KEMASKINI: Helikopter Hilang di Sarawak (RPC6828)

MAYAT WANITA DITEMUI DEKAT LOKASI SERPIHAN HELIKOPTER -

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita berdekatan lokasi serpihan helikopter ditemui, sebentar tadi.

Namun, Pengarahnya, Nor Hisham Mohamad menafikan maklumat dua mayat ditemui setakat ini seperti yang tersebar di media sosial.


“Setiap minit kami berhubung dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan setakat ini hanya satu mayat wanita yang ditemui.

“Ada maklumat jadi viral yang mengatakan ada dua mayat ditemui. Itu tidak benar,” katanya dipetik melalui Buletin Awani, sebentar tadi.

Menurutnya, mayat wanita itu ditemui di tebing hulu 15 kilometer Sungai Batang Lupar kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pencarian mangsa lain pula tertumpu pada radius empat kilometer daripada mayat mangsa pertama ditemui.


“Kita dalam proses untuk membawa balik mayat ke jeti untuk pengesahan polis dan hospital. Kita jumpa mayat wanita itu tersangkut di tebing sungai,” katanya.

Sementara itu hubungan terakhir yang dibuat juruterbang helikopter semalam ialah pada 4.15 petang, tiga minit setelah berlepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata juruterbang itu memberitahu bahawa mereka dijangka akan berada di kawasan Simunjan dalam masa kira-kira 20 minit setelah berlepas pada pukul 4.12 petang.

"Sebelum jangkaan tiba di Semunjan, pengawal trafik udara cuba menghubungi pesawat itu pada 4.28 petang tetapi tiada respons. Beberapa lagi cubaan dilakukan untuk menghubungi helikopter itu pada 4.29 petang, 4.39 petang dan 4.56 petang.

"Tetapi masih tiada respons daripada helikopter berkenaan," katanya.
Beberapa serpihan bahagian helikopter itu ditemui dekat sungai Batang Lupar di Sebuyau, pagi ini (Jumaat).

Azharuddin berkata terdapat empat helikopter di kawasan itu pada ketika itu, sebuah daripadanya hanya seminit berada di belakang helikopter malang itu.


"Kami minta mereka menghubungi helikopter itu tetapi usaha mereka gagal," katanya.

Selepas usaha menghubungi beberapa pihak yang berkenaan dan tiada sebarang isyarat dikesan tentang kedudukan helikopter itu, Azharuddin berkata situasi kecemasan diisytiharkan dan misi mencari dan menyelamat digerakkan pada pukul 7.26 malam tadi.

Beliau berkata pasukan bertindak dibentuk untuk mengendalikan usaha memberitahu keluarga mereka yang berada di dalam pesawat tu.

Azharuddin berkata penyiasatan masih berjalan dan Hornbill Skyways, syarikat yang menyewakan pesawat itu dari Filipina masih belum digantung operasinya.


"Pada masa ini kita masih belum tahu apakah sebenarnya berlaku. Kita kena siasat untuk mengetahui apa yang sebenarnya menyebabkan helikopter itu putus hubungan dengan menara kawalan. Operasi Hornbill Skyways tidak digantung lagi," katanya.

======================
TERKINI: Beberapa serpihan dipercayai bahagian dari helikopter yang dilapor hilang di Sarawak sudah ditemui - PM Najib

Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak semalam dijumpai bersebelahan Sungai Batang Lupar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini di Kuching.


#HelikopterHilang






Operasi mencari Pesawat hilang Jenis Helikopter (RPC6828)
Tarikh 05 Mei 2016 (Khamis)


Keanggotaan Terlibat
a.Unit STORM 14 Orang
b.Unit MUST 12 Orang
c.Lain-Lain Pegawai 24 Orang
JUMLAH = 50 Orang (Termasuk 7 Orang Penyelam)

Logistik : 
a.4X4 = 7 Buah
b.Lori = 1 Buah
c.Bot Kevlar = 1 Buah
d.Bot Aluminium = 4 Buah
e.EMRS = 1 Buah

Kawasan Pencarian :
a.Sebuyau
b.Maludam
c.Lingga
d.Betong


Kronologi:(05 Mei 2016)

1612:00 hrs – Helikopter penerbangan dari Stadium Spaoh ke Kuching membawa 5 penumpang.

1632:00 hrs – Terputus hubungan dengan Menara Kawalan DCA

2130:00 hrs – Bilik Gerakan Operasi Bomba diaktifkan sepenuhnya

2145:00 hrs – BBP Simunjan telah tiba di Daerah Sebuyau untuk membuat pemantauan dan melaporkan dari orang Awam bahawa tidak terlihat kelibat sebarang Helikopter di Kawasan tersebut

2215:00 hrs – PGO Sarawak menghubungi Menara Kawalan DCA dan dimaklumkan bahawa maklumat yang menyatakan bahawa Helikopter tersebut telah mendarat cemas di Sri Aman adalah tidak benar

2330:00 hrs – Mesyuarat penyelarasan SAR antara Agensi telah diadakan di IPK Kuching
(06 Mei 2016)

0015:00 hrs – Mesyuarat penyelarasan SAR Udara antara Agensi telah diadakan di DCA

0118:00 hrs – Ketua Zon 3 melapor berdasarkan maklumat Orang Awam yang terlihat Kerlipan lampu yang dipercayai Helikopter tersebut di Sungai Batang Lupar di seberang Kampung Skait,Lingga.Anggota bersama sebuah Bot dan sebuah Ambulan EMRS digerakkan ke lokasi 

0226:00 hrs – Ketua Zon 2 memaklumkan bahawa Polis Sebuyau telah terlihat Helikopter rendah menuju ke Laut dari Pantai Sebuyau

Status Operasi :

Helikopter masih belum ditemui sehingga jam 0346:00 hrs (06 Mei 2016)
Perancangan Operasi (06 Mei 2016) :

0600:00 hrs – Operasi SAR akan dijalankan menggunakan Water Surface Searching di kawasan tumpuan iaitu di Pesisiran Sebuyau dan Triso serta sekitar Lingga

1000:00 hrs – Pemantauan Udara akan dijalankan oleh Helikopter MI-171 (Bomba) yang akan bergerak ke Lapangan Terbang Sibu dan seterusnya menerima arahan daripada DCA berkenaan dengan Air Searching.

Disediakan Oleh,
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak






========================================================================

HELIKOPTER yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang dari radar sejak petang tadi.

Ketika kejadian, helikopter dari Betong ke Kuching itu djadualkan mendarat di tarmac Hornbill Skyways, Kuching namun dikatakan hilang dari radar pada jam 5 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Sementara itu maklumat yang tersebar di laman sosial memaparkan nama-nama penumpang helikopter berkenaan dengan gambar mereka. Belum dapat dipastikan kesahihan. 



Difahamkan antara VIP yang hilang termasuklah suami Noriah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khairil Anuar dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.

1. Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah( suami TM)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
4. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar,
5. Ahmad Sobri bin Harun ( pengawal peribadi) .

Juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Sehingga berita ini disiarkan, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat dan usaha pencarian dilaporkan sedang giat dijalankan.


Helikopter yang hilang di Sarawak dipercayai membawa :
1. Kapten Rudolf Rex Ragas (Juruterbang)
2. Datuk Noriah Kasnon (Timb. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi)
3. Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad (Pengerusi MPOB)
4. Asmuni Abdullah (Suami Datuk Noriah)
5. Datuk Dr. Sundaran Ann Amalai (KSU Kem. Perusahaan, Perladangan dan Komoditi)
6. Ahmad Sobri (pengawal keselamatan peribadi Datuk Noriah)

Setiausaha Sulit Kepada Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Abidin Supardi mengesahkan demikian.

===============================================

Malaysia's deputy minister among VIPs feared on board missing helicopter

KUCHING (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK) - Six individuals including a deputy minister are believed to be on a helicopter which has gone missing in Sarawak.

Plantation Industries and Commodities Deputy Minister Datuk Noriah Kasnon along with her husband Asmuni Abdullah were on the helicopter.

The four other individuals were the ministry's secretary-general Datuk Dr Sundaran Annamalai, Kuala Kangsar MP and Malaysian Palm Oil Board member Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad and personal bodyguard Ahmad Sobri Harun, as well as the pilot of the flight RP-C 6828 Captain Rudolf Rex Ragas.


According to reports, air traffic controllers lost contact with the helicopter at 5pm on Thursday (May 5) while it was near Sebuyau.

It is believed to have been travelling from Betong to Kuching.

Department of Civil Aviation Director Datuk Azharudin Abdul Rahman has confirmed the reports, saying that a search and rescue operation has been launched.

Noriah is also Sungai Besar MP.

When contacted, Minister Datuk Seri Douglas Uggah Embas said he last saw Noriah at 12.30pm at his constituency in Bukit Saban.


He, however, has no details of the missing helicopter.

------------------------------------------------------------------------------------


KUCHING: The Department of Civil Aviation has deployed a search and rescue team for the missing helicopter carrying six individuals, including a deputy minister.
DCA director Datuk Azharuddin Abdu Rahman told The Star's Malay portal mStar that the team was dispatched at 7.26pm on Thursday.
He said the department has classified the case as "lost contact".
"The helicopter departed Betong for Kuching at 4.15pm on Thursday. It was supposed to contact DCA at 5pm to update its location.
"But DCA did not receive anything. Our attempts to reach it also failed," he said.
The helicopter went missing from the radar at about 5pm near Sebuyau.
Six individuals, including a deputy minister, are believed to be on the helicopter.
Plantation Industries and Commodities Deputy Minister Datuk Noriah Kasnon along with her husband Asmuni Abdullah were on the helicopter.

The other four individuals were the ministry secretary-general Datuk Dr Sundaran Annamalai, Kuala Kangsar MP and Malaysian Palm Oil Board member Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad and personal bodyguard Ahmad Sobri Harun, as well as the pilot of the flight RP-C 6828 Captain Rudolf Rex Ragas

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...