Lapangan Terbang John F Kennedy Kecoh Dilanda Banjir

GAMBAR OLEH: CNN NEWS
GLOBAL: Kekecohan ekoran 'Bom siklon' yang melanda Amerika Syarikat sebelum ini sudah memaksa ribuan penumpang dan 7,000 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang John F Kennedy nampaknya belum berakhir.

Dalam kejadian terbaharu berlaku apabila sebuah daripada bangunan terminal dilanda banjir akibat limpahan air daripada siling, menyebabkan kawasan itu dinaiki air sedalam lapan sentimeter.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Pengarah Eksekutif Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey, Rick Cotton mengakui kekecohan yang masuk hari ketiga itu tidak boleh diterima.

"Apa yang berlaku di sini tidak boleh diterima sama sekali.

GAMBAR OLEH: CNN NEWS
"Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab atas semua masalah," katanya.

Siasatan menyeluruh, katanya, akan dibuat walaupun masalah berkenaan berpunca daripada cuaca untuk melihat jika ada faktor lain menyumbang kepada keadaan itu.

Susulan kejadian, beberapa penerbangan antarabangsa terpaksa mengubah lokasi pendaratan, manakala kelewatan pula berlaku ke atas beberapa penerbangan domestik. 

SUMBER: AFP/ GAMBAR: CNN NEWS

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...