Menggerunkan, Hujan Batu Sebesar Bola Tenis Landa Madinah

Foto Sumber; Twitter Wadi Habona


CUACA GLOBAL: Cuaca dunia semakin 'pelik' dan mengejutkan. Dalam kejadian terbaharu Madinah mengalami suasana hujan batu dan hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Agensi Berita Arab Saudi SAUDI GAZETTA melaporkan fenomena hujan lebat dan hujan batu pada 24 Februari itu mengakibatkan beberapa kenderaan milik orang awam mengalami kerosakan di Madinah.

Jabatan Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar di sana telah mengeluarkan amaran dan menghentikan aktiviti persekolahan buat sementara waktu di sekita Madinah.

Selain Madinah, beberapa kawasan lain di sana turut terjejas selepas mengalami situasi tersebut seperti di Mekah, Wilayah Dawadmi dan Al-Baha.

Kawasan Jeddah dan Riyadh pula hanya mengalami cuaca mendung semalam namun jurucakap Kementerian Pertahanan Awam Riyadh, Arab Saudi, Muhammad Al-Hammadi mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan keselamatan dan garis panduan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku hujan lebat.

Berikut adalah gambar suasana berkenaan seperti dilaporkan Saudi Gazetta:


Foto Sumber: Saudi Gazetta

Foto Sumber: Saudi Gazetta

Foto Sumber: Saudi Gazetta

Foto Sumber: Saudi Gazetta

Foto Sumber: Saudi Gazetta


Foto Sumber: Twitter Saudi Expat News

Foto Sumber: Saudi Expat News

Foto Sumber: Saudi Expat News

Foto Sumber: Twitter Wadi Habona


SUMBER: SAUDI GAZETTA
Foto Sumber: Saudi Gazetta

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...