Objek Aneh Pusing Bulan




SIBU: Kemunculannya menimbulkan tanda tanya kerana ia kelihatan seperti titik hitam yang bergerak perlahan-lahan seakan mengelilingi bulan.

Kemunculan objek aneh itu dirakam seorang jurugambar profesional, Justani Joni, 54, yang menyedari sesuatu apabila terpandang bulan mengambang penuh ketika berada kediamannya di Jalan Hulu Sungai Merah di sini, kelmarin.

Justani yang juga Setiausaha Majlis Daerah Luar Sibu (MDLS) memberitahu, objek aneh itu muncul secara tiba-tiba jam 8.30 malam sebelum hilang hampir 40 minit kemudian.


“Memang menjadi hobi saya jika cuaca baik saya akan merakam gambar bulan terutama ketika ia mengambang penuh.



“Namun, malam tadi (kelmarin) saya terkejut apabila mendapati kemunculan satu objek hitam yang bergerak mengelilingi bulan. Saya tidak tahu sama ada ia kapal terbang atau benda lain,” katanya.


Dalam pada itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Chong Hun Yew ketika dihubungi berkata, berdasarkan pemerhatian awal ke atas gambar yang dihantar menerusi e-mel kepada beliau, kemungkinan objek dirakam itu adalah objek pegun di angkasa.

TERKINI

Merealisasikan Guru Jauhari Digital, Jadi Aspirasi Negara MADANI

   AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut via Copilot Dalam e...