AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk, Penjimatan Sehingga 20%

Foto Sumber: AIR ASIA

  
INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Ini satu berita baik dan menarik. Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menawarkan promosi lima juta tempat duduk sehingga 27 Mei bagi tempoh perjalanan antara 1 November 2018 hingga 13 Ogos 2019.

AirAsia dalam kenyataannya berkata, tiket tempat duduk berkenaan boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

“Tetamu akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus apabila memilih tempat duduk semasa kempen berlangsung.

“Selain itu, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Brunei, Krabi, Yangon, Medan, Nha Trang, Visakhapatnam, Kunming dan banyak lagi destinasi menerusi penerbangan kod AK akan menikmati tambang perjalanan sehala serendah RM0 tidak termasuk cukai dan yuran,” katanya di sini hari ini.

Harga tambang sehala termasuk semua bermula RM199 bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung, Taipei, Xi’an, Hangzhou, Osaka, Jaipur, Sydney, Honolulu dan banyak lagi de­ngan penerbangan AirAsia X (D7).

Menurutnya, tetamu yang terbang bersama AirAsia X boleh menikmati tambang termasuk semua dengan katil rata premium pada harga RM399 dari Kuala Lumpur ke Bali, Maldives, Shanghai, Busan, Gold Coast dan pelbagai destinasi lain.

“Pembelian juga lebih jimat menerusi tempahan aplikasi BigPay dan airasia.com yang menawarkan penjimatan sehingga RM32.

SUMBER: UTUSAN ONLINE/AIR ASIA

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...