Promosi 'Gila-Gila' AirAsia Dari Penang, RM99 ke Hanoi & RM79 ke Phuket

Foto Sumber: Skytrax

INFO TRAVEL:  Ini berita baik dan gembira buat pengguna dan pengembara. AirAsia menambah perkhidmatan penerbangan syarikat itu berlepas dari Pulau Pinang dengan harga yang begitu mengujakan.

Dalam perkembangan terkini, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bakal memulakan perkhidmatan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Hanoi dan Phuket bermula 1 Julai 2018.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee, berkata laluan kesembilan dan ke-10 syarikat penerbangan itu dari Pulau Pinang akan terus mengukuhkan hubungan antara negara ASEAN.

"Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang terbang ke semua 10 negara ASEAN, ini satu pencapaian kepada kami dalam meneruskan usaha menghubungkan ASEAN.

"Ia sekaligus membuka peluang kepada sektor pelancongan bagi ketiga negara dan menjadi tempat pelancongan utama di rantau ini.

Foto Sumber: niownhd.tk

"Penerbangan dari Pulau Pinang ke Hanoi akan beroperasi empat kali seminggu, manakala penerbangan ke Phuket akan beroperasi dengan penerbangan terus tujuh kali seminggu," katanya dalam satu kenyataan, pada 4 April 2018.


Sempena pelancaran laluan baharunya itu, AirAsia menawarkan tambang promosi dari RM99 (Penang-Hanoi) dan RM79 (Penang-Phuket) bagi satu perjalanan sehingga 15 April 2018 untuk tempoh penerbangan antara 1 Julai hingga 28 Oktober 2018.

Foto Sumber: Vietnam Travel Guide

"AirAsia kini mengendalikan 102 penerbangan mingguan ke Kuala Lumpur, termasuk Johor Bahru (31 kali seminggu), Kota Kinabalu (11 kali seminggu), Kuching, (10 kali seminggu), Langkawi (21 kali seminggu), Ho Chi Minh City (7 kali seminggu), Singapura (28 kali seminggu), 

Manakala Medan (28 kali seminggu), Surabaya (lima kali seminggu) dan Jakarta (14 kali seminggu) melalui AirAsia Indonesia dan Bangkok (14 kali seminggu melalui AirAsia Thailand)," katanya.

SUMBER: AIRASIA & BH ONLINE

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...