Australia Beri Dos Keempat Vaksin COVID-19

    Sumber Foto: Global Citizen


GLOBAL | SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Australia menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk berusia 65 tahun ke atas mulai bulan April 2022 berikutan timbul pelbagai rantaian baharu Omicron.


Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 25 Mac 2022 melaporkan malah, kumpulan penasihat teratas mengenai vaksin turut meluluskan suntikan keempat untuk kumpulan rentan iaitu berusia lebih 65 tahun, orang asli lebih 50 tahun, lemah imun dan penghuni rumah jagaan.


Enam minggu lalu, negara lain termasuk Perancis, Jerman dan Sweden serta pihak berkuasa kesihatan di England mengesyorkan dos vaksin keempat bagi mereka yang paling terdedah termasuk warga emas.


Australia melaporkan kadar jangkitan harian lebih daripada 50,000 beberapa hari lalu iaitu kira-kira dua kali ganda berbanding bulan sebelum ini akibat peningkatan varian BA.2 Omicron.


Menteri Kesihatan, Greg Hunt, berkata dos tambahan akan diberikan mulai 4 April 2022, dua bulan sebelum bermulanya musim sejuk Australia dan dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lebih awal.


"Dos penggalak ialah perlindungan terbaik terhadap kesan COVID paling teruk dan mungkin memberikan perlindungan berpanjangan.


"Pelancong yang tiba di Australia tidak perlu lagi mendapatkan bukti ujian negatif COVID-19 terlebih dulu apabila undang-undang kecemasan COVID-19 tamat tempoh 17 April.


"Bagaimanapun pelancong masih perlu divaksinasi dan memakai pelitup muka dalam penerbangan," katanya.


Kumpulan penasihat teknikal mengenai imunisasi Australia, ATAGI, berkata Pfizer dan Moderna adalah vaksin pilihan untuk suntikan penggalak tambahan, namun belum ada bukti mencukupi mengenai manfaatnya.


Sementara itu, Ketua Program Biosekuriti di Institut Kirby Universiti NSW, Raina MacIntyre, mengalu-alukan mengenai dos keempat tetapi mengutamakan kepada yang berusia lebih 50 tahun.


MacIntyre menggalakkan penduduk Australia mendapatkan dos ketiga dan mereka yang layak, dos keempat.


"Ini bukan selesema kerana terdapat bukti besar kesan jangka panjang yang serius termasuk kerosakan otak, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan diabetes walaupun pada orang yang mengalami jangkitan ringan," katanya.


Australia melaporkan sejumlah 3.93 juta jangkitan COVID-19 sejak wabak itu bermula dengan 5,824 kematian. 

SAUDIA Airlines Bawa Separuh Jemaah Haji Malaysia

         Saudi Airlines : Sumber Foto: Arab News


PENERBANGAN | SAUDIA Airlines (SAUDIA), syarikat penerbangan Arab Saudi menandatangani penerimaan tawaran penerbangan haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan penerbangan sewa khas haji bagi jemaah haji Malaysia selama tiga tahun.


BH ONLINE pada 25 Mac 2022 melaporkan penerimaan tawaran ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif SAUDIA, Kapten Ibrahim Koshy manakala TH diwakili Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.


Majlis menandatangani diadakan di Jeddah Superdome, Arab Saudi dan disaksikan Ketua Pengarah SAUDIA, Ibrahim Al Omar sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji serta Umrah anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.


Kapten Ibrahim berkata sebanyak 50 peratus jemaah haji akan diterbangkan terus secara berperingkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz Madinah.


"SAUDIA memberi perhatian besar terhadap sektor haji dan umrah di mana satu jabatan ditubuhkan bertujuan menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat jemaah Haji serta Umrah.


"Ia juga berperanan menarik kehadiran jemaah, memilih segmen permintaan perjalanan yang tinggi, bekerjasama dengan organisasi serta entiti luar negara yang mengendalikan urusan haji, umrah rakyat mereka, membuat jadual perjalanan dan menyelaras kelancaran pergerakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi untuk kemudahan semua tetamu," katanya.


Beliau berkata, Saudia akan menggunakan pesawat Boeing B787-9 dengan kapasiti 298 tempat duduk bagi memastikan perkhidmatan serta pengalaman terbaik haji bermula sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam pesawat.


Sementara itu, Syed Saleh berkata TH adalah satu-satunya badan kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif serta sistematik demi keselesaan dan kebajikan jemaah Haji Malaysia.


"Tawaran kepada SAUDIA untuk menyediakan penerbangan sewa khas haji daripada tahun 2022 hingga tahun 2024 sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.


"Penyediaan penerbangan sewa khas Haji ini adalah usaha berterusan TH dan adalah salah satu persediaan awal TH bagi membawa jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini," katanya.

Harga Kereta CKD Naik 8% Hingga 10% Jika Duti Eksais Dilaksana Semula

Sumber Grafik : /www.thoughtworks.com


AUTOMOTIF | Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) dijangka meningkat lapan hingga 20 peratus pada 2023 berdasarkan perkiraan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais yang baharu, kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA)


BERNAMA pada 25 MAC 2022 melaporkan Datuk Aishah Ahmad berkata bagaimanapun pihak industri meminta kerajaan mengembalikan perkiraan lama bagi membendung kenaikan harga kereta CKD.


"Duti eksais itu ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung 2022, dan akan dijalankan semula bermula tahun hadapan.


"Kita (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk kembali kepada polisi yang lama di mana hanya kos item bukan pembuatan sahaja dimasukkan dalam pengiraan OMV, yang akan mengurangkan harga kenderaan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan MAA pada 25 MAC 2022.


Beliau berkata OMV adalah nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.


Perkiraan baru duti eksais Malaysia disediakan oleh MOF semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan telah diwartakan pada 31 Disember 2019. 


Sebelum ini BH Online pada 22 MAC 2022 melaporkan beberapa syarikat pengeluar kenderaan difahamkan sedang melobi kerajaan supaya melanjutkan lagi tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijadual berakhir pada 30 Jun ini.


Penganalisis RHB Research, Jim Lim Khai Xhiang, berkata walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi separuh pertama 2022 berkemungkinan kekal kukuh, dipacu terutama oleh tempoh cuti SST dan tempahan tertunggak yang tinggi, prestasi pada separuh kedua tahun ini dijangka lebih lemah pasca pengecualian SST, khususnya pada Julai.


"Bagaimanapun, kami berpandangan bahawa satu lagi lanjutan mungkin tidak menjadi kenyataan, menyebabkan beberapa jenama utama akan menyerap SST atau memberikan promosi untuk meningkatkan jualan, dengan mengorbankan margin.


"Tambahan lagi, sekiranya bahan mentah yang lebih mahal diterjemahkan kepada harga lebih tinggi bagi bagi pelancaran akan datang, jumlah jualan berdepan risiko penurunan.


"Jika pengedar tidak memindahkan kos input lebih tinggi, margin akan berdepan tekanan penurunan," katanya dalam satu nota.


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan TIV bagi Februari meningkat 7.7 peratus kepada 43,722 unit berbanding bulan sebelumnya.


Khai Xhiang berkata, peningkatan bulanan itu khususnya dipacu oleh jualan PROTON dan Honda, ketika kebanyakan jenama utama lain menyaksikan penuruan.


"Kami kekal berhati-hati pada separuh kedua 2022 memandangkan pengenaan semula SST dan kos bahan mentah lebih tinggi mendatangkan risiko terhadap TIV serta margin," katanya.


PROTON mencatatkan peningkatan bulanan 109 peratus TIV pada Februari, diikuti oleh Honda yang merekodkan kenaikan sebanyak 56 peratus.


Jualan Toyota dan Lexus susut sebanyak 15 peratus, berkemungkinan disebabkan oleh penurunan sebanyak 13 peratus pengeluaran Toyota.


Bagaimanapun, dalam kalangan jenama bukan nasional, Toyota terus menjadi pendahulu dengan 16.6 peratus penguasaan pasaran tempatan, manakala Honda ketinggalan di belakang pada 11.7 peratus.


Khai Xhiang berkata, peningkatan TIV pada Februari diterajui oleh PROTON, khususnya disebabkan oleh pemiulihan pengeluaran model Saga dan Exora di kilang Shah Alam pasca banjir.


"Perodua turut mencatatkan pemulihan kukuh, dipacu khususnya oleh model Axia dan Bezza," katanya.


PELUANG TERBAIK | Malaysia Airlines Tawar Diskaun Sehingga 45 Peratus

PENERBANGAN | PELANCONGAN | Malaysia Airlines Travel Fare (MATF) menawarkan potongan sehingga 45 peratus tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih.


Ia turut menawarkan perkhidmatan dan pakej percutian berbaloi untuk wang, bermula 25 Mac hingga 4 April 2022, lapor BERNAMA pada 24 Mac 2022.


Malaysia Airlines Bhd berkata, pelanggan juga boleh menikmati diskaun manfaat perjalanan dengan potongan 25 peratus ke atas penambahan, termasuk pemilihan tempat duduk, bagasi tambahan dan pakej nilai.


Bagi destinasi domestik, tambang bermula serendah RM79 sehala ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia menggunakan kelas ekonomi, manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM379 sehala bagi penerbangan dalam Semenanjung Malaysia serta perjalanan antara Sabah dan Sarawak.


Bagi destinasi antarabangsa terpilih, Malaysia Airlines menawarkan tambang lebih rendah ke London, India, Singapura, Phnom Penh, Ho Chi Minh City, Manila, Colombo, Kathmandu, Perth, Brisbane, Adelaide, Sydney serta Melbourne.


Sebelum ini media melaporkan Malaysia Airlines sedang berusaha meningkatkan kekerapan penerbangan ke laluan utama Kuala Lumpur-London kepada 11 kali seminggu bermula 27 Mac 2022 dan kembali kepada perkhidmatan harian berganda penuh setiap hari mulai 1 Julai 2022 dan seterusnya.


Pada tarikh sama, syarikat penerbangan nasional itu berkata, ia mengembalikan perkhidmatan komersial berjadual ke India iaitu New Delhi, Bangalore, Mumbai, Chennai dan Hyderabad, selepas hampir 24 bulan digantung kerana penutupan sempadan kedua-dua negara.


"Mulai 1 April 2022, Malaysia Airlines meningkatkan kapasiti ke Bangkok daripada tujuh kali seminggu kepada 14 kali seminggu dan ke Phuket daripada sekali seminggu kepada tiga kali seminggu," katanya dalam kenyataan media pada 22 Mac 2022.


Ia berkata, ini selepas Thailand melonggarkan syarat kemasukan bagi pengembara antarabangsa yang mendapat vaksin sepenuhnya.


Selain itu, katanya, Malaysia Airlines mula terbang ke Bali dengan penerbangan sekali seminggu, bermula 11 Mac 2022.


"Pelanggan yang divaksin sepenuhnya yang melancong ke Singapura boleh terus menikmati skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, memberikan mereka kemudahan akses tanpa kuarantin," katanya.


Sementara itu, Malaysia Airlines berkata, penerbangan yang diadakan semula ke Australia baru-baru ini juga akan menyaksikan pertambahan kepada tujuh kali seminggu ke Sydney daripada lima kali seminggu dan lima kali seminggu ke Perth daripada dua kali seminggu berikutan permintaan yang stabil untuk perjalanan di rantau Australasia.


"Dengan Satellite Golden Lounge Malaysia Airlines akan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi, pelanggan boleh menjangkakan hidangan gaya bufet yang diadakan semula, menawarkan kemudahan untuk tetamu melihat dan menikmati pelbagai hidangan tempatan dan barat sebelum penerbangan mereka.


"Semua ruang istirahat syarikat penerbangan mematuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat, penggunaan wajib topeng muka dan sarung tangan pakai buang di kawasan bufet dan sanitasi biasa di kawasan umum," katanya.




AirAsia Lanjut Tempoh Pas Asean Unlimited (Malaysia) Kepada 3 Bulan

    Sumber Grafik: AirAsia


PENERBANGAN |  Pemegang pas Asean Unlimited AirAsia di Malaysia kini dapat menikmati tempoh sah tambahan selama tiga bulan untuk membuat penebusan dan perjalanan mereka, sempena pembukaan semula sempadan merentasi rantau ini. 


AirAsia dalam kenyataan media pada 22 Mac 2022 menjelaskan tempoh penebusan Pas Asean Unlimited (Malaysia) dilanjutkan dari 12 Mac 2022 hingga 12 Jun 2022, dan tempoh perjalanan dilanjutkan sehingga 26 Jun 2022. 


Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, syarikat penerbangan itu komited untuk memberikan nilai dan kemudahan kepada para tetamu serta pengguna aplikasi dan tempoh lanjutan tiga bulan ini adalah bukti komitmen tersebut. 


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh :


AirAsia lanjut tempoh pas Asean Unlimited (Malaysia) kepada tiga bulan


KUALA LUMPUR, 22 Mac 2022 - Pemegang pas Asean Unlimited AirAsia di Malaysia kini dapat menikmati tempoh sah tambahan selama tiga bulan untuk membuat penebusan dan perjalanan mereka, sempena pembukaan semula sempadan merentasi rantau ini. 


Tempoh penebusan Pas Asean Unlimited (Malaysia) akan dilanjutkan dari 12 Mac 2022 hingga 12 Jun 2022, dan tempoh perjalanan akan dilanjutkan sehingga 26 Jun 2022. 


Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan nilai dan kemudahan kepada para tetamu serta pengguna aplikasi kami, dan tempoh lanjutan tiga bulan ini adalah bukti komitmen tersebut. 


Sempena pembukaan semula sempadan negara pada 1 April, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemegang pas ini untuk sokongan mereka dan berharap mereka akan memanfaatkan tempoh lanjutan selama tiga bulan ini untuk menikmati kelebihan pas Asean Unlimited. 


Kami juga akan terus memperkenalkan produk baharu dan inovatif untuk memudahkan perjalanan dan menjadikannya berpatutan di seluruh rantau ini. Kami juga mempunyai pelbagai produk menarik yang akan diperkenalkan dan tidak sabar-sabar untuk berkongsi dengan semua tidak lama lagi.” 


Untuk maklumat lanjut mengenai Pas Tanpa Had Asean (Malaysia), sila layari halaman Soalan-Soalan Lazim.


Ikuti perkembangan terkini dengan semua e-dagang daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai tawaran e-dagang airasia Super App! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun Apl Super airasia anda daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.



Three months validity extension for Asean Unlimited (Malaysia) pass holders


KUALA LUMPUR, 22 March 2022 - AirAsia’s Asean Unlimited pass holders in Malaysia will be able to enjoy an extension of three months validity to their redemption and travel period, in light of the gradual reopening of borders across the region. 


Those holding the Asean Unlimited (Malaysia) pass will have their redemption period extended from 12 March 2022 to 12th June 2022, and travel up until 26th June 2022. 


Amanda Woo, CEO of airasia Super App said, “We are always committed to provide value and convenience to our guests and app users, and this three month extension is testament towards that commitment. 


With our Malaysian borders reopening on 1 April, we would like to thank all of the pass holders for their support and hope that they are able to use this three month validity extension to enjoy the privileges of the Asean Unlimited pass. 


We are continuously looking into new and innovative products to introduce to the market which can facilitate convenient and affordable travel across the region. We have an exciting product coming up and we look forward to sharing it with everyone soon.”


For more information about the Asean Unlimited Pass (Malaysia), please visit this FAQ page.


Stay up to date with the latest travel and lifestyle deals by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook. For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery now.

MAS Tambah Penerbangan Ke London, Thailand, Australia, Bali & Bangkok


  Logo : MAS

PENERBANGAN | Malaysia Airlines sedang berusaha meningkatkan kekerapan penerbangan ke laluan utama Kuala Lumpur-London kepada 11 kali seminggu bermula 27 Mac 2022 dan kembali kepada perkhidmatan harian berganda penuh setiap hari mulai 1 Julai 2022 dan seterusnya.


Pada tarikh sama, syarikat penerbangan nasional itu berkata, ia mengembalikan perkhidmatan komersial berjadual ke India iaitu New Delhi, Bangalore, Mumbai, Chennai dan Hyderabad, selepas hampir 24 bulan digantung kerana penutupan sempadan kedua-dua negara.


"Mulai 1 April 2022, Malaysia Airlines meningkatkan kapasiti ke Bangkok daripada tujuh kali seminggu kepada 14 kali seminggu dan ke Phuket daripada sekali seminggu kepada tiga kali seminggu," katanya dalam kenyataan media pada 22 Mac 2022.


Ia berkata, ini selepas Thailand melonggarkan syarat kemasukan bagi pengembara antarabangsa yang mendapat vaksin sepenuhnya.


Selain itu, katanya, Malaysia Airlines mula terbang ke Bali dengan penerbangan sekali seminggu, bermula 11 Mac 2022.


"Pelanggan yang divaksin sepenuhnya yang melancong ke Singapura boleh terus menikmati skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, memberikan mereka kemudahan akses tanpa kuarantin," katanya.


Sementara itu, Malaysia Airlines berkata, penerbangan yang diadakan semula ke Australia baru-baru ini juga akan menyaksikan pertambahan kepada tujuh kali seminggu ke Sydney daripada lima kali seminggu dan lima kali seminggu ke Perth daripada dua kali seminggu berikutan permintaan yang stabil untuk perjalanan di rantau Australasia.


"Dengan Satellite Golden Lounge Malaysia Airlines akan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi, pelanggan boleh menjangkakan hidangan gaya bufet yang diadakan semula, menawarkan kemudahan untuk tetamu melihat dan menikmati pelbagai hidangan tempatan dan barat sebelum penerbangan mereka.


"Semua ruang istirahat syarikat penerbangan mematuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat, penggunaan wajib topeng muka dan sarung tangan pakai buang di kawasan bufet dan sanitasi biasa di kawasan umum," katanya.


AirAsia Tingkat Kapasiti Pesawat, Rancakkan Penerbangan

    Sumber Grafik: AirAsia



PENERBANGAN | AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), anak syarikat penerbangan di bawah Capital A Bhd bakal menambah kapasiti pesawat susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia dan kebanyakan negara lain.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL berkata kumpulan menjangkakan kapasiti operasi bakal meningkat kepada 90 pesawat menjelang akhir tahun 2022 di Malaysia, manakala operasi di Thailand (40 pesawat), Filipina (20 pesawat) dan Indonesia (20 pesawat).


Bo Lingam berkata ketika ini di Malaysia, jumlah pesawat beroperasi sebanyak 45 dengan 60 peratus digunakan untuk penerbangan domestik manakala 40 peratus untuk penerbangan antarabangsa.


"Berdasarkan unjuran akhir tahun itu juga, jumlah penggunaan pesawat untuk penerbangan antarabangsa akan meningkat kepada 45 peratus," katanya dalam kenyataan media pada 22 Mac 2022.


Bo berkata, berkata kumpulan turut menambah perkhidmatan ke beberapa destinasi antarabangsa popular AirAsia termasuk Bali, Manila, Bangkok, Ho Chi Minh City, Phuket dan banyak lagi, bermula April 2022.


Beliau berkata, operasi penerbangan domestik seluruh kumpulan juga semakin rancak menerusi pelancaran empat laluan domestik baharu di Malaysia dari Kuching ke Langkawi, Pulau Pinang ke Sibu, Johor Bahru

ke Bintulu dan Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu, baru-baru ini.


AAAGL juga, katanya, melihat perkembangan serupa di peringkat serantau untuk perkhidmatan domestik dan antarabangsa di Thailand, Filipina dan Indonesia.


"AirAsia akan terus membuka laluan baharu selaras dengan permintaan. Perkhidmatan baharu akan diumumkan dalam masa terdekat apabila sempadan negara lain dibuka semula secara beransur-ansur," katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, syarikat menyaksikan penyambungan semula penerbangan antarabangsa secara beransur-ansur seiring dengan pembukaan semula sempadan di seluruh dunia.


Beliau berkata, dengan sekatan perjalanan yang semakin longgar, kumpulan syarikat penerbangan AirAsia meningkatkan kapasiti penerbangan domestiknya sebanyak 156 peratus sejak Oktober 2021 yang bermula dengan gelembung perjalanan Langkawi.


"Akhirnya, banyak sempadan negara dibuka semula dan dengan pembukaan semula sempadan Malaysia, kami akan melancarkan semula banyak laluan baharu dari hab utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).


"Sebagai jaminan untuk tetamu, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan di AirAsia dan kami sentiasa berusaha untuk menyediakan kualiti perkhidmatan bertaraf dunia dengan komitmen untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan yang ketat," katanya.



Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh : 


AirAsia bersedia rancakkan penerbangan dengan pembukaan semula sempadan negara


SEPANG, 22 Mac 2022 - AirAsia mengalu-alukan pengumuman kerajaan Malaysia untuk membuka sepenuhnya sempadan antarabangsa pada 1 April dan bersedia untuk kembali lebih kuat dan terus merancakkan industri penerbangan. 


Sejak AirAsia menyambung semula operasinya melalui gelembung perjalanan dengan tumpuan kepada perkhidmatan domestik, Ia juga telah menyaksikan penyambungan semula penerbangan antarabangsa secara beransur-ansur seiring dengan pembukaan semula sempadan di seluruh dunia. 


Dengan sekatan perjalanan yang semakin longgar, kumpulan syarikat penerbangan AirAsia telah meningkatkan kapasiti penerbangan domestiknya sebanyak 156% sejak Oktober 2021 yang bermula dengan gelembung perjalanan Langkawi, manakala kapasiti untuk penerbangan antarabangsa menigkat sebanyak 50% peningkatan sejak pengumuman kerajaan Malaysia pada 8 Mac 2022 lalu untuk pembukaan semula sempadan pada April ini, dengan sejumlah 75 pesawat beroperasi pada masa ini secara keseluruhan dalam kumpulan. 


Ini juga disokong oleh pembukaan semula negara lain seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja, Singapura dan Vietnam.


Dengan beberapa laluan antarabangsa yang sedia beroperasi secara terhad, pengumuman pembukaan semula negara pasti memberikan rangsangan penting untuk menyokong kapasiti tambahan dalam kebanyakan pasaran antarabangsa utama AirAsia, sejajar dengan jangkaan peningkatan permintaan yang ketara.



Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) berkata: “Kami amat mengalu-alukan keputusan semakin banyak kerajaan di rantau ini untuk membuka semula sempadan, menghapuskan sekatan perjalanan dengan keperluan ujian COVID-19 yang minimum, menjadikan perjalanan lebih mudah untuk semua. 


Kami amat teruja untuk menyambung semula lebih banyak penerbangan di semua pasaran utama AirAsia di Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia dan untuk menambah perkhidmatan tambahan ke beberapa destinasi antarabangsa popular AirAsia termasuk Bali, Manila, Bangkok, Ho Chi Minh City, Phuket dan banyak lagi, bermula pada bulan April. Operasi penerbangan domestik di seluruh kumpulan juga semakin rancak. 


Baru-baru ini, AirAsia melancarkan empat laluan domestik baharu di Malaysia dari Kuching ke Langkawi, Pulau Pinang ke Sibu, Johor Bahru ke Bintulu dan Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu pada tahun ini.


“Kami juga melihat perkembangan serupa di peringkat serantau untuk perkhidmatan domestik dan antarabangsa di Thailand, Filipina dan Indonesia. AirAsia akan terus membuka laluan baru selaras dengan permintaan. 


Perkhidmatan baharu akan diumumkan dalam masa terdekat apabila sempadan negara-negara lain dibuka semula secara beransur-ansur. 


Walaupun perkhidmatan domestik kami di seluruh kumpulan telah meningkat sebanyak 156% dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh permintaan pengguna yang ketara, dan sebanyak 50% untuk antarabangsa, kami menjangkakan untuk kembali kepada tahap pra-COVID sepenuhnya atau malahan lebih tinggi lagi menjelang penghujung tahun ini.”



Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: "Akhirnya banyak sempadan negara telah dibuka semula dan dengan pembukaan semula sempadan Malaysia, kami akan melancarkan semula banyak laluan baharu dari hab utama kami di klia2. 


Sebagai jaminan untuk para tetamu kami, keselamatan sentiasa merupakan keutamaan di AirAsia dan kami sentiasa berusaha untuk menyediakan kualiti perkhidmatan bertaraf dunia dengan komitmen untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan yang ketat.


“Sebagai syarikat penerbangan, kami telah melaksanakan pelbagai langkah dan inovasi bagi memastikan semua tetamu AirAsia boleh melakukan perjalanan dengan selamat melalui langkah keselamatan dan kesihatan yang mantap dan dari sudut operasi kami telah bersedia sepenuhnya. 


Kami juga ingin mengingatkan para tetamu untuk terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa perjalanan anda."


AirAsia kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan di bawah langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat. Satu pencapaian besar bagi AirAsia apabila 95% daripada keseluruhan tetamunya kini telah beralih untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan laman web, satu inisiatif yang diwajibkan atas semua penumpang semasa kemuncak pandemik Covid-19 pada tahun lalu dan akan terus menjadi sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi pelan mitigasi Covid-19 melalui operasi tanpa sentuhan. 


Untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan tempoh untuk prosedur  di lapangan terbang, para tetamu AirAsia digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui airasia Super App dan menggunakan kemudahan daftar masuk bagasi automatik. 


Mulai 1 April 2022, hanya kumpulan penumpang tertentu sahaja akan diterima untuk daftar masuk melalui kaunter, antaranya warga emas berusia 70 tahun ke atas, tetamu kurang upaya yang memegang kad OKU yang sah, tetamu perseorangan bawah umur (12-16 tahun), tempahan berkumpulan untuk 10 tetamu atau lebih, tetamu penerbangan sewa khas dan lebih lagi. 


Penggunaan airasia Super App adalah  percuma dan ia boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery tanpa sebarang bayaran.


Pembukaan semula sempadan membolehkan mereka yang lama terpisah dengan keluarga dan teman-teman untuk kembali bersua, manakala yang ingin melancong pula boleh memilih untuk ke Singapura, Vietnam, Filipina, India, Thailand, Indonesia, Maldives, Brunei, Kemboja, Sri Lanka, Laos, Bangladesh dan lebih banyak dengan tambang serendah RM89 sehala, sementara laluan domestik bermula dari hanya RM39 satu laluan sahaja. Tempah penerbangan dengan memilih ‘Flights’ di aplikasi airasia Super App dari sekarang hingga 27 Mac 2022, untuk perjalanan bermula 1 April 2022 hingga 25 Mac 2023.


Nikmati perjalanan dengan tambang berpatutan dan lebih selamat dengan AirAsia. AirAsia telah diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi tertinggi dengan penilaian 7/7 daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com pada 2021 dan 2022. 

Kerajaan Akhirnya Luluskan Pengeluaran RM10,000 Guna KWSP


Sumber Grafik : KWSP


NASIONAL | Kerajaan Persekutuan pada 16 Mac 2022/Rabu bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000, kata Perdana Menteri.


Dalam sidang media khasnya pada 16 Mac 2022 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat hasil kajian dan penelitian menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.


"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.


"Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000," katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen.


Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan dibuat Kementerian Kewangan dan KWSP.


Beliau menegaskan keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.


Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.


Sementara itu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata butiran pengeluaran khas simpanan persaraan KWSP sehingga RM10,000 diperincikan dalam masa terdekat.


"KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah perlu bagi menangani isu dana persaraan ahli-ahli KWSP yang telah berkurangan," katanya dalam  kenyataan media pada 16 Mac 2022.


Berikut adalah informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas daripada Twitter KWSP pada 16 Mac 2022 :

i rin

Sumber: KWSP


                                                                      Sumber: KWSP


Pengeluaran Khas KWSP Yang 'Terakhir'


Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang diumumkan kerajaan pada 16 Mac 2022 adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.


Dalam kenyataan media pada 16 Mac 2022, KWSP berkata lanjutan daripada pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ia memperkenalkan pengeluaran khas RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan oleh pandemik.


Katanya, ini adalah pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi.


"Setakat akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga pengeluaran berkenaan.


"Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.


"KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara," katanya.


Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran adibuat KWSP dengan kadar segera.


Dapatkan Nasihat Sebelum Buat Pengeluaran Khas KWSP


Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada agensi berkaitan sebelum membuat keputusan mengeluarkan wang simpanan persaraan.


BH ONLINE pada 16 Mac 2022 melaporkan Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat keputusan sewajarnya terutama tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka.


Jelas beliau keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yang melanda rakyat, terutama membabitkan pencarum KWSP.


"Walaupun ekonomi semakin pulih, ada beberapa kumpulan masyarakat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk musibah banjir baru-baru ini.


"Namun, kerajaan perlu memastikan ada ruang dan peluang untuk pencarum mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kewangan secara berterusan, sebagai contoh melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), bagi memastikan pengeluaran secara optimum dan tidak disalahgunakan," katanya.


Sementara itu, pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata pencarum juga perlu memikirkan keperluan sebenar, sebelum membuat pengeluaran kerana ia membabitkan kesan jangka panjang kedudukan kewangan mereka selepas bersara.


Beliau berkata, di Malaysia, 35 peratus rakyat kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, manakala 65 peratus langsung tiada pengetahuan berkaitan aspek berkenaan.


"Ada pencarum yang merasakan pengeluaran (KWSP) adalah hak mereka tanpa memikirkan masa hadapan...mereka fikir jangka pendek sahaja. Kalau boleh, elaklah keluarkan. Cuma realitinya memang ada kumpulan rakyat yang amat memerlukan (pengeluaran KWSP).


"Justeru, kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih terperinci, termasuk menyediakan khidmat nasihat sama ada secara formal atau pun tidak formal, termasuk memberi khidmat kaunseling kepada pencarum, bergantung kepada keperluan mereka," katanya.



Berikut adalah kenyataan media penuh Perdana Menteri:


Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

 

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

 

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan  daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

 

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

 

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.


Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

 

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

 

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.




Harga Emas Potensi Pecah Rekod Tertinggi, Paras RM324.72 Se Gram Pada 2022


   Sumber Foto: ArabNews


Harga emas pukal memiliki potensi melepasi paras tertinggi dalam sejarah kepada AS$2,200 (RM9,205.77) seauns atau RM324.72 segram tahun 2022 bergantung perkembangan ketegangan geopolitik Russia-Ukraine, pasaran ekuiti dan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).


Harga emas melepasi paras AS$2,000 (RM8,368.88) seauns atau RM295.20 segram sebelum menghampiri paras kemuncak AS$2,074.88 (RM8,682.21) atau RM306.26 segram yang dicatatkan pada Ogos 2020 kepada AS$2,056.70 (RM8,606.14) atau RM303.57 pada 8 Mac 2022.


Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, berkata harga emas tertinggi mampu dicapai dalam tempoh terdekat banyak bergantung pada perkembangan lain yang berlaku ketika ini, lapor BH ONLINE pada 14 Mac 2022.


Mohd Faizal Mohd Nor berkata antara pembolehubah perlu diperhatikan adalah sejauh mana ketegangan geopolitik Russia-Ukraine berpanjangan dan kesannya pada negara lain terbabit.


"Faktor lain adalah perkembangan pasaran ekuiti dan kadar faedah oleh Fed AS. Namun, saya yakin semua faktor di atas menyebelahi harga emas dalam jangka masa panjang," katanya.


Mohd Faizal berkata melihat kepada perkembangan semasa, bekalan emas daripada pengeluar utama di Russia merosot disebabkan pelbagai sekatan dikenakan ke atas negara itu.


Katanya, Russia memiliki hampir 10 peratus pengeluar emas diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA), pertubuhan mewakili pengawal selia global logam berharga paling berpengaruh di dunia.


"Ditambah pula dengan kadar inflasi di AS ketika ini yang berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 40 tahun, saya berpendapat paras AS$2,070 (RM8,661.79) seauns mampu dilepasi pada bila-bila masa.


"Ketika, ini bukan hanya syarikat Russia, bahkan syarikat negara lain yang berurusan dengan syarikat Russia juga ditekan dengan pelbagai sekatan.


"Ketidaktentuan ini sudah tentu memberi tekanan pada pasaran ekuiti. Kesannya, permintaan terhadap kelas aset yang dianggap sebagai aset selamat seperti emas akan melonjak," katanya.


Beliau menjelaskan, harga emas sentiasa mengalami turun naik dalam jangka pendek, namun untuk jangka masa panjang, ia berkait secara langsung dengan bekalan mata wang dalam sesebuah ekonomi.


"Umum mengetahui hampir semua negara di dunia mengembangkan bekalan mata wang pada setiap masa, sama ada melalui dasar monetari kerajaan atau penciptaan kredit oleh bank komersial.


"Bekalan mata wang yang sentiasa berkembang ini menyebabkan mata wang sedia ada dalam ekonomi mengalami penyusutan nilai secara berterusan. Di sinilah uniknya peranan emas dalam mengimbangi keadaan ini.


"Melihat pada senario ini yang tidak berubah sejak mata wang negara dunia diapungkan, saya yakin harga emas akan terus meningkat seiring dengan pengembangan bekalan mata wang ini," katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kim Trading Venture Sdn Bhd, Liew Kim Fung, berkata harga emas yang kekal tinggi ketika ini menyaksikan pelabur meletakkan sasaran berikutnya, iaitu AS$2,100 (RM8,787.32) seauns dalam tempoh enam bulan akan datang.


Katanya pada masa ini, isu geopolitik Russia-Ukraine akan menjadi pendorong utama untuk harga emas melonjak ke paras kemuncaknya, iaitu AS$2,070 seauns.


"Selain itu, inflasi juga memainkan peranan penting dalam memacu harga emas terutama ketika harga minyak mentah dan minyak sawit mentah yang cukup tinggi pada masa ini.


"Emas adalah alat melindung nilai terhadap inflasi, justeru kita akan melihat kesinambungan peningkatan harga emas ketika ini," katanya.


Pada peringkat tempatan, katanya, penjualan dan gadaian barangan kemas lama melonjak ketara bagi membolehkan pemegang mengaut keuntungan lebih tinggi.


"Justeru, jualan barang kemas baharu semakin perlahan. Sudah tentu, ini masa terbaik kepada pelabur mengambil keuntungan yang baik kerana harga emas yang hampir ke paras kemuncak," katanya.


Peniaga emas dan Pengarah Urusan Merchant Nine Sdn Bhd, Nik Mohd Haniff Nik Hamid pula berkata, sejak harga emas dalam trend menaik, didapati lebih ramai mengambil kesempatan menjual emas untuk mendapat pulangan lebih tinggi, terutama dalam tiga minggu kebelakangan ini.


"Merchant Nine antara kedai yang membeli emas terpakai dengan harga tinggi. Kami menjangkakan trend menjual emas untuk tunai akan berterusan sehingga awal Ramadan," katanya.

TERKINI

ANALISIS | Pilihan Pesawat Pejuang Baharu untuk Malaysia: Strategik, Teknologi dan Geopolitik

    Foto : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut ---   Bahagian 1: Pengenalan, Latar Belakang ...