'Gergasi Dari Timur' Ancam Britain, Sejuk Melampau -10 Darjah Celsius

Foto Sumber; THE SUN UK


SUHU global semakin menunjukkan perubahan dan sukar dijangka. Terbaharu Britain bakal dilanda cuaca sejuk melampau sehingga -10 darjah Celsius.

Keadaan itu diramal berlaku pada minggu depan gara-gara angin yang digelar 'Gergasi dari Timur' melewati negara itu.

Jutaan penduduk mula menyedari suhu sudah mula jatuh sejak 22 Februari lalu apabila udara semakin sejuk dan berangin, namun keadaan akan bertambah buruk tidak lama lagi.

United Kingdom mungkin akan menempuh bulan Mac tersejuk dalam sejarah apabila angin Siberia singgah di negara berkenaan.

Antara kawasan yang terlibat adalah selatan, timur, timur laut dan barat laut England; Yorkshire; Humber; timur dan barat Midlands; Wales; London; Northern Ireland dan Scotland.

Pegawai di pejabat meteorologi Martin Bowles berkata, bacaan suhu akan jatuh serendah -5 darjah Celsius di London pada Ahad malam dan alji turut akan turun bermula Isnin hingga Selasa.

Suhu serendah -8 darjah Celsius pula dijangka melanda di seluruh negara tersebut.

"Kali terakhir suhu serendah ini adalah pada 2013.

"Ia adalah pelik, terutamanya ia berlaku pada hujung musim sejuk.

"Kami merujuk 1 Mac sebagai hari pertama musim bunga dan sudah tentu 1 Mac akan berada di tengah-tengah 'sumpahan' kesejukan ini.

"Jadi, musim bungan akan ditangguhkan kepada beberapa minggu lagi," katanya. 

SUMBER: Mirror UK

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...