To Change The World

Thursday, 14 February 2013

Insiden Lahad Datu ( TERKINI)






Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu
 
Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:
Pada 9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. 
    
Pada 11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
    
Pada 12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
    
Pada 14 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
    
14 Februari - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
    
Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
    
14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
        
Pada 16 Februari - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
    
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
     
Pada 18 Februari - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
    
Pada 24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
    
Pada 26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
    
Pada 28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
    
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
    
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

- Bernama





TERKINI : 1.3.2013

- 6.00 Petang :



TUNGKU(Lahad Datu): Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. 

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi. 


Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo. 



Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian. 

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal. 



Dua komando M'sia, 10 penceroboh terbunuh

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
  
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

AKhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.


Lahad Datu: Dua komando polis maut terkena serangan mortar

email
comments
Lahad Datu: Dua komando polis maut terkena serangan mortar
Lahad Datu: Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.



TERKINI : 17 FEBRUARI 2013


Pasukan Keselamatan Malaysia Sedia Bertindak Ke Atas Kumpulan Lelaki Bersenjata Filipina
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia bersedia untuk bergerak ke Tanduo, sebuah perkampungan tepi pantai pada bila-bila masa.
Polis, tentera dan pasukan keselamatan maritim sedang menunggu untuk mengusir lebih 100 lelaki bersenjata Filipina yang berkurung dalam kampung tersebut antara Felda Sahabat 17.
Menurut media Filipina, kumpulan itu diketuai oleh Putera Mahkota Rajah Mudah Agbimuddin Kira abang, Sultan Jamalul Kiram III.
Kumpulan lelaki bersenjata telah memberitahu media bahawa mereka akan kekal di pantai timur Sabah, kerana mendakwa ia adalah rumah nenek moyang mereka.
Pemimpin Rajah Muda juga telah dilaporkan berkata kumpulan itu akan terus berada di situ dan tidak mempunyai niat untuk meninggalkannya sehingga tuntutan dipenuhi.


Kumpulan Mendarat Di Lahat Datu 'Pewaris Raja Sulu' - KPN

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggalkan (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini Khamis.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu. "Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik.

"Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.

Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. -- BERNAMA



Rundingan Dengan Rakyat Filipina Bersenjata Sedang Dijalankan - PM

PAPAR: Pihak polis sedang dalam proses rundingan dengan sekumpulan 80 hingga 100 orang bersenjata dari selatan Filipina yang mendarat di Lahad Datu malam Selasa lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berhubung isu berkenaan.

"Kita sudah kepung kawasan berkenaan dan pihak polis dan tentera mempunyai keupayaan untuk menguruskan perkara ini.

"Kerajaan memilih untuk menangani isu itu melalui rundingan dan mahu kumpulan itu untuk meninggalkan negara dengan aman bagi mengelakkan pertumpahan darah," kata Perdana Menteri ketika mengulas isu itu.




PM: Cops negotiationg with armed men in Lahad Datu to avoid bloodshed

By MAZWIN NIK ANIS and MUGUNTAN VANAR ( The Star Online)


PAPAR: Malaysian police are in the midst of negotiating with the group of armed Filipino men holed up in Lahad Datu to get them to leave peacefully to prevent any bloodshed.
"The government is choosing to handle the issue through negotiation and to get the group to leave peacefully to prevent bloodshed," saidDatuk Seri Najib Tun Razak.
"We have surrounded the area and our police and armed forces have the ability to handle the matter, said Najib who said he had been briefed by the Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar and Sabah Police chief Datuk Hamza Taib on the matter.
Meanwhile, a tight security ring has been thrown around the heavily armed Filipino group at Tandurou at Felda Sahabat in Tungku as negotiators ask them to surrender.
As the Malaysian security comprising of the army, navy, maritime and police give the group no escape route, the group is believed to be holding civilians as human shields.
Conflicting reports emerged about the situation on the ground with some intelligence officials claiming that “an explosive situation” has been brought under control and appear to have been resolved.
However, no official confirmation has come from any of the top security agencies involved in the joint operations against the Filipinos gunmen who landed in the Tambisan area in the east coast of Sabah over the past several days.
Roadblocks round the Tambisan area has kept journalists out the area but sources said emissaries were sent to meet the key leaders last night asking them to give up peacefully.
Although, there no clear indication as to which of the armed groups from the southern Philippines had entered the area, villagers and Felda settlers said that some of them had approached them asking for food and water.
``They were holding guns and we do not know why they were here,'' said a villager who refused to be identified.

PIHAK BERKUASA KEPUNG KUMPULAN WARGA ASING BERSENJATA DI LAHAD DATU - ISMAIL

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata apimenceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah, semalam.



Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar malam ini berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.



Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.



"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini.



Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.



Bagaimanapun setakat 10 malam ini, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.



Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat di sini, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Dis lepas.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata"tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara".

Manakala Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya belum terima apa-apa maklumat...ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan esok berhubung perkara itu.



DUA anggota polis yang bersenjata melakukan kawalan keselamatan di Jalan Lahad Datu-Tungku di Kampung Bakapit, Lahad Datu di sini hari ini. Sekatan jalan raya itu dilakukan berikutan insiden penahanan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera di perairan di sini pada Selasa lalu. - Foto BERNAMA

Penduduk Lahad Datu diminta tidak bimbang keselamatan mereka

14 Februari 2013
LAHAD DATU - Penduduk di daerah ini tidak perlu bimbang dengan kejadian sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke sini pada Selasa.
Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi berkata keadaan keselamatan adalah terkawal dengan pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera memantau mengenai kejadian itu.
"Saya yakin pasukan keselamatan telah melakukan tindakan susulan yang terbaik bagi memastikan keadaan keselamatan di daerah ini terus terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu.
Beliau berkata kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.
Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi berkata pihak pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan itu dan mengarahkan kumpulan terbabit meletak senjata serta menyerah diri.
"Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata ketua polis negara.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Tungku di kawasan Kampung Bakapit sejak Selasa lepas.
Beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) juga dilihat berada di kawasan Bandar Cenderawasih di Felda Sahabat 7 untuk melakukan kawalan keselamatan. - Bernama


KOTA KINABALU: Malaysian security forces have surrounded a group of armed foreign fighters believed to have entered the east coast of Sabah. As at press time, the standoff is ongoing.

Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said: “The group has been ordered to lay down their arms and surrender.”

He said the intrusion was related to problems in Southern Philippines.

The intruders had landed in Lahad Datu on Tuesday morning.

“The situation is under control, and the public need not worry,’’ he said in a statement issued late last night.

-The Star Online-

Filipino 'militants' in standoff with Malaysian forces

 1  0 googleplus0  0 
Members of the Moro National Liberation Front, which has an existing peace agreement with the Philippine government. AP Photo
MANILA, Philippines - Malaysian authorities rounded up at least 100 armed Filipinos wearing military fatigues in Lahad Datu, Sabah.
Malaysia's national news agency, Bernama, reported that the armed group, believed to have come from Mindanao, have been surrounded by Malaysian security forces and have been ordered to surrender as of Wednesday night.
The news agency quoted Tan Sri Ismail Omar, the Malaysian police's inspector-general, as saying the "situation is under control and the people have nothing to worry."
It also reported that the armed Filipinos, believed to be members of "a militant group" based in Mindanao, arrived in the shore of Lahad Datu by pump boats on Wednesday night.
The news agency reported that the "encroachment" was due to the problems occurring in the southern Philippines."
Security on Malaysia's sea border with the Philippines has been problematic for Sabah, where tens of thousands of Filipino have tried to immigrate over the past few decades.
Headlines ( Article MRec ), pagematch: 1, sectionmatch: 1
In 2000, gunmen from Mindanao slipped twice into Sabah and abducted people for ransom, including tourists from a diving resort.
One of the most recent kidnappings involved two Malaysians snatched from a plantation in Lahad Datu in November. They were believed to have been taken to Mindanao.
Last week, members of the Moro National Liberation Front (MNLF) raided the stronghold of the Abu Sayyaf bandit group in the jungles of Patikul in Sulu province in an effort to rescue its foreign captives.
The attacks came after the Abu Sayyaf group released two Filipino crewmen of Jordanian journalist Baker Atyani. with Associated Press


http://www.philstar.com/headlines/2013/02/14/908743/filipino-militants-standoff-malaysian-forces