Mesothelioma

Pages

Mesothelioma

INFO PENTING: Penggantian ENFALAC


Ibu bapa sekalian,

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat produk tiruan yang telah dikenalpasti muncul dalam peratusan yang kecil di beberapa kedai runcit di Johor Bahru.  

Dengan meletakkan keselamatan dan keyakinan pengguna sebagai pertimbangan utama kami, Mead Johnson Nutrition (MJN) menasihatkan pengguna dan peruncit di seluruh negara agar memulangkan Rumusan Bayi Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8kg (tiga pek dalam setiap kotak) seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 1 dibawah dalam pengumuman ini untuk penggantian segera bermula 15 Disember 2017.

Berikut adalah butiran-butiran yang anda perlu tahu tentang Program Penggantian Produk untuk PENGGUNA. 

• Hanya Rumusan Bayi Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8kg (tiga pek dalam setiap kotak) seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 1 dibawah terlibat.

• Hubungi talian Program Penggantian Produk di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad, 9 pagi sehingga 11 malam) atau lengkapkan borang dalam laman web www.enfagrow.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang panduan penggantian. 

• Produk tulen dari MJN adalah berkualiti tinggi dan selamat digunakan seperti yang tertera pada label produk.

• Kesemua produk yang disasarkan oleh pengeluar tiruan pada peruncit akan dikutip dan digantikan dengan produk gantian. 

• Produk gantian adalah Enfalac A+ Step 1 dalam pek kotak 1.8kg (Gambar 2 dibawah) atau setara dengannya, dengan logo “DHA+ARA & MFGM Complex”.