Harga Minyak Dunia Jatuh Enam Peratus Kepada AS$33.67



TOKYO: Harga minyak mentah merosot semula hari ini di tengah-tengah kemerosotan pasaran yang lebih luas selepas Amerika Syarikat (AS) melarang perjalanan dari Eropah berikutan perisytiharan bahawa wabak COVID-19 kini menjadi pandemik.

Ancaman kebanjiran bekalan murah memburukkan lagi kebimbangan pasaran kerana Arab Saudi berjanji untuk meningkatkan pengeluaran minyak ke rekod tinggi.

Minyak mentah Brent didagangkan rendah AS$2.12 atau 5.9 peratus kepada AS$33.67 pada sekitar 0214 GMT, yang berlegar antara turun naik sebelum pengumuman AS.

Kontrak penanda aras minyak mentah global itu merosot hampir 4.0 peratus pada Khamis.

Minyak AS susut AS$1.87 atau 5.7 peratus kepada AS$31.11 selepas susut 4.0 peratus pada sesi sebelumnya.

Harga minyak jatuh sekitar 50 peratus daripada paras tinggi yang dicatatkan pada Januari.

-Reuters

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...