Kru Penerbangan Dedah Rahsia & Tips Semasa Penerbangan

PHOTO BY: Mashable

SANTAI: Setiap kita yang menggunakan perkhidmatan penerbangan perlu mempunyai pelan tersendiri untuk ke tandas. Ia penting kerana ia bagi memastikan keselesaan kita khususnya dalam penerbangan jarak jauh dan mengambil masa lama.

Jadi bilakah masa terbaik untuk pergi ke tandas semasa penerbangan?

Portal express.co.uk melaporkan Atendan penerbangan, Erika Roth menjelaskan kepada Readers Digest bahawa masa terbaik untuk ke tandas adalah ketika pesawat berada 30,000 kaki di udara.

Dia menerangkan bahawa masa terbaik itu juga ketika juruterbang baru sahaja memadamkan isyarat tali pinggang keledar, tetapi sebelum minuman dihidangkan.

Penumpang lain tidak akan berebut untuk menggunakan tandas, kerana penerbangan baru sahaja berlepas dan dengan itu beratur panjang dapat dielakkan.

Menunggu sebelum perkhidmatan minuman dihidang juga bermaksud tidak menghalang perjalanan troli di lorong.

Ramai penumpang juga mungkin tidak selesa meninggalkan tandas selepas menggunakannya kerana ia berbau.

Salah satu cara yang digunakan kru untuk menghilangkan bau busuk adalah dengan menuang kopi ke tandas atau menggunakan beg kopi granul.

Ini kerana baunya cukup kuat untuk menutupi bau lain selain mampu membunuh bakteria.

Jadi, sesiapa yang mendapati perutnya meragam dalam penerbangan, bawalah sedikit kopi ke tandas untuk menyahkan bau yang disebabkan oleh mereka sendiri.

Jika ada yang terkunci di dalam tandas pula, mereka tidak perlu takut.

Tanda di pintu tandas mempunyai selak rahsia yang boleh digunakan untuk membuka pintu dari luar.

Atendan penerbangan menggunakan selak ini jika terdapat penumpang sakit atau pengsan semasa berada di dalam tandas. 

MASA UNTUK MENGHIDANGKAN MAKANAN

Sementara itu Kelven Swords mendedahkan krew penerbangan mereka menunggu untuk penumpang tidur baru sedia untuk menyediakan makanan.

Ini bermakna tidak perlu banyak makanan perlu dihidangkan, maka kurang kerja dan kerja pembersihan.

Seorang penumpang biasa menulis di Quora: "Beberapa sumber menunjukkan bahawa petugas penerbangan kadangkala menunggu para penumpang tidur sebelum memulakan makan.

"Ini dilakukan untuk mengurangkan beban kerja."

SUMBER: express.uk

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...