3 Objek Misteri Angkasa Lepas Jatuh Di Peru



Photo by: STRANGE SOUND


GLOBAL: Penduduk di Larancahuani, wialyah Andean Puno di Lima terkejut selepas menjumpai tiga objek misteri yang jatuh dari la­ngit baru-baru ini.

Lapor Mail Online, penduduk khuatir fenomena itu merupakan kesan meteorit selepas ketiga-tiga sfera logam berkenaan jatuh dari langit pada 27 Januari lalu.

Pada hari kejadian, laman media sosial memaparkan beberapa keping gambar dan video menunjukkan sebuah bebola api bersaiz besar jatuh dari langit di bandar Tingo Maria dan Pucallpa, yang jaraknya 185 kilometer antara satu sama lain.

Namun Selasa lalu, Tentera Udara Peru berkata insiden berkenaan mungkin merupakan roket SL-23 yang masuk semula ke ruang udara negara itu dan tiga objek terbabit adalah tangki minyak daripada sebuah satelit.

Photo by: STRANGE SOUND

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Bomba di perbandaran Cruzeiro do Sul, Romulo Barros berkata, pusat navigasi tempatan menyatakan objek tersebut mungkin meteorit.

Tambahnya, dia percaya objek itu telah mendarat di sempadan wilayah antara Acre dan Peru.

Barros turut mengesahkan tiada kapal terbang antarabangsa melalui ruang udara ketika kejadian terbabit.

Bagaimanapun, ahli meteorologi dari Universidade Federal do Acre , Alejandro Fonesca berkata, tiada meteorit dijangka jatuh di kawasan kejadian.

Beliau berpendapat bebola itu merupakan serpihan dari angkasa, seperti satelit lama yang tertinggal di angkasa lepas.

Photo by: STRANGE SOUND


SUMBER: MAIL ONLINE



TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...