Bersedia Hadapi Kenaikan Suhu, Musim 'Panas Yang Panjang'

       Sumber Foto: ORS NEWS


CUACA | JABATAN Meteorologi Malaysia  memaklumkan bahawa Monsun Barat Daya dijangka bermula 14 MEI 2022/Sabtu dan berterusan sehingga pertengahan September tahun 2022.


Bagi tempoh ini, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera stabil.


Ia juga menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain serta menghasilkan taburan hujan yang rendah.


Dalam masa sama, hujan lebat serta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi serta boleh berlarutan sehingga beberapa jam.


Memasuki fasa Monsun Barat Daya ini, beberapa aspek perlu dititikberatkan pihak berkuasa dan orang ramai, antaranya soal keselamatan dan kesihatan.


Ini kerana, memasuki fasa ini, kita akan berdepan musim panas yang panjang.


Keadaan ini sedang dirasai pada masa sekarang.


Dalam aspek kesihatan, orang ramai dinasihatkan untuk banyak minum air kosong dan kurang melakukan aktiviti di kawasan terbuka disebabkan faktor cuaca.



Tip Hadapi Musim Panas Saranan Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai


Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.


Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:


- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.


- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).


- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.


- Penghidap penyakit sistem pernafasan.


- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.



Gejala cuaca panas melampau adalah :


- Sakit kepala


- Keletihan


- Lemah tumpuan


- Pening


- Lemah otot–otot atau kekejangan


- Mual dan muntah


- Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:


4.1 Anda Perlu :


- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.


- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan


- Hadkan aktiviti luar


- Kerap berehat


- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda


-Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.


- Pakai topi atau payung yang besar






4.2 Elakkan:


- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.


- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.


-Bersenam dalam cuaca panas



Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;


- Keluar dari kawasan yang panas


- Tanggalkan pakaian yang ketat


- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan


- Gunakan kipas untuk sejukkan badan


- Minum air setiap 15 minit


- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal


Bank Negara Naikkan OPR 25 Mata Asas Kepada 2.00 Peratus

    Bank Negara Malaysia


Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuaratnya 11 Mei 2022/Rabu memutuskan untuk menaikkan Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman domestik sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.


Bank pusat dalam kenyataan media pada 11 MEI 2022 berkata, pembukaan semula ekonomi global berterusan serta keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi.


Ia berkata, hal ini mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.





Berikut adalah kenyataan media penuh Bank Negara Malaysia pada 11 MEI 2022


Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus. 


Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.


Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan serta keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi. 


Hal ini telah mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China. Tekanan inflasi telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh kenaikan harga komoditi, rantaian bekalan yang tertekan dan keadaan permintaan yang kukuh, khususnya di Amerika Syarikat. 


Kesannya, beberapa bank pusat dijangka membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka pada kadar yang lebih pantas bagi mengurangkan risiko inflasi. 


Prospek pertumbuhan global akan terus dipengaruhi oleh perkembangan berhubung dengan konflik di Ukraine, COVID-19, keadaan rantaian bekalan global, kejutan harga komoditi dan volatiliti pasaran kewangan.


Bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih mantap dalam keadaan pertumbuhan eksport yang mampan. 


Pasaran pekerja terus disokong oleh kadar pengangguran yang lebih rendah, penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang lebih baik. Peralihan ke fasa endemik pada 1 April 2022 akan memperkukuh kegiatan ekonomi, sejajar dengan pelonggaran sekatan selanjutnya dan pembukaan semula sempadan antarabangsa. 


Aktiviti dan prospek pelaburan juga bertambah baik, disokong oleh realisasi projek berbilang tahun dan prospek pertumbuhan yang positif. 


Walau bagaimanapun, risiko terhadap pertumbuhan masih wujud, termasuk pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan, gangguan rantaian bekalan yang bertambah teruk dan perkembangan buruk berhubung dengan COVID-19.


Inflasi keseluruhan diunjurkan berpurata antara 2.2% hingga 3.2% pada tahun 2022. Memandangkan peningkatan kegiatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras dijangka meningkat untuk mencatatkan purata antara 2.0% hingga 3.0% pada tahun 2022. 


Walau bagaimanapun, tekanan harga menaik akan dibendung sebahagiannya oleh kawalan harga yang sedia ada dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi. 


Prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perkembangan harga komoditi global yang berpunca terutamanya daripada konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine serta gangguan berkaitan bekalan yang berlanjutan, di samping langkah-langkah dasar dalam negeri mengenai harga yang ditadbir.


Sepanjang krisis COVID-19, OPR dikurangkan sebanyak 125 mata asas secara kumulatif kepada paras terendah yang belum pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu 1.75 peratus, bagi memberikan sokongan terhadap ekonomi. 


Keadaan pandemik yang pertama kali berlaku sehingga memerlukan tindakan sedemikian kini telahpun reda. Dengan pertumbuhan dalam negeri yang semakin kukuh, MPC mengambil keputusan untuk mula mengurangkan tahap akomodasi monetari. 


Pengurangan ini akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil.


Ekoran Ringgit Lemah Harga Kereta Dijangka Naik

      Sumber Foto: KEYSIGHT


AUTOMOTIF | Harga kenderaan di Malaysia dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah susulan kelemahan nilai ringgit dan isu kekurangan bekalan cip komputer yang berterusan, kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA).


BH ONLINE pada 10 MEI 2022/Selasa melaporkan Datuk Aishah Ahmad, berkata wujud kemungkinan besar akan berlaku kenaikan harga kereta di Malaysia berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengeluar.


Katanya, bagaimanapun, pengeluar kenderaan di Malaysia belum lagi memutuskan kenaikan harga kenderaan atau terus menyerap semua kos yang perlu ditanggung.


"Kenaikan harga bahan mentah, kos logistik, kejatuhan ringgit antara lain akan menjadi penyebab pengeluar terpaksa menaikkan harga kenderaan. Namun, ia belum diputuskan lagi.


"Jika pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan tamat akhir Jun ini tidak disambung, ia akan memburukkan keadaan sekali gus meningkatkan lagi harga kenderaan jika pengeluar memutuskan menaikkan harga produk mereka," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), pengeluar kereta nasional itu masih cuba untuk menyerap kenaikan kos bahan mentah supaya harga kenderaan keluaran PROTON dapat dikekalkan.



Bagaimanapun, Roslan Abdullah berkata, jika keadaan memaksa selain mengambil kira pembabitan vendor, PROTON berkemungkinan terpaksa berkongsi kenaikan harga berkenaan dengan pelanggan.


"PROTON belum putuskan apa-apa lagi buat masa sekarang. Jika ada (kenaikan atau sebaliknya), kami akan umumkan dalam masa terdekat. Buat masa ini kita masih lagi cuba menyerap kenaikan kos," katanya.


Bagaimanapun, Penganalisis AmInvestment Bank dalam nota penyelidikan, berkata dua pengeluar kenderaan sudah pun membuat pelarasan semula harga beberapa model keluarannya setakat ini dengan harga meningkat sehingga tujuh peratus.


"Langkah ini dilihat boleh mencetuskan kenaikan harga oleh pengeluar kereta lain, terutamanya jika trend kos input yang tinggi berterusan," kata  Muhammad Afif Zulkaplly dalam nota penyelidikan.


Beliau berkata, memandangkan permintaan yang kukuh ketika ini dan pesanan tertunggak yang berada pada tahap sihat selama dua hingga empat bulan, bank pelaburan itu menjangkakan kenaikan harga jika berlaku berkemungkinan memberi kesan kecil kepada jumlah jualan pada masa depan.


Baru-baru ini, MAA mendedahkan jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada Mac kepada 73,222 unit, melonjak 63 peratus bulan ke bulan atau 13 peratus tahun ke tahun.


Lonjakan ketara itu didorong terutamanya oleh peningkatan pengeluaran oleh pengeluar disokong pesanan tertunggak yang kukuh.


Secara kumulatif, TIV tiga bulan pertama tahun ini melonjak 13 peratus kepada 159,752 unit.


"Kami mengekalkan saranan 'OVERWEIGHT' ke atas sektor automotif dan kekalkan unjuran TIV 2022 sebanyak 555,000 unit.


"AmInvestment Bank juga kekal positif dengan prospek sektor automotif memandangkan pendapatan syarikat berkaitan secara relatifnya terlindung daripada kesan konflik geopolitik kerana kebanyakan firma ini bergantung kepada permintaan domestik.


"Unjuran berhubung TIV tahun ini yang lebih kukuh berdasarkan normalisasi rantaian bekalan dan pemulihan beransur-ansur dalam keyakinan pengguna," tambah Muhammad Afif.

Pesawat Boeing 727 'Mendarat' Di Tengah Sawah , Dikenali 'Terminal Sekinchan'

Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023


OLEH : MOHD EZLI MASHUT


Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikatakan 'mendarat' di tengah-tengah sawah di Sekinchan Selangor.


Namun ia bukanlah mendarat dalam erti kata sebenarnya tetapi 'mendarat' dengan dibawa 'khas' ke Sekinchan menggunakan jalan darat.


Kegemparan itu juga mengejutkan pengguna jalan raya yang menyaksikan pesawat itu dibawa sehingga berlaku kesesakan sedikit jalan raya pada ketika itu.


Selepas melalui perjalanan panjang lebih 400 kilometer dari Lapangan Terbang Senai akhirnya ia tiba  dilokasinya terletak di Ban 3 Parit 5 Sekinchan.


       Pesawat yang dibawa khas ke Sekinchan pada 16 April 2022. Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut


Kisah itu mendapat perhatian warga maya dan cerita itu semakin tular. Persoalannya apakah jenis pesawat itu dan berapa umurnya?


Hasil kajian dan analisis melalui carian di laman sesawang pesawat mendapati ia adalah jenis Boeing 727-277 yang sudah berumur 40 tahun 9 bulan ( pada April 2022) mengikut rekod pendaftaran (manufacture date) pada 18 Jun 1981.


Mengikut data berkenaan pesawat itu memulakan tugasan dengan Ansett Airlines of Australia pada 25 Jun 1981 dan seterusnya beberapa syarikat penerbangan dunia termasuk Neptune Air dan Pos Malaysia.


Pesawat yang dibawa khas ke Sekinchan pada 16 April 2022. Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut

Pesawat itu dikesan berada di lokasi terakhirnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di bawah MATA Aircraft Maintenance.


Berikut disertakan foto-foto pesawat berkenaan yang ditangkap layar di laman sesawang Jetphotos.com, Planespotter.net semasa ia berkhidmat.


Video Pesawat Semasa Perkhidmatannya


 : https://www.youtube.com/watch?v=fPutHEXzDqg


Info Pesawat : 


CN/MSN: 22643

LINE No: 1762

Registration: 9M-NEP

Airline: Neptune Air

Delivery Date: 2009-10-06

Engine Model: JT8D-15(HK3)











'Terminal Sekinchan' Jadi Lokasi Panas OOTD

Sejak kisah pesawat  itu tular ia mendapat liputan luas media sosial dan menjadi lokasi OOTD kepada pengguna untuk diabadikan di laman sosial.

Penggunaaan dron juga  menjadi pilihan pengguna media sosial untuk mengambil foto terbaik dan menarik.

Dilaporkan lebih 30,000 pelawat sudah menjejakkan kaki di kawasan ini yang bakal dibangunkan sebagai Premium Outlet Cafe pada masa akan datang.

🇲🇾 | Aerial view of paddy fields near Sekinchan, State of Selangor. Only around 1 hour drive from busy metropolitan of Kuala Lumpur.
📷 William Yap via ASEAN Skyline



Pesawat tengah sawah tarikan baharu pelancong ke Sekinchan


SEKINCHAN - Terminal Sekinchan yang menempatkan pesawat jenis Boeing 727 di tengah-tengah sawah di Parit 5 di sini bakal menjadi tarikan baharu kepada sektor pelancongan di Sekinchan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, terminal itu kini sesak dengan pengunjung untuk merakam gambar dan video kenangan terutama sepanjang Aidilfitri lalu, lapor Sinar harian pada 17 Mei 2023.

Sehingga kini, katanya, lebih 30,000 pengunjung telah singgah berhampiran terminal itu yang bakal dibangunkan sebagai Premium Outlet Cafe pada masa akan datang.

"Pada masa sekarang kerja-kerja pembangunan dan ubah suai sedang dijalankan dan ia dibangunkan pihak swasta yang terlibat dalam sektor pelancongan.

"Saya difahamkan, banyak perbelanjaan telah dilaburkan untuk pembangunan kafe ini," katanya ketika ditemui di Sekinchan.

   Sumber Foto : Mohd Ezli Mashut


Suee Lim berkata, Terminal Sekinchan mendapat promosi tersendiri apabila rata-rata pengunjung merakam gambar untuk dimuat naik di media sosial masing-masing.

"Malah Terminal Sekinchan ini juga turut dipromosi dalam drama yang ditayangkan di sebuah rancangan televisyen tempatan pada bulan ini," kata beliau.

Pada 16 April tahun lalu, tular di media sosial pesawat itu dibawa khas menggunakan jalan darat.

Mengikut rekod pesawat itu didaftarkan pada 18 Jun 1981 dan sudah berusia lebih 40 tahun.

    Sumber Foto : Terminal Sekinchan


Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/ 14 Jun 2023

Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/14 Jun 2023


Airasia Super App, Trip.com Kerjasama Perkukuh Kedudukan Ejen Terkemuka ASEAN


   Sumber Foto: Trip.com


PELANCONGAN | AirAsia Super App pada 14 April 2022 mengumumkan kerjasamanya dengan Trip.com, antara ejen pelancongan dalam talian terkemuka di dunia serta jenama di bawah Kumpulan Trip.com, bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu ejen pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di ASEAN.


Malah, kerjasama membabitkan dua penggiat pengembaraan/pelancongan terkemuka itu akan membolehkan Super App mendapat akses kepada tambahan lebih 1.2 juta hotel dari serata 200 negara dan rantau dalam senarai inventorinya serta memberi lebih banyak pilihan kepada pengembara untuk melengkapkan lagi rancangan perjalanan atau pengembaraan masing-masing.


Dalam kenyataan media pada 14 April 2022 Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App berkata menerusi kerjasama itu, AirAsia Super App sebagai OTA akan lebih ketara menerusi kekukuhan Trip.com dalam inovasi teknologi industri pengembaraan.


"Selain itu, kerjasama ini dapat mengukuhkan ekosistem pengembaraan kami. Malah, kami berharap dapat memberi pengguna sedia ada dan baharu Super App dengan lebih banyak tawaran perjalanan menarik susulan kerjasama dengan Trip.com," kata  Amanda Woo.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Penerbangan Kumpulan Trip.com, Yudong Tan, berkata gabungan kehebatan dan khalayak AirAsia dan Trip.com yang meluas, dapat memberi pengembara dengan lebih 1.2 juta pilihan penginapan tambahan menerusi saluran AirAsia Super App.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh : 


airasia Super App terus perkembang keupayaan sebagai agensi pelancongan dalam talian dengan Trip.com


KUALA LUMPUR, 14 April 2022 - airasia Super App terus memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu ejen pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka Asean melalui kerjasama dengan Trip.com, salah satu ejen pelancongan dalam talian terkemuka di dunia, dan tersenarai di bawah NASDAQ dan Bursa Saham Hong Kong (HKEX) sebagai Trip.com Group.


Kerjasama dua jenama pelancongan terkemuka ini bakal membolehkan airasia Super App untuk  mengakses lebih 1.2 juta hotel dari 200 negara dan wilayah yang akan ditambah ke dalam senarai inventorinya, seterusnya menawarkan lebih banyak pilihan dan nilai kepada pelancong untuk melengkapkan rancangan perjalanan mereka.


Sempena pengumuman kerjasama ini, airasia Super App menawarkan diskaun 10% untuk semua tempahan hotel di semua negara yang tersedia dengan kod promosi AATRIP10 mulai hari ini hingga 17 April 2022. Para tetamu boleh menekan ikon ‘Hotel’ pada airasia Super App untuk mula membuat tempahan.



Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Industri pelancongan kini kembali berkembang di seluruh rantau ini dan kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Trip.com dalam menyediakan tawaran terbaik kepada pengguna airasia Super App. 


Melalui kerjasama ini, keupayaan kami sebagai agensi pelancongan dalam talian bukan sahaja akan diperluaskan dengan ketara melalui kepakaran Trip.com dalam inovasi teknologi industri pelancongan, malah membolehkan kami menawarkan pilihan dan kemudahan yang lebih lancar dan baik kepada para pelanggan. 


Kami akan terus memanfaatkan kekuatan kami sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan data yang telah kami bina sejak dua dekad lalu untuk membolehkan kami memahami pengguna dengan lebih baik. 


Selain itu, kerjasama ini pastinya akan mengukuhkan lagi ekosistem perjalanan kami dan kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna airasia Super App yang baharu dan sedia ada dengan memberikan lebih banyak tawaran perjalanan melalui kerjasama dengan Trip.com.”


Yudong Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Penerbangan Trip.com Group berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan airasia untuk menyokong pertumbuhan pasaran pelancongan di seluruh rantau ini. 


Melalui gabungan teknologi airasia dan Trip.com serta pengguna yang lebih ramai, kami kini mampu menyediakan lebih 1.2 juta pilihan penginapan tambahan kepada pelancong melalui airasia Super App. Trip.com berbangga untuk memulakan fasa pertumbuhan baharu melalui kerjasama ini, dan akan terus berusaha untuk menghubungkan para pelancong dan produk ke seluruh dunia.” 


airasia Super App baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa jenama terkemuka lain seperti MG Group, WebBeds, Travelport dan terkini Trip.com ke dalam platform agensi pelancongan dalam taliannya. 

Kerjasama tersebut adalah sebagai sebahagian daripada strategi berterusan untuk menjadi ejen pelancongan atas talian terkemuka dan sebagai aplikasi perjalanan dan gaya hidup pilihan di rantau Asean. 


Pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ejen pelancongan dalam talian di platform airasia Super App boleh menghubungi aacompartners@airasia.com.


airasia Super App ialah platform sehenti untuk perkhidmatan perjalanan, e-dagang dan teknologi kewangan yang menawarkan pengguna lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan. 


Dikuasakan oleh data dan teknologi, airasia Super App memanfaatkan ekosistem digitalnya yang mempunyai seramai 51 juta pengguna dan 40 juta muat turun untuk memberikan pengalaman pengguna yang diperibadikan dan lancar dalam era baharu digital.


Pengguna juga boleh menikmati ciri perbualan masa nyata, menyertai komuniti, permainan digital dan banyak lagi. Daripada keperluan perjalanan kepada keperluan gaya hidup seharian, semuanya tersedia di airasia Super App.


Ikuti perkembangan terkini rangkaian e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook. 


Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

ShopeePay Tawar Baucar Tambahan RM500 Daftar ePemula, Keseluruhan Jadi RM650


    Sumber Foto: Shopee


PENDIGITALAN | Belia mendaftar kredit e-tunai RM150 bagi ePemula di ShopeePay bakal mendapat baucar tambahan bernilai RM500 menjadikan jumlah manfaat diperolehi RM650, kata Ketua ShopeePay Malaysia.


Dalam kenyataan media pada 11 April 2022 Alain Yee berkata baucar Shopee tambahan RM500 terdiri daripada baucar ShopeePay RM90, baucar ShopeeFood (RM310), baucar Shopee Mall (RM50) dan Baucar YES untuk SIM dan data RM50.


Jelasnya pakej ini disusun khas menawarkan penjimatan lebih besar kepada belia untuk pembelian barangan seperti alat pembelajaran atau bekalan rumah dan keperluan penting lain.


Kredit RM150 pula, katanya, dapat digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merentasi pelbagai rakan kongsi peniaga, manakala baucar tambahan RM500 boleh digunakan untuk kedua-dua transaksi di kedai dan dalam talian.


"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan sekali lagi selepas mendapat sambutan yang sangat positif daripada belia Malaysia tahun lalu.


"Sebagai syarikat yang mengutamakan pengguna, kami sentiasa berinovasi untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna," katanya.


Kementerian Kewangan pada 10 April 2022 mengumumkan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan boleh mendaftar kredit e-tunai bernilai RM150, bermula hari ini.


Selain ShopeePay, golongan itu boleh mula mendaftar untuk menerima kredit e-tunai dengan tiga lagi penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.


Mengulas lanjut, Yee berkata, ePemula memberi peluang untuk menggalakkan lebih ramai belia Malaysia menerima penggunaan tanpa tunai.


Beliau berkata, dengan menggunakan ShopeePay, mereka dapat merasai kemudahan dan keselamatan serta ganjaran yang ditawarkan oleh dompet mudah alihnya.


"Kami juga percaya bahawa program ini memainkan peranan lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan lonjakan jualan untuk peniaga tempatan.


"Apabila lebih ramai pengguna Malaysia memasuki ekosistem tanpa tunai, perniagaan yang lebih kecil seperti kedai serbaneka, kafe tempatan dan peniaga mikro juga akan melihat keperluan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai sebahagian daripada operasi, sekali gus memastikan mereka tidak ketinggalan.


"Dorongan digital ini akan menjadi kemenangan bagi ekonomi digital negara," katanya.


Belia yang melaksanakan tuntutan ePemula di ShopeePay juga boleh mengambil bahagian dalam Cabaran #ShopeeEPEMULAsquad dan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000.

TAWARAN HEBAT KEMBALI | AirAsia Tawar Lebih 2 Juta Tempat Duduk 'Percuma'

 

    Sumber Grafik : AIRASIA


INFO PENERBANGAN | AirAsia kembali dengan tawaran menarik destinasi tempatan dan antarabangsa untuk tempahan dari 9-17 April 2022 di airasia Super App! 


Syarikat penerbangan tambang murah dalam kenyataan media pada 8 April 2022 berkata antara destinasi domestik yang tersedia ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu dan banyak lagi manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Siem Reap dan lain-lain. 


"Tambang termasuk semua untuk promosi Tempat Duduk Percuma ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala," katanya.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh :


AirAsia tawar lebih 2 juta tempat duduk PERCUMA*!


Terbang ke destinasi domestik dan antarabangsa dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, tempah di airasia Super App dari sekarang hingga 17 April 2022


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 - Promosi Tempat Duduk Percuma* syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia kini kembali, untuk kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 di airasia Super App! 


Antara destinasi domestik yang tersedia ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu dan banyak lagi manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Siem Reap dan lain-lain. 


Tambang termasuk semua untuk promosi Tempat Duduk Percuma ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.


Para tetamu boleh menekan pada ikon ‘Flights’ di airasia Super App untuk merancang percutian mereka bagi tempoh perjalanan antara 2 September 2022 dan 25 Mac 2023. Pengguna airasia Super App juga boleh membayar dengan airasia poin semasa membuat pembayaran.


Mai Yin Tan, Ketua Pegawai Komersial (AirAsia) berkata, “Sektor perjalanan kini kembali sepenuhnya, berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia baru-baru ini pada 1 April, serta sempadan negara jiran kita di rantau Asean. 


Sejak itu, kami telah melihat peningkatan mendadak dalam permintaan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa di semua platform airasia - sama ada Super App, laman web atau daripada ejen pelancongan dan kaunter jualan kami. Ini menandakan keyakinan tetamu kami untuk terbang bersama AirAsia, dan permintaan kukuh untuk sektor perjalanan di pasaran. 


Promosi Tempat Duduk Percuma* AirAsia adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh semua dan kami berbesar hati untuk menawarkan lebih banyak kapasiti dalam pasaran dengan nilai terbaik. Rebutlah peluang inin untuk mula merancang perjalanan anda sekarang!”


“Walaupun kami telah melaksanakan pelbagai langkah dan inovasi bagi memastikan semua tetamu AirAsia boleh melakukan perjalanan dengan selamat melalui melalui ciri-ciri seperti daftar masuk kendiri, ciri pengecaman wajah melalui FACES dan banyak lagi, kami juga ingin mengingatkan para tetamu untuk terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa perjalanan mereka. Kami berharap untuk kembali mengalu-alukan kedatangan para tetamu dalam penerbangan kami ,” tambah Tan.


Pengembara yang telah menerima vaksin lengkap yang ingin melakukan perjalanan ke/dari Malaysia mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan dari semua negara asal dan ketibaan sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.


Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan tawaran e-dagang airasia Super App! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.


*TEMPAT DUDUK PERCUMA tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Over 2 million seats available for FREE* on AirAsia!


Fly to both domestic and international destinations with the world’s best low-cost airline, book on the airasia Super App from now until 17 April 2022


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 - The world’s best low cost airline’s Free Seats* promo is back, for both domestic and international flights and available for booking from 9-17 April 2022 on the airasia Super App! 


Among the domestic destinations included are Penang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu and more while international destinations include Singapore, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh City, Siem Reap and many more. The all-in-fares for the Free Seats promo to domestic destinations are from RM23 one way, while international destinations are from RM69 one way. 


Click on the ‘Flights’ icon on the airasia Super App to plan your holiday for the travel period from 12 September 2022 to 25 March 2023. Super App users can also pay with their airasia points by clicking on the option during checkout.


Mai Yin Tan, Chief Commercial Officer (AirAsia airlines) said, “Travel is back in full-force, especially with the recent reopening of Malaysian borders on 1 April, as well as borders of our neighbouring Asean countries. Since then, we have observed a sharp spike in demand for both domestic and international flights across all airasia platforms - whether it be the Super App, the website or from our affiliated agents and sales counters. 


This signifies our guests’ confidence in flying with AirAsia, and a strong pent-up demand for travel in the market. AirAsia’s latest signature Free Seats* Promotion  is something that is widely anticipated and we are happy to be able to offer more capacity to the market along with our well-known affordable prices. Don’t miss out and start planning your travels now.” 


“While we are extensively prepared to ensure all of our guests can travel safely from an operational standpoint through our contactless check-ins, FACES, and more, AirAsia would also like to remind our guests to adhere to all SOPs set by the local governments during your travels and we look forward to seeing you on board our flights soon,” added Tan. 


Fully vaccinated travellers who wish to travel to and from Malaysia must meet the requirements set by the Malaysian Government and the respective Governments of all origin and arrival countries prior to purchasing their flights and upon arrival. 


Stay up to date with everything e-commerce from the airasia Super App by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook for the latest updates on airasia Super App’s e-commerce offerings! For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery now.


*FREE SEATS exclude airport tax, MAVCOM fee, fuel surcharge and other applicable fees. Terms and Conditions apply. 

TAWARAN HEBAT KEMBALI | AirAsia Tawar Lebih 2 Juta Tempat Duduk 'Percuma'

    Sumber Grafik : AIRASIA


INFO PENERBANGAN | AirAsia kembali dengan tawaran menarik destinasi tempatan dan antarabangsa untuk tempahan dari 9-17 April 2022 di airasia Super App! 


Syarikat penerbangan tambang murah dalam kenyataan media pada 8 April 2022 berkata antara destinasi domestik yang tersedia ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu dan banyak lagi manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Siem Reap dan lain-lain. 


"Tambang termasuk semua untuk promosi Tempat Duduk Percuma ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala," katanya.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh :


AirAsia tawar lebih 2 juta tempat duduk PERCUMA*!


Terbang ke destinasi domestik dan antarabangsa dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, tempah di airasia Super App dari sekarang hingga 17 April 2022


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 - Promosi Tempat Duduk Percuma* syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia kini kembali, untuk kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 di airasia Super App! 


Antara destinasi domestik yang tersedia ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu dan banyak lagi manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Siem Reap dan lain-lain. 


Tambang termasuk semua untuk promosi Tempat Duduk Percuma ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.


Para tetamu boleh menekan pada ikon ‘Flights’ di airasia Super App untuk merancang percutian mereka bagi tempoh perjalanan antara 2 September 2022 dan 25 Mac 2023. Pengguna airasia Super App juga boleh membayar dengan airasia poin semasa membuat pembayaran.


Mai Yin Tan, Ketua Pegawai Komersial (AirAsia) berkata, “Sektor perjalanan kini kembali sepenuhnya, berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia baru-baru ini pada 1 April, serta sempadan negara jiran kita di rantau Asean. 


Sejak itu, kami telah melihat peningkatan mendadak dalam permintaan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa di semua platform airasia - sama ada Super App, laman web atau daripada ejen pelancongan dan kaunter jualan kami. Ini menandakan keyakinan tetamu kami untuk terbang bersama AirAsia, dan permintaan kukuh untuk sektor perjalanan di pasaran. 


Promosi Tempat Duduk Percuma* AirAsia adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh semua dan kami berbesar hati untuk menawarkan lebih banyak kapasiti dalam pasaran dengan nilai terbaik. Rebutlah peluang inin untuk mula merancang perjalanan anda sekarang!”


“Walaupun kami telah melaksanakan pelbagai langkah dan inovasi bagi memastikan semua tetamu AirAsia boleh melakukan perjalanan dengan selamat melalui melalui ciri-ciri seperti daftar masuk kendiri, ciri pengecaman wajah melalui FACES dan banyak lagi, kami juga ingin mengingatkan para tetamu untuk terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa perjalanan mereka. Kami berharap untuk kembali mengalu-alukan kedatangan para tetamu dalam penerbangan kami ,” tambah Tan.


Pengembara yang telah menerima vaksin lengkap yang ingin melakukan perjalanan ke/dari Malaysia mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan dari semua negara asal dan ketibaan sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.


Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan tawaran e-dagang airasia Super App! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.


*TEMPAT DUDUK PERCUMA tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Over 2 million seats available for FREE* on AirAsia!


Fly to both domestic and international destinations with the world’s best low-cost airline, book on the airasia Super App from now until 17 April 2022


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 - The world’s best low cost airline’s Free Seats* promo is back, for both domestic and international flights and available for booking from 9-17 April 2022 on the airasia Super App! 


Among the domestic destinations included are Penang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu and more while international destinations include Singapore, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh City, Siem Reap and many more. The all-in-fares for the Free Seats promo to domestic destinations are from RM23 one way, while international destinations are from RM69 one way. 


Click on the ‘Flights’ icon on the airasia Super App to plan your holiday for the travel period from 12 September 2022 to 25 March 2023. Super App users can also pay with their airasia points by clicking on the option during checkout.


Mai Yin Tan, Chief Commercial Officer (AirAsia airlines) said, “Travel is back in full-force, especially with the recent reopening of Malaysian borders on 1 April, as well as borders of our neighbouring Asean countries. Since then, we have observed a sharp spike in demand for both domestic and international flights across all airasia platforms - whether it be the Super App, the website or from our affiliated agents and sales counters. 


This signifies our guests’ confidence in flying with AirAsia, and a strong pent-up demand for travel in the market. AirAsia’s latest signature Free Seats* Promotion  is something that is widely anticipated and we are happy to be able to offer more capacity to the market along with our well-known affordable prices. Don’t miss out and start planning your travels now.” 


“While we are extensively prepared to ensure all of our guests can travel safely from an operational standpoint through our contactless check-ins, FACES, and more, AirAsia would also like to remind our guests to adhere to all SOPs set by the local governments during your travels and we look forward to seeing you on board our flights soon,” added Tan. 


Fully vaccinated travellers who wish to travel to and from Malaysia must meet the requirements set by the Malaysian Government and the respective Governments of all origin and arrival countries prior to purchasing their flights and upon arrival. 


Stay up to date with everything e-commerce from the airasia Super App by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook for the latest updates on airasia Super App’s e-commerce offerings! For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery now.


*FREE SEATS exclude airport tax, MAVCOM fee, fuel surcharge and other applicable fees. Terms and Conditions apply. 

AirAsia X Mula Terbang Ke Incheon, New Delhi Mulai 20 APRIL

        Sumber Grafik : AIRASIA


PENERBANGAN | Airasia X (AAX) mengembangkan rangkaian penerbangannya dari Kuala Lumpur dengan perkhidmatan baharu ke Incheon (Seoul), Korea Selatan dan New Delhi, India bermula 20 April ini.


AirAsia X dalam kenyataan media pada 6 APRIL 2022 berkata penerbangan ke Incheon (Seoul) pada awalnya akan beroperasi setiap minggu pada Rabu, penerbangan balik setiap Khamis.


Penerbangan ke New Delhi abermula dua kali seminggu pada setiap Rabu dan Ahad, penerbangan balik pada hari sama.


Kedua-dua perkhidmatan dibuka untuk jualan sekarang, bagi penerbangan antara 20 April 2022 hingga 30 Jun 2022, dengan perkhidmatan tambahan akan ditambah pada masa terdekat ini.


"Penumpang dengan tempahan tertunggak atau kredit tidak digunakan semasa pandemik boleh menggunakannya bagi tempahan akan datang, dengan mengemaskini tempahan penerbangan asal bagi perjalanan seterusnya, atau menggunakan akaun kredit mereka untuk menempah penerbangan," katanya.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh :  


AirAsia X lebarkan sayap ke Korea Selatan dan India


Terbang dari Kuala Lumpur ke Incheon (Seoul) daripada RM659 dan ke New Delhi daripada RM484

Tetamu juga boleh menggunakan Akaun Kredit untuk membuat tempahan


SEPANG, 6 April 2022 - Berikutan penyambungan semula perkhidmatan penumpang ke Sydney, Australia pada bulan Februari lalu, AirAsia X (AAX) kini memperluaskan rangkaian penerbangannya dari Kuala Lumpur dengan perkhidmatan baharu ke Incheon (Seoul), Korea Selatan dan New Delhi, India bermula 20 April 2022.


Penerbangan ke Incheon (Seoul) pada mulanya akan beroperasi sekali minggu pada hari Rabu dan kembali pada hari Khamis. 


Penerbangan ke New Delhi pula akan disambung semula dua kali seminggu pada hari Rabu dan Ahad dengan penerbangan pulang pada hari yang sama. Kedua-dua perkhidmatan ini tersedia  untuk perjalanan antara 20 April 2022 hingga 30 Jun 2022, dengan perkhidmatan tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat.


Para tetamu yang mempunyai tempahan tertunggak atau Akaun Kredit boleh menggunakannya untuk membuat tempahan dengan mengemas kini tempahan penerbangan asal mereka untuk perjalanan masa hadapan atau menggunakan akaun kredit mereka untuk membuat tempahan.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Selepas dua tahun, kami amat berbesar hati untuk kembali terbang tinggi sekali lagi dengan tambang bernilai terbaik untuk perjalanan jarak sederhana. 


Kini, setelah sempadan antarabangsa dibuka semula, kami akan menyambung semula penerbangan ke pasaran utama kami secara beransur-ansur, bermula dengan Sydney baru-baru ini dan kini ke Korea Selatan dan India, dan lebih banyak destinasi popular akan diumumkan tidak lama lagi. 


Kami yakin penyambungan semula perkhidmatan ini akan diterima baik, terutamanya bagi mereka yang ingin melawat rakan-rakan dan keluarga mereka atau untuk percutian yang dinanti-nantikan.


“Sempena pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia pada 1 April dan perjalanan tanpa kuarantin untuk kedua-dua buah negara, ini juga adalah masa yang sesuai untuk mengalu-alukan kedatangan semula pelancong antarabangsa, seterusnya memacu sektor pelancongan dan ekonomi negara, seperti yang kami telah lakukan sebelum pandemik.


“Kami terus mengutamakan para tetamu dan walaupun kami tidak dapat terbang sejak dua tahun lalu berikutan pandemik ini, kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa mereka yang mempunyai tempahan tertunggak atau Akaun Kredit kini boleh menggunakannya ini untuk membuat tempahan ke destinasi-destinasi ini. 


Kami juga sedang menyediakan baucar perjalanan untuk para tetamu yang mempunyai kredit tertunggak, untuk digunakan bagi tempahan masa hadapan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. 


Kami berterima kasih kepada tetamu kami atas kesabaran mereka dan kerana memahami situasi kami dan tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka kembali terbang bersama kami.”


Tambang sehala termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke Incheon (Seoul) bermula daripada RM659 untuk tempat duduk Ekonomi atau tetamu boleh memilih untuk menikmati Premium Flatbed daripada RM2,199. 


Dari Incheon (Seoul) ke Kuala Lumpur, tambang sehala termasuk semua bermula daripada KRW246,500 dan KRW799,500. Para tetamu yang menempah penerbangan ini juga dapat menikmati tambahan bagasi kabin 7kg secara percuma.


    Sumber Grafik : AIRASIA


    Sumber Grafik : AIRASIA



Manakala tambang sehala termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke New Delhi bermula daripada RM484 atau tetamu boleh memilih untuk menikmati Premium Flatbed daripada RM1,699. 


Dari New Delhi ke Kuala Lumpur, tambang sehala termasuk semua bermula daripada INR8,389 dan INR24,225. Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App atau laman web mulai hari ini hingga 24 April 2022.


  Sumber Grafik : AIRASIA



  Sumber Grafik : AIRASIA


AirAsia X spreads its wings launching new services to South Korea and India


Fly from Kuala Lumpur to Incheon (Seoul) from RM659 and to New Delhi from RM484

Guests with unused credit able to book the new services


SEPANG, 6 April 2022 - Following the  resumption of passenger  services to Sydney, Australia in February, AirAsia X (AAX) is expanding its flight  network from Kuala Lumpur with new services to Incheon (Seoul), South Korea and New Delhi, India commencing from 20 April 2022.


Flights to Incheon (Seoul) will initially be operated weekly on Wednesdays and returning on Thursdays. Flights to New Delhi will resume twice weekly on Wednesdays and Sundays returning on the same days. Both services are on sale now for travel between 20 April 2022 to 30 June 2022, with additional services to be added in the near future.


Guests with outstanding bookings or unused credit during the pandemic, will be able to use these for future bookings, by updating their original flight booking for future travel or by utilising their credit account to book the flights.


CEO of AirAsia X Benyamin Ismail said: “After two long years, we are thrilled to return to the skies once again with the best value airfares for medium haul travel. 


Now that the world is finally opening up, we are gradually resuming flights to our key markets, starting with Sydney recently and now also to South Korea and India, with more popular destinations to be announced soon. 


We are confident our return to these markets will be well received, particularly for those longing to visit friends and family again or for much anticipated leisure travel.


“With Malaysia’s international border reopening last week on 1 April, and quarantine free travel both ways on our new services, it is also the perfect time to welcome back international tourists, providing a significant boost to the nation’s tourism sector and the economy, as we did pre-pandemic.


“We continue to prioritise putting our guests first and while we were unable to fly for the past two years due to the unprecedented effects of the pandemic, we are pleased to confirm that anyone with  outstanding bookings or Credit Accounts can now use these to book our new services. 


We are also preparing travel vouchers for our guests who have unutilised credit, to use for future bookings, which will be announced in the near future. 


We thank our guests for their patience and understanding and cannot wait to welcome everyone back on board soon!”


Fares from Kuala Lumpur to Incheon (Seoul) start from RM659 on Economy seats or guests can choose to experience the Premium Flatbed from RM2,199 all-in one way*.


 From Incheon (Seoul) to Kuala Lumpur, fares start from KRW246,500 and KRW799,500 all-in one way* respectively. Guests travelling to Incheon (Seoul) will also enjoy an extra 7kg hand carry for free.


Fares from Kuala Lumpur to New Delhi start from RM484 on Economy or guests can choose to experience the Premium Flatbed from RM1,699 all-in one-way.* 


From New Delhi to Kuala Lumpur, fares start from INR8,389 and INR24,225all-in one way* respectively. The new services to South Korea and India can be booked through the ‘Flights’ icon on the airasia Super App or via the website starting today until 24 April 2022.

TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...