Pelepasan Cukai Belian Di Langkawi Dinaikkan ke RM1,000

Foto Sumber: orangkedah.com


INFO TRAVEL: Ini berita baik dan menggembirakan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi serta golongan peniaga Langkawi yang bakal menikmati limpahan ekonomi.

Dalam perkembanngan terbaharu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kadar pelepasan cukai belian untuk pelancong tempatan yang tinggal di Langkawi melebihi 48 jam dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

"Saya isytiharkan di sini bahawa kita akan membenarkan pelancong daripada tanah besar yang membeli belah di Langkawi ini mereka tidak perlu bayar cukai sebanyak RM1,000 bukan RM500 seperti zaman pemerintahan dahulu.

Pada majlis itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menegaskan status bebas cukai di pulau peranginan negara ini akan terus dikekalkan, lapor ASTRO AWANI.

Foto Sumber: LetsGoHoliday.my

"Ada percubaan untuk menghapuskan taraf bebas cukai di Langkawi. Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini akan kekalkan taraf bebas cukai di Langkawi," kata Dr Mahathir.

Namun, jelas beliau, pengecualian cukai itu tidak termasuk arak dan rokok.

Foto Sumber: Mohd Zarin

Perkara itu diumumkan Dr Mahathir sejurus merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Langkawi di Langkawi City dekat Kuah, Langkawi, pada 4 Ogos.

SUMBER: ASTRO AWANI

AirAsia Perkenal Laluan Baharu KL-Danau Toba, 4 Kali Seminggu

Foto Sumber: Tribunnews.com


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada 2 Ogos memperkenalkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Danau Toba, Indonesia yang akan bermula 28 Oktober ini.

Menerusi laluan baharu ini, AirAsia menawarkan kekerapan empat kali penerbangan pergi balik dalam seminggu antara KLIA2-Lapangan Terbang Silangit, Tapanuli, Sumatera Utara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Katanya, segmen laluan itu selari dalam meningkatkan industri pelancongan Danau Toba di rantau ini terutamanya para pelancong Malaysia dan global yang sering menuju ke lokasi tarikan pelancongan tersebut.

“Jika sebelum ini, para pengunjung yang ingin Danau Toba perlu menaiki bas dari Medan selama enam jam, tetapi dengan penerbangan dari KLIA2 ke pintu masuk pulau itu iaitu Lapangan Terbang Silangit, ia hanya mengambil masa satu jam.

Foto Sumber: Indonesia Travel News

“AirAsia percaya dengan usaha ini, ia bakal menyokong hasrat Indonesia bagi meningkatkan kehadiran 20 juta pelancong menjelang 2019,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Laluan Baharu Danau Toba-Kuala Lumpur di sini hari ini, lapor UTUSAN ONLINE.

Yang hadir sama, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim Indonesia, Luhur Binsar Pandjaitan.

Turut hadir sama, Pengerusi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan.

Pada masa sama, Tony berkata, Danau Toba bakal menjadi Bandung kedua kerana mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang perlu diketengahkan kepada orang ramai.

Beliau menjelaskan, AirAsia merupakan perintis laluan penerbangan Bandung ke Kuala Lumpur sekali gus telah menjadikan lokasi itu sebagai tumpuan orang ramai sehingga ini.

Foto Sumber: BeritaSatu.com

“Saya percaya laluan ini bakal menjadikan Danau Toba sebagai tumpuan yang terbaharu di Indonesia,” katanya.

Sebagai permulaan, AirAsia menawarkan tambang pengenalan istimewa untuk laluan dari Kuala Lumpur ke Silangit daripada RM39.10.

Tambang ini tersedia untuk tempahan di laman web www.airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula 2 Ogos hingga 12 Ogos ini untuk tempoh perjalanan dari 28 Oktober ini hingga 29 Mac 2019. -

SUMBER: AIRASIA & UTUSAN ONLINE

Eropah Panas Melampau: Sepanyol dan Portugal Diramal Alami Suhu 50 Darjah Celsius

Foto Sumber: ACCU WEATHER


CUACA EKSTREM: Suasana dan cuaca dialami dunia sukar dijangka dan kadang-kadang diluar jangkauan manusia. Dalam perkembangan terbaharu Eropah yang selama ini terkenal dengan suasana salji dan sejuk bakal mengalami gelombang cuaca panas melampau pada minggu ini.

Agensi Berita EURONEWS melaporkan Eropah bersedia untuk mengalami hari yang paling panas ketika Sepanyol dan Portugal kelihatan cenderung untuk mencapai suhu setinggi 48-50 darjah Celsius pada minggu ini.

Model cuaca kini mengira suhu melampau di Semenanjung Iberia. Panas ini dijangka terbina disebabkan oleh udara panas yang datang dari Afrika Utara - terutamanya di barat daya Eropah.

Ia akan menjadi yang terpanas di rantau ini selama 41 tahun.

Tinggi rekod semasa Sepanyol ialah 47.3 ° C dan Portugal sebelum ini pernah melihat paras tertinggi 47.4 ° C.

Rekod haba semasa untuk Eropah ialah 48 ° C, direkodkan di Athens, Greece, pada bulan Julai 1977.

AccuWeather Forecaster berkata ia bukan sahaja mungkin untuk memecahkan suhu tertinggi di Semenanjung Iberian, tetapi juga suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Eropah.

Foto Sumber: EURO NEWS


Dr Mark Mccarthy, dari UK Met Office, memberitahu Euronews: "Puncak haba kelihatan cenderung berlaku pada hari Sabtu, dengan bahagian selatan Portugal atau mungkin Sepanyol barat daya dijangka melihat suhu tertinggi. Rekod suhu untuk Sepanyol dan Portugal boleh dipecahkan. "

Mccarthy menjelaskan bahawa Eropah telah mengalami gelombang panas yang ketara pada musim panas ini.

"Bagi Eropah utara terutamanya aliran jet telah lebih lemah daripada biasa dan terletak lebih jauh ke utara. Satu blok sistem tekanan tinggi yang lebih tinggi kemudian membolehkan keadaan gelombang panas berkembang", katanya.

Pihak berkuasa Sepanyol telah mula membuat persiapan kecemasan untuk gelombang panas yang sengit, yang dijangka berlangsung hingga sekurang-kurangnya hari Ahad. 

Sekurang-kurangnya 27 daripada 50 wilayah di Sepanyol telah diisytiharkan sebagai "risiko yang melampau" apabila suhu kelihatan ditetapkan untuk melonjak dengan cepat.

Cuaca panas terburuk panas itu melanda Sepanyol, dekat dengan sempadan Portugal, di mana hampir 11,000 anggota bomba dan 56 pesawat berada dalam keadaan bersedia untuk menangani kebakaran hutan.

Risiko api tinggi, menurut peta Balai Cerap Kemarau Eropah. Jerman berada di tahap yang sama risiko seperti Portugal, Sepanyol dan Turki.

SUMBER: EURONEWS

Ganjaran Lebih Besar Menanti Ahli AirAsia BIG

Foto Sumber: marketing-interactive.com


INFO TRAVEL: Ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak ganjaran termasuk diskaun segera jika membuat tempahan penerbangan menerusi laman sesawang airasia.com atau aplikasi AirAsia.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata ganjaran perjalanan eksklusif itu termasuk diskaun segera ahli bagi semua penerbangan, pembayaran penerbangan dan tambahan lain seperti tempat duduk, makanan dan pemeriksaan bagasi dengan menggunakan mata AirAsia BIG selain kemampuan menguruskan penerbangan menerusi "My Bookings".

Menurut syarikat itu, ahlinya juga dapat menggunakan ciri 'Low-Fare Finder' bagi mendapatkan tambang pada harga paling rendah dan mengelak daripada keperluan memasukkan semula butiran kad (kredit atau debit) bagi setiap pembayaran.

Ini berikutan kemudahan ciri 'BigClick' yang membolehkan semua ahli menyimpan butiran kad kredit atau kad debit mereka secara selamat.

Maklumat terkini AirAsia boleh diperolehi di twitter rasmi AirAsia twitter.com/AirAsia serta facebook.com/AirAsia.

SUMBER: BERNAMA

Taufan Jongdari sekuat 200km/jam bakal landa barat Jepun

Foto Sumber: /www.accuweather.com


TOKYO - Taufan kuat dijangka melanda bahagian barat negara ini dan bakal mengakibatkan banjir serta tanah runtuh.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Taufan Jongdari merekodkan bacaan angin sekuat 200 kilometer sejam dan diramalkan melanda malam esok.

Pihak berkuasa memberi amaran akan berlaku hujan lebat, tanah runtuh, angin kuat dan ombak tinggi selain mengarahkan orang ramai agar berpindah ke tempat selamat.

Foto Sumber: /www.accuweather.com

Hari ini, taufan tersebut berada kira-kira 1,200 kilometer di barat daya Tokyo dan menuju ke arah Pulau Chichijima, tetapi dijangka bergerak ke barat wilayah Ghugoku menjelang lewat esok. 

SUMBER: AFP



Jepun Reka Sistem Kesan Pekerja Mengantuk

Foto Sumber: Bijli Bachao

INOVASI - TOKYO - Pekerja pejabat di Jepun mungkin tidak dapat tidur ketika bekerja, selepas satu sistem baharu dicipta  bagi mengesan pekerja mengantuk, sistem berkenaan akan menurunkan suhu secara automatik supaya mereka terus sedar.

Pengilang penyaman udara Daikin dan syarikat elektronik gergasi NEC pada Khamis berkata, mereka sudah mula menguji sistem terbabit yang memantau kelopak mata pekerja dengan kamera pada komputer.

Komputer itu akan menurunkan suhu bilik secara automatik, jika ia mengesan pekerja tidur di meja mereka.

"Kami berharap untuk memperkenalkan sistem ini secara komersil pada 2020," kata jurucakap Daikin sambil menambah satu ujian sudah bermula bulan ini.

Sistem itu menggunakan teknologi Daikin untuk mengubah suhu secara automatik dan teknologi pengecaman muka NEC untuk memantau pelbagai pergerakan kelopak mata yang mencadangkan jika seseorang mengantuk.

"Kajian kami membuktikan kaedah menurunkan suhu amat berkesan terutamanya ketika tanda awal mengantuk dikesan," menurut kenyataan bersama kedua-dua syarikat itu.

SUMBER: AGENSI

Alibaba Cloud Komited Melabur di Malaysia

Foto Sumber: Alibaba


BISNES: Alibaba Cloud, bahagian pengkomputeran awan Alibaba Group melancarkan 'availability zone' kedua, iaitu Zon B di negara ini dalam usaha meluaskan penggunaan dan mempertingkatkan keupayaan pengkomputeran awan bagi memenuhi peningkatan pelanggan dalam dan luar negara.

Dalam satu kenyataan di sini pada 27 Julai, Alibaba Cloud, berkata zon baharu itu membantu zon sedia ada dalam mempertingkatkan keselamatan pengkomputeran awan dan menjamin kelestarian perniagaan di dalam infrastruktur pegkomputeran awan dengan lebih kukuh.

Sehubungan itu, Alibaba Cloud berkata, pihaknya akan terus melabur di Malaysia dengan menubuhkan 'cloud based Anti-DDoS scrubbing center' yang pertama pada Ogos ini.

"Pusat ini akan mengurangkan risiko dan menawarkan pelanggan tahap perlindungan tertinggi daripada serangan DDoS.

"Pusat baharu ini mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti Anti-DDoS Pro, perkhidmatan yang boleh menghalang daripada setiap jenis serangan DDoS," menurut kenyataan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata peralihan hala tuju dunia ke arah e-dagang semakin hampir dan permintaan industri tempatan semakin meningkat untuk mengambil bahagian dalam ekonomi baru ini pada peringkat global.

"Malaysia kini terus maju dengan usaha untuk mengukuhkan infrastrukturnya bagi tujuan akses kepada Internet sebagai hak asasi manusia, begitu juga mengkategorikan kemudahan bagi meningkatkan akses jalur lebar sebagai utiliti awam.

"Kejayaan perdagangan kami pada platform global bersama sokongan syarikat seperti Alibaba Cloud bergantung kepada persekitaran Internet berkelajuan tinggi. Teknologi pendahuluan yang diberikan oleh Alibaba Cloud membuka peluang baru, yang saya percaya akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam usahanya untuk meningkatkan persaingan dan kecekapan dalam industri baru ini," katanya dalam kenyataan bersama.

Disamping memastikan kebingkasan dan standard operasi yang berkualiti tinggi, Alibaba Cloud berkata, Zon B menawarkan modul keselamatan pembayaran (HSM), pengkomputeran elastik, pangkalan data serta perkhidmatan memantau dan rangkaian.

Sementara itu, Pengurus Besar Alibaba Cloud di Malaysia, Kenny Tan, berkata pihaknya untuk membawa produk dan perkhidmatan 'cloud' yang elastik, efisien dan selamat bagi pengguna Malaysia.

"Pelancaran 'available zone' B dan 'Anti-DDoS scrubbing center' membolehkan kami menawarkan pilihan yang lebih selamat kepada pengguna. Pada masa sama, pelancaran ini akan membolehkan perkongsian pengetahuan dalam kalangan usahawan dan bakat tempatan untuk menggunakan teknologi Alibaba Cloud bagi mencapai infrastruktur yang lebih selamat," katanya.

Awal tahun ini, Alibaba Cloud mengumumkan kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di Malaysia City Brain Initiative bagi mendirikan bandar pintar yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dan Big Data.

SUMBER: BH ONLINE

Jambatan Gantung Unik 350 Meter Tarikan Baharu di Turki

Foto Sumber: ANADOLU NEW AGENCY


INFO TRAVEL: Jambatan pejalan kaki gantung sepanjang 350 meter (1,148 kaki)  menjadi tumpuan dan perhatian terbaharu di daerah Andirin di selatan wilayah Kahramanmaras Turki.

Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY melaporkan selain tertarik dengan kecantikan sejarah dan alam semulajadi, pelancong tempatan dan asing juga bertandang ke Andirin untuk menyeberangi jambatan kaki yang luar biasa, yang dibina oleh perbandaran tempatan untuk menyambung kedua-dua belah daerah.

Pelawat mengambil gambar cenderamata di jambatan sambil menikmati pemandangan lembah.

"Kami merancang projek itu empat tahun yang lalu dan mengambil masa enam bulan untuk memohon. Pada penghujung pemisah di kedua-dua hujung adalah empat menara dalam bentuk menara. 

                            Foto Sumber: ANADOLU NEWS AGENCY


     Foto Sumber: ANADOLU NEWS AGENCY

"Ia adalah untuk pejalan kaki terutamanya, tetapi kereta juga boleh menyeberang, kerana jaraknya 2,5 meter (sekitar 8 kaki), "kata Andirin Mayor Baki Tezcan.

"Jambatan kami menarik perhatian besar, dengan sifatnya, Andirin adalah seperti Laut Hitam di rantau kami, yang bertujuan untuk menjadikan kawasan kami sebagai tarikan utama bagi Mediterranean dan Turki. Selain keindahan semula jadi kami, istana-istana sejarah juga menarik perhatian pelancong, "kata Tezcan.

"Jambatan itu boleh menyokong 1,200 tan berat dan dibina di atas lembah 100 meter," katanya.

SUMBER: ANADOLU NEWS AGENCY

HSBC Dipilih Bank Terbaik Asia

Foto Sumber: FSM News


BISNES: HSBC dipilih sebagai Bank Terbaik Asia bagi Kewangan Mampan pada Anugerah Kecemerlangan Euromoney 2018 di Hong Kong, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif HSBC Greater China, Helen Wong, berkata antara perjanjian penting yang menyumbang kepada kejayaan memenangi anugerah julung kali itu ialah bon iklim pertama Jalur dan Jalan, perjanjian tiga bahagian daripada Industrial and Commercial Bank of China dan bon Matlamat Pembangunan Mampan US$1 billion (US$1=RM4.06), selain sukuk hijau pertama negara, US$1.25 bilion, dari Indonesia.

"Kami bangga diiktiraf sebagai Bank Terbaik Kewangan Mampan Asia yang membuktikan HSBC di barisan hadapan dalam transisi kewangan kepada ekonomi karbon rendah, keutamaan strategik yang akan memacu pertumbuhan serantau," katanya dalam kenyataan hari ini.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...