Niagara Falls Jadi 'Air Terjun Frozen' !


Guys, not to alarm anyone, but the Canadian side of Niagara Falls is an icy, winter wonderland right now (via IG @Arjsun @AdamRDanni)

BANDAR RAYA NEW YORK – Fenomena cuaca yang melampau menyebabkan air terjun Niagara menjadi beku selepas suhu jatuh pada paras -89 darjah fahrenheit.

Kejadian alam yang menakjubkan itu sering kali menarik kunjungan orang ramai yang berminat untuk menyaksikan sendiri air terjun beku yang dikatakan antara lokasi tercantik di dunia, lapor AGENSI.

Ia turut menyebabkan pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pelancong terpaksa dihentikan buat sementara waktu sejak bulan lalu.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan hempasan air terjun itu berubah wajah apabila air deras itu bertukar menjadi beku dan tidak bergerak.

“Saya tidak pernah melihat keindahan air terjun secara semula jadi ini sepanjang umur saya. Ia amat menakjubkan apabila pergerakan air terhenti gara-gara cuaca sejuk,” kata seorang pelancong.

Bagaimanapun, cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 220 juta penduduk di beberapa kawasan di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada. 

SUMBER: AGENSI

SAKSIKAN SUASANA MENAKJUBKAN INI YANG DIMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL



Niagara Falls freezes over as temperatures in North America plummet. Photo: AP
Horseshoe Falls on Friday, December 29, 2017. Photo: AARON LYNETT


TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...