Monday, 21 October 2013

Bajet Pakatan Rakyat 2014

Ringkasan Bajet Pakatan Rakyat 2014: Fokus Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parlimen, 21/10/2013

A. Ramalan Ekonomi Global

1.     Ekonomi global pada 2014 diramalkan akan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), World Bank (3.0% vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%).

2.     Namun begitu, realiti ekonomi global yang agak rapuh dan tidak menentu pada ketika ini (seperti yang akan dinyatakan di bawah) boleh membawa risiko untuk  ramalan di atas diubah kepada kadar yang lebih rendah;

                             i.            Ketidaktentuan dalam penyelesaian permasalahan hutang Negara Amerika Syarikat (debt ceiling, quantitative easing)

                              ii.            Kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi di Eropah yang berterusan disebabkan oleh langkah-langkah penjimatan (austerity measures)

                            iii.            Prestasi ekonomi China yang kurang memberangsangkan serta kelembapan pemulihan ekonomi India

3.     Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2% (berbanding 2013 pada kadar 4.5% hingga 5%), berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global.

B. Anggaran Defisit

1.     Pakatan Rakyat menganggarkan defisit Negara untuk 2014 pada RM 34 billion bersamaan kadar 3.2% GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). Aggaran ini dibuat berdasarkan:

                                i.            Anggaran pendapatan Negara sebanyak RM 228 billion

                              ii.            Anggaran perbelanjaan Negara sebanyak RM 262 billion dimana pengurangan sebanyak 10% pada perbelanjaan operasi (OPEX) tidak termasuk emolumen

                            iii.            Anggaran KDNK sebanyak RM 1,055 billion berdasarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2% untuk 2014

2.     Sejak Pakatan Rakyat menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit PR adalah selalunya lebih rendah daripada BN.Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi dari 3.2% (dianggarkan sebanyak 3.8% hingga 4%) disebabkan kegagalan mereka menangani rasuah dan ketirisan

C. Teras Belanjawan Pakatan Rakyat (PR)

Belanjawan PR kali ini dirangka berdasarkan kepada 3 teras utama:

1.     Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam
2.     Pembangunan Ekonomi yang Seimbang, Inklusif dan Mampan
3.     Peningkatan Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Rakyat

C1. Teras 1: Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam

Pengukuhan kedudukan fiskal Negara adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan kedudukan kredit Negara yang kini dihadapi kemungkinan penurunan taraf (sovereign downgrade) akibat penambahan defisit dan hutang negara yang membarah semenjak 2009.

Bajet alternatif 2014 PR adalah suatu usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit bajet pada kadar 3% GDP pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan bajet (budget surplus) selewat 2018. Reformasi fiskal ini dijangka akan membolehkan Malaysia:

1.     Keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM 500 billion dan kos pembayaran hutang yang melebihi RM 20 billion setahun

2.     Menjamin ekonomi yang berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar dan tidak menentu

3.     Beralih dari pertumbuhan ekonomi yang berasaskan pinjaman kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh aktiviti perbelanjaan kerajaan

A. Bagi menjamin PERBELANJAAN kerajaan yang lebih efisyen dan teratur, PR akan:

1.     Melancarkan program rasionalisasi kos untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan untuk mencapai pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak 10%. Ini akan dicapai melalui;

                                i.            Penangguhan sementara kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan

                              ii.            Pengkajian semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama sekali dalam pemberian kontrak dan prokumen peralatan

                            iii.            Memperkemaskan mekanisma subsidi sasaran (targetted subsidy) dan juga pengawalan barangan subsidi seperti diesel, petrol, gula dan tepung bagi mengelakkan salahguna subsidi

2.     Mengkaji semula keutamaan perbelanjaan (spending priority) dengan mengurangkan atau menghapuskan perbelanjaan program-program yang tidak berkesan dan kurang kepentingan sebagai contoh;

                                i.            Program Khidmat Negara yang dilihat gagal mencapai objektif memupuk kesatuan kaum dan jatidiri di kalangan pelatih-pelatih. Program ini menelan belanja tahunan RM 800 juta yang lebih besar dari perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (~RM 700 juta) yang juga mempunyai matlamat yang sama. Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22 kematian semenjak penubuhannya dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin sewaktu di dalam progam, disebabkan perancangan dan perlaksanaan program yang tidak baik. Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Parliamentary Select Committee (PSC)

3.     Mengambil tindakan tegas terhadap kesemua kementerian yang terlibat dengan sebarang salahlaku dan pembaziran seperti yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara. PR menganggarkan sekurang-kurangnya RM 20 hingga 30 billion boleh dijimatkan sekiranya kesemua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan dihentikan. Antara contoh pembaziran besar yang dilaporkan adalah;

                                i.            RM 2.051 bilion dibelanjakan dari 2010 ke 2012 dari jumlah RM 3.689 bilion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian. Walaupun ia berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan telah mengakibatkan pengawal yang berumur dan tidak disahkan latar belakang, dan juga CCTV yang tidak berfungsi untuk diguna bagi memastikan keselamatan anak-anak kita di sekolah. Pembaziran dianggarkan sebanyak RM 1.6illion

                              ii.            Pengurusan projek Mansuh oleh Kementerian Kerja Raya. Dari 2010 hingga 2012, projek mansuh sebanyak 83 projek dianggarkan berjumlah RM 2.2 billion. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 1.1 billion atau 50% daripada nilai asal disebabkan oleh kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor

                            iii.            Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan hampir RM 1.42 bilion dari jumlah peruntukan RM 1.47 bilion untuk menambahbaik Lapangan Terbang  Antarabangsa Kota Kinabalu. Walaupun lebih 96% peruntukan telah digunapakai, namun projek yang dimulakan pada tahun 1996 ini masih belum siap: balai ketibaan dan bilik air-bilik air didapati tidak memuaskan, dan 599 lubang telah dijumpai di landasan kapal terbang yang belum dibaiki sejak 2010. Anggaran kerugian yang dilaporkan setakat ini adalah sekitar RM 120 juta. Kemungkinan besar projek ini akan menelan belanja yang lebih besar untuk disiapkan.

B. Bagi menjana PENDAPATAN kerajaan yang lebih saksama dan adil, PR akan:

1.     Menangguhkan implementasi GST (yang dilihat akan lebih membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana) sehingga:

                                i.            Pendapatan minima isirumah mencapai suatu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli akibat GS

                              ii.            Pelebaran ‘band’ cukai pendapatan terutamanya golongan menengah untuk mengelakkan kemasukan mereka ke ‘band’ cukai yang lebih tinggi dalam tempoh yang singkat. Lebih banyak perelepasan cukai juga harus diberikan kepada golongan menengah

                            iii.            Kajian menyeluruh mengenai trade-off cukai korporat/peribadi dengan GST dilakukan dan diperjelaskan kepada rakyat untuk mengelakkan rakyat dibebani dengan pertambahan cukai akibat GST sekiranya cukai korporat/peribadi dikekalkan pada kadar yang sama

2.     Memperkenalkan sistem cukai yang lebih saksama;

                                i.            Mengembalikan cukai RPGT (real property gains tax) pada tahap sebelum 2007, iaitu cukai berperingkat pada kadar 30% bagi tahun pertama, sehingga cukai terendah 5% bagi perjualan pada tahun kelima. Ini bertujuan untuk mengekang kegiatan spekulasi hartanah yang berlebihan

D. Aspek-aspek lain bajet PR 2014

1. PR percaya bahawa peningkatan penyambungan (connectivity) samada dari segi perhubungan seperti Internet, mahupun perhubungan fisikal seperti lebuhraya adalah amat perlu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang, mampan dan inklusif. Untuk mencapai keseimbangan dari segi pembangunan rakyat luar bandar/bandar, Sabah & Sarawak;

                                i.            Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah & Sarawak akan di naiktaraf dan pembinaannya akan disegerakan seawal 2014. Lokasi-lokasi kemalangan akan dikenalpasti untuk diperbaiki dan penyelengaraan yang berkala juga akan dilakukan.

                              ii.            Pengkajian semula polisi kabotaj untuk Sabah dan Sarawak. Polisi yang lebih baik akan berupaya untuk menurunkan harga kargo dan barang-barang yang masuk/ keluar dari Sabah dan Sarawak, seterusnya menyumbang pada pertumbuhan ekonomi

                            iii.            Penjurusan kepada perbekalan air dan elektrik 100% untuk kawasan luar bandar & bandar terutamanya Sabah & Sarawak. Ini akan memastikan bekalan air bersih dan elektrik menerusi penggunaan teknoloji solar, windfarms dan microhydro

2.     PR amat menghargai sumbangan wanita untuk pembangunan Negara.  Kaum wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka untuk terus menyumbang kepada ekonomi Negara:
3.      
                                i.            Peruntukan sebanyak RM 1,200 setahun bagi setiap ibu bekerja untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah 12 tahun

                              ii.            Peruntukan sebanyak RM 3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN), iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri terutamanya suri-suri rumah. Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum bagi pihak isteri pada kadar minimum RM 120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal dan hilang kekal pendapatan

                            iii.            Mengekalkan polisi untuk meningkatkan pimpinan wanita hingga pada tahap sekurang-kurangnya 30% pada tahun 2017. Pimpinan wanita di Parlimen, pengurusan korporat dan kepimpinan nasional dalam sektor awam dan swasta akan menjadi tumpuan utama.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

21 Oktober 2013