Kereta Elektrik Boleh Tewaskan Kelajuan Jentera F1?

Foto Sumber: MotorAuthority


INOVASI: Memiliki kenderaan yang pantas dan menjimatkan memang idaman setiap pelumba dan pengguna kereta. Hanya menggunakan elektrik untuk menjana tenaganya dilihat mampu memberikan penjimatan kos serta membantu dalam pemeliharaan alam sekitar.

Usaha itu kini nampaknya disemarakkan lagi apabila sebuah syarikat kejuruteraan di Jepun mencipta sebuah kereta untuk kegunaan atas jalan yang dipercayai mampu menewaskan rekod kelajuan jentera lumba Formula Satu (F1).

Dinamakan sebagai Aspark Owl, jentera yang dipertontonkan sewaktu Pameran Motor Frankfurt pada tahun lalu itu didakwa mampu pecut selaju 100 kilometer sejam dalam tempoh 1.921 saat, lapor AGENSI.

Kereta elektrik yang memiliki berat keseluruhan 860 kilogram itu mampu menjana kuasa kuda 430hp dan kuasa kilas setinggi 763Nm.

Firma itu bercadang menghasilkan 50 unit kereta secara eksklusif dengan setiap satu berharga £3 juta (RM16 juta).

Satu rakaman video menunjukkan Aspark Owl mengatasi pecutan bawah tempoh dua saat.

Bagaimanapun, sejumlah peminat automotif mempersoalkan ketulenan ujian itu kerana dilakukan di belakang kilang pemasangan syarikat itu tanpa menunjukkan pergerakan sebenar meter laju. 

SUMBER: AGENSI

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...