Ryanair Dinobat 50 Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia

Foto Sumber: Fortune


INFO PENERBANGAN: Airfinance ­Journal menobatkan Ryanair syarikat penerbangan kos rendah Ireland yang diasaskan pada tahun 1984 dalam kalangan 50 syarikat penerbangan terbaik dunia. 

Ryanair beribu pejabat di Swords, Dublin, Ireland, dengan pangkalan operasi utamanya di lapangan terbang Dublin dan London Stansted.

Ryanair sebagai peneraju dalam senarai 10 teratas diikuti Air Arabia, Copa Holdings, Japan Airlines, Westjet, Wizz Air, Luxair Group, Alaska Air Group, International Airlines Group dan Allegiant Travel Company.

Qatar Airways berada di kedudukan 28, Qantas Airways (31), Lufthansa Group (34), Delta Air Lines (36), Turkish Airlines (37), All Nippon Airways (39), Korean Air (41), Indigo (42) dan Air­Asia (43).

Sementara itu  syarikat penerbangan era baharu dari Vietnam, Vietjet buat pertama kalinya meraih tempat ke 22 dalam kalangan 50 syarikat penerbangan terbaik dunia oleh Airfinance ­Journal.

Foto Sumber: Nhan Dan

Syarikat itu berjaya disenaraikan disokong oleh tahap kewangan dan operasi yang sihat dengan kedudukan penarafan yang lebih baik berbanding kebanyakan syarikat terkemuka lain.

Berdasarkan penyata markah, Vietjet mencapai jumlah pendapatan sebanyak AS$995 juta (RM4.11 bilion) dalam 12 bulan terakhir dengan purata usia kapal terbang pada 3.2 tahun.

“Nisbah keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai, pelunasan dan kos sewa berbanding perolehan adalah 31.4 peratus, caj tetap adalah dua kali ganda manakala kecairan adalah 30.4 peratus daripada pendapatan.

“Pada separuh pertama tahun ini, jumlah pendapatan Vietjet adalah sebanyak VND21,222 bilion (RM3.8 bilion) dan keuntungan selepas cukai mencecah VND1,999 bi­lion (RM360 juta), masing-ma­sing meningkat 29 dan 11 peratus tahun ke tahun,” jelasnya dalam kenyataan pada 16 September 2018.

Airfinance Journal menyediakan maklumat kedudukan tersebut selepas menyelidik sebanyak 162 syarikat penerbangan di seluruh dunia merangkumi kedua-dua syarikat tradisional dan tambang rendah.

Sementara itu, Vietjet akan menerima sebanyak 17 buah pesawat Airbus tahun ini, dan dalam tempoh enam bulan pertama, empat buah pesawat telah diterima, sementara bakinya 13 buah pada separuh kedua.

“Vietjet menjangkakan pertambahan perolehan dengan pesawat baharu dan moden yang menjimatkan sehingga 15 peratus bahan api ini, selari dengan usaha perluasan rangkaian antarabangsanya,” katanya.

3 TAUFAN TERKUAT DUNIA BADAI AS, UK, CHINA, HONG KONG, FILIPINA

Imej Taufan Florence daripada NASA


CUACA EKSTREM: Beberapa negara dunia kini berhadapan taufan yang dikategorikan terkuat tahun ini serta memusnahkan apabila membadai negara berkenaan pada ketika ini (16 SEPT 2018)

Tiga taufan berkenaan adalah Taufan Florence yang membadai negara Amerika Syarikat dan kawasan laluannya dengan kekuatan angin yang boleh membawa kemusnahan dan banjir besar.

Dalam perkembangan terkini, Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan Ribut Tropika Florence menyebabkan jumlah hujan yang dianggap ‘epik’ turun di Carolina Utara dan Carolina Selatan pada 15 September, mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.

Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala paras banjir semakin meningkat.

Kepadatan Florence semakin menyusut sejak ia membadai pantai sepanjang pertengahan Atlantik Amerika Syarikat kelmarin ketika masih dengan kekuatan taufan.

Namun ia semakin perlahan di kedua-dua negeri, menuju ke barat dengan kelajuan tiga kilometer sejam, dijangka menyebabkan sebahagian besar kawasan di wilayah itu ditenggelami air beberapa hari lagi.

“Ia menurunkan jumlah hujan epik, di beberapa tempat diukur dengan meter, bukan sentimeter,” kata Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper, kepada taklimat akhbar.


Taufan Florence menuju Amerika Syarikat manakala Taufan Helena menuju UK. Foto Sumber: Daily UK

Negeri itu sudah pun mencatatkan rekod penurunan hujan, dengan banyak lagi diramalkan turun.

Paras sungai berterusan naik beberapa hari selepas hujan berhenti, katanya.

“Ini adalah taufan disusuli dengan banjir,” kata Gabenor Carolina Selatan, Henry McMaster.

Dengan paras banjir meningkat mendadak di kebanyakan komuniti, penduduk yang terperangkap diselamatkan dengan bot dan helikopter, manakala puluhan ribu berlindung di pusat perlindungan.

Banyak jalan raya ditutup, dan pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko tanah runtuh, puting beliung dan banjir kilat, dengan empangan dan jambatan dalam bahaya apabila paras sungai terus meningkat. 


TAUFAN MANGKHUT BADAI CHINA, HONG KONG

Sementara itu Taufan Mangkhut bergerak ke arah Hong Kong dan pantai China hari ini (16 September), mengumpul kekuatan di laut China Selatan selepas membadai Filipina.

Ia dianggap taufan tropika paling kuat melanda rantau berkenaan tahun ini, dengan kekuatan angin lebih 200 kilometer sejam, menyamai kepadatan taufan Kategori Lima di Atlantik.

Mangkhut, bermaksud manggis dalam bahasa Thailand, dijangka memasuki sekitar 100 kilometer di selatan Hong Kong dan bergerak ke barat ke arah wilayah Guangdong selain hab perjudian Macau.


Imej Satelit menunjukkan pergerakan Taufan Mangkhut; FOTO: NOAA

“Menurut ramalan terkini, Mangkhut akan berada paling hampir dengan Delta Sungai Pearl sekitar tengah hari ini,” kata Pusat Pemantau Hong Kong.

Petanda ketiga tertinggi taufan itu sudah dinaikkan di Hong Kong, dengan tanda lebih tinggi dijangka dalam masa beberapa jam lagi ketika ombak besar menghempas kawasan rendah dan angin kencang menggegarkan tingkap di kebanyakan bangunan pencakar langit di bandar raya itu.

Sebahagian penduduk dipindahkan dari kawasan rendah dengan lonjakan ribut mencecah 3.5 meter dijangka berlaku.

Puluhan ribu penumpang terkandas di lapangan terbang antarabangsa bandar raya itu hari ini, kata pihak berkuasa lapangan terbang dengan syarikat penerbangan termasuk Cathay Pacific, membatalkan banyak penerbangan. 

Taufan Mangkhut yang melanda Filipina setakat ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 terbunuh berpunca daripada banjir serta kejadian runtuh dan kini menuju ke pesisiran pantai China.

Taufan terburuk tahun ini menyebabkan seluruh kawasan pertanian di Pulau Luzon ditenggelami air dan angin kencang telah menyebabkan pokok tercabut, manakala hujan lebat mengakibatkan kejadian tanah runtuh.

Komunikasi dan bekalan elektrik terputus sama sekali di pulau yang dihuni lima juta penduduk itu, kata pihak pemerintah yang masih menilai kesan bencana.

Di utara bandar Baggao, taufan merobohkan rumah dan turut menyebabkan bumbung berterbangan serta bekalan elektrik terputus dan sesetengah jalan terputus akibat tanah runtuh serta banjir.

Kawasan pertanian Luzon merupakan pengeluar terbesar padi dan jagung bagi Filipina.



TAUFAN HELENA MENUJU UK

Ribut tropika berada dalam laluan untuk membadai UK dengan angin kuat dan hujan lebat.

Amaran "bahaya kepada kehidupan" telah dikeluarkan di seluruh bahagian UK di tengah-tengah kebimbangan jalan raya dan lapangan terbang boleh terganggu.





Ribut Ishak dan Helene menyerang Atlantik di sebalik Hurricane Florence, yang menewaskan 11 orang malam tadi.

Pejabat Met menasihati orang untuk terus menyemak ramalan dalam amaran cuaca berkaitan dengan 'ribut yang sangat kuat' dinaik taraf.

RAKYAT MALAYSIA DINASIHAT ELAK KAWASAN TERJEJAS

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera akibat taufan super Mangkhut yang melanda beberapa kawasan di Filipina semalam dan hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan, memaklumkan kawasan yang terkesan akibat taufan itu adalah di bahagian Utara Luzon, Filipina dan usaha mencari serta menyelamat termasuk bantuan kemanusiaan sedang giat dijalankan kerajaan Filipina.

“Warganegara Malaysia dinasihatkan menghindari kawasan yang terjejas. Mereka yang sedang melawat atau menetap di kawasan itu diminta supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya, hari ini (16 SEPT).

Kementerian Luar berkata, rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila bersama-sama dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao akan terus memantau perkembangan terkini di Filipina.


“Kedutaan Besar Malaysia juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan nasihat dan maklumat terkini,” katanya.

SUMBER: REUTERS/ UK MET

MATTA Fair 2018: Malaysia Airlines Tawar Diskaun 30%

Foto Sumber: Mas Airlines Promotion


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Malaysia Airlines, penerbangan rasmi bagi MATTA Fair 2018 mengumumkan tawaran diskaun sehingga 30 peratus bagi perjalanan domestik dan antarabangsa sempena acara itu yang bakal berlangsung 7 hingga 9 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Syarikat pengangkutan negara itu juga menawarkan pelbagai manfaat perjalanan termasuk diskaun 25 peratus bagi MH Insurance, elaun bagasi tambahan, pilihan tempat duduk dan untuk pembelian akses Golden Lounge di Kuala Lumpur.

Tambang semua termasuk bagi Kelas Ekonomi ke destinasi antarabangsa bermula daripada RM699 ke Hong Kong, RM1,059 (Nanjing), RM1,099 (Beijing), RM1,159 (Seoul), RM1,259 (Mumbai), RM1,299 (Kathmandu), RM1,479 (Sydney), RM1,659 (Brisbane) dan RM2,899 (London).

Ketua Pegawai Perolehan Malaysia Airlines, Ignatius Ong, berkata pembabitan syarikatnya dalam acara itu adalah bukti hubungan jangka panjang dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk bekerjasama mempromosikan industri pelancongan dan Hospitaliti Malaysia kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

“Kami harap pelanggan dapat mengambil peluang untuk merancang percutian mereka pada masa depan dan membeli tiket penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly sekarang sebelum promosi ini berakhir,” katanya dalam kenyataan, hari ini (6 September).

Malaysia Airlines turut menawarkan diskaun bermula daripada 30 peratus untuk perjalanan ASEAN dengan tambang semua termasuk bermula daripada serendah RM379 ke Singapura, RM559 (Bangkok) dan RM639 (Bali).

Tambang domestik dari Kuala Lumpur pula turut boleh didapati daripada harga serendah RM279 ke Pulau Pinang, RM459 (Kuching) dan RM559 (Kota Kinabalu).

Semua tambang sah untuk perjalanan yang bermula 9 September 2018 hingga 31 Ogos 2019 bagi perjalanan antarabangsa dan 7 September 2018 hingga 31 Ogos 2019 bagi destinasi domestik dan ASEAN.

Sempena acara itu, Malaysia Airlines akan mengadakan pelbagai aktiviti menyeronokkan dengan hadiah terbaik termasuk peluang memenangi satu tiket Kelas Perniagaan ke London dan Seoul serta empat tiket Kelas Ekonomi ke Nanjing, Madras, Phnom Penh dan Langkawi melalui Peraduan Pembeli.

Dalam masa sama, pengunjung bertuah turut berpeluang memenangi tiket Firefly ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Selain itu, hadiah lain adalah termasuk naik taraf percuma kepada Kelas Perniagaan Malaysia Airlines dengan pembelian tiket penerbangan Kelas Ekonomi apabila pelanggan membeli tiket secara atas talian bermula esok hingga Ahad ini atau di MATTA Fair 2018 bermula dari esok hingga Ahad ini.

Tawaran menarik ini didatangkan tanpa kos tersembunyi, elaun bagasi daftar masuk 20 dan 40 kilogram bagi Kelas Ekonomi serta Kelas Perniagaan ditambah hidangan percuma dan hiburan dalam pesawat.

Malaysia Airlines turut menawarkan diskaun terbaik bagi tambang penerbangannya melalui ejen pelancongan dilantik yang mengambil bahagian dalam MATTA Fair serta laman web, www.malaysiaairlines.com dan aplikasi Malaysia Airlines bermula esok hingga 12 September 2018.

SUMBER: MALAYSIA AIRLINES

Selepas Taufan Terkuat Badai Jepun, Kini Gempa Bumi Kuat Gegar Hokkaido


Foto Sumber: Twitter


INFO CUACA: Negara Jepun terus mengalami bencana alam yang teruk sehingga memusnahkan banyak infrastruktur akibat taufan dan gempa bumi.

Ekoran Taufan Jebi selaju kira-kira 216km/jam, sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih 300 lagi cedera apabila Taufan Jebi membadai kawasan pengilangan utama di sekitar bandar kedua terbesar Jepun, Osaka.

Ribut itu membawa angin berkelajuan sehingga 216 kilometer sejam yang mengakibatkan bumbung kediaman terbang, treler terbalik dan mengakibatkan sebuah kapal tangki seberat 2,500 tan melanggar sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang itu.

Kerosakan pada jambatan menyebabkan lapangan terbang di pulau buatan manusia itu terputus hubungan, manakala kira-kira 3,000 penumpang dan kakitangan terkandas.


Foto Sumber: JAPAN TODAY

Landasan-landasan turut ditenggelami air selepas ombak besar melanda lapangan terbang itu kelmarin.

Menjelang tengah hari 5 September, beberapa ratus orang berjaya dipindahkan ke Kobe dengan menggunakan bot, namun masih terdapat lebih dua ribu mangsa menunggu untuk diselamatkan.

Lapangan terbang antarabangsa Kansai akan dibuka secara berperingkat mulai 7 September, selepas ditutup selama beberapa hari akibat taufan Jebi yang menyebabkan beberapa bahagian dalam hab pengangkutan itu ditenggelami air.

Dalam kejadian terbaharu, 6 September sekurang-kurangnya lapan mangsa maut apabila gempa bumi berukuran  6.6 magnitud melanda pulau Hokkaido di utara Jepun awal pagi tadi.

Kejadian itu juga menyebabkan banyak rumah musnah, selain insiden tanah runtuh mengakibatkan puluhan penduduk hilang.


Foto Sumber: Media Jepun

Pemandangan dari udara yang berjaya dirakamkan menunjukkan puluhan kediaman yang terletak di kaki bukit musnah akibat tanah runtuh, ketika helikopter yang membawa anggota penyelamat, bertungkus lumus mengesan mangsa yang terselamat.


Foto Sumber: Twitter

Dalam pada itu, hampir tiga juta kediaman terputus bekalan elektrik, apabila insiden gempa bumi itu memusnahkan loji tenaga yang membekalkan elektrik ke wilayah terbabit.

Menurut jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga, kira-kira 20,000 anggota penyelamat, termasuk polis dan kakitangan pasukan pertahanan awam terbabit dalam misi mencari serta penyelamat bencana itu. 

SUMBER: AFP/ JAPAN TODAY

JEBI: Taufan Terkuat Dunia 2018 Menuju Jepun

Foto Sumber; ACCU WEATHER
This satellite image shows Super Typhoon Jebi in the Western Pacific on Saturday evening, Sep, 1 Japan time. (Photo/NOAA)


INFO CUACA GLOBAL: Ribut paling kuat di dunia pada tahun 2018 telah berputar pada Taufan Kategori 5 di Lautan Pasifik dan terus menuju Jepun.

Taufan yang diberi naman Taufan Jebi kini berada di lauan untuk melanda Jepun pada awal minggu depan, kini sedang bertiup pada kekuatab 16 mph dan kekuatan 170 mph dan ke atas.

Lahir di timur Guam pada atau sekitar 27 Ogos, Taufan Jebi dengan pantas dipergiatkan hanya 48 jam dari ribut Kategori 1 ke dalam kategori Kategori 5 yang penuh dengan hari Khamis.

Dengan mengira kelajuan maksimum angin dan tekanan pusat Taufan Jebi, pakar badai tropika Colorado State University, Philip Klotzbach mencadangkan bahawa raksasa Cat 5 kini ribut kuat bumi 2018, menurut Gizmodo.

Foto Sumberl ACCU WEATHER

Sekarang Jebi adalah kira-kira 300 batu dari barat laut Saipan, bergerak ke arah barat laut, tetapi model komputer bersetuju bahawa ribut itu akan menyusut ke utara awal minggu depan, meletakkannya di laluan langsung ke Kyoto, Jepun.

Dianggarkan 20,000 penduduk telah diperintahkan untuk berpindah ke hadapan badai dan angka yang lebih tinggi dijangka.


Penduduk Jepun Shikoku, Honshu dan Kepulauan Hokaido perlu membuat persiapan apabila Typhoon Jebi dijangka mengancam nyawa dan harta benda dari malam Isnin hingga Rabu.

Foto Sumber: ACCU WEATHER


Walaupun tiada daratan akan terjejas oleh Jebi hingga Ahad, penduduk Jepun tengah dan timur harus bersiap untuk memukul langsung.

"Kerosakan angin dan banjir pesisir pantai mungkin menjadi impak yang paling ketara dengan ribut ini," menurut AccuWeather Senior Meteorologist Adam Douty.

SUMBER: SPUTNIK NEWS/ ACCU WEATHER

Tawaran Gila-Gila Datang Lagi: AirAsia Tawar 5 juta Tempat Duduk Promosi!


Foto Sumber: traveller.com.au


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Kempen Tempat Duduk Percuma** AirAsia kini kembali dengan 5 juta tempat duduk promosi!

Tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk ahli bermula daripada RM15* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuklah Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit - Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin, Phuket  dan banyak lagi.

Ahli AirAsia BIG boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi ini bermula 2 September 2018 (0001h GMT +8) hingga 9 September 2018 (2400 GMT +8). Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 18 Februari 2019 dan 26 November 2019.

Para ahli yang terbang dengan AirAsia X pula boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk ahli daripada serendah RM159* dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Amritsar, Sydney, Melbourne dan Hawaii. 

Ahli juga boleh terbang dengan lebih selesa dengan menempah tempat duduk Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Busan, Jaipur dan Sapporo bermula daripada RM399*.

Tetamu yang bukan ahli boleh menempah tempat duduk promosi bermula daripada RM20* dari 3 September (0001h GMT +8) hingga 9 September 2018 (2400 GMT +8).

Foto Sumber: AIR ASIA


Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan 5 juta tempat duduk promosi sekali lagi untuk membolehkan semua orang terbang ke lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X. 

Ahli AirAsia BIG pula akan menikmati lebih banyak faedah, termasuklah diskaun segera, apabila mereka menempah penerbangan di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia. Untuk mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG secara percuma, layari airasia.com dan klik ‘Daftar’.”

Mulakan percutian dengan menempah tempat duduk bersama keluarga dan rakan dengan pilihan ‘Pick A Seat’. Semua tempahan pilihan tempat duduk yang dibuat dalam tempoh kempen ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.

Nikmati penerbangan penuh faedah apabila anda membuat pra-tempahan Pek Nilai yang disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan percuma oleh Santan, pilihan tempat duduk biasa, dan insurans perlindungan perjalanan oleh Tune Protect yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan perlindungan Kelewatan Bagasi.

Selain itu, pengguna BigPay juga boleh menikmati caj pemprosesan dengan kadar sifar, diskaun untuk pra-tempahan bagi hidangan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.

Rakan aktiviti perjalanan AirAsia, Vidi turut menawarkan promosi eksklusif berupa diskaun sebanyak 15 peratus dengan kod promosi FREESEATS15 untuk semua aktiviti yang ditempah di vidi.co.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

**Tempat duduk percuma khas untuk Ahli BIG sahaja. Tempat duduk terhad dan mungkin tidak tersedia untuk semua penerbangan, semua destinasi, cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu. Tempat duduk percuma tidak termasuk caj bahan api dan cukai lapangan terbang. Yuran kemudahan akan dikenakan untuk semua pembayaran yang dibuat melalui kad kredit, kad debit atau kad caj.

*Tertakluk pada terma dan syarat pengangkutan kami yang lain.

SUMBER: AIR ASIA

AirAsia Sedia Laluan KLIA-Kuantan Serendah RM16

Foto Sumber: Air ASIA


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Jika perjalanan ke Kuantan dari ibu negara mengambil masa kira-kira tiga ke empat jam kini perjalanan ke ibu negeri Pahang itu semakin singkat dan mudah iaitu kira-kira 45 minit sahaja.

Dalam perkembangan terbaharu syarikat tambang murah AirAsia bakal melebarkan lagi laluan domestiknya iaitu laluan Kuala Lumpur-Kuantan. 

Foto Sumber: Air Asia

Melalui temubual eksklusif travel360.com dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, penerbangan pertama laluan ini akan bermula pada 28 Oktober nanti.

Foto Sumber: Air Asia

Laluan baharu yang dijadualkan untuk penerangan dua kali sehari ini bakal memberikan pelancong untuk lebih mudah meneroka keindahan dan keunikan negeri tersebut seperti beliau sendiri yang juga aktif menikmati keindahan alam sambil berbasikal.

Tawaran hebat untuk pembukaan laluan ini turut diberikan kepada pengguna. Tempahan tiket laluan tersebut boleh dilakukan bermula sehingga 26 Ogos nanti untuk menikmati tambang serendah RM16 untuk penerbangan pada 28 Oktober 2018 hingga 13 Ogos 2019.



SUMBER: TRAVEL360

Letusan Gunung Berapi, Jepun Sedia Pindah Penduduk


Foto Sumber: ctvnews.ca


INFO TRAVEL: TOKYO: Tahap amaran gunung berapi di bahagian selatan Jepun dinaikkan ke peringkat lima, hari ini, sekali gus menandakan bahawa penduduk di sekitarnya perlu bersiap sedia untuk dipindahkan.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, terdapat peningkatan kadar pelepasan gas sulfur dan aktiviti di puncak gunung berapi di pulau Kuchinoerabujima, yang terletak 1,000 kilometer di barat daya Tokyo, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Gunung berapi di pulau itu meletus tiga tahun lalu dan memuntahkan abu serta asap setinggi ribuan meter ke udara, selain aliran psiroklas ke laut.


Ketika itu, semua penduduk berjaya dipindahkan, namun sebahagian besarnya pulang ke pulau itu.

Kini, kira-kira 100 penduduk masih menghuni pulau terbabit. 

SUMBER: REUTERS

Kawasan Gunung Rinjani Ditutup Ekoran Gempa Bumi

The crater of Mount Rinjani, Lombok, West Nusa Tenggara. (Shutterstock/-)

INFO TRAVEL: Gunung Rinjani dilaporkan telah ditutup untuk pejalan kaki serta merta ekoran gegaran gempa bumi.

Ketua Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani, Sudiyono, mengatakan, penutupan itu dilakukan atas alasan keselamatan.

"Kami telah menutup [laluan mendaki] sejak 29 Julai. Keadaan di kawasan sekitarnya masih belum stabil, gempa susulan masih terus berlaku," kata Sudiyono seperti yang dipetik oleh kompas.com.

Kawasan retak dikatakan telah ditemui di beberapa lokasi di kawasan itu, yang juga dianggap terdedah kepada tanah longsor.

"Elakkan pergi ke Rinjani untuk keselamatan anda sendiri. [Jejak hiking]  ditutup hingga awal tahun depan, sehingga struktur tanah dan hujan cukup stabil," tambahnya.

Untuk membantu pemandu dan porter mendapatkan pendapatan semasa penutupan, Sudiyono berkata agensi itu sedang mencari penyelesaian.

"Terdapat banyak potensi pelancongan di luar kawasan taman negara, seperti air terjun Mangku Sakti dan Kembang Kuning, Air Berik, Senaru dan Sendang Gile. Kami akan mengusahakan peluang ini dengan panduan dan pekerja untuk memetakan sempadan. "

SUMBER: JAKARTA POST

TERKINI

ANALISIS | Pilihan Pesawat Pejuang Baharu untuk Malaysia: Strategik, Teknologi dan Geopolitik

    Foto : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut ---   Bahagian 1: Pengenalan, Latar Belakang ...