Penduduk Negara Padang Pasir Nikmati Keindahan Salji

FOTO SUMBER: SPA NEWS

Penduduk di wilayah Tabuk di Arab Saudi menikmati suasana unik dan jarang berlaku apabila salji turun di kawasan itu pada 31 Mac lalu.

Agensi Berita ARAB NEWS melaporkan pengunjung bergegas ke kawasan pergunungan di  sempadan Jordan dan di tapak projek mega NEOM mega bagi menikmati suasana itu sambil berkongsi video dan gambar keadaan cuaca unik itu.

Fahd Al-Belawi berkata beliau dan keluarganya gembira dengan kehadiran salji turun sambil menambah bahawa mereka datang lebih awal ke gunung untuk menikmati cuaca, yang mana ia digambarkan sebagai "satu masa terbaik pada tahun ini."

FOTO SUMBER: SPA NEWS


Penduduk Nayef Al-Harby dan Mohammad Al-Shammari berkata ini adalah kali pertama mereka melihat rantau ini diliputi salji.

"Ini adalah kali pertama kita melihat bahagian atas Jabal Al-Lawz diselaputi putih, kami telah menunggu selama ini, sehingga kami dapat menikmati cuaca," kata mereka kepada SPA.

FOTO SUMBER: SPA NEWS

FOTO SUMBER: SPA NEWS

Laporan cuaca mengatakan suhu di kawasan itu jatuh di bawah 9 darjah celsius.

Penyelidik iklim, Eid Al-Madhlaani, berkata ia sangat luar biasa untuk melihat salji turun pada hari terakhir Mac.


SUMBER BERITA: ARAB NEWS
SUMBER GAMBAR: SPA


Status Hagia Sophia Diubah Menjadi Masjid: Erdogan

FOTO SUMBER: Hürriyet Daily News

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Muzium Hagia Sophia Istanbul akan diubah menjadi masjid.


"Ayasofya (Haghia Sophia) tidak lagi dipanggil sebuah muzium, statusnya akan berubah, kami akan menyebutnya sebuah masjid," kata Erdogan semasa program televisyen secara langsung, lapor Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY.

Hagia Sophia, yang digelar "Wonder of the World" oleh sejarawan, adalah salah satu muzium yang paling banyak dikunjungi di dunia dari segi sejarah seni dan seni bina.

Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun. Pada tahun 1453, ia telah diubah menjadi masjid oleh Fatih Sultan Mehmet apabila Uthmaniyyah menakluki Istanbul.

Berikutan kerja pemulihan semasa era Uthmaniyyah dan penambahan menara oleh arsitek Mimar Sinan, Hagia Sophia menjadi salah satu monumen yang paling penting dalam seni bina dunia.


FOTO SUMBER: pixabay.com
FAKTA MENARIK MENGENAI HAGIA SOPHIA

1. Hagia Sophia merupakan salah satu keajaiban seni bina tertua yang masih berdiri sehingga hari ini. Awalnya dikenali sebagai 'Megale Ekklesia', sehingga abad ke-5 ia bertukar nama sebagai Hagia Sophia, 'Ayasofya' atau 'holy wisdom' pada zaman pemerintahan empayar Rome Timur. 

2. Ia dibina oleh Emperor Konstantios, ia pernah dibakar disebabkan kerusuhan yang berlaku pada tahun 404 akibat perbalahan antara permaisuri Eudoksia dan bapa patriark Loannes Chrysostomos, yang dibuang negeri, dan pernah diruntuhkan pada tahun 532 disebabkan kerusuhan Nika. 

3. Seni bina hari ini dibina oleh arkitek Isodoros dan Anthemios yang terkenal pada zaman pemerintahan Justinianos (527-564). Ia merupakan lambang kehebatan dan kemegahan Justianos terhadap terhadap Jerusalem.

4. Proses pembinaan Hagia Sophia sangat teliti dengan reka bentuknya yang menghubungkan struktur luaran dan dalaman bagi mengukuhkan kubah pusat (the big dome) dengan seni bina pelan tradisional basilika. 

5. Keseluruhan Hagia Sophia mempunyai 104 kolum, 40 di bahagian bawah dan 64 di galeri atas. Proses penstrukturan juga amat rumit. Hanya kepingan seni bina yang terbaik digunakan untuk pembinaan ini. 

6. Tiang dinding dan struktur dinding dalam binaan ini diambil dari wilayah berbeza di sekitar Anatolia dan Syria (Aspendus dan Ephessus). 

7. Marmar putih di dalaman hagia Sophia diambil daripada pulau Marmara, batu marmar seperti guli merah di dinding berasal dari Afyon, dan jalur hijau 'porphyry' berasal dari Pulau Euboea(Greece). 

8. Manakala, hampir semua dinding hagia sophia kecuali dilindungi oleh marmar dihiasi dengan mosaik yang sangat indah. Emas, perak, kaca dan batu berwarna digunakan untuk membuat Mosaik.

9. Selepas Penaklukan kota Konstantinople oleh Fatih Sultan Mehmet (1451-1481), pada 1453. Hagia Sophia telah diubah suai menjadi masjid. Strukturnya diperkukuh dan dilindungi. Tiang tambahan dipasang pada zaman empayar Uthmaniyah akibat kerosakan struktur daripada gempa bumi. 

9. Madrasah dibina dibahagian utara Hagia Sophia. Dan menara yang direka dilaksanakan oleh arkitek Mimar Sinan. Dan pada abad ke-16 dan ke-17, mihrab, minbar dan maqsurah dan tempat Muazzin dibina. 

10. Namun semasa pentadbiran Mustafa Kemal Ataturk, Hagia Sophia diubah menjadi muzium sejak 1 Februari 1935.

11. Hagia Sophia–bererti “Kebijaksanaan Suci”, dikenal juga dengan nama Sancta Sophia dalam bahasa Latin, atau Aya Sofya dalam bahasa Turki.

12. Untuk pertama kalinya, dalam 85 tahun terakhir, ayat suci Alquran dikumandangkan dari Muzium Hagia Sophia atau Aya Sofia. Ayat-ayat suci Alquran itu dilantunkan pada Jumat dalam rangkaian acara sebuah pameran kesenian kaligrafi.

13. Pada Jumat 10 April 2015 itu, ayat suci Alquran dikumandangkan oleh Ali Tel, imam Masjid Ahmed Hamdi Akseki. Seremoni pembukaan acara tersebut dihadiri oleh sejumlah tertinggi Turki, termasuk Badan Urusan Agama Turki, Mehmet Gormez.

SUMBER:
1. ANADOLU NEWS AGENCY
2. Facebook AKU DAN ISTANBUL

Pembiayaan Islam dijangka berkembang 10-11% pada 2019 - RAM Ratings

FOTO: RAM RATING

Pertumbuhan pembiayaan Islam dijangka berada sekitar 10-11 peratus pada 2019 dengan perbankan Islam masih menerajui pertumbuhan sektor perbankan Malaysia secara keseluruhan, demikian menurut RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings).

Dalam edisi terkini penerbitan tahunannya, Tinjauan Insurans Perbankan Islam, RAM Ratings berkata perbankan Islam terus berkembang pada kadar lebih pantas berbanding pinjaman konvensional pada 2018, yang mencapai 11 peratus daripada 10.3 peratus pada 2017, sebagai perbandingan kepada pertumbuhan konvensional 3.3 pada 2018.

"Pada akhir Januari 2019, pembiayaan Islam terdiri daripada kira-kira 32 peratus daripada keseluruhan sistem pinjaman," kata firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, RAM Ratings berpandangan bahawa pembiayaan Islam mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai sasaran 40 peratus Bank Negara Malaysia (BNM) dalam perkongsian sistem pinjaman keseluruhan menjelang 2020.

"Sementara ia memerlukan lebih banyak masa untuk mencapai sasaran 40 peratus, industri perbankan Islam jauh dari segi kematangan dan keluasan," kata Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangannya, Wong Yin Ching.

Sementara itu, RAM Ratings mengekalkan tinjauan stabil terhadap sektor perbankan Islam negara, sejajar pandangannya ke atas sistem perbankan domestik secara keseluruhan.

Melangkah ke depan pada 2019, firma penyelidikan itu menjangkakan pertumbuhan pembiayaan Islam berlegar pada kadar dua angka, dengan petunjuk kualiti aset tetap berdaya tahan dan menyaksikan permodalan yang kukuh.

RAM Ratings juga menjangkakan sektor itu akan mencatatkan prospek stabil ke atas keuntungan walaupun terdapat sedikit mampatan marjin, menjelang pelaksanaan keperluan nisab pembiayaan stabil bersih (NSFR).

BNM tahun lalu mengumumkan ia merancang untuk melanjutkan tempoh pemerhatian NSFR untuk satu tahun lagi hingga 2020, walaupun bank pusat sebelum ini berhasrat melaksanakan standard kecairan baharu itu seawal 1 Januari 2019. 

SUMBER: BERNAMA

MTA Sasar Nilai Perlindungan Takaful RM400 bilion 2019

FOTO SUMBER: 8excite.com

#INSURANS | Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menyasarkan nilai perlindungan takaful baharu sebanyak RM400 bilion pada tahun ini berbanding RM324.2 bilion yang dicatatkan pada 2018.

Pengerusi MTA, Muhammad Fikri Mohamad Rawi, berkata sasaran itu mampu dicapai walaupun jumlah penembusan pemilikan perlindungan takaful di kalangan pengguna di Malaysia ketika ini masih rendah.

Beliau berkata, MTA bersama dengan ahli-ahli persatuan akan giat menjalankan promosi dan kempen kesedaran mengenai pemilikan perlindungan Takaful.

“MTA menjangkakan jumlah penembusan akan meningkat kepada 16 hingga 17 peratus tahun ini. Sasaran itu jauh lebih rendah daripada sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pelan induk Sektor Kewangan mengenai pemilikan perlindungan Takaful sebanyak 25 peratus menjelang 2020.

“Dalam tempoh setahun, mustahil bagi industri takaful mencapai sasaran itu tetapi MTA akan terus meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna mengenai pemilikan perlindungan takaful.

“Ia sesuatu yang sangat mencabar tetapi kami menunjukkan peningkatan tahunan yang positif, walaupun tidak mampu mencapai sasaran itu, tetapi industri ini tetap berkembang,” katanya selepas taklimat media prestasi industri takaful di sini, hari ini.

Muhammad Fikri berkata, kesedaran mengenai kepentingan pemilikan perlindungan takaful masih rendah, dan MTA kini sedang berbincang dengan kerajaan dan beberapa institusi bagi meningkat kesedaran itu.

Beliau berkata, ketika ini masih tiada rancangan untuk mewajibkan pemilikan takaful di kalangan pengguna tetapi MTA merasakan perkara itu adalah satu cadangan yang bagus.

“Bagus jika perlindungan takaful ini diwajibkan sebagaimana yang dilakukan kepada insurans motor dan rumah. Namun ia memerlukan perbincangan yang panjang dengan kerajaan.

“Ketika ini, kami hanya memberikan tawaran, kempen kesedaran dan pelan mampu milik seperti Perlindungan Tenang,” katanya.

Industri takaful Malaysia meneruskan momentum pada 2018 dengan mencatatkan nilai perlindungan takaful baharu yang lebih tinggi sebanyak RM324.2 bilion berbanding RM283.1 bilion yang dicatatkan pada 2017.

Secara keseluruhannya, industri takaful menambah 699,534 pemegang sijil baharu, peningkatan sebanyak 4.6 peratus daripada 668,657 sijil baharu yang dikeluarkan pada 2017.

SUMBER: BH ONLINE

Grab Malaysia Kenakan Caj Pembatalan RM3-RM5, Berkuat kuasa 25 Mac

FOTO SUMBER: Mole.my

GRAB Malaysia akan mengenakan caj ke atas penumpang yang membatalkan atau terlambat untuk menaiki kenderan selepas jumlah masa tertentu yang dibenarkan, bermula 25 Mac ini.

Menerusi Polisi Pembatalan Penumpang yang dikemaskini, Grab memberitahu bahawa penumpang yang membatalkan perkhidmatannya lima minit selepas mendapat pemandu, akan dikenakan bayaran antara RM3 hingga RM5. 

Jumlah yang tepat bergantung kepada jenis kenderaan atau perkhidmatan yang ditempah penumpang.

Bagi perkhidmatan seperti GrabCar, GrabTax (bermeter atau eksekutif) dan JustGrab untuk Lapangan Terbang, caj pembatalan adalah RM3. 

Untuk GrabCar enam tempat duduk atau JustGrab 10 tempat duduk, kadar yang dikenakan adalah RM4. 

Sementara itu, perkhidmatan seperti GrabCar Premium atau GrabCar Luxe, di mana tempahan menggunakan kenderaan Vellfire untuk lapangan terbang adalah RM5.

Grab memberitahu, ia juga akan mengenakan caj kepada penumpang sebanyak RM5 apabila pemandu membatalkan perjalanan selepas menunggu di tempat mengambil selama lebih lima minit.

Bagi perkhidmatan GrabShare, penumpang mempunyai tiga minit untuk tiba di tempat mengambil sebelum pemandu berhak untuk membatalkan perjalanan.

Bagi setiap tempahan, penumpang boleh dikenakan caj antara RM3 hingga RM5 untuk pembatalan lewat atau dikenakan bayaran RM5 selepas pemandu membatalkan perjalanan kerana menunggu lebih lima minit. 

Syarikat itu memberitahu bahawa ia tidak akan mengenakan kedua-dua caj pada masa sama.

Penumpang tidak akan dikenakan caj sekiranya mereka membatalkan dalam masa lima minit untuk mendapatkan pemandu. 

Pemandu juga perlu menunggu selama lima minit atau tiga minit sekiranya mereka melakukan perkhidmatan GrabShare sebelum mereka berhak dikenakan caj pembatalan.

Syarikat itu memberitahu bahawa caj pembatalan akan dikecualikan sekiranya pemandu tidak tiba dalam masa 10 minit selepas taksiran masa ketibaan yang pertama kali ditunjukkan.

Satu contoh keadaan ini adalah apabila penumpang mendapat lokasi pemandu dengan jarak sejauh tiga minit perjalanan.

Penumpang yang menunggu lebih 13 minit, caj pembatalan akan diketepikan.

Jika penumpang ingin membatalkan selepas menunggu terlalu lama, Grab menggalakkan pelanggan menghubungi pemandu melalui panggilan telefon atau GrabChat.

Syarikat itu memastikan ia mempunyai langkah untuk mengesan sekiranya pemandu tidak memandu menghala lokasi pelanggan.

Bagi penumpang yang menggunakan kemudahan bayaran GrabPay, caj pembatalan akan ditolak terus daripada baki kredit GrabPay atau kad kredit/debit. 

Caj akan ditambah secara automatik kepada tambang perjalanan seterusnya bagi penumpang yang membayar secara tunai.

Syarikat itu menjanjikan 100 peratus caj pembatalan akan diberikan kepada pemandu sebagai pampasan untuk masa mereka berada di jalan raya.

Grab juga memberitahu bahawa ia menjangka polisi caj pembatalan baharu untuk mengurangkan daripada 1 peratus tempahan yang terjejas kerana kebanyakan penumpang tidak membuat pembatalan selepas membuat tempahan. 

SUMBER: The Star

Gajah Dimandikan 7KG Serbuk Kunyit? Kenapa?


SUMBER: ADABI

Siapa sangka serbuk kunyit yang sering digunakan sebagai rencah dalam masakan mempunyai pelbagai khasiat lain termasuk boleh digunakan bagi perubatan haiwan.

Jika sebelum ini dijadikan sebagai rempah ratus, kunyit juga terkenal sebagai bahan untuk kecantikan antaranya mampu merawat kesan jerawat.

Terbaharu, seekor gajah di Zoo Negara ‘dimandikan’ dengan serbuk kunyit bagi memberikan khasiat tambahan kepada kulit haiwan tersebut.

“Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit kira-kira pukul 9 pagi semalam.

“Gajah tersebut telah dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya,” kata Adabi Consumer dalam Facebook miliknya malam tadi.

Tambahnya lagi, sebanyak tujuh kilogram serbuk kunyit telah digunakan untuk dilumurkan pada seekor gajah.

“Kemudian lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit meresap masuk ke dalam kulitnya.

“Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit baik untuk kulit gajah,” katanya.

SUMBER: ADABI

SUMBER: ADABI

Adabi Consumer menambah, serbuk kunyit juga mempunyai pelbagai khasiat lain antaranya mampu merawat luka kecil, merawat gigitan serangga dan sebagai agen pemulih kulit. 


Siapa sangka Serbuk Kunyit mampu dijadikan bahan perubatan untuk haiwan?

Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit pagi tadi (18/3/2019 | 9pagi). 

Gajah tersebut telah dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya. Sebanyak 7 kg serbuk kunyit Adabi telah digunakan untuk melumurkan pada seekor gajah. Kemudian lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah.

Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

Jadi apa kebaikan yang diperoleh daripada serbuk kunyit ini?

✅ Merawat luka kecil
✅ Merawat gigitan serangga
✅ Bertindak sebagai anti septic pada kulit
✅ Sebagai agen pemulih kulit

SUMBER: ADABI

Vivo V15 Disenaraikan Pada Harga RM1399 Di Malaysia

Foto Sumber: AMANZ.MY


Vivo bakal melancarkan telefon pintar Vivo V15 mereka secara rasminya pada minggu hadapan. 

Selari dengannya, kini Vivo telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar berkenaan, dan menyenaraikan ia pada harga RM1399.

Vivo V15 hadir dengan skrin bersaiz 6.59-inci IPS, dijana cip Helio P70, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh.

FOTO SUMBER: AMAMZ.MY


Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 8MP + 5MP, selain kamera hadapan yang boleh dinaik-dan-diturunkan 32-megapixel.

Di Malaysia, ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu merah dan biru. Untuk pra-tempahan juga, beberapa ganjaran khusus disediakan oleh pihak Vivo untuk pembelinya. 

FOTO SUMBER: AMANZ.MY

Peranti berkenaan disasarkan diterima pembeli menjelang 23 Mac 2019 kelak.

SUMBER: AMANZ.MY

AirAsia Offers 5 Million Promo Seats


PHOTO: AIRASIA


AWARD-winning budget airline AirAsia is back with its free seats promotion, this time offering five million promotional seats* and with discounts for hotels, add-ons and duty-free products.

Enjoy promotional all-in members fares from as low as RM12 for flights from KL to Kuantan, Johor Baru, Kota Baru and Penang; and from RM36 for flights to Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh and more.

Fly AirAsia X from as low as RM199 for flights from KL to Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu and other destinations. For extra comfort, opt for the Premium Flatbed on flights from KL to Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka and Jeju, from only RM699.

Bookings must be made on airasia.com or the AirAsia mobile app before midnight on March 17, 2019 (2400 GMT +8), valid for travel between September 1, 2019 and June 2, 2020. 

AirAsia BIG Members can also redeem promo seats for as little as 500 BIG Points on airasiabig.com and the AirAsia BIG mobile app.
PHOTO: AIRASIA


It’s the first time AirAsia is offering great savings on its other products and services during a campaign, so grab these opportunities, book now, save and enjoy your travels.

* 1,000,000 hotel rooms on sale on AirAsiaGo.com (with promo code HOTEL5)

* 20% off all Santan Combo Meals (only for pre-booked meals on new flight bookings)

* 20% off for Pick-A-Seat option

* 30% off on ourshop.com (for duty-free items and AirAsia merchandise)

* 15% off activities on deals.airasia.com (with promo code (AADEALS15)

*All-in fares include taxes and fees but terms and conditions apply. Please refer to Terms & Conditions HERE 

OR 

log on to airasia.com for more information and details or its social media “pages” - (twitter.com/AirAsia), (facebook.com/AirAsia) or (instagram.com/AirAsia).

ARAB SAUDI: Visa Haji, Umrah Lulus Beberapa Minit Sahaja


FOTO SUMBER: MATAF EXPANSION PROJECT

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang mengeluarkan visa elektronik untuk pakej dan syarikat perkhidmatan haji dan umrah dalam masa beberapa minit saja.

“Jemaah yang datang dari luar terikat dengan syarikat serta ejen perkhidmatan Haji dan Umrah untuk mendapatkan visa. Visa elektronik akan dikeluarkan kepada entiti terbabit yang diberi lesen oleh negara ini,” kata penasihat kepada menteri Haji dan Umrah yang juga penyelia am platform elektronik Haji dan Umrah, Abdulrahman Shams kepada MBC, seperti dipetik Arab News.

Shams berkata, platform elektronik itu termasuk perkhidmatan baru yang membolehkan warga bukan Arab Saudi mengakses gerbang elektronik (e-portal) di mana mereka boleh menilai pakej perkhidmatan, memilih pakej dan memohon visa secara elektronik.

“Kami sedang menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan visa elektronik, dalam masa beberapa minit saja selepas mengisi borang berkaitan tanpa perlu menggunakan pasport untuk diproses di kedutaan,” katanya.

Langkah itu akan membantu menggalakkan kemasukan lebih ramai jemaah haji, katanya. Arab Saudi mengeluarkan lebih daripada 4.33 juta visa umrah tahun ini. Langkah kementerian itu membantu memudahkan perjalanan jemaah dan meminimumkan proses pra perancangan.

Di bawah Wawasan 2030, Kerajaan berharap dapat menarik lebih daripada 30 juta jemaah Umrah dan memberikan mereka perkhidmatan terbaik.

Pada Januari lalu, kementerian menaik taraf portal dalam talian untuk menyokong jemaah haji asing. Hampir 1.1 juta umat Islam menggunakan portal dalam talian Maqam dalam fasa percubaan tahun lalu, membolehkan mereka memilih lebih daripada 30 syarikat yang menyediakan perjalanan dan penginapan untuk ke Makkah dan Madinah.

Kementerian sudah mula membincangkan mengenai pelan penggabungan e-perkhidmatan itu sejak November 2018.

Timbalan menteri Haji dan Umrah, Abdulaziz Al-Wazzan, berkata inisiatif itu bertujuan menjadikan visa lebih mudah buat jemaah haji, selain turut menyumbang kepada peningkatan bilangan jemaah haji. 

SUMBER: Arab News/ Agensi

TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...