10 Fakta WOW Pembersih Udara Terbesar Dunia Tinggi 100 Meter

Photo by: Republic World

Selalu kita biasa dengar dan lihat pembersih udara di rumah yang kecil dan berfungsi di dalam rumah. Namun ekoran pencemaran udara semakin membimbangkan, China membangunkan Menara Pembersih Udara yang ketinggiannya suku menara Kuala Lumpur City Center (KLCC)

1. Menara Pembersih Udara Terbesar Dunia itu dibangunkan China dengan ketinggian hampir 100 meter. Pembinaannya itu adalah untuk mengatasi masalah pencemaran udara yang berlaku di negara itu.

2. Pembinaan pembersih udara itu mampu meningkatkan kualiti udara dalam kawasan seluas kira-kira 10 kilometer persegi.

3. Laporan daripada Institut Alam Sekitar Bumi di Akademi Sains China menyatakan sistem pembersih udara itu boleh mengurangkan 15 peratus partikel halus dalam asap yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.


4. Menara itu siap sepenuhnya pada Mei 2016 dan kini menjalani ujian untuk melihat sama ada ia betul-betul meningkatkan kualiti udara di kawasan sekitarnya.


5. Menara berkenaan juga merupakan sistem pembersihan udara berskala besar yang dibantu dengan tenaga solar.


6. Di tapak menara terbabit, terdapat beberapa rumah hijau yang berfungsi untuk menarik udara tercemar ke dalam menara itu dan membersihkannya sebelum melepaskannya kembali ke alam sekitar.

7. Menara tersebut mampu mengasingkan partikel halus termasuk nitrogen oksida, nitrogen dioksida serta sulfur dioksida.

8. Menurut ketua penyelidik program tersebut, Cao Junji, menara berkenaan mampu membersihkan lebih 10 juta meter padu udara setiap hari.

9. Penduduk sekitar mengakui kualiti udara semakin baik dengan pembinaan menara pembersih udara itu.

10. Saiz rumah hijau boleh meliputi hampir 30 kilometer persegi (11.6 batu persegi) dan menara itu akan berkuasa untuk membersihkan udara untuk sebuah bandar berukuran kecil.




SUMBER: MAIL ONLINE/ South China Morning Post

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...