Penyelidik dakwa temui UFO di dasar laut Teluk Bothnia



IMEJ kabur di Teluk Bothnia yang didakwa sebuah UFO yang ditemui penyelidik dari Sweden.

Sepasukan peneroka lautan diketuai penyelidik Sweden dilaporkan menemui apa yang mereka percayai sebagai ‘objek terbang tidak diketahui (UFO)’ yang terdampar di dasar laut baru-baru ini.
Beberapa gambar daripada penemuan itu menunjukkan apa yang kelihatan tanda geseran di belakang objek terbabit, memberikan isyarat bahawa ia mungkin bergerak di dasar laut atau terhempas di atasnya.
Pakar membuat spekulasi bahawa objek itu mungkin ada kaitan dengan kegagalan fungsi sonar pasukan ekspedisi. Laporan baru pada awal minggu ini menyatakan pasukan itu menemui objek kedua berhampiran dengan yang pertama. Ketua ekspedisi, Peter Lindberg berkata, beliau menemui satu objek menarik dengan panjang kira-kira 91 meter dengan jauh 285 kaki di bawah dasar laut. Objek itu ditemui di Teluk Bothnia, antara Sweden dan Finland.
Lindberg berkata, beliau melihat calar atau tanda yang menjejaskan kawasan sekitar hampir dengan objek terbabit yang mungkin menyatakan objek itu bergerak di dasar laut. Sehingga ke hari ini, objek itu masih belum dikenal pasti dan pakar masih menyoal sama ada imej sonar terbabit adalah sesuatu yang tepat.
Hanumant Singh, seorang penyelidik dari Institut Lautan Woods Hole, berkata alat sonar imbasan tepi yang digunakan oleh Lindberg untuk menemui objek itu tidak boleh dipercayai. Singh berkata sonar sebenarnya digunakan untuk mencari kapal karam, yang memiliki profil lebih besar di atas lantai lautan, namun kurang tepat untuk mendedahkan objek berbentuk leper dan rendah.
Brooke Bowman, dari CNN pula berpendapat objek pertama itu tidak berada di dasar laut dengan sendirinya, sebaliknya pasti ada sesuatu yang berlaku. Pasukan peneroka lautan juga menjumpai satu lagi objek kecil berbentuk cakera berhampiran. Kedua-duanya menunjukkan satu tanda seretan lebih 400 meter panjang.
Saiz kedua-duanya dan bentuknya yang ganjil mewujudkan beberapa teori pelik. Sebahagian teori mengenai objek itu termasuklah ia adalah Millennium Falcon Han Solo dari kapal Atlantis “Star Wars, sebuah piring terbang yang terhempas, kapal perang Russia, sebuah Stonehenge laut atau satu pembukaan ke dunia lain di dalam Bumi.
Sonar imbasan tepi terkenal mengeluarkan imej palsu namun pengumuman penemuan imej kedua, menghapuskan perasaan ragu-ragu teori bahawa dua imej palsu sama tidak mustahil. Kisah itu semakin menarik apabila mendapati imej objek kedua adalah salinan imej pertama.
“Saya mengesahkan bahawa kami menjumpai dua objek ganjil. Kami menjumpai satu lagi objek kira-kira 200 meter daripada penemuan pertama menggunakan alat sonar  yang sama,”kata Lindberg. Lindberg kemudian memberitahu media mengapa pasukannya masih belum mendedahkan imej objek kedua. “Kami memutuskan untuk tidak mendedahkan objek terlalu banyak kerana ada banyak gangguan pada imej sonar apabila kami melihatnya, justeru ia agak kabur,”katanya. - Agensi 

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...