Halo Matahari: Penduduk Sarawak, Kalimantan Gempar Saksi Fenomena Unik

Fenomena Halo yang kelihatan di Sarawak: Foto sumber: BERNAMA
DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CUACA: Penduduk di sekitar Sarawak dan Kalimantan berpeluang menyaksikan fenomena Halo Matahari yang disifatkan kejadian unik dan jarang-jarang berlaku.

Agensi Berita Indonesia REPUBLICA ONLINE melaporkan penduduk Kota Muara Teweh, Kabupaten Barito Putra, Kalimantan Tengah, melihat fenomena halo matahari itu, Sabtu (17/2). Fenomena itu terlihat jelas sekitar pukul 10.30 WIB.

Peristiwa halo matahari ini juga sebelumnya terjadi dan dilihat warga Muara Teweh sekitar sepuluh tahun tahun lalu iaitu pada tanggal 19 Oktober dan 28 Oktober 2008 serta tahun lalu pada 14 Mac 2017.

Sementara itu Agensi Berita Malaysia BERNAMA memuatnaik foto kejadian fenomena Halo Matahari itu di laman media sosial TWITTER.

Pemandangan halo matahari (optikal berupa lingkaran cahaya seperti pelangi yang mengelilingi matahari) dapat dilihat di kawasan perumahan Bandar Baru Samariang, Sarawak.

Kejadian tersebut amat jarang berlaku di kawasan tropika kerana kebiasaannya ia berlaku dikawasan iklim sejuk.

Kesempatan itu turut diambil penduduk untuk mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan selain tersebar di media sosial.


Foto Sumber: Twitter BERNAMA

Foto Sumber: Twitter BERNAMA

Foto: Sumber Twitter BERNAMA

Dalam pada itu, Berita Online BATAMPOS melaporkan fenomena halo matahari menghebohkan sebahagian warga di Ranai Natuna. 

Fenomena berbentuk cincin warna pelangi mengelilingi matahari ini terlihat beberapa jam mulai sekitar pukul 10.00 WIB, Kamis (15/2).

Sejumlah warga Ranai mengaku jarang melihat penampakan fenomena halo matahari di Natuna. Dan menganggap sebagai petanda alam.

“Mudah-mudahan bukan pertanda buruk. Fenomena itu jarang terlihat di Natuna cukup lama. Cuaca pun cukup pasas, tidak biasa secara langsung dilihat mata telanjang,” ujar Ari Warga Ranai.

Fenomena ini yang dapat dilihat dengan mata kasar merupakan lingkaran cahaya yang mengelilingi bulan atau matahari merupakan salah satu fenomena optik seperti pelangi yang disebabkan pembelokan cahaya oleh unsur atmosfera. 

Dalam amalan pemerhatian cuaca, fenomena halo antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam.

Lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan fenomena halo.


SUMBER:
1. REPUBLICA ONLINE
2. BERNAMA
3. BATAMPOS.COM

Musim Ala 'Winter Sonata Mungkin Berulang di Pantai Timur?

Photo by: TechNotes 


CUACA: Semua orang inginkan suasana sejuk dan nyaman. Kenapa? Ia disebabkan cuaca di Malaysia secara puratanya adalah panas sepanjang tahun dan kadang-kadang mengalami suasana musim kering dan tanpa hujan.

Agensi Berita BERNAMA pada 17 Februari 2018 melaporkan suaca sejuk yang dialami di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia merupakan fenomena sementara tetapi keadaan itu boleh berulang sekiranya angin sejuk monsun timur laut dari Siberia, China melalui Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Alui Bahari berkata cuaca sejuk dan kabus tebal di negeri-negeri pantai timur, pedalaman Kedah dan utara Perak telah kembali normal sejak 12 Februari dengan bacaan suhu minimum harian di stesen-stesen Meteorologi mencatatkan suhu 20 darjah celsius ke atas.

Katanya cuaca sejuk ini mungkin boleh berulang pada bulan Februari tahun depan sekiranya berlaku pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut dari China dan langit tidak berawan pada waktu malam.

"Secara klimatologi, bulan Februari merupakan tempoh suhu minimum harian yang terendah berbanding bulan-bulan lain di negeri-negeri pantai timur, pedalaman Kedah dan utara Perak,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media baru-baru ini bahawa Kuala Krai pada 11 Februari lepas telah mengalami cuaca luar biasa dengan mencatatkan suhu suhu terendah iaitu 18.4 darjah Celsius.

Alui berkata cuaca sejuk yang berlaku dari 9 hingga hingga 11 Februari di Kelantan itu, turut dirasai di Terengganu dan Pahang selain kawasan pedalaman Kedah dan utara Perak.

Sementara itu, Alui berkata MET Malaysia dari semasa ke semasa mengeluarkan amaran sekiranya berlakunya kabus tebal akibat cuaca sejuk dan laut bergelora yang menyebabkan tidak selamat untuk aktiviti pergerakan pengangkutan di laut dan udara.

"Maklumat mengenainya akan disalurkan kepada orang ramai dan pihak yang berkaitan antaranya Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan berulangnya Taufan Tembin yang melanda Filipina pada Disember tahun lepas dan kesannya kepada Sabah, Alui berkata pada ketika ini terdapat satu siklon tropika iaitu Ribut Tropika Sanba di tenggara Filipina.

Justeru itu, MET Malaysia akan mengeluarkan amaran cuaca dari semasa ke semasa untuk negeri Sabah sekiranya hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di negeri tersebut, katanya. 

SUMBER: BERNAMA

Kentut Kuat Paksa Pesawat Mendarat Cemas!

Photo by: TRANSVIA


DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CERITA TRAVEL - PELIK & LUCU: Kita selalu fikir, insiden keganasan dan rampasan pesawat adalah kejadian diluar jangka yang boleh memaksa sesebuah penerbangan membuat pendaratan cemas dan menukar haluan demi keselamatan penerbangan dan pesawat.

Namun lain hal pulanya yang berlaku kepada penerbangan Transavia Airlines HV6902 apabila terpaksa membuat pendaratan cemas akibat insiden tumbuk-menumbuk berlaku dalam penerbangan itu, APA PUNCANYA?

Portal MAIL ONLINE melaporkan pesawat itu mendarat di Vienna selepas dua lelaki bergaduh dengan salah seorang penumpang yang kentut dengan kuat dan enggan menghentikannya walaupun sudah ditegur.

Photo by; MAIL ONLINE

Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk mengalihkan pesawat ke lapangan terbang Austria.

Polis menaiki pesawat itu setelah mendarat di Vienna, dan empat orang dilaporkan dibawa keluar dari penerbangan.

Seorang jurucakap polis mengesahkan kejadian itu yang berpunca daripada seorang penumpang yang mempunyai angin dalam badan dan kentut dengan kuat kerana 'tidak cuba menahan dirinya' telah diserang dua lelaki Belanda yang sedang dalam penerbangan.

Polis mengiringi dua lelaki Belanda itu dari pesawat bersama dua wanita, dari Rotterdam.

Salah seorang penumpang wanita, Nora Lachhab, 25 memberitahu De Telegraaf bahawa penyingkiran mereka adalah 'tidak adil'.

"Gila kami termasuk sekali, kami tak tahu siapa lelaki-lelaki ini, kami cuma bernasib malang duduk di barisan yang sama dan kami tak buat apa-apa.

"Kami terpaksa mencari penerbangan dengan syarikat penerbangan lain untuk pulang.

"Apa yang saya dapat katakan adalah krunya benar-benar provokatif dan menimbulkan kekecohan."

Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu media tempatan bahawa empat penumpang itu diharamkan menggunakan penerbangan tersebut.

Mereka tidak ditangkap kerana tidak melanggar mana-mana undang-undang Austria.

Jurucakap itu menegaskan bahawa wanita itu juga bersalah atas salah laku dan penderaan lisan.

"Kru kami mesti memastikan penerbangan selamat.

"Apabila penumpang menimbulkan risiko, mereka segera campur tangan, petugas kita dilatih untuk itu.

"Mereka tahu batas-batasnya.

"Oleh itu, Transavia berada di belakang kru kabin dan juruterbang."


SUMBER:
1. MAIL ONLINE
2. MSTAR ONLINE

Bos AirAsia Rayu Pekerja Tak Baling Bagasi Penumpang Tapi 'Cium'. Contoh Di Jepun Patut Jadi Ikutan


Photo by: MAJALAH REVIEW


DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

TRAVEL: BAGI pengembara dan penumpang penerbangan, isu bagasi atau beg rosak akibat dibaling, dicampak sehingga merosakkan beg serta barangan menjadi kerisauan utama.

Apakan tidak kadang-kadang barangan berharga dalam beg itu rosak dan pecah apabila dibuka cukup menimbulkan rasa marah penumpang terhadap mana-mana penyedia khidmat penerbangan.

Baru-baru ini, perkara demikian mendapat perhatian cukup serius daripada  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang mahu supaya ianya ditangani dengan segera.


PHOTO: YOUTUBE

https://youtu.be/mEfUn56aacM

Salah satu kaedah yang dilaksanakan syarikat penerbangan tambang murah itu ialah dengan melihat isu kebajikan pekerja khususnya yang melibatkan kumpulan pengendali bagasi.

Dalam video ditularkan, Mstar Online melaporkan supaya pekerja bagasi tidak mencampak beg dalam pengendalian sebaliknya 'mencium' sebagai simbolik kata-kata supaya pekerja bahagian bagasi mengendalikannya dengan cermat dan penuh hormat.

Pengendalian Bagasi Di Jepun Patut Jadi Ikutan



Seorang pekerja lelaki syarikat penerbangan Jepun, ANA dengan cermat mengatur setiap bagasi ke dalam trak sebelum di bawa ke terminal lapangan terbang. - Foto Facebook/Nihongo Wakaranai


Sementara itu Astro Awani melaporkan, anda mungkin pernah melihat banyak video yang menunjukkan bagasi anda dikendalikan secara kasar di lapangan terbang.

Mungkin juga anda pernah membaca beberapa kes kecurian atau terdapat barang yang rosak di dalam beg pakaian anda.

Namun, video ini mungkin akan menepis persepsi buruk anda mengenai pengendali bagasi di lapangan terbang.

Dalam satu video tular menunjukkan seorang pekerja lelaki syarikat penerbangan Jepun, ANA dengan cermat mengatur setiap bagasi ke dalam trak sebelum di bawa ke terminal lapangan terbang seperti yang dilaporkan dalam portal Business Insider Singapore.

Video yang dimuat naik oleh Nihongo Wakaranai di Facebook telah ditonton kira-kira 1.8 juta penonton di seluruh dunia.

https://www.facebook.com/nihongowakaranai/videos/590519447957742/

“Video ini menunjukkan bagaimana masyarakat Jepun telah mengendalikan bagasi anda lebih baik daripada yang anda lakukan," katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Netizen memuji tindakan pekerja lelaki itu yang menunjukkan rasa hormat terhadap barang-barang milik penumpang sekali gus menunjukkan syarikat tersebut memiliki perkhidmatan baik.


SUMBER:
1. MSTAR ONLINE
2. ASTRO AWANI

Melbourne Avalon Airport To Get AirAsia Flights To Kuala Lumpur, AirAsia to Stop Flights From Mumbai

Screenshot: TIMES OF INDIA

TRAVEL: AirAsia has announced that it is officially moving its operations from Melbourne Tullamarine Airport to Avalon Airport. 

Avalon Airport is less than an hour from the Melbourne CBD region and is located near the town of Geelong. AirAsia will operate the first international flights to and from Avalon Airport.

The airline stated that it has chosen to move its operations for two main reasons. 

The first reason is operating costs. Avalon Airport provides the airline with lower costs, which allows them to maintain their low fares for people traveling to and from Australia.

The second reason that the airline has given for their choice of location is where the airport is located. The airport in Avalon is the closest airport to the Great Ocean Road. The Great Ocean Road is an Australian heritage site that stretches over 151 miles of the coastline. 

It is one of the most popular tourist destinations for travelers from Asia, and the airline reckons this would encourage more people to visit this area if they had easy access to the Great Ocean Road.

Since AirAsia X - AirAsia's long-haul arm - began operating 10 years ago, AirAsia has flown over 30 million people to destinations around the world. Of these 30 million, over six million were people visiting or returning to Australia.

AirAsia will operate a twice-daily flight between Kuala Lumpur and Avalon Airport later this year. It anticipates that these new flights and this new location will help the airline move over 500,000 people this year to and from this airport in its first year of operations.


AirAsia to stop flights from Mumbai from April 29

MUMBAI: AirAsia has again decided to pull its flights out of Mumbai airport—this time, barely a year after relaunch. 

From April 29, Indonesian AirAsia X will not operate its Mumbai-Kuala Lumpur flights, which were popular with city tourists bound for Bali. The decision has left hundreds of passengers who have already booked their summer jaunt to Bali in the lurch.

Confirming the flight suspension, an AirAsia India spokesperson said that passengers who had bought tickets on Mumbai-Kuala Lumpur-Bali flights scheduled post April 29 have been given four options. 

First, re-route their flights through other nearby AirAsia destinations in India (at no cost, but subject to ticket availability) or retain the value of the fare in a credit account to be redeemed in six months or change the travel date to one before April 29 (again subject to availability) or obtain a refund.


A Mumbaikar who had booked three Mumbai-Bali return tickets on January 10 for a family holiday in May said the options don’t compensate for the inconvenience and losses due to the sudden announcement. 

For Rs 56,233, she had booked three return tickets in January for travel in May. “I spent a lot of time trying to contact the airline customer care to re-route. 

The options they gave us involved 10-20 hour transit in Kuala Lumpur, which is highly inconvenient. Now, we’ve decided to opt for a refund. 

We had luckily not booked a hotel,” she said and demanded that the airline book them on another flight to Bali or pay compensation for the losses incurred because of their decision to suspend flights.

Another passenger was looking forward to an Australian holiday after almost a year-long wait. She had booked two Mumbai-Kuala Lumpur-Melbourne return tickets for Rs 54,000 in August 2017 for travel in August 2018. She is likewise distraught.

Since its launch in India, AirAsia has had an on-off relationship with Mumbai. Air Asia had first launched flights into Mumbai in 2010 with daily departures to Kuala Lumpur. 

But the airline stopped the flights after two years, citing steep costs. AirAsia brands— AirAsia India, AirAsia Berhad, AirAsia X Berhad and Thai AirAsia—currently operate flights into 31 destinations in India, including all metros and several non-metros. Mumbai continues to blink and disappear on the AirAsia radar though.



SOURCES:
1.  GET.com 
2.  Times Of India

At Least 17 dead In Florida High School Shooting


Credit: CBS Miami

NEWS:  At least 17 people were killed on Wednesday (Feb 14) in a shooting rampage at a Florida high school apparently carried out by a former student, Broward county's sheriff said in a press conference.

The suspect was identified as 19-year-old former student Nikolas Cruz, the sheriff added.

ABC News, citing two unnamed law enforcement officers at the scene, had earlier put the death toll at 15, while CNN, also citing unnamed law enforcement sources, said 16 people had been killed.

Earlier reports suggested that between 20 and 50 people had been hurt.

A gunman has opened fire at a high school near Miami in South Florida, killing an unknown number of people and injuring at least 14 others, local and federal officials say. A suspect was taken into custody after fleeing the scene. 

BNO News reported, the incident began just after 2:30 p.m. ET on Wednesday when officers were called to reports of shots being fired at the high school, which is located near Pompano Beach, about 34 miles (55 kilometers) north of Miami. 

A large number of police officers, including SWAT teams, responded to the scene. The suspect, who is described as a white male who may have been wearing a gas mask, fled the scene and was taken into custody about 1.5 mile (2.4 kilometers) from the school.

The Broward County Sheriff's Office said the suspect is a former student who is about 18 years old, but there was no immediate word on a possible motive. CBS Miami, citing sources, said the suspect pulled a fire alarm and opened fire as students left their classrooms and went into the hallway.

The exact number of victims was also not immediately clear, but Superintendent Robert Runcie said "numerous" people were killed in the shooting. The Broward County's Sheriff's Office said at least 14 victims were taken to area hospitals where there was no word on their conditions.

"This is an unbelievably catastrophic day in Broward County history," Sheriff Scott Israel said at a press briefing. "It's devastating. I'm sick to my stomach."

Federal law enforcement, including the Federal Bureau of Investigation (FBI), are investigating Wednesday's shooting. 

"My prayers and condolences to the families of the victims of the terrible Florida shooting," President Donald Trump said in a tweet. "No child, teacher or anyone else should ever feel unsafe in an American school."

Since January 2013, "there have been at least 283 school shootings across the country - which averages out to one school shooting a week," according to Everytown for Gun Safety, a non-profit group that advocates for gun control.

Since the 2012 massacre at the Sandy Hook Elementary School in Newtown, Connecticut, where 20 children and six adults were shot dead, warning procedures and emergency drills have multiplied at US schools.

The goal is to teach school children how to react to a shooter who opens fire at random.


SOURCES: BNO NEWS/ABC NEWS/ CBS MIAMI

Tingkat Waspada Jika Anda Miliki Model Kenderaan Ini

Photo by:  MY NEWS HUB


INSURANS: Data terkini dikeluarkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menunjukkan Proton Wira, Toyota Hilux dan Perodua Kancil adalah model kegemaran pencuri kenderaan.

Sementara kenderaan pelbagai guna (MPV)  mewah Toyota Vellfire mendahului carta kerap dicuri, menurut data  disediakan.

Bagaimanapun, PIAM sebagai berkata,  terdapat penurunan 23 peratus dalam kecurian kenderaan pada 2017, daripada 20,005 unit untuk semua kelas kenderaan pada 2016 kepada 15,323 unit pada 2017.

Menurut laporan itu setiap hari syarikat insurans membayar RM14.7 juta untuk tuntutan kenderaan atas kerosakan harta benda, kecederaan dan kecurian.

Nisbah tuntutan bersih keseluruhan meningkat daripada 54.5% pada 2016 kepada 57.5% tahun lalu, bermakna untuk setiap ringgit premium yang dibayar, industri itu membayar 57.5 sen untuk tuntutan.

Industri itu turut mencatat penurunan keuntungan sebanyak 31.3% dari tahun ke tahun kepada RM1.05 bilion, berbanding RM1.53 bilion pada 2016.

Selain insurans motor, insurans perubatan dan kesihatan masing-masing mencatat kerugian RM356 juta dan RM34 juta, manakala insurans kelas lain kekal untung tahun lepas.

Menurut laporan itu, PIAM akan meningkatkan komunikasi dan kesedaran orang ramai mengenai manfaat insurans melalui kempen dan program.

PIAM juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara. Sebanyak 5,083 kematian direkodkan daripada 400,788 kemalangan jalan raya yang berlaku setakat September 2017.

PIAM menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di peringkat kebangsaan sebanyak 20% untuk 2018 dan 50% mulai 2020.

Pengerusi PIAM, Antony Lee berkata kesedaran merupakan isu besar bagi industri tersebut.

Beliau berkata, terdapat penurunan jumlah pembeli untuk perlindungan kemalangan diri (MA).

“Insurans motor adalah wajib, tetapi jika kita lihat kemalangan diri, misalnya insurans perjalanan sebenarnya menyusut selepas pengenalan peraturan pilihan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

“Jumlah pembeli insurans perjalanan menurun dengan banyak,” katanya sambil menambah hanya 20% rakyat Malaysia mempunyai MA.

Katanya, insurans banjir untuk kereta juga mempunyai kadar pengambilan kurang daripada 5%.

Dua kelas terbesar – insurans motor dan kebakaran – kedua-dua mencatatkan peningkatan tahun lepas, tetapi terkesan dengan penurunan 2 angka bagi insurans penerbangan, marin dan transit (MAT) serta MA.

Segmen terbesar, insurans motor, hanya berkembang 1.9% kepada RM8.32 bilion daripada premium bertulis kasar (GWP), dengan menyumbang pasaran saham sebanyak 47.1%.

Sementara itu, insurans kelas ke-2 terbesar – insurans kebakaran – merekodkan pertumbuhan 4.2% pada RM3.41 bilion, dengan pasaran saham sebanyak 19.3%.

Insurans perubatan dan kesihatan meningkat 7.1% dengan premium mencapai RM1.1 bilion, manakala kelas pelbagai yang terdiri daripada bon, liabiliti, kejuruteraan dan pampasan pekerjaan meningkat 0.2% dengan GWP berjumlah RM2.35 bilion.

Insurans MAT dan MA mengheret industri itu dengan penyusutan sebanyak 14.6% kepada RM1.34 bilion dan 12.6% kepada RM1.13 bilion.

PIAM mengaitkan penurunan dalam insurans MAT dengan sektor minyak dan gas yang lemah tahun lepas.

SUMBER: THE MALAYSIAN RESERVE

Penjelasan Dutch Lady Berkenaan Dutch Lady Curious

Photo by: DUTCH LADY


KENYATAAN MEDIA: Dutch Lady Malaysia mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap kes yang melibatkan produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA.

Tindakan ini diambil berhubung aduan kesihatan yang diterima daripada pelanggan. Insiden tersebut telah mencetuskan perbincangan yang hangat di media sosial.

Sejurus selepas menerima aduan, Dutch Lady melancarkan tindakan segera untuk menghubungi pelanggan dan menjalankan semakan terperinci. 

Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk telah diperoleh daripada pelanggan dan dihantar ke makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.

Dutch Lady juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dengan rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.

"Bagi pihak Dutch Lady Malaysia, kami mengambil berat insiden seperti ini dan memberi jaminan kepada para pengguna bahawa kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. 

Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum," kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

Keraguan Terhadap Kesahihan Produk

Berhubung perkara yang dipersoalkan di saluran media sosial baru-baru ini, Dutch Lady juga ingin menangani spekulasi yang telah dibangkitkan mengenai pembungkusannya.

Tambah Gupta, "Kami menyedari bahawa maklumat yang tidak tepat telah mula disebarkan di media sosial ketika para netizen berkongsi kebimbangan mereka. 

Bagi melindungi kepentingan pelanggan, kami perlu memperbetulkan spekulasi terhadap beberapa butiran pembungkusan kami yang telah disalah-anggap sebagai penunjuk produk palsu."

Dutch Lady ingin menjelaskan bahawa ciri-ciri di bawah terdapat dalam semua produk Dutch Lady yang sahih.

• Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103

• Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)

• Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium” 

• Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putih

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang awam. 

Kami menggalakkan pengguna untuk merujuk kepada pusat perkhidmatan pelanggan kami sebelum memapar atau berkongsi sebarang maklumat di media sosial.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Dutch Lady, sila hubungi Careline Dutch Lady di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.


Grafik Oleh: DUTCH LADY
KENYATAAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan, sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keselamatan produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak jenama Dutch Lady Curious yang kini tular di laman sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu susulan pihaknya menerima aduan berhubung pek promosi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak jenama terkenal itu yang didakwa menyebabkan masalah kesihatan kepada bayi selepas mengambil produk berkenaan.

“Pengadu memaklumkan bahawa anak beliau mengalami simptom ruam merah di bahagian leher dan kelangkang, batuk, cirit-birit dan demam panas setelah mengambil produk susu tepung berkenaan.

“Justeru, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keselamatan produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terbabit.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi Kementerian Kesihatan.

Iaitu melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.,” katanya dalam kenyataan hari ini. -

===================================================

Dutch Lady Malaysia confirms that it is currently investigating a case involving its Dutch Lady Curious (900g) product with the specific batch no. 1023C7WA.

The investigation was initiated in response to a health complaint lodged by a consumer and the incident has since triggered a widespread discussion and speculation on social media.

Upon receiving the complaint, Dutch Lady launched immediate action to contact the consumer and conducted internal checks. In line with its procedure, a sample of the product was obtained from the consumer and sent to both its internal lab and a certified independent laboratory for testing.

Dutch Lady has also met with the Ministry of Health and is working closely with them to resolve this matter. An announcement will be made when the full investigation has been completed.



“At Dutch Lady Malaysia, we take incidences like these seriously and reassure our consumers that their health and well-being is always our highest priority. At this point, our initial findings from the internal quality control process show that there are no quality deviations in the product and our milk is safe to be consumed,” said Tarang Gupta, Managing Director of Dutch Lady Malaysia.

Concerns on Counterfeit Products

In light of recent questions raised on social media channels, Dutch Lady is also addressing speculations that have been brought up regarding its packaging.

Gupta adds, “We’re aware that inaccurate information has started spreading on social media as netizens share their concerns. In the interest of our consumers, we need to correct speculations that have mistakenly identified certain packaging details as counterfeit indicators.”

Dutch Lady would like to clarify that the below are all authentic Dutch Lady products:

• Batch codes beginning with 100, 101, 102 and 103
• Expiry dates that end with (R), (W1), (W2) and (W3)
• Packaging variants with both spellings of “Calcium” and “Kalsium”
• Packaging variants showing the FrieslandCampina logo with and without a white box
In the meantime, the public are advised not to make or spread false information that could cause further public distress unnecessarily. 

We encourage concerned consumers to verify their information with our careline before posting or sharing on social media.

For further questions on Dutch Lady products, please contact the Dutch Lady Careline at 1800-88-1191 or via email at dutchladycareline@frieslandcampina.com.


SUMBER: FACEBOOK DUTCH LADY

Bangunan KWSP Terbakar: Maklumat Selamat, Percikan Api Punca?

Gambar BH ONLINE

NASIONAL: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari 13  Februari 2018.

Media melaporkan asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sebanyak lapan jentera bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran di bangunan berkenaan.

Usaha memadam dilakukan kira-kira 43 anggota dan pegawai JBPM dari Balai Bomba Damansara, Balai Bomba Pelabuhan Klang, Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Pantai.

Menerusi maklumat awal yang diterima, sebanyak 40 peratus kawasan bangunan enam tingkat itu terbakar dan api masih belum berjaya dipadamkan.

Lapisan Dinding Mudah Bangunan KWSP Mudah Terbakar Punca?

Penggunaan lapisan luar bangunan yang mudah terbakar menjadi punca kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Gasing.

Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, kebakaran bermula pukul 11 pagi ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di luar tingkat satu bangunan.

“Ada kerja-kerja yang menggunakan api dilakukan yang telah memulakan percikan api lantas membakar luar dinding bangunan.

“Ditambah dengan faktor cuaca yang panas dan berangin membuatkan api bertambah marak dengan cepat,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas kerja pemadaman selesai dilakukan, lapor UTUSAN ONLINE.

Tambah Soiman lagi, lima peratus bangunan luar KWSP dari tingkat satu hingga enam terbakar dan tidak melibatkan bahagian dalam bangunan.

“Semua pekerja dan pelanggan selamat dan tiada yang terperangkap. Cuma asap sahaja yang masuk ke dalam bangunan,” jelasnya.


MAKLUMAT SELAMAT

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas akibat kebakaran yang berlaku.

Agensi itu dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan sentiasa memantau situasi kebakaran itu serta memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.


“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas,” jelas KWSP.

KWSP juga menjelaskan cawangannya itu telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran tersebut.

“Pencarum dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut,” jelasnya.

Ahli dan pencarum juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my, tambah KWSP.

Pejabat KWSP Petaling Jaya Ditutup Sementara

Operasi di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini ditangguhkan buat sementara waktu sehingga Jabatan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan pemeriksaan susulan insiden kebakaran yang berlaku hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata bagaimanapun pencarum yang biasa berurusan di pejabat KWSP di sini boleh mendapatkan sebarang khidmat dan urusan serupa di mana-mana cawangan lain yang berhampiran.

"Buat masa ini kita kena tutup sementara sehingga arahan daripada pihak bomba yang seterusnya sebagai langkah keselamatan," katanya kepada pemberita, lapor BERNAMA.

Beliau berkata pihaknya memberi jaminan sebarang pengkreditan dividen kepada pelanggan tidak akan terjejas berikutan kebakaran berkenaan.

"Pencarum dan majikan tidak perlu risau... memang data dilindungi dan ada - backup'," katanya.

SUMBER: BERNAMA


JENIS INSIDEN: KEBAKARAN BANGUNAN KWSP PJ 

TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN : 13.02.2018 (1153)

SAMPAI LOKASI : 1158

ALAMAT : BANGUNAN KWSP, JALAN GASING, 46598 PETALING JAYA, SELANGOR


BALAI TERLIBAT: 
BBP SEK 7 PJ (2xFRT, 1xEMRS), 
BBP DAMANSARA (1xFRT), 
BBP P/KLANG (1xTTL), 
BBP HANG TUAH (1xFRT, 1xTTL), 
BBP PANTAI (1xFRT)

JUMLAH : 6xFRT, 2xTTL

JUMLAH ANGGOTA : TPgB - 1, PBK II - 3, PB - 39


SUMBER BERITA: UTUSAN/BH ONLINE/BOMBA









GAMBAR SUMBER: FACEBOOK/ WHATSAPP

TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...