Inovasi Kamera Ciptaan Ibnu al-Haitham Merevolusi Dunia

AKHBAR terkemuka di United Kingdom (UK), The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel tulisan Paul E. Vallely bertajuk, Bagaimana Para Pereka Cipta Muslim Mengubah Dunia menarik untuk dikongsi.

Menariknya lagi, ciptaan tersebut sehingga ke hari ini masih berguna dan popular, antaranya Kamera.


PASTINYA sukar untuk membayangkan dunia tanpa fotografi. Syarikat berbilion dolar seperti Instagram dan Canon diasaskan berdasarkan idea untuk merakam cahaya dari tempat kejadian, mewujudkan imej daripadanya dan menghasilkan semula imej itu.



Tetapi berbuat demikian adalah sesuatu mustahil tanpa usaha dan sumbangan daripada saintis Islam abad ke-11, Ibnu al-Haitham, yang membangunkan bidang optik dan mengambarkan bagaimana kamera berfungsi.

Ibnu al-Haitham adalah saintis pertama menyedari apabila lubang kecil ditebuk pada kotak tahan cahaya, sinaran cahaya dari luar melalui lubang itu hingga ke dinding kotak itu.


Beliau sedar bahawa makin kecil lubang itu, maka lebih jelas imejnya dan ini membolehkan beliau membangunkan sebuah kamera yang boleh menangkap imej yang jelas.


Penemuan Ibnu al-Haitham mengenai kamera dan bagaimana untuk menangkap imej membawa kepada pembangunan kamera dengan menggunakan konsep yang sama.


Tanpa penyelidikan bagaimana cahaya bergerak melalui lubang itu, mekanisme moden yang ada dalam kamera hari ini tidak akan wujud.


Kini hasil inovasi itu dunia menikmati teknologi kamera daripada penggunaan telefon sehingga kepada satelit pengimejan dan teleskop.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...