Prototaip ke-4 Pesawat C919 China Selesai Penerbangan Ujian Pertama

FOTO: REUTERS

SINGAPURA: Prototaip keempat pesawat penumpang C919 buatan China menamatkan penerbangan ujian pertama hari ini, demikian menurut media rasmi negara itu.

Ia dikatakan bakal menjadi pesaing kepada Airbus SE dan Boeing Co pada masa depan.

Penerbangan ujian di Shanghai itu berlangsung selama satu jam 25 minit, demikian menurut People's Daily pada akaun Twitter.

Prototaip ketiga C919 melakukan penerbangan ujian pertama pada Disember.

Pesawat C919 adalah pesawat enjin jet berkembar jenis ‘narrow body’ dibangunkan Comac, syarikat aeroangkasa China.

Program pembangunan pesawat itu dilancarkan pada 2008, pengeluaran prototaip pertama bermula pada Disember 2011 dan dilancarkan pada 2 November 2015 disusuli penerbangan sulung pada 5 Mei 2017.

Penghantaran komersial pertama pesawat itu dijangka pada 2021 kepada China Eastern Airlines. 

SUMBER: REUTERS

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...