Meteor Lintasi Ruang Udara Wellington, Ledak Sinar Terang Serta Bunyi Kuat

Tangkap layar laporan BH pada 7 Julai 2022 berkenaan lintasan meteor di Wellington New Zealand


GLOBAL | Sebuah meteor 'berapi' melintasi ruang udara ibu negara New Zealand, menghasilkan sinaran terang termasuk bunyi letupan, kata puluhan penduduk yang menyaksikan kejadian itu pada 7 Julai 2022/Khamis.


Agensi Berita Antarabangsa REUTERS pada 7 Julai 2022 melaporkan pusat ramalan cuaca, MetService menerusi hantaran di Twitter berkata, radarnya mengesan jejak asap meteor terbabit.


Agensi geologi tempatan, GeoNet pula percaya mesin seismometernya mengenalpasti bunyi gelombang sekitar jam 1.50 petang (waktu tempatan).


   Sumber Twitter : GEONET


Menurut seorang saksi, Mike Cousin yang ketika itu sedang bekerja berhampiran Wellington melihat biliknya diterangi dengan sinaran berwarna biru-jingga.


"Saya lari keluar dan melihat jejaknya dan kemudian terdengar bunyi deram-derum perlahan, sama seperti permulaan gempa bumi," katanya kepada Reuters.


Rakaman video menunjukkan meteor yang menerangi langit di wilayah Wellington.


Rakaman yang dihantar ke Newshub menunjukkan saat bola api menerangi langit. Curtis Powell melihat semuanya berlaku semasa dia memandu.


Seorang Ahli Astronomi di Balai Cerap Mount John Universiti Canterbury, Alan Gilmore, menjelaskan meteor terang yang melalui ruang atmosfera sangat laju adalah kejadian yang jarang berlaku di kawasan bandar.


"Sinarannya sangat terang dan ia mesti sebuah objek yang agak besar," kata Gilmore.


                  Sumber : Twitter


Tambahnya, letupan yang kedengaran dihasilkan meteor berkenaan menunjukkan ia datang dalam jarak 60 kilometer (km) dari Bumi.


Berikutan kejadian itu, tiada laporan mengenai terdapat meteor menghentam kawasan daratan atau lautan serta tidak ada penemuan serpihan daripada objek berkenaan. 






WASPADA, Penganalisis Jangka Ekonomi Besar Dunia Meleset Pada 2023

   Grafik: Diplomatic Currier


EKONOMI | Banyak ekonomi besar dunia bakal mengalami kemelesetan dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Nomura Holdings Inc.


Dalam nota penyelidikan ditulis bersama oleh ahli ekonominya, Rob Subbaraman dan Si Ying Toh berkata kemungkinan itu berpunca daripada dasar kerajaan diperketatkan dan kos sara hidup semakin meningkat, sekali gus mengheret ekonomi global terjerumus ke arah 'pertumbuhan perlahan secara serentak'.


Nomura berkata, negara seperti Eurozone, United Kingdom (UK), Jepun, Korea Selatan, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat (AS) akan terjerumus ke dalam kelemesetan.



Katanya terdapat isyarat semakin jelas ekonomi dunia mengalami kelembapan pertumbuhan serentak, bermakna negara-negara tidak boleh lagi bergantung kepada peningkatan eksport untuk mencatatkan pertumbuhan.


"Ini menyebabkan kami mengunjurkan kemeseletan di beberapa negara," kata Nomura.


Firma penyelidikan itu berkata, tahap kedalaman kemelesetan berbeza antara satu sama lain.


Di AS, Nomura meramalkan kemelesetan kecil, namun berpanjangan sehingga lima suku tahunan bermula dari suku terakhir 2022.


Inflasi dan kenaikan harga menjejaskan isi rumah di AS dan meningkatkan kebimbangan ke atas pentadbiran Joe Biden.


Nomura meramalkan kemelesetan lebih mendalam di Eropah dan terus menjadi semakin buruk seandainya Russia menghentikan seluruhnya penghantaran gas ke rantau itu, kata kedua-dua ahli ekonominya.


Ekonomi AS dan Eurozone dijangka menguncup satu peratus menjelang 2023.


Nomura berkata, ekonomi bersaiz sederhana seperti Australia, Kanada dan Korea Selatan pula dijangka berdepan risiko kemelesetan lebih mendalam daripada jangkaan seandainya kenaikan kadar faedah menjejaskan sektor perumahan.


Korea Selatan mungkin paling terjejas dengan jangkaan penguncupan 2.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.


Kemelesetan di Jepun pula dijangka sederhana berikutan sokongan dasar berterusan dan penangguhan pembukaan semula ekonominya.


Nomura menjangkakan China sebagai terpencil memandangkan pemulihannya ekonomi dibantu oleh dasar akomodatif oleh Parti Komunis China (CCP).


"Risiko tetap ada memandangkan sekatan pergerakan baharu boleh menjejaskan pemulihan, dengan China mengurangkan sekatan namun masih kekal dengan dasar sifar COVID-19," katanya.

Tiada Perubahan Ketara Suhu Pada 4 Julai Susulan Fenomena Aphelion

    Sumber Grafik: MYSA


CUACA | Suhu di Malaysia pada petang 4 Julai 2022/ Isnin dijangka tidak banyak perubahan ketara susulan fenomena aphelion yang dirasai berlaku seluruh dunia menurut  maklumat dipaparkan menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.


Fenomena aphelion sebagai merujuk kejadian alamiah tahunan tersebut yang berlaku pada jam 3.10 petang.


Berdasarkan data oleh agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air itu, suhu di Kuala Lumpur diramalkan maksimum 34 darjah Celsius manakala minimum pula 24 darjah Celsius.


Begitu juga kawasan peranginan tanah tinggi terkenal, Cameron Highlands di Pahang yang diramal mencatatkan suhu minimum 16 darjah Celsius serta maksimum 23 darjah Celsius.


Suhu purata berkenaan dianggap sebagai agak normal bagi dua destinasi tersebut dan bukan luar biasa sebagaimana yang tular diperkatakan segelintir warganet menerusi media sosial.


Sebelum ini dda dalam kalangan warga maya membuat ‘cerita’ pelik konon dunia bakal mengalami kejatuhan suhu paling ekstrem ketika fenomena berkenaan dengan cuaca pula amat sejuk.


Pada 1 Julai 2022, Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) melalui hantaran infografik dalam laman sosial rasminya menerbitkan makluman penjelasan mengenai situasi kejadian aphelion.


Ia merupakan keadaan lazim apabila orbit bumi berada pada jarak yang paling jauh daripada matahari dan kali ini kedudukannya dianggarkan dengan jarak 152,098,455 kilometer (km).


Fenomena itu kebiasaannya berlaku selang dua minggu selepas Solstis Musim Panas pada 21 Jun yang menyaksikan siang amat panjang di hemisfera utara dan sebaliknya di selatan.


“Ia berlaku setiap tahun berikutan peredaran bumi mengelilingi matahari dalam orbit berbentuk elips dan tidak akan beri sebarang kesan signifikan kepada penduduk di bumi,” jelas Mysa.


 Jarak antara bumi dan matahari ujar agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu, sentiasa berubah kerana bentuk lengkung orbit planet ini adalah tidak sempurna bulat.


Berlawanan aphelion ialah fenomena perihelion apabila bumi berada pada kedudukan paling dekat dengan matahari dan kejadian ini sudah berlaku pada pukul 2.52 petang 4 Januari lalu.


Ketika waktu tersebut, jarak direkodkan ialah 147,105,052 km, manakala tahun depan pula, perihelion akan terjadi pukul 12.17 tengah malam 5 Januari dengan jaraknya 147,098,925 km.


Sementara itu, fenomena aphelion tahun depan diramalkan berlaku pada pukul 4.06 petang 7 Julai kelak dengan jarak antara bumi dan matahari dianggarkan sejauh 152,093,251 km.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Luluskan Celcom-Digi Bergabung

    Sumber : Grafik FMT


TELEKOMUNIKASI | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd dan Celcom Axiata Bhd.


Penggabungan yang disebutkan itu membabitkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dan Celcom.


MCMC dalam kenyataan media berkata, MCMC sudah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap penggabungan ini.


"Pada 1 April 2022, MCMC telah mengeluarkan Pernyataan Isu kepada Pemohon selaras dengan Garis Panduan Penggabungan dan Pengambilalihan bertarikh 17 Mei 2019 untuk menangani kebimbangan bahawa penggabungan ini akan atau berkemungkinan mengurangkan persaingan dengan ketara dalam sesetengah pasaran komunikasi yang telah dikenal pasti oleh MCMC.


"Justeru, pemohon telah mengemukakan suatu aku janji yang mengandungi komitmen pemohon untuk mengatasi isu-isu persaingan yang telah diketengahkan oleh MCMC di dalam Pernyataan Isu.


"MCMC telah mempertimbangkan komitmen yang ditawarkan oleh pemohon dan berpuas hati bahawa ia akan mengurangkan dengan signifikan isu persaingan yang akan atau mungkin timbul akibat penggabungan ini," kata kenyataan itu.


Katanya, salinan aku janji itu boleh dimuat turun dari laman sesawang MCMC di


pautan:


https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/registers/Undertaking-Public-Version.pdf


Digi dan Celcom adalah pengendali perkhidmatan mudah alih kedua dan ketiga terbesar pada masa kini dan penggabungan ini akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih yang terbesar di Malaysia.


Pada April lalu, syarikat induk Celcom Axiata iaitu Axiata Group Bhd berkata cadangan penggabungan bagi membentuk entiti baharu dikenali sebagai MergeCo dijangka selesai pada separuh kedua 2022.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Axiata berkata penyempurnaan transaksi itu akan tertakluk kepada kelulusan kedua-dua syarikat dan pemegang saham Digi, kelulusan kawal selia dan terma serta syarat lain.


Axiata dan Telenor Group pada 8 April 2021 mengumumkan, bahawa mereka sedang dalam perbincangan lanjutan untuk melaksanakan penggabungan operasi Celcom dan Digi.


Pada 24 November 2021, Axiata turut mengumumkan bahawa MergeCo telah memulakan libat urus dengan MCMC untuk proses penilaian penggabungan berhubung dengan cadangan penggabungan.

Kajian Dapati 62 Peratus Pekerja Malaysia Mahu Kerja 4 Hari Seminggu


Sumber Foto: reepik


PEKERJAAN |  Tinjauan oleh syarikat pengurusan pengalaman Qualtrics mendapati sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja seminggu.


Secara keseluruhan, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibiliti dengan 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat, lapor BH Online pada 21 Jun 2022.


Penyelidikan Qualtrics dijalankan pada bulan Mei 2022, merangkumi 3,415 responden yang berusia 18 tahun atau responden lebih berusia yang bekerja sepenuh masa atau secara sambilan merentasi pelbagai industri di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.


Soalan yang berkaitan dengan minggu bekerja empat hari hanya dijawab oleh pekerja sepenuh masa, yang berjumlah 2,846 responden. Sejumlah 557 responden adalah dari Malaysia.


"Dengan organisasi Asia Tenggara terus memperhalusi cara bekerja selepas dua tahun bekerja jarak jauh, dan pemimpin di Malaysia masih berbahas kebolehlaksanaan amalan bekerja empat hari seminggu, dapatan Qualtrics menunjukkan kepentingan berjaya menjajarkan program baharu yang diterima pakai dengan keperluan dan jangkaan pekerja.


"Bagi sepertiga pekerja di Asia Tenggara (33 peratus), fleksibiliti bermakna kebebasan menentukan jam bekerja. Selebihnya mentakrifkan fleksibiliti sebagai keupayaan bekerja dari mana-mana lokasi (24 peratus), memilih hari mereka bekerja (19 peratus), atau dinilai berdasarkan prestasi, bukan bilangan jam bekerja (18 peratus). Responden daripada Malaysia menyuarakan pilihan yang sama," katanya.


Menurut Qualtrics, pekerja bersikap terbuka terhadap minggu bekerja empat hari, tetapi ada perkara yang membimbangkan mereka.


Katanya walaupun majoriti daripada pekerja memilih fleksibiliti jika diberi pilihan, 86 peratus daripada responden di Asia Tenggara bersedia menyokong majikan mereka melaksanakan minggu bekerja empat hari dengan kebanyakannya melihat penambahbaikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sebagai antara sebabnya.


"Kebanyakan responden termasuk responden daripada Malaysia percaya bahawa bekerja empat hari seminggu meningkatkan keseimbangan hidup bekerja (86 peratus) dan kesejahteraan mental (82 peratus), produktiviti (83 peratus), dan membuat mereka rasa lebih setia kepada majikan mereka.


"Sejumlah 60 peratus daripada responden di Asia Tenggara sanggup dipotong gaji untuk bekerja kurang sehari dalam seminggu, manakala 54 peratus daripada responden di Malaysia kurang sanggup," katanya.


Menurut syarikat pengurusan pengalaman berpangkalan di Utah, Amerika Syarikat (AS), walaupun pelbagai program rintis bagi minggu bekerja empat hari menunjukkan banyak manfaatnya seperti peningkatan kesejahteraan di Iceland dan peningkatan produktiviti di Jepun, banyak responden percaya bahawa akan ada timbal balas.


"Hampir tiga perempat (72 peratus) di Asia Tenggara mengatakan bahawa mereka jangkakan masa bekerja mereka akan menjadi lebih panjang, manakala 58 peratus mengatakan bahawa pelanggan akan kecewa, dan prestasi syarikat akan terjejas.


"Di Malaysia, responden mengatakan tempoh bekerja lebih panjang (68 peratus), pelanggan yang kecewa (62 peratus), dan prestasi syarikat (65 peratus) sebagai perkara yang paling membimbangkan mereka," katanya.


Qualtrics berkata, dalam pada pekerja menyesuaikan diri mereka dengan perubahan landskap terbabit, dua pemacu utama kejayaan bagi cara bekerja baharu yang dilaksanakan ialah mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, serta memastikan pekerja berjaya dalam persekitaran fizikal dan jauh.


"Ini ialah langkah yang diambil terhadap 72 peratus daripada responden yang mengatakan bahawa pekerjaan mereka adalah penyumbang utama kepada cabaran kesihatan mental.


"Walaupun bilangan responden yang serupa daripada Asia Tenggara mengatakan bahawa bekerja jarak jauh telah memberi impak positif (25 peratus) dan negatif (25 peratus) ke atas kesihatan mental mereka, ia berbeza bagi responden daripada Malaysia dengan lebih banyak responden tempatan yang mengalami impak positif (30 peratus positif, berbanding 22 peratus negatif).


"Dua pertiga (67 peratus) daripada responden di rantau ini merasakan bahawa kemajuan kerjaya mereka akan terjejas jika mereka waktu kerja mereka fleksibel. Gabungan dapatan ini mendapati kepentingan memahami keperluan individu dalam tenaga kerja untuk mendayakan majikan mengambil tindakan bersasar yang memastikan tidak ada sesiapa yang akan ketinggalan," katanya.


Pakar Strategi Penyelesaian Pengalaman Pekerja, Asia Tenggara Qualtrics, Lauren Huntington, berkata, satu kemungkinan penyelesaian kepada cabaran yang ditimbulkan oleh model bekerja baharu ialah mengukur prestasi pekerja berdasarkan hasil, bukan bilangan jam dan hari bekerja, dengan 89 peratus daripada responden menyokong pendekatan itu.


"Responden merentasi Asia Tenggara melihat peningkatan kecekapan, fokus dan pengiktirafan sebagai sebab utama mereka berbuat demikian, manakala 26 peratus harap bilangan jam kerja dikurangkan.


"Majoriti daripada responden juga mengalu-alukan tawaran hari kesihatan mental berbayar daripada majikan mereka, dengan 94 peratus mengatakan bahawa ini ialah penyelesaian jangka panjang yang baik untuk memastikan kesihatan mental yang baik," katanya.


Huntington berkata, bagi organisasi yang memikirkan semula cara bekerja tradisional, dapatan Qualtics mendedahkan impak perubahan yang sedang dipertimbangkan dan dilaksanakan.


Jelasnya dalam kekalutan melaksanakan model bekerja baharu, majikan tidak boleh terlepas pandang hakikat bahawa apa yang pekerja mahu dan telah terbiasa dengan fleksibiliti mengubah jadual bekerja mereka untuk disesuaikan dengan tuntutan kehidupan mereka.


"Kami melihat semakin banyak orang yang membuat keputusan kerjaya dan mendapat kepuasan dalam pekerjaan mereka dengan bekerja untuk organisasi yang benar-benar faham serta memenuhi keperluan mereka, dan tempat mereka rasa diterima dengan baik.


"Itulah sebabnya perkara paling penting dalam mana-mana model bekerja bukan sekadar bilangan jam atau hari bekerja tetapi keupayaan untuk memahami dan memenuhi keperluan dan jangkaan orang untuk memastikan semua pihak termasuk pelanggan mendapat manfaat daripada transformasi yang sedang dilakukan," katanya.


Matahari Terbit Dari Utara? Ini Penjelasan Agensi Angkasa

    Sumber Foto : Pexel


ANGKASA | Artikel disiarkan laman sesawang wiser.my pada 17 Jun 2022  mendakwa '𝐌𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧' adalah mengelirukan dan sebenarnya tidak tepat, tegas Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).


Agensi itu pada kenyataan media di Facebook pada 19 Jun 2022 menjelaskan kedudukan terbit dan terbenam Matahari memang berubah-ubah dan tidak tetap pada satu tempat yang sama sahaja sepanjang tahun. 


Katanya perubahan kedudukan Matahari berlaku disebabkan kecondongan paksi putaran Bumi sebanyak 23.5 darjah berbanding satah orbit Bumi mengelilingi Matahari.


MYSA menjelaskan Pada 21 Jun 2022, Matahari berada pada kedudukan paling jauh ke utara dari Khatulistiwa iaitu di atas Garisan Sartan (23.5º Utara) pada jam 17:13 waktu Malaysia. 


"𝐌𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐆𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐌𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐮𝐭𝐚𝐫𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 “𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧 𝟐𝟑.𝟓º 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐮𝐥𝐢𝐬𝐭𝐢𝐰𝐚”.


"Struktur Bumi dibahagikan kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan yang dibatasi oleh Garisan Khatulistiwa. 


"Garisan Khatulistiwa (0°) merupakan latitud yang terpanjang dan dilukis mengelilingi bahagian tengah Bumi," kata MYSA.


Garisan Sartan di Hemisfera Utara berada di latitud 23.5º Utara dari Garisan Khatulistiwa manakala Garisan Jadi berada di latitud 23.5º Selatan dari Garisan Khatulistiwa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.


MYSA berkata semasa Solstis Jun ini, ia menandakan bermulanya musim panas di Hemisfera Utara dan bermulanya musim sejuk di Hemisfera Selatan. 


"Waktu siang menjadi lebih panjang dan waktu malam menjadi lebih pendek di Hemisfera Utara sementara waktu siang menjadi lebih pendek dan waktu malam menjadi lebih panjang di Hemisfera Selatan.


"Ketika Ekuinoks Mac dan September pula, Matahari berada tepat di atas Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat," kata MYSA. 


Agensi itu tutut menjelaskan ketika ekuinoks Mac, ia menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara dan bermulanya musim luruh di hemisfera selatan manakala ketika Ekuinoks September, ia menandakan bermulanya musim luruh di hemisfera utara dan bermulanya musim bunga di hemisfera selatan.


Katanya ketika Solstis pada 22 Disember jam 5.48 waktu Malaysia, Matahari berada di kedudukan paling jauh ke selatan dari Khatulistiwa iaitu di atas Garisan Jadi (23.5o Selatan). 


"Ia menandakan bermulanya musim sejuk di hemisfera utara dan bermulanya musim panas di hemisfera selatan," katanya.


Rajah 1 dan 2 menunjukkan kedudukan Matahari pada waktu tengah hari yang berubah-ubah seiring dengan perubahan musim. (Sumber grafik :MYSA)





Maklumat Dakwa Fenomena Aphelion Cetus Cuaca Sejuk Luar Biasa Di Malaysia Palsu


   Sumber Foto : Space.com


Maklumat tersebar termasuk di WhatsApp dan media sosial bahawa Malaysia akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga menjejaskan kesihatan, kesan fenomena Aphelion bermula  19 Jun 2022 hingga Ogos adalah palsu, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


BH Online pada 18 Jun 2022 melaoporkan Muhammad Helmi Abdullah, menegaskan perkongsian terbabit yang memaklumkan kononnya cuaca sejuk daripada fenomena memberi kesan selsema, batuk dan sesak nafas adalah tidak benar.


Jelas beliau fenomena Aphelion dijangka bermula pada 4 Julai depan iaitu keadaan di mana kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling jauh dari matahari.


"Maklumat dikongsi itu palsu (hoax), termasuk dakwaan akan mengalami sakit tertentu itu tidak benar," katanya.


Menerusi perkongsian maklumat terbabit, mendakwa fenomena Aphelion bermula 19 Jun hingga 22 Ogos depan dan negara mengalami cuaca sejuk lebih daripada cuaca sejuk sebelum ini yang memberi kesan kepada selsema, batuk, sesak nafas dan lain-lain.


Maklumat itu turut menggesa orang ramai meningkatkan daya ketahanan badan dengan mengambil vitamin dan suplemen tambahan.


Mengulas lanjut mengenai fenomena Aphelion, beliau berkata, ia berlaku setiap tahun dan masanya ialah kira-kira dua minggu selepas Solstis Musim Panas (21 Jun).


Katanya, tahun ini ia dijangka berlaku pada 4 Julai dan jarak maksimum antara bumi dan matahari ialah 152,098,455 kilometer pada jam 3:15 petang waktu Malaysia.


  Sumber Grafik : Timesanddate.com


"Bagaimanapun, hujan yang berlaku dua tiga hari kebelakangan ini disebabkan 'monsoon break' iaitu angin barat daya bertiup lemah dan bertumpu di kawasan barat Semenanjung.


"Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan ribut petir intensif di kawasan berkenaan," katanya.


Muhammad Helmi berkata, fenomena terbabit tidak memberi kesan kepada bumi dan negara.


"Sewaktu musim panas matahari berada jauh dari bumi, sebaliknya semasa musim sejuk matahari lebih hampir dengan bumi.


"Ia adalah fenomena semula jadi yang berlaku setiap tahun berikutan peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbit yang berbentuk eliptikal," katanya.

AirAsia X Kembali Terbang Tinggi, Lebarkan Sayap Ke London, Istanbul & Dubai

    Sumber Grafik : AirAsia


PENERBANGAN | TRAVEL |  Perkhidmatan penerbangan jarak jauh tambang rendah, AirAsia X (AAX) pada 15 Jun 2022/Rabu mengumumkan ia bakal terbang dari Kuala Lumpur ke London, Dubai dan Istanbul pada tahun 2022 sebagai permulaan era baharu.


Dalam kenyataan media pada 15 Jun 2022, pada masa sama, AAX juga meraikan pelancaran empat laluan baharu ke Jepun dan Hawaii yang akan mula dijual mulai hari ini.


Dengan pengumuman itu, AAX kini menawarkan penerbangan ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai), dan daripada Osaka (Kansai) ke Honolulu. 


Katanya semua laluan itu tersedia untuk ditempah bermula 15 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022, untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 dan 26 Mac 2023, bermula daripada RM499 (tambang sehala termasuk semua*) untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed. 


Berikut adalah kenyataan media penuh: 


AirAsia X kembali terbang tinggi! Kini lebarkan sayap ke London, Istanbul dan Dubai


-Lancar penerbangan ke Tokyo, Sapporo, Osaka, Honolulu - sedia untuk ditempah sekarang 


- Sebanyak tujuh laluan tersedia pada hari ini daripada RM499


KUALA LUMPUR, 15 Jun 2022 - Sebagai permulaan era baharu untuk perkhidmatan penerbangan jarak jauh tambang rendah, AirAsia X (AAX) hari ini mengumumkan ia bakal terbang dari Kuala Lumpur ke London, Dubai dan Istanbul pada tahun ini. Pada masa yang sama, AAX juga meraikan pelancaran empat laluan baharu ke Jepun dan Hawaii yang akan mula dijual mulai hari ini.


Dengan pengumuman hari ini, AAX kini menawarkan penerbangan ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai), dan daripada Osaka (Kansai) ke Honolulu. 


Semua laluan ini tersedia untuk ditempah bermula hari ini hingga 26 Jun 2022, untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 dan 26 Mac 2023, bermula daripada RM499 (tambang sehala termasuk semua*) untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed. 


Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Capital A dan Pengasas AirAsia X berkata: “Hari ini merupakan hari yang bermakna kerana AAX telah kembali melebarkan sayapnya dengan semangat baharu. 


“Penyambungan semula empat laluan jarak sederhana popular dan pengumuman tiga perkhidmatan jarak jauh baharu pada hari ini merupakan satu lagi pencapaian yang membanggakan setelah kami melalui satu tempoh yang sukar dalam sejarah industri penerbangan.


“Kami teruja untuk kembali ke London dan melancarkan penerbangan buat pertama kali ke Dubai dan Istanbul.


“Istanbul adalah salah satu destinasi kegemaran saya dan saya tidak sabar untuk kembali ke negara itu tidak lama lagi. Kami yakin semua destinasi-destinasi ini akan menjadi popular dan kami mengalu-alukan semua tetamu terbang bersama kami.


Colin Currie, Presiden (Komersial) Capital A berkata: “Pengumuman hari ini menandakan era baharu untuk syarikat penerbangan AirAsia X yang akan menyambung semula operasi mereka selepas dua tahun, dengan penjenamaan baharu.


“Kini ia menawarkan nilai, pengalaman dan destinasi maksimum melalui penjenamaan baharu ini. Walau bagaimanapun, prinsip AirAsia masih tetap sama iaitu untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan tambang rendah biarpun ia kembali dengan wajah baharu, sekaligus memberikan peluang yang maksimum kepada semua untuk terbang ke destinasi impian mereka.


“Capital A akan terus menyokong AAX dan memanfaatkan sinergi di dalam ekosistem produk perjalanan dan gaya hidup yang luas daripada kami. Kami akan memanfaatkan sepenuhnya sumber yang kami ada termasuk airasia Super App, perniagaan kargo Teleport, cabang teknologi kewangan BigPay dan semua syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group untuk membawa AAX ke tahap yang lebih tinggi.”


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Kami kini kembali dengan semangat dan jenama baharu. Kami telah memanfaatkan waktu sekatan perjalanan untuk menyemak semula setiap aspek operasi untuk menawarkan lebih nilai dan pilihan dalam perkhidmatan penerbangan jarak sederhana dan jauh.


“Kini dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa di seluruh dunia, kami dapat meneruskan operasi ke destinasi paling popular kami termasuk Australia, Jepun, Hawaii, India dan Korea Selatan terlebih dahulu.


“Pengumuman penyambungan semula empat laluan ke Jepun dan Hawaii serta pelancaran penerbangan ke London, Istanbul dan Dubai hanyalah permulaan. Kami mempunyai lebih banyak destinasi dalam perancangan yang akan kami umumkan tidak lama lagi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.


“Penyambungan penerbangan semula ke London serta penerbangan kali pertama terus ke Dubai bakal menjadi pemangkin perkhidmatan penerbangan jarak jauh bernilai hebat dan ia akan mula dijual tidak lama lagi untuk perjalanan menjelang akhir tahun ini.


“Melalui perkembangan perkhidmatan ini, kami akan terus menambah jumlah pesawat dan berharap untuk mengambil kembali para juruterbang serta kru kabin kami secara beransur-ansur.


“Saya yakin semua perkhidmatan kami yang disambung semula atau baharu ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan kami akan kembali kepada kapasiti pra-Covid di beberapa laluan utama kami dalam tempoh 12 bulan akan datang.


“Model baharu kami yang strategik, iaitu menggabungkan perkhidmatan kargo dan penumpang memberi keuntungan kepada AirAsia X, di mana syarikat penerbangan lain mungkin tidak dapat melakukannya, menjadikan operasi untuk penerbangan ke laluan yang lebih jauh seperti Dubai, Istanbul dan London, dapat bersaing secara komersial dan lebih berpatutan kepada para tetamu kami.”


Jadual Penerbangan:


    Sumber Grafik : AirAsia

NASA Umum Bentuk Pasukan Saintifik Kaji UFO



   Sumber Foto: History.com


GLOBAL | NASA mengumumkan pada 9 Jun 2022/ Khamis ia merancang untuk mengumpulkan sepasukan saintis bagi meneliti "fenomena udara yang tidak dikenal pasti" - biasanya dipanggil UFO - dalam tanda terbaru keseriusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkenaan isu itu.


Agensi Angkasa AS itu berkata tumpuan bakal diberikan kepada mengenal pasti data yang tersedia, cara terbaik untuk mengumpulkan data masa depan dan cara ia boleh menggunakan maklumat itu untuk memajukan pemahaman saintifik tentang isu itu. 


NASA memilih David Spergel, yang sebelum ini mengetuai jabatan astrofizik Universiti Princeton, untuk mengetuai pasukan saintifik dan Daniel Evans, seorang penyelidik kanan di Direktorat Misi Sains NASA, untuk mengatur kajian itu.


Satu pasukan saintis akan diwujudkan menjelang musim luruh, kemudian akan menghabiskan kira-kira sembilan bulan untuk membangunkan laporan awam mengenai penemuannya, kata Evans. 


NASA akan membelanjakan "di mana-mana sahaja daripada beberapa puluh ribu dolar" hingga tidak lebih daripada $100,000 untuk usaha itu, tambah Evans.


Pengumuman itu dibuat setahun selepas kerajaan AS mengeluarkan laporan, yang disusun oleh Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan bersama pasukan petugas yang diketuai Tentera Laut, memperincikan pemerhatian kebanyakannya oleh kakitangan Tentera Laut tentang "fenomena udara tidak dikenalpasti," atau UAP. 


Dua pegawai Pentagon memberi keterangan pada 17 Mei 2022 pada pendengaran kongres pertama mengenai UFO dalam setengah abad.


"Kami melihat Bumi dengan cara baharu, dan kami juga melihat ke arah lain, ke langit, dengan cara baharu," kata Thomas Zurbuchen, ketua unit sains NASA, kepada pemberita dalam panggilan persidangan. 


"Apa yang sebenarnya kami cuba lakukan di sini ialah memulakan siasatan tanpa memikirkan keputusan."


Pegawai AS menyifatkan UAP sebagai isu keselamatan negara, yang disamakan oleh NASA.


"Fenomena yang tidak dikenal pasti di atmosfera adalah menarik untuk kedua-dua keselamatan negara dan keselamatan udara. Mewujudkan peristiwa yang semulajadi menyediakan langkah pertama yang penting untuk mengenal pasti atau mengurangkan fenomena sedemikian, yang sejajar dengan salah satu matlamat NASA untuk memastikan keselamatan pesawat," NASA berkata dalam satu kenyataan berita.


       Sumber Foto : Space.com


Laporan tahun 2021 berkata, penganalisis pertahanan dan perisikan AS kekurangan data yang mencukupi untuk menentukan sifat UAP yang diperhatikan oleh juruterbang tentera termasuk sama ada ia adalah teknologi duniawi yang canggih, atmosfera atau berasal dari luar angkasa. 


Kedua-dua pegawai Pentagon pada Mei 2022 mengakui banyak pemerhatian masih di luar kemampuan kerajaan untuk menjelaskan.


Penglibatan agensi itu bertujuan untuk menyediakan lebih banyak data, dengan tujuan untuk memanfaatkan bakat saintifik NASA, satelit dan penderia yang sebaliknya ditugaskan untuk memantau iklim Bumi atau memerhati keadaan atmosfera, kata Zurbuchen.


"Langkah pertama adalah untuk mengetahui data yang ada," kata Evans.


Penglibatan NASA dalam usaha Pentagon untuk mencirikan UAP telah diakui sebelum ini oleh pegawai AS.


Pentagon sebelum ini mendedahkan beberapa video objek misteri yang mempamerkan kelajuan dan kebolehgerakan yang melebihi teknologi penerbangan yang diketahui dan tidak mempunyai sebarang alat pendorong atau permukaan kawalan penerbangan yang boleh dilihat.


Kenyataan Media Penuh NASA : 


NASA to Set Up Independent Study on Unidentified Aerial Phenomena


NASA is commissioning a study team to start early in the fall to examine unidentified aerial phenomena (UAPs) – that is, observations of events in the sky that cannot be identified as aircraft or known natural phenomena – from a scientific perspective. The study will focus on identifying available data, how best to collect future data, and how NASA can use that data to move the scientific understanding of UAPs forward.


The limited number of observations of UAPs currently makes it difficult to draw scientific conclusions about the nature of such events. Unidentified phenomena in the atmosphere are of interest for both national security and air safety. Establishing which events are natural provides a key first step to identifying or mitigating such phenomena, which aligns with one of NASA’s goals to ensure the safety of aircraft. There is no evidence UAPs are extra-terrestrial in origin.


“NASA believes that the tools of scientific discovery are powerful and apply here also,” said Thomas Zurbuchen, the associate administrator for science at NASA Headquarters in Washington. “We have access to a broad range of observations of Earth from space – and that is the lifeblood of scientific inquiry. We have the tools and team who can help us improve our understanding of the unknown. That’s the very definition of what science is. That’s what we do.”


The agency is not part of the Department of Defense’s Unidentified Aerial Phenomena Task Force or its successor, the Airborne Object Identification and Management Synchronization Group. NASA has, however, coordinated widely across the government regarding how to apply the tools of science to shed light on the nature and origin of unidentified aerial phenomena.


The agency’s independent study team will be led by astrophysicist David Spergel, who is president of the Simons Foundation in New York City, and previously the chair of the astrophysics department at Princeton University in Princeton, New Jersey. Daniel Evans, the assistant deputy associate administrator for research at NASA’s Science Mission Directorate, will serve as the NASA official responsible for orchestrating the study.


“Given the paucity of observations, our first task is simply to gather the most robust set of data that we can,” said Spergel. “We will be identifying what data – from civilians, government, non-profits, companies – exists, what else we should try to collect, and how to best analyze it.”


The study is expected to take about nine months to complete. It will secure the counsel of experts in the scientific, aeronautics, and data analytics communities to focus on how best to collect new data and improve observations of UAPs.


“Consistent with NASA’s principles of openness, transparency, and scientific integrity, this report will be shared publicly,” said Evans. “All of NASA’s data is available to the public – we take that obligation seriously – and we make it easily accessible for anyone to see or study.”


Although unrelated to this new study, NASA has an active astrobiology program that focuses on the origins, evolution, and distribution of life beyond Earth. From studying water on Mars to probing promising “oceans worlds,” such as Titan and Europa, NASA’s science missions are working together with a goal to find signs of life beyond Earth.


Furthermore, the agency’s search for life also includes using missions such as the Transiting Exoplanet Survey Satellite and Hubble Space Telescope, to search for habitable exoplanets, while the James Webb Space Telescope will try to spot biosignatures in atmospheres around other planets – spotting oxygen and carbon dioxide in other atmospheres, for example, could suggest that an exoplanet supports plants and animals like ours does. NASA also funds space-based research that focuses on technosignatures – that is signatures of advanced technology in outer space -- from other planets.


Learn more about NASA’s astrobiology program online at:

https://www.nasa.gov/astrobiology/

Last Updated: Jun 10, 2022

Editor: Michael Bock

TERKINI

ANALISIS | Pilihan Pesawat Pejuang Baharu untuk Malaysia: Strategik, Teknologi dan Geopolitik

    Foto : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut ---   Bahagian 1: Pengenalan, Latar Belakang ...