Shopee, Honor Jalin Kerjasama Lancar Honor 9 Lite Pada Harga RM699


Foto Sumber: HiHonor.com

GAJET: Ini satu tawaran menarik dan hebat bagi mendapatkan telefon pintar pada harga menarik.

Platform e-dagang, Shopee, menjalin kerjasama dengan honor Malaysia bagi membolehkan pengguna membeli telefon pintar honor 9 Lite dengan harga RM699 pada 9 Mac ini.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata, honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall dan kerjasama berkenaan memberi peluang kepada kira-kira sembilan juta pengguna Shopee di Malaysia membeli telefon pintar 4-kamera itu pada harga istimewa berbanding harga pasaran RM749.

"Sejak beberapa tahun lalu, Shopee menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar dan kerjasama dengan honor ini dapat menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna," kata Ian Ho.

Katanya, bagi 2018, Shopee berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka menggunakan platform Shopee.

"Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pangkalan pengguna yang lebih besar," tambahnya.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...