Bos AirAsia Rayu Pekerja Tak Baling Bagasi Penumpang Tapi 'Cium'. Contoh Di Jepun Patut Jadi Ikutan


Photo by: MAJALAH REVIEW


DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

TRAVEL: BAGI pengembara dan penumpang penerbangan, isu bagasi atau beg rosak akibat dibaling, dicampak sehingga merosakkan beg serta barangan menjadi kerisauan utama.

Apakan tidak kadang-kadang barangan berharga dalam beg itu rosak dan pecah apabila dibuka cukup menimbulkan rasa marah penumpang terhadap mana-mana penyedia khidmat penerbangan.

Baru-baru ini, perkara demikian mendapat perhatian cukup serius daripada  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang mahu supaya ianya ditangani dengan segera.


PHOTO: YOUTUBE

https://youtu.be/mEfUn56aacM

Salah satu kaedah yang dilaksanakan syarikat penerbangan tambang murah itu ialah dengan melihat isu kebajikan pekerja khususnya yang melibatkan kumpulan pengendali bagasi.

Dalam video ditularkan, Mstar Online melaporkan supaya pekerja bagasi tidak mencampak beg dalam pengendalian sebaliknya 'mencium' sebagai simbolik kata-kata supaya pekerja bahagian bagasi mengendalikannya dengan cermat dan penuh hormat.

Pengendalian Bagasi Di Jepun Patut Jadi Ikutan



Seorang pekerja lelaki syarikat penerbangan Jepun, ANA dengan cermat mengatur setiap bagasi ke dalam trak sebelum di bawa ke terminal lapangan terbang. - Foto Facebook/Nihongo Wakaranai


Sementara itu Astro Awani melaporkan, anda mungkin pernah melihat banyak video yang menunjukkan bagasi anda dikendalikan secara kasar di lapangan terbang.

Mungkin juga anda pernah membaca beberapa kes kecurian atau terdapat barang yang rosak di dalam beg pakaian anda.

Namun, video ini mungkin akan menepis persepsi buruk anda mengenai pengendali bagasi di lapangan terbang.

Dalam satu video tular menunjukkan seorang pekerja lelaki syarikat penerbangan Jepun, ANA dengan cermat mengatur setiap bagasi ke dalam trak sebelum di bawa ke terminal lapangan terbang seperti yang dilaporkan dalam portal Business Insider Singapore.

Video yang dimuat naik oleh Nihongo Wakaranai di Facebook telah ditonton kira-kira 1.8 juta penonton di seluruh dunia.

https://www.facebook.com/nihongowakaranai/videos/590519447957742/

“Video ini menunjukkan bagaimana masyarakat Jepun telah mengendalikan bagasi anda lebih baik daripada yang anda lakukan," katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Netizen memuji tindakan pekerja lelaki itu yang menunjukkan rasa hormat terhadap barang-barang milik penumpang sekali gus menunjukkan syarikat tersebut memiliki perkhidmatan baik.


SUMBER:
1. MSTAR ONLINE
2. ASTRO AWANI

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...