Tuesday, 3 April 2012

Awan Misteri Muncul Di Marikh



Imej awan misteri pada planet Marikh yang diambil pada minggu lepas. Gambar kecil menunjukkan imej terperinci awan kecil yang keluar pada permukaan Marikh.

Komuniti ahli astronomi amatur dikejutkan dengan satu fenomena pelik yang dikesan di planet Marikh pada minggu lepas. Ahli fotografi astronomi Wayne Jaeschke melaporkan di laman webnya mengenai satu “ciri aneh” di atas satu dataran pada planet Marikh yang dipanggil Acidalia yang bergerak bersama planet itu dan seolah-olah keluar dari permukaannya.
Penemuan itu menyebabkan ahli astronomi profesional mengambil perhatian terhadap perkara ini. Kapal angkasa Mars Odyssey milik NASA akan cuba untuk mengambil gambar awan dengan menggunakan kamera yang boleh mengambil gambar dalam cahaya nampak dan inframerah secara serentak.
“Penyelidik-penyelidik atmosferik kita sangat teruja mengenai kemungkinan bukan sahaja dapat melihat struktur – struktur awan yang cantik , tetapi juga suhu-suhu mereka,” kata ahli astronomi dari Universiti Negeri Arizona, Jonathon Hill memberitahu MSNBC.com.
Walau apa pun ia, ciri tersebut akan berkurangan dari segi saiz. “Ini telah membuatkan sesetengah orang mempercayai bahawa ia adalah suatu fenomena yang hanya berlaku untuk seketika sahaja,” kata Jaeschke memberitahu MSNBC. Punca-punca penyebab ianya berlaku termasuklah awan debu dari hentaman batu meteor, sistem ribut taufan yang besar atau hanya satu penipuan cahaya.   
Kredit : ANGKASA