Hong Kong Isytihar Undang-Undang DARURAT Pertama Kali Dalam Tempoh 50 Tahun

Foto Sumber : Smart Cities



HONG KONG: Pemimpin wilayah ini, Carrie Lam hari ini mengumumkan perintah darurat buat kali pertama dalam tempoh lebih 50 tahun, bertujuan membendung keganasan memuncak di bandar ditadbir China itu.
Bercakap dalam sidang media, Lam berkata, larangan pemakaian topeng muka juga berkuat kuasa esok (Sabtu), 5 Oktober, mengikut undang-undang darurat yang membolehkan pihak berkuasa ‘membuat sebarang peraturan’ berkaitan kepentingan awam.
Mereka yang melanggar larangan, termasuk pengeculian, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda HK$25,000 (RM13,342.35), lapor akhbar South China Morning Post (SCMP), memetik individu yang tidak dikenal pasti.B
Bekas wilayah ditadbir Britain itu juga meneliti untuk melanjutkan tempoh tahanan suspek melebihi 48 jam, oleh kerana tenaga yang diperlukan untuk menguruskan sejumlah besar tangkapan protes, lapor akhbar Oriental Daily.
Tindakan itu kemungkinan mencetuskan pertembungan sengit hujung minggu ini, apabila penunjuk perasaan sudah menggesa demonstrasi besar-besaran bagi menentang undang-undang berkenaan.
“Ini seperti membuka kotak Pandora, siapa tahu apa yang berlaku selepas larangan ini? Namun kerajaan perlu tahu jika ia bertegas dan tidak mendengar suara rakyat, kami tidak akan berputus asa dan memastikan kerajaan bertanggungjawab. Kami akan terus berjuang,” kata seorang lelaki yang melakukan protes di tengah ibu kota ini.
Topeng muka menjadi simbol tentangan di kalangan penunjuk perasaan yang bimbangkan dihukum jika mereka dikenal pasti. China sudah memberi tekanan kepada perniagaan seperti syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways supaya memecat kakitangan yang mengambil bahagian dalam demonstrasi.
“Saya bimbang dengan tentangan mungkin. Golongan muda mengatakan mereka bersedia untuk mati demi perjuangan ini. Mereka masih di luar sana memakai topeng muka dan polis akan mendakwa mereka,” kata Claudia Mo, seorang pembuat dasar prodemokrasi di sini.
Terdahulu, ketua pengarah akhbar Global Times China, Hu Xijin yang disokong Parti Komunis menulis dalam tweet, negara Barat tidak seharusnya ‘bersikap berat sebelah’ apabila memberi reaksi kepada larangan sambil mendakwa Kanada dan New York dilaporkan memiliki undang-undang sama.
“Ada tuntutan kuat di Hong Kong menggesa undang-undang anti-topeng muka. Kebanyakan aktiviti keganasan di Hong Kong dilakukan perusuh bertopeng,” kata Xijin.
Polis melepaskan gas pemedih mata dan penyembur lada ke arah penunjuk perasaan di kawasan kediaman Tai Koo malam semalam ketika bantahan meletus di 11 tempat dan pusat beli belah di seluruh bandar susulan laporan, kata SCMP.
Ada juga gesaan untuk bantahan di daerah perniagaan pusat jam 12.30 hari waktu tempatan hari ini. 
Sumber -Agensi

Huawei Beri Peluang PKS Ke Peringkat Global

FOTO: HUAWEI


KUALA LUMPUR: Gergasi telekomunikasi China, Huawei memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperkasakan industri digital tempatan ke peringkat global, melalui Huawei Mobile Services (HMS).

HMS adalah platform yang dibangunkan Huawei untuk menyediakan aplikasi media sosial.

Pengarah Pemasaran Perkhidmatan Mudah Alih Huawei, Kim So Yeon, berkata melalui HMS, PKS dan usahawan muda boleh terbabit dalam ekosistem digital dengan memperkenalkan aplikasi mereka secara percuma.

“Huawei ingin membina ekosistem digital, khususnya dalam pembangunan aplikasi, kepada semua pihak. Malah, bagi menyokong program HMS ini juga, pembangun aplikasi tidak perlu membayar sebarang yuran tahunan atau yuran pembangunan aplikasi.

“Kami sendiri akan turut membantu mereka dari segi pembangunan teknikal dan nasihat. Semua pihak perlu memahami, aplikasi yang dibangunkan itu bukan saja untuk pasaran tempatan tetapi global.

“Ia akan berada dalam Huawei AppGallery dan boleh diakses oleh semua pengguna Huawei seluruh dunia. Sokongan ekosistem berterusan ini diharap dapat menghasilkan pembangun aplikasi utama di setiap negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Persidangan Ekosistem Huawei Malaysia 2019 (HMEC19) di sini, hari ini.

Kim berkata, Huawei memperkenalkan dana sebanyak AS$1 bilion di peringkat global bagi membantu pembangun aplikasi membangunkan perisian mereka.

Selain itu, katanya, Huawei turut menyediakan bantuan kepada syarikat terpilih yang ingin terbabit dalam pembangunan aplikasi, selain memperkenalkan program Huawei Shining Star.

“Bagi menggalakkan minat pengguna dalam pembangunan aplikasi, Huawei memperkenalkan HMS Integration Challenge yang bermula pada 23 September hingga 31 Disember 2019.

“Ketika ini, kami sudah menerima lebih daripada 30 penyertaan bagi merebut hadiah bernilai RM500,000.

“Manakala, bagi Biasiswa Pembangunan Aplikasi pula, kami akan menganugerahkan RM30,000 kepada dua universiti tempatan iaitu Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA,” katanya.

Pada majlis sama, Huawei turut melancarkan Huawei Mate 30 Series, telefon pintar terbaharunya di pasaran Malaysia yang menjadi negara pertama melancarkan telefon pintar itu selepas China.

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro menggunakan platform Android 10 dan EMUI 10 dan semua model terbaharu keluaran Huawei selepas ini tidak akan menggunakan Google Mobile Services (GMS) namun model sedia ada di pasaran tidak terjejas dengan perubahan ini.

AppGallery pula adalah ruang untuk pengguna mendapatkan pelbagai aplikasi yang disediakan pihak ketiga dan ketika ini ia mencatatkan 390 juta pengguna aktif setiap bulan.

Terdapat puluhan juta pengguna untuk aplikasi proprietari, 200 juta untuk Pelayar, 160 juta untuk Cloud, 160 juta untuk Muzik, 140 juta untuk Pembantu, 130 juta untuk video dan 70 juta untuk tema.

SUMBER: BH ONLINE

Perang Nuklear Pakistan-India Ancam 100 Juta Penduduk


FOTO SUMBER: BUSINESS INSIDER

WASHINGTON: Penyelidik menjangkakan perang nuklear antara India dan Pakistan akan menyebabkan kematian lebih 100 juta penduduk, disusuli kebuluran besar-besaran apabila asap tebal menghalang cahaya matahari selama sedekad.

Senario yang diramalkan berlaku itu didedahkan dalam laporan yang diterbitkan semalam, susulan ketegangan hubungan antara dua negara di selatan Asia itu, yang sudah berperang selama beberapa kali bagi menuntut penguasaan ke atas wilayah majoriti Islam di Kashmir.

Kedua-dua negara itu kini giat membangunkan program senjata atom masing-masing.

Pakistan dan India, masing-masing dilaporkan memiliki 150 peledak nuklear dan jumlahnya dijangka meningkatkan kepada lebih 200 pada 2025.

“Amat malang kerana India dan Pakistan masih berada dalam konflik berhubung isu Kashmir dan setiap bulan atau lebih, anda dapat membaca mengenai kisah rakyat yang meninggal dunia di kawasan sempadan,” kata profesor sains alam sekitar, Universiti Rutgers, Alan Robock, yang juga penulis bersama kertas kajian mengenai kemajuan sains kepada AFP.

SUMBER GRAFIK: AL-JAZEERA

Ogos lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi membatalkan kuasa autonomi yang diberikan kepada sebahagian wilayah Kashmir, yang dikuasai negara itu.

Susulan itu, rakan sejawatannya, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memberi amaran pertikaian itu boleh merebak kepada perang nuklear.

Kali terakhir, New Delhi dan Islamabad bertelagah mengenai isu sempadan adalah pada Februari lalu, namun ia kembali reda selepas Pakistan menyerahkan juruterbang yang ditahan kepada India. 

GRAFIK SUMBER: AL-JAZEERA


SUMBER: AFP

Malaysia Airlines Kini Sudah Terbang Ke Solo!

FOTO: SOLO


INFO PENERBANGAN | Malaysia Airlines Bhd melancarkan laluan ke Solo dan Pekanbaru di Indonesia sejak Rabu (18 September) dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, sebagai memenuhi permintaan meningkat bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Indonesia.

Penerbangan dua kali seminggu menggunakan pesawat B737-800 ke dua bandaraya Indonesia itu, masing-masing merupakan destinasi kelima dan keenam syarikat penerbangan itu di Indonesia.

Penerbangan ke Solo berlepas dari Kuala Lumpur pada 8:30 malam dan tiba pada 10 malam pada hari yang sama. Penerbangan balik berlepas dari Solo pada 11:15 malam dan tiba di Kuala Lumpur pada 2:55 pagi hari berikutnya.

Sementara itu, penerbangan ke Pekanbaru berlepas dari Kuala Lumpur pada 7:50 malam dan tiba di Pekanbaru pada 7:55 malam hari yang sama.

Penerbangan balik berlepas dari Pekanbaru pada 8:55 malam hari yang sama dan tiba di Kuala Lumpur pada 11:05 malam hari yang sama.

(masa berlepas dan ketibaan adalah mengikuti waktu tempatan). 


SUMBER: BERNAMA

Firefly Tawar 10,000 Tempat Duduk Sehala Percuma

FIREFLY


INFO PENERBANGAN | Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, Firefly, menawarkan 10,000 tempat duduk perjalanan sehala percuma untuk pelanggan yang layak bagi semua destinasi domestiknya, menurut Malaysia Airlines Bhd (MAB).

MAB berkata, untuk layak, pelanggan perlu membeli satu tiket Malaysia Airlines sama ada ‘Economy Smart’, ‘Economy Flex’ atau kelas Perniagaan bagi penerbangan ke mana-mana destinasi ASEAN bermula hari ini hingga 1 Oktober 2019 untuk perjalanan serta-merta dan sehingga 31 Disember 2019.

Setiap pelanggan kemudiannya boleh menebus tempat duduk percuma bagi perjalanan sehala itu dengan menggunakan kod promosi istimewa menerusi laman web Firefly di www.fireflyz.com.my.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Aviation Group, Lau Yin May berkata, tempat duduk itu akan ditawarkan mulai 2 November 2019 hingga 29 Mac 2020 bagi penerbangan pada Sabtu dan Ahad sahaja.

Beliau berkata, promosi ini merupakan pendekatan pihaknya untuk memberi penghargaan kepada pelanggan.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk pelanggan kami berkunjung ke destinasi dalam ASEAN dan meneroka Malaysia dengan promosi tempat duduk percuma bagi perjalanan sehala istimewa ini.

“Tawaran ini tersedia bagi tempoh yang terhad sahaja, jadi tempahlah perjalanan ke destinasi ASEAN anda dengan Malaysia Airlines sekarang untuk menikmati percutian percuma di Malaysia dengan Firefly,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Thai Palace Publishes Consort Pictures, Website Crashes


Photo: BANGKOK POST


BANGKOK — Thailand's palace website crashed on Monday (Aug 27) after it released unprecedented pictures of the king's consort in a fighter jet, wearing a crop top and dressed in combat fatigues with him and the royal poodle.

The unusually candid pictures of King Maha Vajiralongkorn's consort, 34-year-old Major-General Sineenat Wongvajirapakdi, were released along with her official biography.

A palace official said the website was being fixed because of the volume of traffic. The palace has a policy of not commenting to media.

The king named Ms Sineenat, a former nurse and his bodyguard, as Royal Noble Consort on his birthday last month. It was the first such appointment in almost a century, long before the end of absolute monarchy in 1932.

Some of the pictures are in the usual royal tradition, with Ms Sineenat wearing Thai dress and sitting at the king's feet.

But she is also pictured in the cockpit of a fighter jet and wearing a grey camouflage pattern crop-top at the controls of a light aircraft.


PHOTO: BANGKOK POST

Some pictures show Ms Sineenat and the king holding hands while one shows them both in green combat fatigues with the royal pet dog.


Ms Sineenat's appointment as consort came after the king married a former flight attendant and deputy head of his personal guard force, Suthida Tidjai, 41, and made her queen just days before his coronation in May. 

SOURCE: REUTERS

Hikma Nursya: Miliki Wajah Persis Pelakon Filem Bukan Penghalang Ceburi Kerjaya Mencabar

Foto Sumber: Instagram hikmanurysaa


OLEH: MOHD EZLI MASHUT

INSPIRASI | Persis seperti pelakon filem dan sinetron tidak menjadi penghalang untuk wanita yang mempunyai raut wajah anggun dan ayu untuk bertugas dalam profesion mencabar dan memerlukan komitmen serta keberanian tinggi seperti seorang anggota polis !

Hikma Nursya menjadi viral di media sosial kerana tidak sekadar memiliki wajah ayu sahaja tetapi keupayaan bertugas dalam karier mencabar dan penuh ranjau sebagai sebagai pengaman dari Indonesia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dia yang kini berusia 25 tahun berasal dari Yogjakarta, Indonesia sedang bertugas di Bangui, Afrika. 

Foto Sumber: Instagram hikmanurysaa

Bukan sekadar itu sahaja, Hikma turut aktif di media sosial apabila Instagramnya sahaja sudah memiliki pengikut melebihi 75,000 sehingga 8 Ogos 2019 dengan sering berkongsi gambar ketika menjalankan tugas.

Dalam catatan beliau di Instagram beliau menulis :

| hikmanursyaa | Saya mengucapkan terima kasih banyak khususnya untuk warga Indonesia yang telah memberikan dukungan lebih untuk saya dan rekan rekan saya disini dalam melaksanakan misi di Bangui Central Afrika. 

Semoga dengan doa, tekad yang kuat, hati yang ikhlas, kami diberikan kelancaran dan kemudahan dalam menjalankan misi ini. 

Dengan mengucap rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT tangan tangan kami akan terus merengkuh, menggandeng, menuntun saudara saudara kita menuju masa depan yang lebih baik. Salam Garuda |

Memiliki wajah cantik sebegini dan pekerjaan sangat mencabar sewajarnya boleh memberikan inspirasi kepada wanita untuk berjaya dalam profesion mencabar dan memerlukan pengorbanan besar.

Hikma juga dalam menjalankan tugasnya turut mempunyai kemahiran menggunakan senjata apabila turut berkongsikan video sedang menjalani latihan penggunaan senjata api di Instagramnya.

Foto Sumber: Instagram hikmanurysaa


| hikmanursyaa | Jangan biarkan siapapun merebut imajinasimu, kreativitasmu, dan rasa ingin tahumu. 

Ini tempatmu di dunia, ini hidupmu. Pergi dan lakukan yang terbaik dan jadikan kehidupan yang ingin kau jalani. (Mae C. Jemison) .

“hey ladies...buktikan kalian juga mampu dan berdiri di atas kaki kalian sendiri" - Tulis Hikma Nursa di Instagramnya pada 6 Ogos 2019 lalu.

Foto Sumber: Instagram hikmanurysaa

FOTO SUMBER: INSTAGRAM HIKMA NURSYA


25 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

Qatar Airways menduduki tangga kedua dalam senarai yang dikeluarkan. -fotoREUTERS

Berdasarkan Hiburan Dalam Pesawat

MENGGUNAKAN pesawat untuk berkunjung dari satu tempat ke tempat yang lain adalah perkara biasa dalam kehidupan masa kini.

Jika penerbangan tidak mengambil masa lama, hiburan dalam pesawat mungkin bukan sesuatu yang penting.

Tetapi bayangkan jika akan perlu menempuh penerbangan panjang sehingga 10 jam atau lebih, sudah tentu anda memerlukan hiburan bagi mengisi kebosanan.

Banyak sebenarnya yang anda boleh lakukan dengan terhidangnya 'in flight entertainment' di tempat duduk anda.

Anda boleh memilih filem atau drama kegemaran, mendengar lagu, bermain permainan video, malah dalam sesetengah penerbangan turut disediakan perkhidmatan wifi.

Berikut senarai 25 syarikat penerbangan dunia (hiburan terbaik dalam pesawat) berdasarkan pengiktirafan oleh Skytrax.

Emirates mendahului senarai. -foto Shutterstock

1- Emirates

2- Qatar Airways

3- Singapore Airlines


Virgin Atlatic menawarkan pelbagai pilihan filem menarik. -foto Business Insider

4- Virgin Atlantic

5- Delta Air Lines

6- Qantas Airways

7- United Airlines

8- Lufthansa

Ruang dalam Turkish Airlines nampak selesa. -foto Shutterstock


9- Turkish Airlines

10- American Airlines

11- Etihad Airways

12- Air Canada

13- Cathay Pacific Airways

14- Thai Airways


British Airways menduduki senarai ke-15. -foto British Airways

15- British Airways

16- Aeroflot

17- KLM Royal Dutch Airlines

18- Swiss International Air Lines

19- Oman Ai


Bahagian dalam pesawat Hainan Airlines. -foto Hainan Airlines

20- Hainan Airlines

21- Air France

22- Japan Airlines

23- Air New Zealand

24- ANA All Nippon Airways

25- Austrian Airlines

SUMBER: MSTAR ONLINE

Kereta Terbang Jepun Dipasarkan 2026

PHOTO : ASSOCIATED PRESS
Sebuah syarikat Jepun berjaya mencipta kereta terbang yang antara lain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini.


Portal Daily Mirror melaporkan, firma Nec Corp me­nguji kereta terbang baharu itu di Tokyo pada minggu ini dan dijangka memasarkannya secara besar-besaran pada 2026.


Peranti tersebut merupakan dron menggunakan bateri berkuasa tinggi dilengkapi empat kipas, cukup besar untuk membawa manusia sebagai penumpang.

Semasa dipandu uji, kereta terbang itu berlegar kira-kira tiga meter di atas daratan selama seminit, sebelum mendarat kembali.

Bagi memastikan tiada sebarang kecelakaan berlaku, ujian penerbangan itu dilakukan di dalam sebuah sangkar besar dan kereta terbang itu ditambatkan pada daratan.

Dalam pada itu, Kouji Okada yang mengetuai projek kereta terbang itu berkata, Jepun merupakan negara yang padat dengan penduduk dan secara tidak langsung kereta terbang itu dapat mengurangkan beban lalu lintas.

Menurut laporan itu, meskipun NEC tidak bercadang untuk menghasilkan kereta terbang dengan sendiri, rakan kongsi projek Cartivator akan memulakan pengeluaran besar-besaran kenderaan itu menjelang 2026.

Bagaimanapun, syarikat tersebut menghadapi persai­ngan sengit daripada beberapa firma lain yang berlumba untuk muncul sebagai pengeluar pertama mengoperasikan kereta terbang komersial mereka.

Antara firma tersebut termasuk Uber, Boeing dan Kitty Hawk. 

SUMBER: AGENSI

TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...