juri pertandingan tidak rangup dan garing.

Tidak berhenti setakat itu sahaja, rakyat Malaysia memulakan 'serangan troll' dengan menganggap juri berkenaan tidak memahami sebenar apa itu masakan rendang ayam.

Foto Sumber: KFC


KFC Malaysia menerusi Facebooknya memuat naik sekeping gambar tertera "Not Rendang" atau "bukan rendang" merujuk kepada ayam gorengnya yang rangup tidak harus dikelirukan dengan rendang. 

“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!" menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

Selain KFC, satu lagi restoran makanan segara, myBurgerLab juga menggunakan platform media sosial di Twitter.

Sambil memuat naik produknya, iaitu burger ayam goreng dengan kuah dan nada kapsyen nakalnya berbunyi "Kami ada ayam rendang yang anda mahu! Boleh kami masuk Masterchef sekarang?" 

Foto Sumber: twitter.com/myBurgerLab
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell bertindak 'sekolahkan' juri-juri pertandangan masakan popular itu.

Treadell menerusi Twitternya pada 3 April menjelaskan rendang "tidak pernah rangup" dan mungkin telah dikelirukan dengan ayam goreng.

"Rendang adalah hidangan ikonik Malaysia dan tidak seharusnya dikelirukan dengan Indonesia."

"Ia boleh jadi ayam, kambing atau daging lembu. Ia tidak pernah rangup dan tidak patut dikelirukan dengan ayam goreng yang kadang-kala dihidangkan dengan nasi lemak," kata Treadell.

Tweet itu ditujukan kepada kedua juri itu, Gregg Wallace dan John Torode, apabila Treadell juga tag kedua akaun Twitter mereka pada status berkenaan.


SUMBER: KFC/ ASTRO AWANI




Malaysian Airlines Lancar Aplikasi Tempahan Guna Media Sosial

Foto Sumber: The Star

INFO TRAVEL: Perkhimatan yang memberikan keselesaan kepada pengguna untuk membuat tempahan tiket menggunakan media sosial. Itu produk terbaharu dikeluarkan Malaysia Airlines (MAS).

Dalam perkembangan terbaharu MAS bakal menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia yang membolehkan pelancong membuat tempahan di laman Facebook dikenali sebagai MHchat yang bakal dilancarkan pada suku ketiga 2018.

Ketua Pegawai Komersialnya, Arved von zur Muehlen berkata, pengguna tidak lama lagi boleh menempah tiket penerbangan dan proses pembayaran melalui Facebook Messenger yang merupakan satu daripada tiga inisiatif digital baharu MAS.

Katanya, MAS memperkenalkan tiga inisiatif digital baharunya bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan agar lebih mesra pelanggan iaitu MHguardian, MHfeedback dan MHchat.




“MHguardian merupakan aplikasi yang membolehkan ibu bapa atau penjaga mengesan perjalanan anak mereka yang mengembara tanpa ditemani keluarga dengan syarikat penerbangan nasional itu.

“MHfeedback pula adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan berkongsi maklum balas dengan segera mengenai pengalaman terhadap perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi memperkenalkan aplikasi mudah alih MHguardian, MHfeedback dan MHchat di Bangunan Pengurusan Penerbangan MAS di sini pada 3 April 2018.

Aplikasi Mudah Alih MHchat

Menurut Muehlen, melalui aplikasi mudah alih MHchat pula, pelanggan boleh membuat tempahan, pembayaran dan mendapatkan jadual penerbangan masing-masing dengan pantas dan mudah.

“Pengenalan teknologi digital menunjukkan inisiatif MAS dalam memberikan layanan terbaik kepada pelanggan sekali gus memberi kepuasan kepada mereka ketika menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

Aplikasi Mudah Alih MHGuardian

Sementara itu katanya, aplikasi mudah alih MHGuardian hanya akan dilancarkan pada suku ketiga manakala MHchat pula pada suku kedua tahun ini kerana masih dalam tempoh percubaan.

Dalam pada itu katanya, aplikasi mudah alih MHfeedback sudah boleh digunakan sejak Januari lalu dan orang ramai boleh memuat turun aplikasi tersebut untuk memberi maklum balas kepada MAS.

“Melalui MHfeedback pe­langgan boleh memberi maklum balas kepada kami de­ngan hanya mengimbas kod respon pantas (QR Code). Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh meninggalkan sebarang komen,” katanya.


SUMBER: UTUSAN ONLINE


Huawei P20 & Huawei P20 Pro Akhirnya Muncul Di Malaysia

Foto Sumber: SOYA CINCAU

GAJET: Akhirnya penantian pengguna dan pengemar telefon pintar jenis Huawei berakhir apabila harganya diumumkan di Malaysia pada 3 APRIL.

Selepas berbulan-bulan pendedahan sedikit demi sedikit gambaran dan ciri telefon itu dilaporkan portal gajet antarabangsa akhirnya ia diumumkan Huawei Malaysia.

Huawei Malaysia pada 3 April melancarkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya untuk pasaran tempatan jenis Huawei P20 dan juga Huawei P20 Pro. 

Lebih mengujakan kepada pengguna dan peminat telefon Huawei adalah kedua-dua peranti itu boleh dibeli pengguna tempatan bermula daripada 6 April 2018 ini.

Keunikan dan kelebihan telefon pintar ini hadir dengan ciri rakaman gambar pada keadaan cahaya malap yang sangat baik, selain penggunaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam menambah-baik hasil rakaman.

KELEBIHAN HUAWEI P20

Huawei P20 hadir dengan skrin 5.8-inci RGBW LCD dengan skrin bertakuk, dijana menggunakan cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3400mAh. 

Huawei P20 turut menggunakan dwi-kamera belakang Leica, selain kamera hadapan 24-megapixel.

Di Malaysia, Huawei P20 akan ditawarkan pada harga RM2599.


KELEBIHAN HUAWEI P20 Pro

Huawei P20 Pro pula menawarkan spesifikasi yang sedikit tinggi dengan sokongan kamera yang lebih baik. Ia hadir dengan skrin 6.1-inci OLED dengan rekaan bertakuk, cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh. 

Huawei P20 Pro menggunakan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 40-megapixel, 20-megapixel monokrom dan juga 8-megapixel telefoto. Ia turut menyertakan sokongan kalis air IP67.

Huawei P20 Pro pula ditawarkan pada harga RM3299.

APA YANG MENARIK KEDUA-DUA PERANTI?

Kedua-dua telefon pintar ini turut hadir dengan ciri rakaman gambar pada keadaan cahaya malap yang sangat baik, selain penggunaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam menambah-baik hasil rakaman.

Kedua-dua variasi peranti yang ditawarkan untuk pasaran tempatan hadir dengan storan 128GB. Berbeza dengan telefon pintar Huawei sebelum ini, siri P20 tidak hadir dengan sokongan mikro-SD untuk penambahan saiz storan.


SUMBER
1. AMANZ

Satelit Tiangong-1: Lintasi Malaysia, Hubungi 999 Jika Jatuh Dekat

Foto Sumber: THE TELEGRAPH


INFO ANGKASA LEPAS: TIADA SIAPA TAHU di manakah lokasi tepat Satelit Angkasa Lepas milik China jenis Tiangong-1 bakal terhempas ke Bumi.

Menurut Agensi Angkasa Eropah, kemasukan semula satelit itu ke atmosfera Bumi diramalkan berlaku antara waktu malam 31 Mac dan lewat malam 1 April (dalam UTC).

Sementara itu, Satelit Tangong-1 milik China dijangka memasuki ruang udara  Malaysia mulai jam 2.28 petang 31 Mac dari arah barat melintasi Lembah Kelang dan Pahang menuju ke Laut China Selatan.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, lintasan pertama itu akan berada pada ketinggian 176.908 Kilometer (KM) selama 81 saat dan menjunam sehingga 176.766 KM ketika memasuki Laut China Selatan.

Foto Sumber: Agensi Angkasa Lepas


Tiangong-1, dijangka memasuki kembali ke atmosfera Bumi antara 30 Mac dan 3 April dalam kemasukan semula yang tidak terkawal.

Tiangong-1 adalah stesen angkasa milik China yang dilancarkan pada 29 September 2011 dan pada September 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping mengumumkan bahawa stesen angkasa berkenaan akan jatuh ke atmosfera Bumi.

Sementara lintasan kedua akan bermula dari utara perairan Kelantan di Laut China Selatan pada ketinggian 184.037 KM jam 1.44 tengah hari dan berakhir 47 saat kemudian selepas melintasi sempadan laut di perairan Pahang menuju ke selatan.

Bagaimanapun semua maklumat yang diberikan adalah ramalan dan mungkin berubah setiap hari.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui Laman Portal ANGKASA iaitu www.angkasa.gov.my


Sumber: Agensi Angkasa Lepas


JANGAN PEGANG, HUBUNGI 999

Dalam kenyataannya, Angkasa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau mengambil sebarang objek mencurigakan disyaki daripada kejadian 're-entry' itu.

Mereka turut digesa menghubungi talian kecemasan ‘999' untuk melaporkan sebarang pemerhatian dengan memberi maklumat seperti lokasi dan masa, dan adalah lebih baik sekiranya rakaman video dibuat bagi membantu siasatan kelak, kata Angkasa.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Angkasa Dr Noordin Ahmad berkata kebarangkalian Tiangong-1 jatuh di Malaysia dianggarkan hanya 0.09 peratus berdasarkan keluasan negara.

"Angkasa mengambil langkah awal dengan memantau penyusutan ketinggian Tiangong-1 seawal November 2017," katanya.

Majlis Keselamatan Negara turut bekerjasama dengan Angkasa untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

MUNGKIN JATUH KE TANAH ADALAH TIPIS

Kementerian Luar China menyatakan bahawa tiada sebarang komponen besar Tiangong-1 akan jatuh ke tanah sewaktu makmal angkasa lepas itu memasuki atmosfera Bumi.

China kini berhubung rapat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkemba­ngan semasa tentang makmal angkasa lepas itu.

Tiangong-1 dijangka memasuki semula atmosfera Bumi antara 31 Mac hingga 1 April minggu ini, menurut pihak yang mengendalikan program angkasa lepas China, namun tiada sesiapa mengetahui waktu yang tepat.

Foto Sumber: SatView.org

Bercakap pada satu taklimat harian, jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang berkata, Beijing secara berterusan memaklumkan perkembangan terbaharu tentang keadaan Tiangong-1 kepada agensi angkasa lepas PBB.

China menangani perkara itu secara bertanggungjawab dan telus, kata Kang.

“Sekiranya ada keperluan, kami akan segera berhubung dengan negara-negara berkenaan.

“Kebarangkalian untuk serpihan besar jatuh ke tanah bukannya besar, malah kemungkinan ia berlaku adalah sangat kecil,” katanya.

Tiangong-1 sepanjang 10.4 meter itu merupakan makmal angkasa lepas pertama China yang dilancarkan ke orbit pada tahun 2011.

Ia berperanan sebagai sebuah stesen angkasa selain menjalankan ujikaji di orbit sebagai sebahagian daripada cita-cita program angkasa lepas China yang mahu me­nempatkan sebuah stesen angkasa lepas tetap di orbit Bumi pada 2023.

Makmal angkasa lepas itu sepatutnya menamatkan misinya pada 2013 tetapi China bertindak melanjutkan operasinya dengan saintis-saintis percaya bahawa Tiangong-1 telah hilang kawalan.



SUMBER:
1. ANGKASA
2. BERNAMA
3. REUTERS

Facebook Kemas Kini Tetapan Halang Kebocoran Data

Foto Sumber: Vietnam Investment Review

GLOBAL: Bagi mengatasi isu kebocoran data peribadi pengguna laman media sosial, Facebook kini memperkenalkan alat dan tetapan privasi baharu bagi membolehkan pengguna mengawal bagaimana maklumat dikongsi.

REUTERS melaporkan ciri-ciri baharu itu susulan kritikan hebat terhadap gergasi media sosial itu selepas ia mendedahkan bahawa data peribadi hampir 50 juta pengguna digunakan oleh sebuah syarikat British yang dikaitkan dengan kempen Presiden Donald Trump pada 2016.

Facebook maklum bahawa ia perlu melakukan lebih banyak perkara bagi memastikan orang ramai mengetahuinya namun berkata perubahan itu "telah melalui kerja-kerja untuk beberapa ketika."

"Kami mendengar dengan jelas bahawa tetapan privasi dan alat penting lain sukar dicari," kata Ketua Pegawai Privasi, Erin Egan dan Timbalan Peguam Am, Ashlie Beringer dalam catatan blognya.

"Kami mengambil langkah tambahan dalam tempoh beberapa minggu lagi untuk membenarkan pengguna mengawal privasi mereka."

BACA: Kebocoran Data: Pengguna Facebook Boleh Dapat Hampir RM70,000!

Akses Lebih Mudah Pengguna

Kemas kini itu termasuk akses yang lebih mudah ke tetapan pengguna Facebook untuk mencari, memuat turun dan memadan data peribadi yang disimpan di laman web itu yang turut digunakan oleh dua bilion pengguna.

Facebook berkata, menu pintasan privasi baharu itu akan membolehkan pengguna meningkatkan keselamatan akaun dengan cepat, mengurus siapa yang dapat melihat maklumat dan aktiviti mereka di laman web dan mengawal iklan yang dilihat.

Polisi data dan syarat perkhidmatan Facebook dikemas kini untuk meningkatkan ketelusan mengenai bagaimana laman web mengumpul dan menggunakan maklumat, menurut Beringer dan Egan.

Rangkaian sosial itu berkata, ia juga menutup 'Kategori Rakan Kongsi', satu ciri yang membolehkan sasaran iklan yang lebih tepat dengan menggabungkan maklumat dari Facebook dengan data yang ditetapkan oleh syarikat luar seperti Experian dan Acxiom.

Awal bulan ini, Christopher Wylie mendedahkan syarikat perundingan politik Cambridge Analytica memperoleh maklumat 50 juta pengguna Facebook menerusi aplikasi ramalan personaliti penyelidik akademik.

Aplikasi ini dimuat turun oleh 270,000 orang, namun ia juga turut mencuri data rakan tanpe persetujuan - seperti yang digariskan di bawah peraturan Facebook pada masa itu. 


SUMBER:
1. REUTERS

TERKINI

ANALISIS | Pilihan Pesawat Pejuang Baharu untuk Malaysia: Strategik, Teknologi dan Geopolitik

    Foto : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut ---   Bahagian 1: Pengenalan, Latar Belakang ...