ANGKASA Tolak Kontroversi Asteroid 2002NT7 Bakal Hentam Bumi

Foto Sumber: Daily Express

ASTRONOMI: Kebelakangan ini dunia digemparkan dengan kontroversi sebuah asteroid bakal menghentam Bumi sehingga mengundang beberapa agensi angkasa lepas mengeluarkan kenyataan berkenaan isu itu.

Terbaharu, pada 3 Januari 2019, dalam kenyataan medianya menyatakan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah menerima pertanyaan dan reaksi orang ramai terhadap laporan berkaitan asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019. 

"ANGKASA ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah tidak benar.

Untuk makluman, asteroid yang dimaksudkan diberi gelaran 2002NT7 telah dijumpai oleh NASA pada tahun 2002. 

"NASA telah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid terbabit akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 dengan kebarangkalian kurang dari 1 peratus (1%)," kata kenyataan itu.

ANGKASA menjelaskan bagaimanapun, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid tersebut menghentam Bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil. 

"Hasil semakan dan penelitian, ANGKASA juga mengesahkan bahawa asteroid tersebut tidak akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 seperti yang dilaporkan. 

"Oleh itu, orang ramai tidak perlu gusar atau bimbang berkaitan perkara ini. 

Selain itu, orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan berita yang tular dan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat," kata ANGKASA.



TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...